Sunday 27 February 2011

Heartbeat, Cara Baru Memanggil Wang



Assalamualaikum dan Salam Satu Dunia. Dengan ini saya mengumumkan kewujudan satu program yang menarik dan menawan. Menawan untuk memanggil wang. Program Affiliate Heartbeat , itu yang saya maksudkan. Paling penting, Status Glitterati Nufnang tak diganggu gugatkan.

First Time berkenalan dengan HeartBeat ni bila saya ke bertandang blog
shinju lala. RM6.60 dia dapat dalam dalam tempoh 3hari. Sungguh mengujakan, lalu hati ini berkata, joinlah sama. Kata orang benda yang baik, elok kita kongsi-kongsikan, jadi saya nak berkongsilah dengan semua warga blogger yang lain, macam kata orang-orang tua “ hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.” Langkah pertama klik lah banner HeartBeat kat atas blog saya tu. Ingat yer, langkah pertama amat penting sebab perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama.


1. Mula-mula klik banner Heartbeat
kat atas blog saya

2. Pastu Create Account . Kena isi form
yang disediakan


3. Bila dah dapat account, anda klik
plak Join HB! Affiliate

4. Isilah form, termasuk
memasukkan nama blog anda



5. Get a Code dan copy pastekan kat blog anda
6. Promosikan dengan buat n3 khas mcm sy wat ni.
Banyak faedah (RM) yang anda boleh dapat melalui Hearbeat nih.Meh tengok sini : klik untuk tumbesaran yang sihat...


- RM2 untuk setiap orang yang mendaftar di heartbeat melaluipromosi (banner) anda...Kalau ada yang klik banner anda pasturegister memang kompem dapat RM2 hokay..
- RM0.04 untuk setiap klik...Sikit jer kan..Tapi sikit2 pun duwet!
- 20% untuk setiap barangan cenderahati yang anda beli di HeartbeatKalau beli mug hiasan berharga RM40,anda akan dapat RM8..Beli kat kedai lain mane dpt camni...

- 15% plak untuk setiap pembelian referral anda..Kalau referral anda belimug RM40 tu jugak,anda dapat RM6..
- Banyak lagi la..testimonial,feedback n join survey pun dapat income gak.
- Kalau earning anda dah cukup RM5o boleh la cash out..Tempoh menunggu cuma dua minggu yer...Boleh pilih samada terima pembayaran melaui cek (macam nuffnang) ataupun terus masuk ke dalam akaun bank anda (transfer fund)..
p/s= Mudah-mudahan dapat melancong lagi akhir tahun ni.

Friday 25 February 2011

APABILA MAHASISWA TERBABAS

(sekadar hiasan.
gambar dari google)


Risau dan merungsingkan apabila semakin ramai Mahasiwa ( untuk melancarkan penulisan , saya gunakan istilah ini untuk merangkumi lelaki dan perempuan) negara kita yang semakin terbabas. Terbabas dari landasan agama dan tergelincir dari batas adat. Kita amat bimbang apabila golongan yang diharapkan untuk mewarnai kanvas negara ini akan tersesat dalam terang benderang. lantas, negara akan diwarnai dengan warna-warna kehancuran.

Tiba-tiba terdetik di hati saya untuk menulis tentang mahasiswa dan dunia kampus . Semuanya bermula apabila saya terbaca tentang terbabas dan tergelincirnya mahasiswa dalam Majalah Solusi Isu No. 27 m/s 14-15.


Dalam Majalah Solusi yang saya maksudkan, terpapar satu kajian tentang SIKAP BELIA IPT TERHADAP SEKSUALITI. Ia merupakan hasil kajian yang diketuai oleh seorang pensyarah Fakulti Perubatan UiTM, Dr Mazlin Mohammad Mokhtar. Kajian yang dibuat pada tahun 2005 itu melibatkan 727 orang pelajar yang berusia antara 18 hingga 25 tahun daripada 2 buah IPTA dan 2 buah IPTS. Amat mengejutkan kerana lebih 50 % responden menganggap tidak mengapa untuk remaja perempuan dan lelaki berciuman, berpelukan dan menyentuh satu sama lain dan 25.3 % berpendapat tidak salah untuk melakukan hubungan seks jika pasangan remaja saling bercinta. Lagi gila, agak ramai antara pelajar-pelajar insitusi pengajian tinggi ini beranggapan maruah dan kehormatan seseorang remaja perempuan tidak akan terjejas sekiranya melakukan hubungan seks sebelum kahwin. Hanya 53.1% (sepatutnya 100%) responden yang beranggapan berzina itu boleh menjejaskan maruah dan kehormatan seseorang perempuan.

(Aku selaku pengarah Konvension Mahasiswa Islam
ketika aktif bersama
Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUSM)
Dari kiri; Yb Ustaz Baihaqi Atikullah, Zaidi,
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan Tuan Ibrahim Tuan Man.)


Sebenarnya tanpa paparan kajian inipun kita mampu mengetahui kerosakkan pemikiran dan tindakan mahasiswa hari ini. Terlalu banyak petunjuk untuk kita jadikan kayu ukur. Petunjuk paling mudah ialah Facebook. Tanpa segan silu, segelintir mahasiswa menguploadkan gambar bermesra-mesraan dengan couplenya kat Facebook. Gambar sedang beriba, mandi bersama kat air terjun, berpelukan dan macam-macam lagi aksi-aksi terlarang dipertontonkan untuk tatapan semua. Ke mana hilangnya maruah siswi tersebut hinggakan sanggup mempromosikan dosa maksiatnya ke seluruh dunia. Lagi gila, kerana dalam sesetengah kes, mak dan bapa yang turut menjadi rakan FB telah meredhai perbuatan mungkar anak gadisnya itu. Ini terbukti apabila mereka menglikes kat gambar tersebut. Sungguh gila kerana ibu bapa macam ini pun boleh wujud di dunia. Harap-harap ibu bapa macam ni akan pupus sebagaimana pupusnya dinasour.

Sebenarnya masalah ini belumlah parah sebab ia hanya melibatkan segelinitir mahasiswa/wi. Namun, jangan sesekali memandangnya sebagai isu remeh temeh, sebab ia akan menjalar dengan cepat dan pantas.

Tuesday 22 February 2011

BUNGA TERCANTIK

(Bunga Raya Bunga Kebangsaan.)


Tiba-tiba tergerak di hati saya untuk berbicara tentang bunga selepas menonton criter Korea bertajuk DAISY. Walaupun criter ni sudah lama(tahun 2006), tapi ia tetap menarik. Dilakonkan oleh Jung Woo Sung, Jeun Ji-hyun dan Lee Sung – Jae. Walaubagaimanapun, entry ni bukanlah untuk membicarakan sinopsis DAISY. Cuma, saya ingin berbicara tentang bunga. BUNGA DALAM PANTUN.

P/S = Semua Bunga Ni Milik Mak Saya, Kecuali Bunga Yang Terakhir(terpaksa minta bantuan Google sebab bunga itu hanya terdapat di Indonesia) .




( Bunga Raya)

Hari Minggu Pergi Pekan.
Ramai Sungguh Orang Berniaga.
Bunga Raya Bunga Kebangsaan
Tapi Sayang Ia Tak Secantik Mana.


(Bunga Orkid)

Pengetahuan Am : Taman Kinabalu mempunyai 1000-1200 spesies orkid (lebih kurang 5% daripada jumlah orkid yang terdapat di seluruh dunia). Setakat ini, hanya sejumlah 711 spesies orkid (10% daripadanya adalah endemik) telah dikaji, diberi nama dan didokumenkan secara saintifik.

(Bunga Orkid)

Orang Di Pekan Sungguh Ramah.
Ramah Lagi Orang Di Desa.
Bunga Orkid Penghias Rumah
Sungguh Cantik Tapi Belum Juara.


V


V


V

V

V


V

.

(Bunga Citra Lestari.)

Pergi Pekan Beli Batik.
Batik Cantik Menawan Hati.
Kalau DiTanya Bunga Apa Paling Cantik.
Tentu Sahaja Bunga Citra Lestari.










Saturday 19 February 2011

PATIK RASA BANGGA JADI RAKYAT TUANKU.

(Sultan Muhammad Ke-V
dalam Puisi Dr Asri)



Sebelum melanjutkan bicara, saya ingin menasihatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat semua. Elakkan daripada menggunakan perkataan RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, tapi tukarlah kepada perkataan RAJA ADIL RAJA DITAATI . Ini kerana yang layak disembah hanyalah ALLAH S.W.T dan Raja-Raja Melayu hanyalah manusia biasa. Di sisi Allah, manusia adalah sama, tak kiralah ia seorang Raja, Guru DG 41, buruh, nelayan , petani dan sesiapa sahaja. Ini kerana Allah hanya memandang taqwa yang bermukim di dalam diri tanpa memandang darjat dan kekuasaan empunya diri.

p/s= saya harap bicara saya ini tidak dianggap sebaga bicara SI PENDERHAKA. Maklumlah sekarang ini, terlalu ramai ‘HANG TUAH’ di negara kita. Bukan ‘Hang Tuah’ yang bersenjatakan keris Taming Sari, tapi ‘Hang Tuah’ yang bernaung dalam NGO-NGO tertentu yang adakalanya rasis sekali.




(Patik Rasa Bangga
Jadi Rakyat Tuanku)

Jujur ! puisi Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin benar-benar berbekas di hati saya. Puisi tentang Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Faris Petra atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Ke- V. Saya yakin, puisi ini ditulis atas dasar keikhlasan hati Dr Asri. Siapa tak kenal Dr Asri, beliau memang tegas dan lantang. Tegas dan lantang yang bertempat. Beliau ‘menembak’ sesiapa sahaja dan ‘pelurunya’ tidak mengenali darjat dan kuasa. Malah dengan penuh ketegasan beliau pernah mengktirik ‘Hang Tuah- Hang Tuah’ yang pernah mencadangkan agar hukuman bunuh dikenakaan terhadap pengkritik Sultan . Hukuman Maha Rasis daripada ‘Hang Tuah’ moden.



(Sultan Berjiwa Agama)

Saya teringatkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, Nabi bersabda, Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah memperolehi kebaikan, maka Allah akan memberikannya kefahaman dalam agama. Kebaikan yang dimaksudkan dalam hadis ini tentu sahaja mempunyai makna yang luas dan mendalam. Ia termasuklah kejayaan, kebahagian, keberkatan dan keredhaan-Nya. Kefahaman dalam agama, inilah formula dari Allah kepada hamba-Nya yang inginkan kebaikan dalam hidup. Hanya formula ini sahaja yang dapat memanusiakan manusia. Formula ini jugalah yang dapat mengembalikan jati diri kepimpinan kepada seseorang pemimpin. Setahu saya, baginda bukanlah orang agama(bukan ustaz atau apa sahaja istilah yang merujuk kepada agamawan) tapi banginda adalah orang yang beragama( berminat dan sentiasa dahagakan ilmu agama). Rata-rata rakyat Kelantan memang menyedari semua ini sedari dahulu lagi. Baginda sememangnya amat rapat dan sangat taat dengan tokoh-tokoh ulama di Kelantan


(Sultan Muhammad Ke-V
Mengimamkan Solat Hajat)

Sultan Kelantan yang terbaru ini mengingatkan saya kepada Aurangzeb Alamgir (dieja sebagai Oranzeb Aleemkir – dalam sesetengah buku). Aurangzeb adalah putera Shah Jahan dan baginda Maharaja Dinasti Moghul (Mughal) yang paling alim dan memerintah dengan penuh keadilan. Roh keislaman yang mengalir di dalam jasadnya menjadikannya sentiasa cakna terhadap permasalahan agama. Sebab itulah, baginda pernah mengarahkan para ulama di india pada waktu itu agar menyusun hukum hakam islam agar dapat dibukukan. Hasilnya, lahirlah FATWA ALAMGIRI atau FATWA HINDIYYAH , iaitu sebuah kitab fiqh yang mukabar dalam Mazhab Hanafi. Sejujurnya! Dalam banyak-banyak hal terutamanya keagamaan Aurangzeb jauh lebih hebat berbanding pemerintah-pemerintah Moghul yang lain seperti Babur, Humayun, Akbar, Jahangir, and Shah Jahan. Tapi sayang, kegemilangan ayahandanya Shah Jahan yang lebih dipaparkan kepada umum. Shah Jahan dianggap pencinta yang setia, kerana membina Taj Mahal(lambang keagungan cinta) yang sememangnya unik dari segi reka cipta. Dan ada juga umat islam yang buta agama dan buta sejarah, menobatkan Maharaja Akbar sebagai hero, gara-gara terpengaruh dengan filem Hindi Jodhaa Akbar. Padahal Akbar adalah seorang Maharaja Mughal yang sesat lagi menyesatkan. Akbarlah yang memperkenalkan ajaran Din- Ilahi untuk meyatupadukan rakyatnya yang berbilang agama dan bangsa. Din- Illahi adalah agama baru yang mengabungkan sesetengah ajaran dari agama Islam, Hindu dan lain-lain lagi. Begitulah hebatnya Filem dan Hiburan, si sesat dan durjana dinobatkan sebagai wira yang dipuji dan disanjungi.


Sultan Muhammad Ke- V
Menyembelih Lembu

Raja atau Sultan adalah Ketua Agama Islam di negeri masing-masing. DAN, sebagai rakyat Kelantan, saya amat berbangga kerana mempunyai seorang Sultan yang dekat dengan agama. Ini akan menyebabkan Sultan Muhammad Ke-V sentiasa dekat di hati rakyat Kelantan. Kecenderungannya terhadap islam dapat dilihat menerusi baginda menganugerah gelaran Dato' kepada ulama-ulama di Kelantan, antaranya ialah Tuan Guru Pondok Pasir Tumbuh dan Mudir Maahad Muhammadi. DAULAT TUANKU.


















Friday 18 February 2011

Potret Kanak-kanak

(anak saudara saya
yang berusia 15 bulan)


Memotret gambar kanak-kanak (bagi saya yang masih mentah dalam bidang fotografi) agaklah sukar. Puncanya ialah kerana sukar untuk diarahkan. Untuk kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke atas mungkin agak mudah sebab mereka sudah boleh memahami arahan yang diberi. Tapi bagaimana pula untuk kanak-kanak or baby yang masih belum mampu berkata-kata dan sekali gus belum mampu memahami arahan yang kita berikan. Gambar di atas adalah anak saudara saya yang berusia 15 bulan. Saya terpaksa umpankan seekor kucing agar dia memandang ke arah kamera.

(langsung tak nak
memandang kamera)


Sesetengah mu’allim dalam fotografi mencadangkan agar menggunakan Eye Level Angle untuk memotretkan gambar kanak-kanak. Namun ,saya lebih gemarkan High Angle atau Sudut Pandangan Tinggi. Selain itu, ambil kira juga foreground dan backgroundnya, disamping Rules Of Third. Maaflah, saya tak nak berbicara panjang sebab saya terlalu mentah dalam dunia fotografi. Ini sekadar suka suki jer.(maaf jika telah menodai kesucian bahasa Melayu)


(lebih fokus kepada selipar
daripada memandang kamera)


(gambar amoi ni agak ok sikit,
tapi jadi tak bagus
sebab tergesa-gesa)




Wednesday 16 February 2011

PACIFIST ( BLOGGER YANG HILANG TANPA JEJAK.)



Pacifist (http://kabilahmerdeka.blogspot.com/
) seorang blogger yang kini semakin menjauh dari dunia blog. Menjauh dan menghilang tanpa jejak. Saya yakin, ramai yang tidak ambil peduli dan tidak ambil tahu akan kewujudannya apatah lagi merasai kehilangannya. Mungkin ada yang beranggapan, dalam dunia blog yang semakin melebar dan meluas ini, kewujudan Pacifist hanyalah upama melukut ditepian gantang, masuk tidak menambah dan keluar pula tidak mengurang. Ada atau tidak ada, tidak memberi apa-apa kesan. Apatah lagi, blognya tidak memperkatakan persoalan Nuffang , Google AdSense, Innity dan sebagainya. Tidak juga membicarakan persoalan Traffic, PageRank, Backlinks, Search Engine Optimization( SEO) dan lain-lain lagi istilah yang lazim dan lumrah dalam kalangan blogger tegar. Jauh sekali daripada membincangkan gossip-gossip artis. Meskipun tanpa semua itu, blognya tetap menarik dan istimewa. Menarik untuk dikunjungi dan istimewa untuk dihayati, sekali gus untuk mengutip dan memungut jutaan pengajaran. Pengajaran untuk memugarkan kembali semangat perjuangan
(As-Syahid Sheikh Izzuddin al-Qassam)

SALAM KEMENANGAN DAN TERUSKAN PERJUANGAN, itulah Entry terakhirnya yang dipostkan pada 12 Sept 2010. Pada entry itu sudah ada petunjuk beliau ingin beruzlah dari dunia blog, ia jelas kelihatan pada bait-bait terakhir entry tersebut

"N/B: Maaf sekali lagi kerana tidak dapat mengerapkan diri melawat laman-laman sahabat kerana hambatan tugas dan komitmen yang bertambah."



(lambang briged Izzuddin al-Qassam)


Ada apa dengan Pacifist. Mengapa blognya istimewa. Inilah yang ingin saya maklumkan di sini. Blognya adalah blog perjuangan. Blognya diwujudkan bukan untuk mencari pendapatan sampingan, tetapi untuk menghidupkan kembali semangat jihad sekali gus menyemai kecintaan terhadap bumi suci Palestin. Lihat sahaja pada motif kewujudan blognya,

LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN

"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"



(pejuang Palestin sedang bersolat)
Entrynya tidak pernah surut dan susut dari menceritakan perit getir pejuang-pejuang Palestin. Melalui blog, beliau ingin para pembaca amnya dan blogger khususnya tahu betapa getirnya perjuangan HAMAS. Betapa ikhlasnya Sheikh Ahmad Yassin dan Dr Abdul Aziz al-Rantisi yang menjadikan nyawanya sebagai mahar untuk mendaulatkan islam di bumi suci Palestin.


Keprihatinan dan caknanya terhadap Palestin bukanlah ciptaan atau rekaan semata-mata. Ini terbukti apabila beliau mengabadikan nama IZZUDDIN AL-QASSAM sebagai nama putera sulungnya. Pasti sahaja, ada seribu erti dan sejuta makna, mengapa nama itu diabadikan kepada zuriatnya. Mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah Izzudin al-Qassam? Ya! Siapakah lelaki itu? Mungkin ramai yang tidak tahu betapa lelaki itu adalah seoarang ulama dan tokoh jihad di bumi Palestin yang bangkit berjihad menentang kuasa-kuasa kuffar seperti British (yang bermati-matian ingin mewujudkan negara haram Israel) dan Rejim Zionis Laknatullah. Sheikh Izzuddin Al-Qassam telah menemui syahid( sebagaimana syahidnya Sheikh Ahmad yassin dan Dr Abdul Aziz Al-Rantisi) dalam perjuangan menentang kuasa kuffar laknatullah itu. Nama Sheikh Izzuddin al-Qassam kemudiannya diabadikan oleh pergerakkan islam HAMAS sebagai sebuah briged sayap kanan HAMAS( unit yang amat digeruni oleh Israel). Dan ,sahabat saya Pacifist juga turut mengabdikan nama itu kepada zuriat sulungya. Syabas buat sahabat.

Kepada sahabat-sahabt blogger yang mengenali Pacifist secara dekat (terutamanya blogger-blogger Pahang), harap dapat memujuk beliau agar kembali berjihad dalam dunia blog. Orang seperti Pacifist amat diperlukan untuk menyeru manusia ke jalan Tuhan menerusi penulisan yang segar dan membugarkan





Monday 14 February 2011

MAULIDUR RASUL 1432 H , (1 MALAYSIA 1 UMMAH.)

( 1 Malaysia 1 Ummah,
Tema Maulidur Rasul Tahun ini)


SATU MALAYSIA SATU UMMAH, itulah tema Maulidur Rasul tahun ini. Esok 12 Rabi’ul Awwal 1432 bersamaan 15 Febuari, umat islam di seluruh dunia amnya dan Malaysia khasnya akan menyambut Maulidur Rasul. Sebelum berbicara panjang, ingin saya kongsikan tentang tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Sejarahwan Islam sepakat baginda Nabi S.A.W lahir pada Hari Isnin, cumanya mereka berbeza pendapat tentang tarikh lahir baginda S.A.W . Ada yang mengatakan Nabi S.A.W lahir tarikh 12 Rabi’ul Awwal( inilah tarikh yang diterima majoriti umat islam di Malaysia terutamanya sejak zaman berzaman). Namun ramai pengkaji yang menyatakan bahawa tarikh sebenar maulid baginda ialah pada 9 Rabi’ul Awwal. Antara yang berpegang dengan tarikh ini al-Syeikh Safiyy al-Rahman al-Muabarakfuri iaitu penulis kitab Sirah terkenal Rahiq al-Makhtum. Abaikan tentang itu, ada apa dengan tarikh sebab yang penting ialah penghayatannya.



( Si Gila Ini Bercita-Cita Nak Jadi Nabi)

Kedua, ingin saya berbicara tentang hukum sambutan Maulidur Rasul. Ada ulama yang mengaharamkan atas alasan ia perbuatan bid’ah dhalalah yang tak pernah dibuat oleh Nabi, sahabat dan Tabien. Namun ada juga ulama yang mengharuskannya. Saya lebih cenderung kepada pendapat yang mengharuskan selagi mana dalam keadaan yang terkawal dan tidak berlebih-lebihan, Maksud saya, kita kena iktikad sesungguhnya Maulidur Rasul bukanlah isu pokok dalam islam dan ia tidak sedikitpun menjejaskan akidah orang-orang yang tidak ingin meraikannya. Soal khilafiah, usah diundang perseteruan yang sia-sia. Dari segi sejarah, perayaan ini tidak pernah dikenali pada zaman Nabi S.A.W, sahabat dan Tabien, malah ia mula diperkenalkan oleh Kerajaan Fatimiyyah( bermazhab Syiah) di Mesir.

Sepatutnya mengingati Nabi S.A.W tidaklah hanya pada hari Maulidur Rasul, tapi pada setiap detik dan ketika selagi nadi berdenyut dan jantung berdegup. Sewajarnya mengasihi baginda, adalah sepanjang masa sehinga ke akhir hayat dan hingga ke penghujung nyawa. Tak salah jika saya katakan, segelintir masyarakat kita mengingati dan mengasihi Nabi S.A.W secara bermusim iaitu pada tarikh 12 Rabi’ul Awwal sahaja. Namun, secara jujur kita kena akui, memperingati secara bermusim jauh lebih bererti daripada langsung tak memperingati. Mudah-mudahan dengan ini, ada juga ruang dan peluang untuk orang ramai mengenali siapa itu NABI MUHAMMAD S.A.W . Harap-harap dengan sambutan ini, orang ramai akan mengerti hakikat NABI daan KENABIAN. Usah hairan kenapa saya berkata begitu, ini kerana sudah ramai yang saya ketemui, iaitu pelajar-pelajar yang tidak tahu biodata ringkas Nabi Muhammad S.A.W . Sudah banyak kali saya lihat kertas jawapan sejarah kertas dua, baik ujian mahupun peperiksaan ( sahabat saya seorang guru sejarah). Amat menyedihkan apabila terlalu banyak jawapan daripada pelajar-pelajar Melayu islam yang berusia 16 dan 17 tahun yang jelas menunjukkan tahap kejahilan mereka terlalu kronik. Bayangkan, untuk soalan semudah, siapakah nama bapa Nabi Muhammad S.A.W? Inilah jawapannya, Suhaimi , Kadir, Abdul Muttalib, Abu Bakar, Samsudin, dan macam-macam lagi jawapan yang mencerminkan kejahilan tahap tinggi yang mereka miliki. Ini adalah fakta dan bukannya rekaan, Sayang, sekali , anak-anak bangsa yang diharapkan untuk memakmurkan negara telah lama ‘menendang’ Nabi S.A.W ke sudut yang paling jauh.


( Lelaki Ini Lagi Gila Sebab Nak Jadi Tuhan)


Sekarang saya ingin berbicara perkara yang agak sensitif, iaitu tentang kedudukan Nabi Muhammad S.A.W di dalam hati orang melayu. Sudah lama sebenarnya saya merasakan, kecintaan orang melayu terhadap Nabi Muhammad S.A.W menghampiri angka sifar. Dan tidak mustahil akan terus menjunam ke angka negative suatu masa nanti yang entah bila dan di mana. Terlalu banyak buktinya. Ingat lagi persitwa tahun lepas, apabila seorang blogger menghina Al-Marhum Sultan Johor, blognya diserang dengan ribuan kecaman dan puluhan report polis dibuat ke atasnya. Saya bukannya ingin membela atau mempertahankan bogger tersebut. Tindakannya memang biadap. TAPI, sebelum menghina Almarhum Sultan Johor, blogger yang sama telah ,menghina isteri Nabi S.A.W, iaitu Aisyah. Namun tiada seorang pun anak melayu yang bangkit membuat laporan polis terhadapnya. Malah blognya juga tidak menerima kecaman sehebat kecaman yang dia terima setelah menghina Almarhum Sultan Johor.

Beberapa bulan yang lepas, seoarang ADUN dari Selanggor menerima kecaman hebat kerana mempertikaikan kuasa Sultan Selangor dalam blognya. Tidak sekadar disuruh letak jawatan, malah ada suara-suara MAHA RASIS , sekali gus MAHA JAHIL dari NGO-NGO Melayu yang mendesak agar hukuman mati dikenakan terhadap ADUN tersebut. Kepada NGO-NGO tersebut , tolonglah waras dalam berfikir, matang dalam berbicara dan professional dalam bertindak. Bimbang nanti, taraf NGO akan sehina GRO. Perarakan demi perarakan diadakan dari semasa ke semasa untuk mengutuk ADUN tersebut.

Namun, mungkin kerana melayu sememangnya mudah lupa atau mungkin juga kerana sifar rasa cinta terhadap Rasulullah, maka orang-orang Melayu tidak pernah mendesak agar hukuman bunuh dikenakan terhadap seorang pelakon perempuan yang tak sedar diri yang telah menghina isteri Nabi S.A.W, Siti Khadijah dengan ungkapan yang maha keji terhadap wanita yang sebegitu mulia. Ungkapan yang lebih kurang begini bunyinya, tua nak mampus(merujuk kepada Siti khadijah kerana mengahwini Nabi S.A.W ). Malah satu demontasi aman pun tak dilakukan. Begitu juga bila Dr Kassim Ahmad dalam bukunya hadis satu penilaian semula dengan beraninya menolak hadis-hadis sahih termasuklah yang bertaraf Mutawatir malah dengan penuh kebiadapan mempertikaikan wibawa Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam meriwayatkan hadis. Yang menyedihkan tiada pula desakan agar kassim Ahmad dikenakan tindakan.

Dahulu, yang entah berapa tahun dahulu, seorang lelaki terhebat di Malaysia mengeluarkan kenyataan yang lebih kurang begini bunyinya , zaman Nabi dahulu orang simpan janggut sebab takde gillate (maaf jika tersalah eja). Padahal sunnah menyimpan janggut dan menipiskan misai amat dituntut dalam islam hinggakan sesetengah ulama memfatwakan haram lelaki islam membuang janggutnya. Malah hukum menyimpan janggut itu lebih diutamakan daripada hokum memakai serban dan jubah. Tapi, malang sekali , tiada siapapun yang berani mencadangkan agar tindakan undang-undang diambil terhadap lelaki terhebat Malaysia itu.

Kekadang saya terfikirkan, di dalam hati orang Melayu, cinta terhadap Nabi S.A.W benar-benar menghampiri sifar. Apakah puncanya? Adakah kerana melayu mudah lupa atau kerana Nabi Muhammad S.A.W itu tidak berbangsa Melayu.

Untuk info yang lebih tentang maulidur rasul, mmapir saja ke sini http://drmaza.com/home/?p=1020


Friday 11 February 2011

SESEKALI PULANG KE KAMPUNG



DULU, semasa tinggal kat Sabah jarang-jarang saya berpeluang balik a.k.a bercuti ke kampung.Kampung saya nun jauh di Bachok Kelantan. Setahun hanya sekali saya berpeluang untuk pulang bercuti ke kampung, iaitu cuti akhir tahun. Bukan tak nak balik kampung tapi harga tiket kapal terbang waktu tu agak mahal. Sekali pulang( pergi dan balik) biasanya melibatkan kos RM1500,00 ( dari airport Lahad Datu- Kota KInabalu – KLIA – Pengkalan Chepa Kelantan ). Tambang murah air asia amat sukar diperolehi sebab kebiasaannya harga murah yang ditawarkan tidak melibatkan hari-hari cuti. Lagipun, airport di Lahad Datu tiada perkhidmatan air asia disediakan, terpaksa ke Tawau atau Sandakan(memakan masa 2 jam 30 minit perjalanan dari Lahad Datu).




(Pantai Kemanyan, Bachok Kelantan)


Jadi, cuti-cuti yang lain, saya manfaatkan untuk menerokai mana-mana sudut dan ruang Negeri Di Bawah Bayu. Boleh dikatakan hampir keseluruhan negeri sabah telah saya jejaki kecuali kawasan-kawasan yang terlalu jauh di pendalaman. Lahad Datu, Kunak, Sempoerna, Tawau, Kinabatangan, Sandakan, Telupid, Ranau, Kundasang, Tamparuli, Tuaran, Inanam, Kota Kinabalu, Papar, Kota Belud, Kudat, Beaufort antara lokasi yang pernah saya jejaki. Namun, Tamparuli dan Tuaran, seolah-olah menjadi destinasi wajib saya setiap kali cuti persekolahan. Entah mengapa, saya merasakan Tamparuli dan Tuaran begitu bermakna dan bererti dalam hidup saya. Jujur! Sampai hari ini, saya masih teringat-ingat detik-detik yang saya lalui sekitar Tamparuli dan Tuaran. Malah kali terakhir sebelum saya meninggalkan bumi sabah(sebab berpindah ke semenjung), saya mencuri ruang yang terhad dan terbatas untuk ke Tamparuli dan Tuaran untuk kali yang terakhir ( Insha-Allah, jika dipanjangkan umur saya akan ke sana lagi). Saya susuri setiap sudut bangunan dan lorong sekitar Tamparuli, saya renung tapak tamunya, dan saya termenung lama di atas jambatan Tamparuli. Tapi, sayang saya tak sempat ke Kiulu, sebauah lokasi yang tidak jauh dari pekan Tamparuli, lokasi yang sentiasa saya ziarahi apabila saya ke Kota Kinabalu dan Pantai Barat Sabah. Kemudiaannya ke Tuaran, saya susuri juga setiap inci pekan Tuaran dan terhenti lama di sudut-sudut yang pernah mencipta kenangan. Lepas tu, saya terus bergegas ke Kota Kinabalu untuk chek out hotel dan menatapi wajah Kota Kinabalu buat kali terakhir sebelum ke airport.


(Kampungku, seketika sebelum padi disemai)

Selain Sabah, negeri Sarawak juga turut menjadi tempat untuk saya bercuti lantaran tidak pulang ke kampung. Lawas, Limbang, dan Miri, agak kerap saya ke situ lantaran terdapat beberapa orang sahabat sepengajian(USM) yang bertugas di situ.

15 Januari 2007, bermulalah kehidupan saya sebagai warga Perak. Seperti Sabah, Perak juga ada keindahan tersendiri dan ada keistimewaan tersendiri. Namun, kalau ditanya antara Sabah dan Perak, yang manakah lebih saya suka. JUJUR! Saya akan jawab, saya lebih suka berada di Sabah. Terlalu indah dan tersangat bahagia. Setiap detik dari pagi hingga malam menjelma saya rasakan begitu bermakna. Riang ria di bumi Sabah masih saya rasa. Bekerja dalam usia seawal 22 tahun, bersama rakan-rakan, bumi sabah kami nikmati. Gunung Kinabalu kami daki, Pulau-pulau kami jejaki. JUJUR, sesungguhnya rindu, kasih dan sayang saya tertinggal di Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Saya abadikan kenangan di Sabah dalam cerpen terbaru saya ,JESSICA yang telah disiarkan dalam Majalah Wanita edisi Januari 2011 ( terbitan Utusan Karya), lihat di sini http://www.bicaradariaku.com/2011/01/jessica.html.
Sepatutnya saya ke Sabah bulan 6 ni( saya dah rancang nak ke Tg Simpang Mengayau selain Tamparuli , Tuaran dan ziarah kawan-kawan lama di Lahad Datu) tapi, tiba-tiba saya TERPAKSA mengubah haluan untuk ke Jakarta dan Bandung .





(Kampungku, Sawah Sebelum Dibajak)

Kat Perak bukanlah saya menderita, ia tetap membahagiakan, apatah lagi saya boleh pulang ke kampung dengan lebih kerap dengan kos tak sampai RM100.00. Seronak juga memandu merentasi bukit Gerik( kekadang terserempak dengan gajah liar), singgah merakam gambar di Tasik Banding dan Puncak Titiwangsa sebelum meneruskan perjalanan balik kampung. Cuma, di Perak ni, saya paling suka ke Utara Perak. Entah mengapa, jiwa saya sangat serasi dengan Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar. Jarang sekali, saya ke Teluk Intan, Tanjung Malim dan Bagan Datoh.

Untuk pengetahuan sahabat, berlambak guru-guru dari Kelantan dan Terengganu di Hulu Perak seperti gerik dan Pengkalan Hulu, ini memandangkan daerah itu sudah dikira berhampiran dengan Kelantan dan Terengganu. Kebanyakkan mereka pernah berkhidmat di sabah dan Sarawak dan dalam proses menunggu ruang dan peluang pulang ke negeri masing-masing. YANG PASTI, walau dimana berada tugas sebagai guru hendaklah dilunaskan. Tidak boleh sama sekali seseorang guru bersikap memilih lokasi untuk menyumbang bakti.

p/s= kepada bakal-bakal guru, janganlah takut dan khuatir untuk memilih Sabah sebagai lokasi untuk menyumbang bakti.

p/s= bila pulang bercuti ke kampung, jaranglah saya online.




Monday 7 February 2011

1,383 KANAK-KANAK DAN REMAJA GAGAL DITEMUI SEJAK DUA TAHUN LALU.




Bayangkan betapa parahnya masalah ini. Ia melibatkan kanak-kanak dan remaja yang berusia 18 tahun ke bawah. Secara purata empat orang yang hilang setiap hari. Kehilangan mereka ini, kebanyakkannya bukanlah kerana factor penculikan tetapi faktor-faktor lain terutamanya melarikan diri dari keluarga.


Sebenarnya, sejak semalam lagi, saya ingin berbicara tentang perkara ini setelah terbaca berita ini kat Mingguan Malaysia sebelum bertolak pulang ke Perak. Tapi, kepenatan kerana memandu dalam keadaan jalan yang jem tahap kronik memaksa saya lelap lebih awal. Saya bertolak dari kampung di Bachok Kelantan pada pukul 11 pagi dan sampai rumah kat Chemor Perak lebih kurang pukul 10 malam. Kesesakan lalu lintas bermula di Tanah Merah Kelantan dan berlanjutan sampailah ke perak.


Kembali kepada cerita. Daripada jumlah itu, seramai 1,504 orang atau 85 peratus berusia 14 hingga 17 tahun diikuti 10 hingga 13 tahun (155 orang atau 12 peratus) dan sembilan tahun ke bawah (47 orang atau 2.7 peratus).

Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman mendedahkan ada beberapa faktor mendorong kehilangan golongan itu. Paling tinggi disebabkan dipengaruhi rakan iaitu 621 orang diikuti mengikut kekasih (597 orang) dan cari kebebasan di luar rumah (474 orang). Selain itu, punca perselisihan faham dengan keluarga (260 orang), tidak minat belajar (92 orang), dilarikan ibu bapa sendiri (53 orang) dan kurang perhatian keluarga (33 orang).


Dunia akhir zaman sememangnya penuh dengan kegilaan yang menggila. Pantun dahulu kala ada menyebut.


Nasi Lemak Bidara
Sayang Selasih Hamba Lurutkan
Tinggal Emak Tinggal Saudara
Kerana Kasih Hamba Turutkan
.
(sungguh tak islamik pantun ni)

Inilah yang ingin saya fokuskan, iaitu lari mengikut kekasih. Tak kiralah kekasih warga tempatan atau warga Lombok. Lari ikut kekasih adalah seramai 597 orang( yang belum diketemui) . Tambahan pula remaja yang hilang ini kebanyakkanya berusia 14 hingga 17 tahun (seramai 1,504 orang atau 85 peratus) . Saya masih ingat kes dua pelajar perempuan berusia 14 tahun (kembar) dari Kampar Perak yang melarikan diri dan bersekedudukan dengan teman lelakinya yang berusia 19 dan 20 tahun di sebuah rumah di Pulau Pinang. Malah ketika dicekup pihak berkuasa, dua gadis kembar itu begitu riang ria sekali tanpa sedikitpun rasa segan.


Saya seorang guru, dan selalu juga berhadapan dengan masalah pelajar sebegini. Si bapa hantar sampai pintu pagar sekolah dan si boyfriend dah tunggu disebalik pokok kelapa. Tak sampai lima minit kelibat si bapa hilang, si anak betina ni pun terus membonceng motor bersama boyfriendnya dan hilang entah ke mana.


Lagi teruk ada juga kes di sekolah tertentu dan di negeri tertentu, pelajar perempuan berusia 13 tahun lari dari rumah kerana nak hidup hidup bersama abang angkatnya, seorang operator kilang yang berusia 29 tahun. Maaf saya tak ingin berbicara panjang lebar tentang keruntuhan aklhak budak-budak sekolah ni sebab ia mengaibkan institusi sekolah dan profesion keguruan.


Masih lagi berkaitan dengan remaja perempuan lari ikut kekasih. Tapi kali ini lari dengan jarak yang lebi jauh. Tidak hanya merentas desa tapi merentasi samudera dan negara . Setakat yang saya tahu, sudah 500 orang gadis Malaysia( termasuk seorang artis remaja yang belum popular) yang melarikan diri untuk membina ‘syurga’ bersama kekasihnya di Lombok. MAAF, jumlah terkini saya tidak tahu, Tapi sayang, syurga yang dicari, neraka pula yang menanti.


Sampai bilakah masalah ini akan menghantui ibu bapa yang mempunyai anak-anak gadis. JUJUR DAN IKHLAS, Terlalu sukar untuk mencari jawapan kepada persoalan ini. DAN, kepada yang bergelar remaja( terutamanya gadis-gadis) ingatlah sesungguhnya SYURGA ITU TERLETAK DI BAWAH TELAPAK KAKI IBUMU.