Friday 30 September 2011

Kaedah Melupuskan Naskah Al-Quran Yang Usang.



Mushhaf atau kertas yang mengandungi ayat-ayat al-Qur’an tidak boleh dikoyak atau dicarik-carik, kerana cara itu bererti memutuskan huruf-huruf dan kalimatnya dan mempersia-siakan apa yang termaktub itu.

Jika mushhaf atau tulisan ayat-ayat al-Qur’an itu tidak boleh dibaca atau tidak boleh digunakan lagi, ia boleh dimusnahkan antara caranya ialah dengan membasuh tulisannya sehingga tidak kelihatan lagi, membakar atau menanamnya

Sebahagian ulama berpendapat membakarnya adalah lebih utama kerana Sayyidina ‘Utsman bin ‘Affan pernah membakar mushhaf-mushhaf tertentu dan tidak ada sahabat yang membantahnya.

Setengah ulama mutakhir berpendapat bahawa cara membakar itu adalah cara
yang paling ringan dilakukan. Disertakan dengan niat yang baik, maka cara ini
dilakukan hanya semata-mata untuk menjaga kesucian dan kemuliaan al-Qur’an,bukan merendahkan apa lagi menghinanya dan tidak mendedahkannya kepada pencemaran dan penghinaan. (Ahsan al-Kalâm: 2/210)

Mengenai dengan tempat pemusnahan atau pembakarannya itu, bolehlah ditentukan sendiri dimana-mana yang difikirkan sesuai.

Sumber
Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam

Di samping itu, saya sertakan sedikit info tambahan yang dikemukakan
oleh Prof Madya Dr Abdul Hayei Abdul Sukor, seorang ilmuan dalam bidang hadis yang berasal dari negeri Kelantan. Beliau juga merupakan bekas Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan bekas Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan serta penulis Tafsir Pimpinan Muttaqin.

Beliau turut memperkatakan tentang tatacara melupuskan naskahAl-Quran di dalam bukunya yang berjudul Islam & Manusia 1001 Kemusykilan,iaitu pada mukasurat 89. Buku ini sangat bagus, kerana ia ditulis oleh seorang ilmuan hadis yang terkenal di Malaysia, jadi saya syorkan sahabat agar membelinya sebagai koleksi dan sebagai bahan rujukan.

Sebenarnya ia sama sahaja dengan kaedah yang dikemukakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, Cuma ada sedikit tambahan. Tentang kaedah membasuh tulisan, beliau sertakan kaedah sampingan untuk memuliakan Al-Quran iaitu air basuhannya hendaklah dibuang ke tempat-tempat yang terhormat seperti di laut atau sungai-sungai besar.

Tentang kaedah membakar pula, Prof Madya Dr Abdul Hayei turut member info tambahan iaitu debu-debunya hendaklah dibuang atau ditanam ke tempat-tempat yang tidak terdedah kepada tapak-tapak kaki manusia dan haiwan. Syukur juga kepada Allah S.W.T, sebab Prof Madya Dr Abdul Hayei turut memiliki blog peribadi. Jadi tentang isu ini dan isu-isu yang lain, bolehlah sahabat merujuk ke blog beliau
Dr Abdul Hayei

Thursday 29 September 2011

Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim Bersetuju Agar Sejarah Ditafsir Semula.

(Jenazah Tok Janggut yang syahid menentang British)







Ini adalah lanjutan atau sambungan daripada tajuk yang lepas, iaitu, Masih Relevenkah Sambutan Hari Kemerdekaan Apabila Tanah Melayu Senasib Dengan Thailand.



Sebenarnya, saya sudah tidak berminat untuk memperkatakan isu ini, memandangkan saya telah memperkatakannya sebelum ini. Apatah lagi isu ini sudah dianggap reda dan semakin dilupakan ekoran pelbagai isu baru yang dijelmakan. Nasi Lemak 2.0, Hantu Bonceng dan Hudud mula mengambil alih dan menjadi topik baru yang diperkatakan. Tapi, setelah membaca akhbar Sinar Harian hari ini yang memuatkan pandangan Prof Dr Khoo Kay Kim tentang tafsiran semula sejarah, maka saya jadi berminat untuk kembali berbicara perihal ini. Tentang kenyataan penuh beliau, bolehlah lihat
SINI









(jenazah Tok Janggut digantung songsang oleh British)







Dan ingin juga saya nyatakan, sebelum ini Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam pernah menyarankan agar Sejarah Negeri Melaka DiTafsir Semula



Selain itu, saya juga tertarik untuk memperkatakan kembali isu ini, setelah membaca entry yang bernas dari blogger Jiwa Hamba yang bertajuk Mat Sabu Bapa Sejarah Malaysia. Maaf, saya tidak berminat untuk membicarakannya, tapi bagi saya entry itu adalah satu kesimpulan yang bernas.











Kembali kepada tajuk, hari ini Prof Khoo Kay Kim bersetuju dengan pentafsiran semula sejarah. Tidak mengapa andainya dengan itu kita dapat menyelongkar hakikat sejarah yang didustakan. Tapi saya risau sebab sebelum ini, atau lebih tepat lagi pada 13 Sept 2011 dalam akhbar berita harian pada muka surat 7, Khoo Kay Kim telah mengeluarkan satu ‘FATWA’ baru dalam ilmu sejarah. ‘Fatwa’ yang berbunyi “ mana-mana pihak yang menentang undang-undang negara dulu tidak boleh dianggap sebagai wira walaupun zaman sudah berubah.” Undang-undang yang beliau maksudkan ialah undang-undang yang diperkenalkan oleh British yang didakwa olehnya sebagai pelindung dan penaung.



Andainya ‘Fatwa’ Khoo Kay Kim itu digunapakai dalam pentafsiran semula sejarah, maka berlakulah rombakan besar dalam sejarah negara, iaitu pejuang yang selama ini dijulang setinggi langit akan menjadi petualang yang layak dipijak sampai ke kerak bumi.



Imbas kembali perjuangan Dato’ Maharaja Lela dan pejuang-pejuang Melayu Perak, termasuklah Ngah Ibrahim dan Raja Abdullah. Bukankah mereka menentang undang-undang yang telah diperkenalkan oleh British termasuklah pengharaman terhadap amalan perhambaan dan pengenalan cukai-cukai baru. Jadi mereka ini tidak boleh dianggap wira berdasarkan ‘fatwa’ Khoo Kay Kim.



Lihat juga peristiwa kebangkitan Tok Janggut di Pasir Putih Kelantan. Antara faktor kebangkitan Tok Janggut ialah kerana tidak bersetuju dengan undang-undang yang diperkenalkan oleh British, antaranya ialah undang-undang mengenai peraturan tanah dan cukai. Jadi mereka ini tidak boleh dianggap wira berdasarkan ‘fatwa’ Khoo Kay Kim. Memadailah dua contoh yang mewakili kebangkitan orang Melayu menentang British. Tidak perlu rasanya untuk saya kemukakan tokoh-tokoh pejuang Melayu yang lain sebab itu akan menyebabkan entry ini akan berjela-jela.



Di samping itu, saya terpanggil untuk membetulkan ajaran sesat dari seorang pengomen dalam akhbar arus perdana. Komennya berbunyi begini, “ seseorang yang memerangi bangsa sendiri tidak layak dianggap sebagai wira tapi layak diistiharkan sebagai penderhaka.”



Sekali lagi, saya menjemput sahabat untuk mengimbas kembali sejarah kebangkitan Tok Janggut. Pada 28. April. 1915, En. Abdul Latif, selaku Pegawai Daerah Pasir Puteh telah mengarahkan Sarjan Che Wan, seorang polis yang berkhidmat dengan British agar menangkap Tok Janggut. Perkelahian berlaku dan Sarjan Che Wan telah terbunuh.



Harus diingat kesemua mereka adalah berbangsa Melayu dan beragama islam. Baik Tok Janggut, mahupun En. Abdul Latif dan Sarjan Che Wan. Persoalannya, siapakah yang layak dinobatkan sebagai wira negara. Andainya memerangi dan membunuh bangsa sendiri tidak layak dilabel sebagai wira, maka apakah gelaran yang sepatutnya kepada Tok Janggut yang telah membunuh saudara sebangsa dan seagama. Tolong jawab!



Juga, tolong jangan lupa , tentang satu lagi peristiwa bersejarah dan berdarah pada tahun 1915. Peristiwa British mengarahkan tentera di negara jajahannya termasuk Tanah Melayu agar memerangi Turki Uthmaniyah. Perang ini bertujuan untuk merampas Palestin. Atas nasihat ulama tempatan yg terkenal(Ust Nurul Alam Syah), tentera beragama islam dlm kalangan tentera melayu dan india muslim di Singapura mengengkari arahan British. Peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa Dahagi 1915.



Akibatnya British meminta bantuan tentera milik sultan negeri tertentu di Tanah Melayu untuk memerangi tentera islam yg enggan bekerjasama dengan British. Akibatnya , tentera islam ini mati dikenakan hukuman bunuh dan Ustaz Nurul Alam juga dikenakan hukum gantung. Persoalannya, adakah tentera yang beragama islam yang enggan bekerjasama dengan British untuk memerangi Turki ini layak dilabel sebagai penderhaka. Dan, adakah tentera melayu atau lebih tepat lagi tentera milik Sultan tertentu yang bekerjasama dengan British itu layak dianggap sebagai wira.



Tentang tentera milik Sultan Negeri Tertentu yang saya maksudkan tu, lihat sahaja klip kuliah dari Dr Asri Zainul Abidin ini sampai habis. Ia ada dinyatakan pada minit 7.53, sila klik
SINI. Maaf, saya tidak berani menyebut nama Sultan tersebut dan tidak berani menyentuh persoalan Raja-Raja Melayu sebab saya tidak ingin dianggap sebagai penderhaka

































Monday 26 September 2011

RM100 Juta Hasil Keuntungan Judi Disalurkan Untuk Pendidikan.




Sekurang-kuranngnya RM100 juta daripada keuntungan aktiviti perjudian disalurkan untuk memartabakan bidang pendidikan, terutamanya sekolah vernakular. Maaf susah untuk copy dari sumber asal, jadi untuk maklumat lanjut, bolehlah langsung merujuk
The Malaysian Insider


Info Tambahan:
Patutlah akhlak pelajar hari ini semakin teruk, rupa-rupanya belajar dengan sumber yang haram.Portal YouthSays.com yang menjalankan kajian pada tahun 2010, dengan melibatkan 2,800 responden berusia dari 15 hingga 25 tahun, mendapati 60 peratus remaja Malaysia hilang dara menjelang umur 18 tahun. Tentang ini, lihat
SINI

Dulu waktu Kerajaan Pulau Pinang nak bagi RM100 kepada warga tua, ramai yang membantah atas alasan duit itu ada kaitan dengan judi. 24 jam sehari dan 7 hari seminggu Kerajaan Pulau Pinang dikutuk dalam TV dan akhbar. Tapi, kenapa pula diam bila RM100 juta hasil judi disalurkan untuk pendidikan.

Sunday 25 September 2011

Serangan Ke atas Gereja: Seorang Meninggal dan 19 orang Cedera.





Kelmarin, 25 Sep 2011, Satu serangan bom berani mati berlaku di sebuah gereja di kota Solo,Jawa Tengah. Selain mengorbankan nyawa pengembom itu, serangan tersebut turut mencederakan sekurang-kurangnya 19 orang jemaah penganut Kristian yang baru selesai mengerjakan ibadat.

Serangan oleh pengebom berani mati itu berlaku di Gereja Bethel Injil Sepenuh, Kepunton, Kota Solo pada pukul 10.55 pagi. Selanjutnya Sila Baca
SINI

INFO TAMBAHAN.
Mungkin ada yang beralasan situasi sebegini tidak akan sesekali berlaku di Malaysia. Mungkin mereka menyamakan rusuhan atau perang antara agama ini disebabkan oleh faktor geografi sebagaimana letupan gunung berapi dan gempa bumi. Betapa bodohnya orang yang beranggapan sebegitu,sebab rusuhan kaum dan ketegangan agama tidak pernah bersangkut paut dengan geografi.

Ingin saya tegaskan,apa yang berlaku di Indonesia ini, bila-bila masa sahaja boleh berlaku di Malaysia.Mari kita kita selongkar sejarah silam. Ingat kembali persitwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Dan, cuba tanya pada diri sendiri, adakah sebarang jaminan yang persitiwa itu tidak akan berulang.

Sekarang mari kita lihat realiti semasa. Ingat balik apa yang berlaku pada awal tahun ini,berkali-kali Ibrahim Ali, si presiden PERKASA membuat huru-hara dengan mencabar penganut Krisitian. Dengan biadapnya,Ibrahim Ali mengistiharkan perang ke atas penganut-penganut Kristian. Timbul tanda Tanya, mengapa Ibrahim Ali tidak ditangkap dan dipenjarakan dan mengapa PERKASA tidak diharamkan. Tindak tanduk PERKASA ternyata mengancam negara persis pengganas Komunis.






Ahmad Jais dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi



Penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau dikenali sebagai Ahmad Jais, 75, yang dimasukkan ke Unit Separa Rapi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) di Shah Alam semalam, dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat sukar bernafas awal pagi ini.

Anak keempatnya, Maimun, 31, berkata bapanya kini dalam keadaan stabil. Anak keempatnya, Maimun, 31, berkata bapanya kini dalam keadaan stabil.
Ayah sekarang bernafas melalui mesin bantuan pernafasan bagi membolehkan oksigen masuk terus ke paru-parunya, dan doktor sedang melihat progress ayah.

"Ayah memang ada asma dan bila beliau diserang batuk, itu menyukarkan pernafasannya. Doktor beritahu masih terlalu awal untuk tentukan sampai bila ayah akan berada dalam keadaan ini," katanya ketika ditemui di Shah Alam hari ini.
Maimun turut meminta agar saudara mara, rakan-rakan dan peminat mendoakan kesihatan bapanya.

Ahmad Jais dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu semalam selepas mengalami masalah sesak nafas.

Menurut anaknya, beliau mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 Sept lalu, tetapi sakitnya mula serius pada malam Khamis lalu sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20 di Shah Alam.

Beliau kemudian dipindahkan ke DEMC awal pagi semalam kerana mempunyai rekod perubatan di situ.

Sumber:
SINI

Saturday 24 September 2011

Satelit Milik NASA Jatuh Ke Bumi



WASHINGTON - Sebuah satelit tamat tempoh seberat enam metrik tan milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkecai semasa memasuki atmosfera bumi pagi semalam dengan serpihan-serpihannya jatuh bertaburan di rantau Lautan Pasifik.

Pusat Operasi Bersama Angkasa Lepas AS dan NASA dalam satu kenyataan memberitahu, serpihan-serpihan satelit sebesar sebuah bas itu tidak semestinya menjunam ke dalam laut tetapi mengesahkan ia jatuh dalam kawasan seluas 800 kilometer persegi di rantau Pasifik.

Setakat berita ini ditulis, pihak berkuasa belum ada mengenal pasti lokasi yang tepat tempat serpihan-serpihan tersebut jatuh.

Menurut kedua-dua agensi AS itu, satelit sepanjang 11 meter itu jatuh antara pukul 1.23 petang (5.09 petang semalam waktu Malaysia).




Semasa menembusi atmosfera bumi, ia berkecai kepada lebih 100 kepingan tetapi cuma sekitar 26 kepingan logam berat dengan serpihan terbesar seberat 135 kilogram dijangka menjunam ke bumi.

NASA meramalkan kelajuan serpihan satelit itu apabila memasuki ruang udara ialah kira-kira 109 meter sesaat.

NASA sebelum ini meramalkan satelit yang dikenali sebagai Satelit Penyelidikan Atmosfera Amerika Syarikat (UARS) itu jatuh ke bumi seawal Khamis lalu


Sumber:
KOSMO

Buffered Earnings Dari Nuffnang.

Ini entry pertama saya tentang Nuffnang.Tidak wajar jika saya tidak pernah menulis tentang Nuffnang sedangkan saya sudah beberapa kali cash out daripadanya.

Syukur kepada Tuhan sebab Nuffnang juga sudi menganugerahkan BE kepada saya. Sebenanrya ia berlangsung sejak Ramadhan lagi, iaitu DiGi Blackberry Bundle Prepaid LR dan kemudian diikuti oleh VW Scirocco R Cup 2011. Kedua-duanya dah dihentikan tapi syukur sebab sebagai ganti saya dianugerahkan BE ,Asustek Computer Malaysia (Warm-up).

Friday 23 September 2011

Hukum Beramal Dengan Petua Dan Pantang Larang Melayu





Ini adalah entry copy and paste. Saya copy dari Harakah Daily dan saya pastekan ke blog saya. Matlamatnya ialah untuk menyebarkan pesanan yang amat berguna ini demi manfaat bersama. Cuma, saya hanya memasukkan catatan atau tulisan saya pada bahagian akhir iaitu bahagian INFO TAMBAHAN.

Semua jenis petua, pesan, pantang-larang atau seumpamanya harus diamalkan jika ia tidak bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, antaranya;

1. Tidak membawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut iaitu mempercayai perkara ghaib di luar dari skop yang diberitahu oleh Allah di dalam al-Quran atau melalui RasulNya di dalam as-Sunnah. Firman Allah (bermaksud): “Katakanlah; tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah”. (an-Naml: 65)

2. Tidak memalingkan seseorang dari keyakinan bahawa segala yang berlaku -sama ada baik atau buruk- adalah dari ketetapan Allah (Qadarullah). Begitu juga, keyakinan hanya Allah yang mendatangkan mudarat dan manfaat kepada manusia. Firman Allah (bermaksud): “Katakanlah; Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan tentulah aku tidak ditimpa kesusahan. Tidaklah aku melainkan hanya pemberi peringatan dan penyampai khabar gembira bagi orang-orang beriman”. (al-A’raf: 188)

3. Tidak membawa kepada pengamalan yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah atau terpaksa meninggalkan amalan yang disuruh al-Quran dan as-Sunnah kerana ingin beramal dengan petua atau pantang larang.

4. Tidak membawa kepada mengubah hukum Allah terhadap sesuatu iaitu sama ada mengharamkan apa yang halal atau menghalalkan apa yang haram. Ini kerana hak untuk menentukan halal atau haramnya sesuatu bukan milik manusia, akan tetapi milik Allah.

5. Tidak berupa kepercayaan kepada sial sesuatu kerana kepercayaan sebegitu dilarang oleh sabda Nabi; "Tidak ada sial sesuatu (di dalam Islam)" (HR Imam al-Bukhari dari Anas). Nabi juga bersabda; “Sesiapa yang sial sesuatu (yakni kepercayaannya terhadap sial sesuatu) menghalangnya dari menyempurnakan hajat (atau urusannya), maka sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah” (HR Imam Ahmad, at-Thabrani dan Ibnu Sunni dari Abdullah Ibnu ‘Amru r.a./ al-Jami’ as-Saghir, no. 8701)

6. Tidak berupa tilikan atau tenungan kerana ia dilarang oleh Nabi dalam sabdanya: “Sesiapa pergi kepada seorang kahin (tukang tilik/tenung), lalu ia mempercayai apa yang ia khabarkan, maka sesungguhnya dia telah kufur terhadapy apa yang diturunkan kepada Muhammad (yakni agama Islam)”. (HR Imam Ahmad dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 8285)

Oleh demikian, supaya petua dan pantang larang yang hendak diamalkan tidak bercanggah dengan agama ia mesti berlandaskan dalil-dalil yang diakui Syariat iaitu sama ada diceduk dari al-Quran atau as-Sunnah atau berdasarkan kajian atau pengalaman. Petua yang tidak berdiri di atas dasar yang tidak difahami (atau dikaitkan dengan kepercayaan tertentu tanpa dalil Syarak; yakni al-Quran dan as-Sunnah) hendaklah dielakkan dari beramal dengannya. Sebagai contoh, pantang larang bagi ibu-ibu selepas bersalin selama 44 hari yang membabitkan perkara berikut;
1. Tidak boleh bersama suami (berjimak) sepanjang tempoh itu
2. Tidak boleh makan makanan sesuka hati (ada makanan yang perlu berpantang)
3. Tidak boleh turun ke tanah kerana dikhuatiri diganggu oleh jembalang tanah.

Perkara pertama ada kaitan dengan dalil Syariat di mana tempoh paling lama nifas bagi wanita bersalin ialah 40 atau 60 hari mengikut perbezaan pandangan ulamak dan dalam tempoh tersebut sememangnya tidak harus berlaku jimak, oleh demikian pantang larang tersebut harus diamalkan. Perkara kedua (berpantang makanan), ia kembali kepada pengalaman dan ia juga harus diamalkan jika kita yakin dengan pengalaman orang-orang dulu. Perkara ketiga (tidak boleh turun ke tanah), ia berkait dengan kepercayaan tentang makhluk ghaib, tidak harus diamalkan kerana ia bersifat khurafat kerana tiada dalil al-Quran maupun as-Sunnah mengesahkannya.

Begitu juga pantang larang yang yang melarang menyapu sampah di malam hari kerana dikhuatiri rezki akan hilang); pantang larang ini dilihat dari segi dalil al-Quran atau as-Sunnah, tiada ayat al-Quran ataupun hadis mengesahkannya. Melihat kepada kajian dan pengalaman juga tidak kuat sandarannya.

Oleh demikian, tidak usahlah pantang larang sebegitu dipercayai kerana dibimbangi kita akan terbawa-bawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut atau mempercai sial sesuatu yang telah sabit larangan terhadapnya oleh ayat al-Quran dan hadis di atas tadi. Jika kita perlu menyapu sampah di malam hari kerana kebetulan ada sampah yang perlu dibersihkan, lakukanlah tanpa khuatir kepada pantang larang tersebut kerana tiada nas Syarak melarang perbuatan tersebut. Jika ditakdirkan kita mengalami kerugian selepas hari tersebut, wajiblah kita mengembalikan kerugian itu kepada qadha dan qadar Allah, bukan kerana kita telah melanggar pantang larang tersebut.

Petua dan pantang larang yang jelas bercanggah dengan Syariat (al-Quran dan as-Sunnah) haram diamalkan. Dari segi kesan, jika ia menafikan aqidah yang wajib diiktiqadkan, mengamalkannya mungkin boleh membawa kepada rosaknya iman dan pelaku/pengamalnya boleh terjatuh dalam dosa syirik yang tidak diampunkan Allah, dan lebih jauh dari itu ia mungkin boleh murtad dari agama -sama ada secara sedar atau tanpa sedar. Jika ia menyalahi amalan yang diredahi Allah, ia berdosa. Perbuatan dosa - sama ada besar atau kecil - wajib dijauhi oleh seorang muslim yang bertakwa kepada Allah.

Untuk mengenal pasti amalan orang terdahulu dalam budaya Melayu sama ada boleh diikuti atau tidak, ia mesti dibentangkan secara khusus setiap satunya di hadapan al-Quran dan as-Sunnah. Dalam ungkapan lain, ia wajib dirujuk kepada alim-ulamak sebelum mengamalkannya jika berlaku keraguan tentangnya.

Sumber :
Harakah Daily

INFO TAMBAHAN:
Rencana ini tentang Petua dan Pantang larang masyarakat Melayu dahulu kala. Masyarakat Melayu moden pula sangat gemar dengan ramalan karut Rahsia Tarikh Lahir. Kononnya Rahsia Tarikh lahir tu hasil kajian dan tinjauan pakar Motivasi Terkenal Negara. Kita yang menyembah Allah, wajib yakin dengan firman-Nya,(yang bermaksud): “Katakanlah; tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah”.(Surah an-Naml: 65).

Di sini saya tidak berhajat untuk bercerita dengan panjang lebar tentang karut marut Rahsia Tarikh Lahir, sebab saya pernah menulis tentangnya dalam entry lepas yang bertajuk
Rahsia Tarikh Lahir: Ramalan Yang Merosakkan Aqidah

Thursday 22 September 2011

Nasihat Dan Pesanan Buat Peminat Zizan Raja Lawak.





Kekadang saya merasakan mereka ini bukan lagi peminat tapi‘PENYEMBAH’ Zizan Raja Lawak. Itulah kesimpulan yang dapat saya buat setelah meneliti dan memerhatikan komen-komen yang dilontarkan oleh pihak tertentu apabila memberi respons terhadap isu Filem Hantu Bonceng yang didakwa Menghina Rasulullah

Saya juga turut menulis tentang
Filem Hantu Bonceng . Dan syukur Alhamdulillah, sebab orang-orang yang melontarkan respons atau komen terhadap entry saya merupakan orang-orang yang matang dalam beragama.

Ingin saya tegaskan, entry ini bukanlah untuk memperkatakan perihal Zizan, Ahmad Idham mahupun filem Hantu Bonceng. Tapi entry ni adalah satu nasihat dan pesanan buat peminat Zizan Raja Lawak. Apabila saya terjah ke sesetengah blog, saya dapati terdapat individu tertentu yang berhujah persis orang mandul akal dan sifar pengetahuan agama, semata-mata untuk backup atau membela Zizan. Mereka tidak menulis entry tentang isu ini tapi menjadi peguam bela yang sasau dan nanar dengan melontarkan respons atau komen terhadap entry-entry yang memperkatakan isu Filem Hantu Bonceng. Antara hujah dangkalnya ialah:

xde ape2 mslh lh. Zizan wat lawak jer. Dia kn pelawak”

“Perkra kecil mcm ni pun nk kecoh ke”

“ X fhm ke makna lakonan. Zizan berlakon jer bknyer sunguh2. mcm Shah Rukh Khan jgk brlakon jdi wtk kristian & pakai salib. Tapi SRK still islam.”

Cukuplah sekadar memaparkan beberapa respons sebagai contoh betapa mereka ini adalah ‘Penyembah’ dan bukannya peminat Zizan.

Tentang Zizan, saya menghormati sikapnya yang telah memohon maaf terhadap kesilapannya itu. Saya difahamkan Zizan juga telah merujuk kepada Ustaz Azhar Idrus tentang isu ini.

Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata ’Asyhaduanna Muhammadarr’ lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN” Inilah pertanyaan yang diajukan oleh Zizan ketika menghubungi Ustaz Azhar Idrus menerusi telefon. Lebih lanjut boleh rujuk
SINI

Ingin saya tegaskan, rata-rata pihak yang membantah penghinaan terhadap kalimah syahadah dalam filem Hantu Bonceng bukanlah anti Zizan mahupun Ahmad Idham. Rata-ratanya tidak menyerang peribadi mereka berdua selaku pelakon dan pengarah. Yang dibantah dan diserang ialah filem tersebut kerana terdapat babak dan dialog yang mempermainkan agama. Saya secara peribadi, turut meminati Zizan dan mengikuti juga perkembangan Raja dan Maharaja Lawak. Tapi minat tersebut ada had dan batasnya. Ada sempadan dan kadarnya. Inilah beza antara peminat dengan penyembah. Malah minat kita terhadap junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W , seorang kekasih Allah yang maksum pun ada had dan kadarnya.

Ingin juga saya tegaskan, persoalan Ahmad Idham dan Zizan, sama ada mereka sengaja atau mereka tiada niat hendak mempersendakan kalimah syahadah. Itu adalah urusan mereka dengan Allah, sebab kita hanya menghukum pada zahir dan apa yang tersembunyi dalam hati itu urusan Allah.

Pernah dalam satu peperangan, seorang sahabat berjaya menewaskan musuhnya seorang tentera kafir dan ketika ingin dibunuh, tentera kafir itu melafazkan dua kalimah syahadah. Namun sahabat ini tetap membunuh musuhnya itu, ini kerana baginya kalimah syahadah yang dilafazkan hanyalah pura-pura semata-mata untuk menyelamatkan diri.
Bila diketahui oleh Nabi SAW, sahabat itu ditegur dan kata Nabi SAW, adakah kamu telah belah dadanya dan lihat hatinya untuk mengetahui dia ikhlas atau tidak?

Jadi dalam persoalan ini, kita tidak perlu perkatakan tentang apa yang tersemat di dalam hati Ahmad Idham dan Zizan. Sebab itu urusan hati, dan yang kita perlu lihat ialah perkara zahir atau yang tersurat sahaja. Yang tersurat atau yang dizahirkan ialah seperti yang terdapat di dalam filem tersebut. Cuma isunya, adakah ketika proses pembikinan filem ini, Ahmad Idham selaku pengarah sedar filemnya itu mempersenda agama atau ia berlaku semata-mata kerana kejahilan dan keghairahannya untuk meraih keuntungan semata-mata.

Ingin saya memetik tulisan Dr Asri Zainul Abdin, tentang hukum menghina agama secara sedar, iaitu tentang penghinaan terhadap hukum hudud. Menurut Dr Asri, sesiapa yang melafazkan secara sedar perkataan Sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ maka ia telah bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, dan dia( orang yang melafazkan perkataan itu) terkeluar dari Islam. Sila rujuk
DR MAZA. Walaupun rencana dari Dr Asri itu berkaitan soal hudud dan bukannya Hantu Bonceng, namun ia membawa mesej yang sama,iaitu, andainya penghinaan terhadap agama dilakukan secara sedar, maka hukumnya kafir.

Kembali kepada tajuk. Andainya Ahmad Idham selaku pengarah dan Zizan selaku pelakon utama dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam filem Hantu Bonceng memang tiada niat langsung untuk mempersenda agama, namun filem Hantu Bonceng tetap membahaya, terutamnya terhadap akidah. Semua tahu, setiap artis yang terkenal mempunyai peminatnya yang tersendiri. Malah ada juga yang berstatus peminat fanatik. Paling bahaya apabila peminat fanatik itu gagal membezakan hakikat peminat dan ‘penyembah’.

Lihat sahaja dialog atau perkataan Zam Zam Alakazam yang digunapakai oleh Allahyarham P. Ramlee. Perkataan yang dipopularkan menerusi filem Laksamana Do Re Mi, begitu akrab dengan peminat Allahyarham P. Ramlee sejak dahulu hingga sekarang. Walaupun filem itu diterbitkan pada tahun 1972, namun perkataan Zam-zam Alakazam masih segar dan bugar dalam hati dan jiwa setiap peminat Allahyarham P.Ramlee. Namun, ia tidak memberi apa-apa masalah, ini memandangkan perkataan tersebut tidak menghina atau mempersenda agama. Begitu juga apabila filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ditayangkan, perkataan kite bako je, cer citer..ce citer dan pelawok-pelawok telah menjadi popular secara tiba-tiba. Perkataan- perkataan yang terhasil dari dialog filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mula menjadi ikutan dan bahan ucapan orang-orang yang menonton filem tersebut. Tidak mengapa sebab perkataan tersebut tidak menghina agama. Begitu juga dengan Amy Search yang terkenal dengan Tagline phewit, dan Tagline itu turut mesra dalam kalangan peminat Amy. Itu pun tidak menjadi masalah sebab ia tidak termasuk dalam kategori menghina atau mempersenda agama.

Tapi macam mana pula dengan perkataan yang diucapkan oleh Zizan dalam Filem Hantu Bonceng ini. Walaupun, Zizan kata dia bukan bermaksud untuk menghina kalimah syahadah, tapi ia tetap tidak wajar sebab ia boleh menimbulkan fitnah. Adalah tidak mustahil, jika perkataan ‘Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan’ akan digunapakai dan akan tersebar luas pengunaannya oleh peminat Zizan, terutamnya remaja-remaja perempuan di alam persekolahan. Dan perkataan ini tidak boleh disamakan dengan dialog atau perkataan Zam-zam Alakazam mahupun Cer Citer sebab perkataan atau dialog Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan merupakan satu perbuatan yang mempersenda agama atau sekurang-kurangnya memberi fitnah terhadap agama.

Samada mempersenda agama atau sekadar memberi fitnah terhadap agama ia tetap akan memberikan dosa kepada orang yang terlibat(terutamanya pelakon ) walaupun sesudah kematian pelakon tersebut. Dalam hal ini saya amat tertarik dengan sebuah rencana dari Dr Asri Zainul Abidin tentang hukum memasangkan lagu dan menyiarkan filem orang yang telah meninggal dunia. Saya ingin berkongsi pandangan beliau dengan sahabat semua.

Pada waktu itu Dr Asri memperkatakan tentang lagu Aku Penganggur yang dipopularkan oleh Allayarham Sudriman Haji Arshad. Lirik lagu tersebut seolah-olah menggalakkan orang agar menganggur. Saya paparkan sahaja kata-kata Dr Asri itu "sekiranya kandungan lagu(termasuk filem- tambahan oleh saya) tersebut ada niat yang tidak betul dan meninggalkan kesan negatif pada orang ramai, setelah penyanyi atau pelakon itu meninggal dunia, maka dia(pelakon atau penyanyi tersebut) akan mendapat dosa” Untuk penjelasan lanjut sila baca
ulasan Dr MAZA Terhadap Lagu Aku Menganggur atau boleh juga lihat klip kuliah DR Asri tentang isu ini(tapi bukan lagi difokuskan kepada isu lagu Aku Penganggur kat SINI

Kepada peminat fanatik Zizan Raja Lawak,jika lagu yang sekadar ingin mengalakkan orang menganggur pun sudah layak untuk penyanyi itu menerima dosa hingga ke mati, maka apakah lagi apabila mempersenda agama(jika dengan niat) atau menimbulkan fitnah(jika tanpa niat atau kerana kejahilan). Pesan saya kepada mereka, cukuplah sekadar menjadi peminat dan jangan sesekali menjadi penyembah. Minat dan meminati ada had dan kadarnya, penyembah pula akan kekal setia dan menyokong selamanya meskipun ternyata ia tersasar dan terbabas dari paksi agama.


Monday 19 September 2011

Filem Hantu Bonceng menghina Rasulullah SAW





SHAH ALAM - Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), perlu mempunyai badan syariah bagi memantau filem berbaur penghinaan terhadap Islam tidak diterbitkan.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, ini dapat dilihat apabila filem `Hantu Bonceng’ arahan Ahmad Idham Ahmad Nazri dilakonkan Mohd Razizan Abd Razak (Zizan) jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut Asyhadu anna Muhammadar Syaitan membawa maksud `Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan’.

Beliau berkata, kalimah syahadah bukan perkataan boleh dijenakakan atau dipersendakan kerana ia boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan.

“Ini akan mencetus kekeliruan dan gambaran salah masyarakat terhadap Islam, lebih berisiko apabila ia turut merosakkan aqidah masyarakat.

“Kami mempersoalkan panel penapisan di LPF dan Finas kerana membenarkan filem yang ditayangkan untuk tontonan umum wujud babak yang menimbulkan kontroversi.

“Lebih malang, pihak berkuasa agama mengambil sikap berdiam diri, malah kini terdapat lambakkan filem tahyul dan karut untuk tontonan umum di televisyen tanpa sebarang tindakan berkesan oleh berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Idham yang dihubungi Sinar Harian baru-baru ini, menyifatkan isu berkenaan hanyalah usaha segelintir pihak yang cuba untuk mencari publisiti atas kejayaan filemnya.

“Filem ini sudah diluluskan untuk tayangan oleh pihak yang bertanggungjawab termasuk Finas dan LPF.

“Sebelum membuat filem ini, saya terlebih dahulu meminta pandangan dan nasihat daripada mereka yang arif seperti ulama dan mereka yang mempunyai ilmu agama yang tinggi,” katanya.

Nasrudin berkata, kerajaan harus meneliti perkara ini, jangan dibiarkan filem menjadi medium untuk menghina agama, mempersenda dan memperkecilkan Islam di dalam negara ini.

Sumber :
http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9546824.asp



Info Tambahan.


Bila Filem Nasi Lemak 2.0 yang diarahkan oleh Namewee ditayangkan, ramai yang membantah terutamanya NGO-NGO Melayu tertentu. Dosa-dosa lama Namewee yang pernah menghina lagu Negaraku di ungkit dan ditonjolkan kembali.

Tapi bila Ahmad Idham menghina Rasulullah s.a.w sekali gus menghina agama menerusi Filem Hantu Bonceng, senyap, sunyi dan sepi pula NGO Melayu tersebut. Mungkin bagi mereka negaraku itu lebih bermakna daripada agama. Kalau macam tu, layak sahaja dipanggil GRO dan bukannya NGO.


Sunday 18 September 2011

Bual Bicara Bersama Bloggers Dan Facebookers



Ini adalah lanjutan atau sambungan daripada tajuk yang lepas, iaitu Satu Hari Di Hari Raya . Ini memandangkan ia berlangsung pada tarikh 2 september 2011(iaitu hari raya ke-4).

Sepatutnya entry ini telah lama saya tulis, tapi asyik tertangguh disebabkan ada beberapa entry lain yang saya rasa perlu didahulukan untuk dikongsi demi manfaat bersama.

Tanpa perancangan saya telah menghadiri Bual Bicara Bersama Bloggers Dan Facebookers yang diadakan pada 2 September 2011(hari raya ke-4). Majlis anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang bertempat di Balai Islam Kota Bharu, disedari oleh saya secara tak sengaja ketika saya merayau-rayau sekitar Kota Bharu pada sebelah siangnya.

Ingin saya tegaskan,Majlis Bicara Bersama Bloggers Dan Facebookers ini bukanlah sebuah medan politik tetapi medan bertukar fikiran dan gelanggang untuk melontarkan pandangan serta persoalan terhadap Kerajaan Negeri Kelantan. Segala ketidakpuasan hati terhadap Kerajaan Kelantan boleh dilontarkan di sini tanpa segan silu. Slogannya Anda Bertanya dan Mereka akan menjawab. Mereka yang dimaksudkan ialah MB Kelantan, YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat(TGNA), NAIB PRESIDEN PAS, YB HAJI HUSAM MUSA dan Setiausaha Agong PKR, YB Saifuddin Nasution. Tapi sayang, TGNA tidak dapat menghadirkan diri di atas sebab-sebab tertentu.








(dari kiri Aduka Taruna,Perisik Rakyat, Mustafa Kamal & Adik Aku)







Bual Bicara atau Dialog Bersama Bloggers Dan Facebookers ini sebenarnya terbuka kepada semua, terutamanya para bloggers dan facebookers dari semua pihak, baik dari Pakatan Rakyat, Barisan Nasional mahupun berkecuali. Inilah medan terbaik untuk merungkai salah faham terhadap Kerajaan Kelantan. Ia juga medan terbaik untuk menghentam Kerajaan Kelantan. Tapi sayang, setahu saya tiada seorang pun blogger Pro-BN yang hadir apatah lagi mengajukan tanya.







(antara yg mengikuti majlis dialog tersebut)




Sempat juga saya bertegur sapa dan bertanya khabar dengan beberapa orang blogger yang turut menghadiri Majlis ini. Antaranya ialah Aduka Taruna, Perisik Rakyat ( Topeng perak un-masked), Wan Ji Wan Hussin (al-Bakistani) dan Jiwa Hamba (Warung Kopi).

Aduka Taruna! Pasti ramai yang mengingati nama itu lantaran beliau pernah menghina bekas Sultan Johor Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Saya tak nak berbicara soal itu. Itu kisah lepas dan jadikan ia sebagai pengajaran. Jadikan ia sebagai iktibar, agar kita semua tidak melatah dalam ‘menghala senjata’ baik di dalam blog mahupun facebook. Cuma, saya tertarik dengan soalan-soalan yang ditujukannya kepada Setiausaha PKR Saifuddin Nasution.

Perisik Rakyat (Topeng Perak Un-Masked) merupakan blogger Pakatan Rakyat yang disegani. Juga. Sebaris dengan Milo Suam dan KELAB GREENBOC. Tapi, dalam majlis ini beliau lebih fokuskan kepada kerja-kerja fotografi.

Jiwa Hamba(Warung Kopi), rasanya dia ni blogger Pro-Pakatan Rakyat yang masih baru. Katanya, dia pernah beberapa kali meninggalkan komen dalam entry-entry tertentu di blog saya. Lantas saya memeriksa balik beberapa entry yang pernah saya hasilkan, ternyata ada beberapa komen dari Jiwa Hamba. Setelah menerjah blognya, saya dapati, penulisannya agak bernas.

Wan Ji Wan Hussin seorang blogger yang agak terkenal. Beliau juga seorang penulis dan aktivis PAS. Kalau tak silap saya, dia sekarang ni sedang melanjutkan pengajian (saya tak pasti sama ada peringkat master atau PhD dalam bidang Pengajian Islam-Maqasid Syariah) di sebuah universiti tempatan. Alang-alang bercerita tentang Wan JI, elok juga kita lihat debat ilmiah antara beliau dengan Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari( lihat SINI).

Tiba-tiba saya teringat pesanan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awangwajib mengambil peluang dari perkembangan teknologi ini dan perlu dilakukan dengan penuh berkakhlak.tulisan di blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela islam, tapi boleh jadi racun berbisa jika disalah guna.

Dan pesanan Tuan Guru Haji Hadi itu saya sebarluaskan kepada sahabat-sahabat blogger yang sudi berkunjunga ke blog saya. Bukan apa, sebab semalam, saya ada berkunjung ke blog seorang blogger. Terkejut saya bila gambarnya sedang berada dalam pelukan dan atas ribaan teman lelakinya dipaparkan kat blog. Kenapa harus berbangga dengan dosa hingga dengan beraninya ditunjukkan kepada umum.






Perdana Menteri Bangladesh Mendakwa Rakyatnya Boleh Mendapat Kerakyatan Malaysia Dengan Mudah.




Laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina hari ini menyiarkan laporan dengan memetik sumber yang mendakwa bahawa pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Pejabat Perdana Menteri Bangladesh itu dikatakan telah menerima pengesahan daripada sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia bahawa mereka diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lepas, lapor Bernama.






Menurut laman web itu, Hasina telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menurut sumber dengan kedudukan yang tinggi mendakwa Najib memberi jaminan menimbang isu itu ketika beliau (Hasina) berada di Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia 66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur pada bulan Mei 2010.

Sementara itu, agensi berita nasional itu juga melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan itu.

Selanjutnya sila baca Malaysia Kini

Info Tambahan:
Tak sabar ingin memiliki Perdana Menteri Persis Shah Rukh Khan. Ini semua boleh berlaku andainya warga Bangladesh dapat jadi PM Malaysia. Tak kisahlah kalau warga Bangladesh ke Nepal ke jadi PM Malaysia sebab mereka pun manusia juga.


Cuma, dalam hal ini Kerajaan Malaysia mesti ambil tindakan tegas termasuk tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri Bangladesh. Kalau tidak, ia bererti membenarkan dakwaan Perdana Menteri Bangladesh.

Bangladesh dahulunya adalah sebahagian daripada India. Apabila terbentuk Pakistan, Bangladesh menjadi sebahagian daripada Pakistan dengan nama Pakistan Timur. Kemudiannya Pakistan Timur menuntut pemisahan dari Pakistan Barat dan hari ini Pakistan timur dikenali sebagai Bangladesh.

Saturday 17 September 2011

Nasi Lemak 2.0 : Filem sulung Namewee




Filem ini menggunakan dialog dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin dan dialek Cina di Malaysia, dibintangi Afdlin Shauki, Adibah Noor, Nur Fathia dan vokalis Alleycats. Dan ia merupakan filem pertama arahan Namewee, individu yang pernah mencetuskan kontroversi menerusi video klip `Negarakuku'

Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Negeri Perak nampaknya menentang dan membantah penayangan filem ini, Presidennya Faizal Affendi Hashim berkata pihaknya terkilan kerana filem berkenaan ditayangkan sedangkan penerbitnya pernah mencetuskan isu yang tidak boleh diterima rakyat Malaysia iaitu menerbitkan video klip `Negarakuku' yang menghina lagi kebangsaan dan masyarakat Malaysia berbilang kaum.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula menegaskan mana-mana pihak yang tidak yang tidak berpuas hati dengan penayangan filem Nasi Lemak 2.0 arahan individu yang pernah mencetuskan kontroversi, Namewee, boleh mengemukan bantahan mereka kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sumber:
Malaysia Kini

Info Tambahan:


Jangan jadikan kontroversi ‘Negarakuku’ sebagai alasan untuk memadam dan memendam bakat Namewee. Lagipun ramai juga artis Melayu yang mencipta kontroversi yang lebih hebat. Paling hebat ialah Rosnah Mat Aris yang pernah menghina Siti khadijah. Isteri junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Ada juga artis Melayu yang mencipta kontroversi dengan terlibat sebagai pelakon video lucah. Tapi kesemua mereka telah dibenarkan untuk melanjutkan hayat lakonan masing-masing. Drama yang dilakonkan oleh mereka mula disiarkan kembali di dalam TV.

Thursday 15 September 2011

Masih Relevenkah Sambutan Hari Kemerdekaan Apabila Tanah Melayu ‘Senasib’ Dengan Thailand




Ini adalah lanjutan atau sambungan daripada tajuk yang lepas, iaitu
Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah Oleh British. Jadi ia perlu dibaca secara bersama agar tidak tersalah faham dan tidak tersilap dalam mentafsirkan tulisan saya.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," Prof Dr Zainal Kling

Jadi, entry ini saya tulis sekadar menyahut dan memenuhi permintaan daripada Prof Dr Zainal Kling.

Antara 31 Ogos dan 16 September, tarikh manakah yang benar-benar memberi makna kepada warga Malaysia?. Tentu sahaja tarikh 16 September. Ini kerana pada tarikh 16 September 1963, Malaysia dibentuk melalui penyatuan 14 buah negeri yang terdiri daripada 11 negeri Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura(yang kemudiannya bertindak keluar dari gagasan Malaysia), Sabah dan Sarawak. Jadi tarikh 16 September sangat wajar untuk dikenang dan ia adalah lambang perpaduan kaum di Malaysia.

Bagaimana pula dengan dengan tarikh 31 Ogos. Kajian dan penelitian secara terperinci mendapati, sesungguhnya tiada apa-apa peristiwa yang bermakna dan bersejarah yang pernah berlaku dalam sejarah Tanah Air pada tarikh 31. Ogos (Sejak 1957 hinggalah kini). Dan, satu-satunya peristiwa yang paling penting dalam sejarah Tanah Air yang pernah berlaku pada tarikh 31 Ogos ialah sambutan Hari Raya Aidilfitri 1432 H(2011 M). Walau bagaimanapun, ia hanyalah Hari Raya yang ke-dua, ini memandangkan satu syawal jatuh pada tarikh 30 Ogos 2011. Dengan ini, disyorkan agar pada tanggal 31 Ogos pada tahun-tahun yang akan datang, kita meriahkan rumah dengan ketupat, lemang dan rendang. Jangan lupa berpakaian cantik dan baru sebagaimana anda menyambut raya.





(Tonic Chop Gajah Ini Lebih Bernilai Sejarah. Gambar Dari Blog Thomas)





Mari kita imbas kembali kata-kata Profesor Datuk Dr Zainal Kling “Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu tidak pernah terjajah, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.” Katanya lagi, “sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.” Ini adalah bukti pertama, sesungguhnya Tanah Melayu dan Thailand adalah ‘senasib’, iaitu kedua-dua negara tidak dijajah.

Kita fokuskan kepada Tanah Melayu terlebih dahulu sebelum berbicara perihal Thailand(nama Siam sebenarnya yang lebih tepat. Ini kerana hanya pada tahun 1939, Phibul Songram telah bertindak menukar nama Siam kepada Thailand)

Dalam hal ini, saya cuba berbaik sangka dengan niat dan matlamat kedatangan Portugis ke Melaka pada tahun 1511 dan diikuti oleh Belanda pada tahun 1641 sebagai bermotifkan perlindungan dan naungan. Begitu juga dengan kedatangan Jepun ke Tanah Melayu pada tahun 1941. Andainya, Jepun dianggap sebagai penjajah, maka amat tidak waras dan sangat tidak wajar untuk kita mengistiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Ini disebabkan Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Jadi tarikh kemerdekaan yang sepatutnya ialah pada 15 Ogos 1945.

Dan, Kedatangan semula British yang kemudiannya memperkenalkan Pentadbiran Tentera British dan Malayan Union tidak boleh dianggap sebagai satu penjajahan, ini kerana kedatangan British adalah dengan niat yang terlalu suci dan terlampau murni iaitu untuk menaungi dan melindungi Tanah Melayu dengan penuh kasih dan sayang.

Kita berbicara pula tentang Thailand. Umum mengetahui Thailand tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa. Ini semua disebabkan kebijaksanaan pemerintah Thailand terutamanya Mongkut yang dilantik menjadi Raja Rama IV pada 3 April 1851. Kebijaksanaanya dipuji oleh D.G. Hall dalam bukunya ,A History of South East Asia . Kata D.G. Hall dalam buku tersebut, “ Siam terhutang budi kepada Mongkut jika dibandingkan dengan raja-raja lain kerana dasar yang dimulainya telah menyelamatkan kemerdekaan Siam.” Pengetahuan am, Selain Thailand, negara Bhutan yang terletak antara India dan China juga terkenal kerana tidak pernah dijajah.

Sekarang, kita lihat pula persamaan kedua antara Tanah Melayu dan Thailand dari aspek sejarah.

Pertamanya, kita kena persoalkan,apakah peristiwa sebenar yang berlaku pada tarikh 31 Ogos 1957? Ramai orang yang salah faham dengan beranggapan itu adalah tarikh keramat yang menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu.

Mari kita hayati dengan teliti kata-kata Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Khim Pada 31 Ogos 1957, bukanlah British yang menyerahkan kedaulatan tetapi Raja-raja Melayu yang menyerahkan kuasanya kepada rakyat supaya Tanah Melayu dapat mengamalkan demokrasi berparlimen.” Jelas sekali, tarikh tersebut tiada kena mengena dengan kemerdekaan daripada British. Berdasarkan kenyataan Khoo Kay Khim itu juga, amat jelas sesungguhnya Tanah Melayu ‘senasib’ dengan Thailand.

Apa pula yang berlaku kepada Thailand? Ini yang perlu kita lihat.Untuk pengetahuan semua,kebangkitan semangat nasionalisme di Thailand amat berbeza dengan nasionalisme di Asia Tenggara yang lain, termasuklah Tanah Melayu. Ini kerana faktor kebangkitan semangat nasionalisme di Thailand adalah lanjutan daripada rasa tidak puas hati rakyat tempatan terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja dan penentangan terhadap raja yang berkuasa mutlak. Ia juga dikaitkan dengan sikap boros Raja Vajiravudh. Kemuncaknya, ialah berlakulah Revolusi Thai oleh Parti Rakyat untuk menamatkan sistem Raja Berkuasa Mutlak dan seterusnya memberi laluan kepada sistem pemerintahan berparlimen.

Jelas sejelas-jelasnya dan ibarat sudah terang lagi bersuluh. Itulah persamaan antara Tanah Melayu dengan Thailand dalam hal ini. Nyata sekali, sesungguhnya Tanah Melayu dan Thailand bukannya merdeka dari penjajahan.

Dalam konteks Tanah Melayu, Raja-raja Melayu telah menyerahkan kuasanya secara sukarela kepada rakyat supaya Tanah Melayu dapat mengamalkan demokrasi berparlimen. Tetapi dalam konteks Thailand, rakyat terpaksa bangkit untuk menuntut hak dan kebebasan daripada Rajanya. Dan, akhirnya Raja yang memerintah Thailand terpaksa memberikan laluan kepada rakyat untuk mentadbir Thailand secara demokrasi berparlimen.

Cuma ada sedikit perbezaan di sini. Iaitu, di Tanah Melayu, proses ini berlaku secara sukarela, manakala di Thailand pula berlaku secara terpaksa setelah Raja Thailand didesak dan diasak oleh rakyat.

APAKAH MESEJ SEBENAR YANG INGIN SAYA SAMPAIKAN.

Satu perkara sahaja yang ingin saya sampaikan, iaitu, sebagaimana Thailand tidak mempunyai hari kemerdekaan, Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia setelah kemasukan Sabah dan Sarawak juga tidak layak mempunyai hari kemerdekaan. Sangat tidak layak untuk kita menyambut hari kemerdekaan sebab kita tidak pernah dijajah. Ini kerana kedatangan british bukanlah untuk menjajah tapi untuk melindungi negara kita dengan penuh kasih dan sayang.

Dua hari yang lepas, saya ada bersembang dengan seorang kenalan di sekitar bandaraya Ipoh. Kenalan saya itu seorang pekerja(tukang masak) restoran masakan Thai dan berasal dari Pattani, Selatan Thailand. Dia ketawakan saya, apabila saya bertanyakan tarikh kemerdekaan Thailand. Katanya, Thailand mana ada hari kemerdekaan sebab Thailand tak pernah dijajah kerana kebijaksanaan pemerintahnya. Sebenarnya saya sedia maklum akan perkara ini, iaitu Thailand tidak mempunyai hari kemerdekaan, tapi sengaja saya ajukan tanya untuk memeriahkan bicara.

Kata kenalan saya lagi, di Thailand, kebanyakkan perayaan atau hari kebesaran yang disambut ialah berkaitan dengan perihal Istana dan Raja, Tarikh-tarikh penting dalam agama Budha dan juga tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan kebudayaan bangsa Siam.

Jadi, kepada sahabat-sahabatku, inilah hakikat yang perlu kita akui andainya kita menyetujui pandangan Prof Dr Zainal Kling, Prof Dr Khoo Kay Khim, Tun Haniff Omar dan Prof Dr Ramlah Adam. Merekalah yang menafikan penjajahan British ke atas Tanah Melayu. Tidak hairanlah jika seorang pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan mereka ini sebagai golongan yang keliru dan mengelirukan. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) berpendirian sejarawan tersebut bermain kata-kata yang berbelit-belit untuk menafi suatu fakta yang sudah sangat ma'ruf dikalangan rakyat. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) juga turut membantah pandangan Zainal Kling dan konco-konconya ini.

Dan, demi menyahut seruan Dr Zainal Kling agar fakta sejarah yang mengatakan British itu penjajah diperbaiki, maka saya menyeru kepada semua agar marilah kita lihat Sukatan Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Dua Yang Terbaru. Yang digubal oleh CikguNae








Monday 12 September 2011

Mengutamakan Undangan Lebih Baik Daripada Puasa Sunat Enam Syawal.



Ini adalah lanjutan atau sambungan daripada tajuk lepas, iaitu Hukum Menggabungkan Puasa Qadha dan Puasa Sunat Enam Hari Di Bulan Syawal


Oleh kerana syawal belum lagi melabuhkan tirainya, jadi belum terlewat untuk saya berbicara perihal puasa sunat enam syawal. Kali ini tentang dilema antara memenuhi undangan dan puasa sunat syawal.

Puasa Sunat Enam Syawal memang menjanjikan ganjaran pahala yang amat lumayan, dan ini dinyatakan dalam sebuah hadis sahih

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164]..

Walaupun begitu perlaksanaannya tidak cukup dengan berbekalkan semangat yang berkobar-kobar dan emosi kerohanian yang melonjak-lonjak, tapi perlu sekali berpaksikan waras dan wajar. Waras dan wajar yang berpandukan agama.

Diakui terdapat segelintir umat islam yang begitu bersemangat untuk menunaikan puasa enam syawal. Hari raya kedua atau lebih tepat lagi pada tarikh dua syawal, langsung dilaksanakan ibadat sunat itu selama enam hari berturut-turut. Memang ia tidak salah apatah lagi berdosa, sebab yang diharamkan berpuasa ialah pada satu syawal( dan tarikh-tarikh lain yang tak perlu saya nyatakan disini ,agar tidak terbabas dari topik perbincangan). Tapi wajarkah tindakan itu?

Ini kerana pada hari raya kedua dan ketiga, amalan ziarah menziarahi dan kunjung mengunjungi masih lagi berjalan dengan rancaknya. Pada tarikh itu juga, saudara mara masih bertandang dan sahabat handai masih lagi bertamu. Jadi mana satu yang harus diutamakan? Puasa sunat syawal yang menjanjikan pahala yang melimpah ruah atau menjaga hubungan dengan saudara mara dan sahabat handai demi kelangsungan ukhwah.

Dalam membicarakan hal ini, Fiqh al-Awlawiyat perlu difahami dan sekali gus digunapakai. Mengikut pendekatan ini, perkara yang paling utama perlulah diutamakan dan perkara yang lebih penting perlulah didahulukan. Ia memberikan kita panduan untuk menyusun dan mengatur tindakan secara wajar dan patut mengikut lunas-lunas agama.

Dalam sebuah hadis dari Abu Said al-Khudri “ Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti –jika mahu” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari).

Hadis ini sebenarnya, sudah memberikan jawapan kepada isu ini. Iaitu, sesiapa yang berpuasa sunat termasuklah sunat enam syawal, diharuskan dan digalakkan berbuka, andainya itu dapat menguatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan atau menjaga perasaan orang lain

Puasa Enam Syawal sebenarnya mempunyai tempoh waktu atau jangka masa yang agak panjang untuk dilaksanakan dan ia juga boleh dilakukan secara berturut-turut atau selang seli sepanjang bulan syawal. Yang pasti, perkara yang dituntut ialah berpuasa selama Enam Hari dalam mana-mana bulan Syawal.

Seperti saya katakan tadi, kemeriahan raya masih lagi terasa pada hari raya kedua dan ketiga, jadi sudah tentu agak sukar untuk kita melaksanakan puasa sunat enam syawal. Kunjungan mengunjungi adalah amalan yang dituntut di dalam islam, apatah lagi dalam suasana hari ini, kita tidak mempunyai ruang dan peluang untuk melakukan amalam ini dengan lebih kerap. Hanya pada musim perayaanlah, kita berkesempatan untuk melaksanakan semua ini.

Selain itu, tempoh atau jangka masa untuk kita atau saudara mara dan sahabat handai bercuti raya juga tidaklah lama. Seingat saya, paling lama pun hingga setakat hari raya ke lima atau ke enam , selepas itu terpaksa bergegas pulang ke kota demi melanjutkan kerjaya. Jadi dalam kesempatan yang amat terhad dan terbatas, sudah tentu ziarah menziarahi dan kunjung mengunjungi yang perlu diutamakan berbanding puasa sunat enam syawal.

Sumber Rujukan :
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Imam Muda Asyraf
Pondok Pasir Tumbuh Kelantan(izin suami perlu utk Puasa Enam)

Friday 9 September 2011

Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah Oleh British



Ketika menandatangani perjanjian Pangkor,Sir Andrew Clarke

telah melafazkan niat

"sahaja aku menaungi dan melindungi Tanah Melayu”.

Oleh sebab itulah British dikehendaki melindungi dan menaungi Tanah Melayu.

Tapi orang-orang yang buta sejarah

telah menuduh British datang

untuk menjajah dan menguasai


ekonomi Tanah Melayu.

















Saya semakin gila dengan ulasan bertalu-talu dari seseorang yang dianggap berkeahlian dalam bidang sejarah, iaitu Profesor Dr Zainal Kling. Katanya , Tanah Melayu tidak pernah dijajah, tapi hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.



Lalu, di sini saya(lepas ini akan digantikan dengan perkataan aku),mewakili rakyat Malaysia ingin memohon maaf kepada pihak British kerana telah menuduh British sebagai penjajah yang datang untuk mengaut kekayaan Tanah Melayu, terutamanya getah dan bijih timah.



Aku juga menyeru kepada semua warga Malaysia agar bertaubat dan bertaqwa di atas dosa-dosa silam kerana menuduh British.



Warga Malaysia kena faham, sesungguhnya kedatangan British telah membawa rahmat ke atas segenap penghuni Tanah Melayu. Segenap ruang dan ceruk di Tanah Melayu telah mendapat berkat akibat kedatangan British. Bukan hanya manusia, malah monyet, musang,kera dan babi hutan, turut mendapat rahmat daripada kedatangan British.



Kepada pihak British, maafkan aku kerana terlupa isi-isi penting Perjanjian Pangkor yang telah engkau tandatangani pada tahun 1874. Mujurlah Profesor Datuk Dr Zainal Kling memberitahuku dan seluruh warga Malaysia, sesungguhnya tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa Tanah Melayu akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi. Aku yakin dengan kata-kata Profesor Datuk Dr Zainal Kling itu, sebab sepanjang aku mempelajari sejarah, tidak pernah aku mendengar Sir Andrew Clarke yang menandatangani Perjanjian itu melafazkan niat “ Sahaja Aku Menjajah Tanah Melayu.” Dikatakan Sir Andrew Clarke ingin menjajah Tanah Melayu tapi beliau terlupa untuk berniat, jadi penjajahan dianggap tidak sah lalu bertukar menjadi naungan dan perlindungan.



Kepada pihak British,dengan ini aku menyeru diriku sendiri dan seluruh warga Malaysia agar tidak lagi menggelar BAPA KEMERDEKAAN kepada Tengku Abdul Rahman, tapi aku ingin memanggilnya sebagai BAPA NAUNGAN. Beliau tidak layak digelar Bapa Kemerdekaan sebab Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah, tapi beliau sangat layak dilabelkan diistiharkan sebagai Bapa Naungan sebab Tanah Melayu hanya dinaungi dan dilindungi.

















Selepas ini Tengku Abdul Rahman

tidak layak lagi digelar Bapa Kemerdekaan,

tapi layak digelar sebagai Bapa Naungan.













Kepada Pihak British, aku juga ingin memohon maaf di atas segala peristiwa berdarah yang dicetuskan oleh para ‘penderhaka dan pemberontak’ seperti Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong dan ‘penderhaka-penderhaka’ yang lain. Mungkin mereka tidak tahu niat sucimu yang ingin melindungi Tanah Melayu.

Jika mereka tahu niat kedatanganmu ke Tanah Melayu hanyalah untuk melindungi dan menaungi Tanah Melayu tentu sahaja mereka tidak ‘menderhaka’. Mungkin ‘penderhaka-penderhaka’ itu terlupa tentang satu kenyataan. Iaitu, jika pihak British bukan penjajah, maka pemerintah dan penguasa Tanah Melayu secara total adalah Raja-Raja Melayu.



Wahai Tok Janggut, wahai Dato Bahaman, wahai Haji Abdul Rahman Limbong. Kamu semua telah tersalah menghala senjata. British datang untuk melindungi dan menaungi kita dan bukannya menjajah serta merampas hasil bumi kita. Negari-negeri kalian ditadbir oleh Sultan kalian masing-masing. British tidak kacau dan British juga tidak ganggu urusan pentadbiran negeri kalian. British cuma melindungi dengan penuh kasih sayang.



Jadi kalian telah menderhaka kepada Raja-Raja. Pantang anak Melayu derhaka kepada Raja. Jangan jadi Hang Jebat wahai Tok Janggut. Jebat itu penderhaka. Jangan jadi macam Nizar wahai Dato Bahaman. Nizar itu penderhaka. Lupakah kamu, betapa Tun Perak sanggup kematian anak secara percuma kerana tidak ingin menderhaka kepada Sultan Melaka. Lupakah kamu, betapa Hang Tuah sanggup mengadaikan cintanya terhadap Tun Teja kerana Sultan Melaka.



Sesungguhnya Kamu telah menentang Raja-Raja Melayu, sebab Raja-Raja Melayu adalah pemerintah kamu ketika itu. British bukanlah penjajah dan bukan juga penguasamu ketika itu. Brtish datang dengan niat yang suci murni untuk melindungimu dan negerimu. Jika sekiranya kalian tidak menentang British, tentu sahaja Tanah Melayu akan aman dan tenteram dari sebarang ancaman. Tapi kalian tersilap langkah, kalian telah mengancam keselamatan dalam negeri dengan memerangi manusia berhati mulia,iaitu pihak British.



Sekali lagi, aku mewakili seluruh rakyat Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia setelah kemasukan Sabah dan Sarawak, ingin memohon jutaan maaf kepada pihak British. Dan dengan ini, aku berjanji untuk tidak menyambut hari kemerdekaan pada tahun-tahun akan datang. Cuma, aku ingin menyambut Hari Naungan.



Dan, mulai detik ini aku sudah lupa apakah persitwa yang berlaku pada 31.ogos 1957. Aku juga berharap agar dapat melupakan tarikh tersebut secepat mungkin, kerana ia amat tidak penting untuk dikenang. Kerana ia satu tarikh yang penuh dengan pembohongan. Macam mana Tanah Melayu boleh merdeka jika Tanah Melayu tidak pernah dijajah.



Wednesday 7 September 2011

Satu Hari Di Hari Raya



Sebagaimana Hari Raya pada tahun-tahun yang lepas, begitulah jugalah aktiviti rutin hari raya saya pada tahun ini. Solat sunat Aidillfitri(sepatutnya Idul Fitri), menziarahi tanah perkuburan dan berkunjung ke rumah saudara mara adalah antara aktiviti rutin yang dilakukan. Di sini ingin saya paparkan, satu lagi aktiviti rutin yang saya lakukan saban tahun ketika menyambut Aidil Fitri, iaitu mengunjungi rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat(TGNA).



Ingin saya tegaskan di sini, kunjungan tersebut adalah kunjungan seorang rakyat Kelantan ke rumah Menteri Besar Kelantan dan bukannya kunjungan ke rumah Mursyidul Am PAS. Memang jasad yang sama dan rumah yang sama, tapi jawatan Menteri Besar dan Mursyidul Am adalah tak sama. Menteri Besar dipilih oleh rakyat dan direstui oleh Sultan, manakala Mursyidul Am pula selaku Ketua Kerohanian adalah atas kehendak para pemimpin PAS berdasar keilmuan Tuan Guru Nik Aziz dalam persoalan agama. Ini dua perkara yang berbeza dan mesti difahami. Tuan Guru Nik Aziz adalah Menteri Besar yang dipilih oleh majoriti rakyat Kelantan. Ini mesti di hormati oleh semua pihak. Tuan Guru Nik Aziz adalah Menteri Besar saya dan Dato' Sri Najib Tun Razak pula adalah Perdana Menteri saya. Harap jelas dan seterusnya saya pohon, janganlah anggap ini sebagai entry politik.


(Org bukan islam juga tidak
melepaskan peluang utk beraya bersama TGNA)


Tapi sayang, raya kali ini saya terlewat ke rumah Tuan Guru Nik Aziz, disebabkan keralitan bersembang dengan rakan-rakan yang berkunjung ke rumah saya. Waktu saya sampai ke rumahnya, Tuan Guru Nik Aziz sudah masuk ke biliknya untuk merehatkan diri. Agak terkilan sebab tidak dapat bersalaman dengan Tuan Guru Nik Aziz, tapi saya tidak boleh menyalahkannya, sebab Tuan Guru Nik Aziz tentu sahaja kepenatan setelah melayan tetamu dari awal pagi selain mengimani solat sunat Idul Fitri.







Jadi gambar-gambar tahun lepas ketika berhari raya di rumah Tuan Guru Nik Aziz , saya paparkan kat sini sebab tiada ruang dan peluang untuk merakam gambar berhari raya bersamanya tahun ini. Setakat gambar tetamu sedang makan dan minum adalah, tapi tak perlu rasanya untuk dipaparkan gambar itu.





Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon jutaan maaf kepada sahabat blogger dan sesiapa sahaja yang berkunjung ke blog saya. Maaf di atas kekasaran bahasa dan keterlanjuran kata ketika menulis dan memberi komen.





( Lelaki Arab itu ialah cucu kpd Ulama terkenal dan tokoh Ikhwan Muslimin tersohor,
iaitu Sayyib Sabiq. Antara karya Sayyid Sabiq ialah kitab fiqh Sunnah
yg digunapakai oleh umat islam di seluruh dunia.)