Thursday 24 November 2011

Sang Pencerah: Filem Yang Harus Ditonton Oleh Pencinta Agama



Ini adalah sambungan dari entry lepas :.-- > lihat SINI







Sang Pencerah merupakan kisah benar tentang perjuangan Kiai Haji Ahmad Dahlan(nama sebenarnya ialah Muhammad Darwisy), seorang tokoh agama dan juga pengasas Muhammadiyah. Beliau berjuang memurnikan agama islam dari unsur-unsur bid’ah, tahyul dan khurafat. Ketiga-tiga elemen ini(bid’ah, tahyul dan khurafat) amat menebal di Yogjakarta Indonesia pada ketika itu. Sebenarnya, sedari kecil lagi Muhammad Darwisy tidak menyenangi amalan-amalan penduduk kampung Kauman Yogjakarta yang jauh tersasar dari landasan agama. Amalan-amalan tersebut bukan sahaja tidak menepati kehendak al-Qur’an dan sunnah tetapi telah berkembang biak dengan suburnya.

Kesempatan mendalami ilmu agama di Kota Suci Makkah telah mematangkannya dalam persoalan agama dan keagamaan, Dan sekembalinya dari Makkah, Muhammad Darwisy telah mengubah namanya kepada Ahmad Dahlan. Lantas , tanpa bertangguh beliau langsung mencari ruang dan mengintai peluang untuk mengembalikan warga Yogjakarta, terutamanya penduduk kampung Kauman ke pangkuan islam yang sebenar.

Walau bagaimanapun usaha murninya itu menerima penentangan yang hebat dari warga Kauman, termasuklah dari tokoh-tokoh agama(Kiai) ketika itu. Antara usaha murninya ialah membetulkan arah kiblat di Masjid Besar Kauman dengan menggunakan kompas. Ternyata teknologi itu menunjukkan arah kiblat yang diyakini oleh warga Kauman selama ini adalah silap dan tidak menghadap ke arah Kaabah di Makkah, tetapi sebaliknya menghadap ke Afrika. Namun usahanya itu ditentang hebat oleh tokoh-tokoh agama tempatan dengan alasan kompas itu dicipta oleh orang-orang kafir.

Beliau juga turut dikafirkan gara-gara menubuhkan sebuah sekolah yang menggunakan kerusi dan meja untuk kemudahan pelajar-pelajarnya. Ini kerana, sekolah begitu adalah mirip kepada sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh Belanda. Ia juga dianggap bertentangan dengan amalan di pesantren(pondok) zaman berzaman, di mana pelajar mesti duduk bersila sambil menadah kitab. Begitu juga dengan tindakannya mengajar pendidikan Islam di sekolah anak-anak golongan bangsawan/elit di Yogjakarta

Kemuncaknya, sekolah yang didirikannya telah dimusnahkan . Namun beliau tidak mematikan langkah, apatah lagi mematikan cita-cita dakwahnya. Akhirnya pada 18 Novemver 1912, tertubuhlah sebuah organisasi islam bernama Muhammadiyah. Dan hari ini dakwah Muhammadiyah telah tersebar ke seluruh pelusuk Indonesia.

Filem hebat ini dibarisi oelh pelakon-pelakon handalan Indonesia seperti Lukman Sardi sebagai Ahmad Dahlan ,Zaskia Adya Mecca sebagai Siti Walidah, Slamet Rahardjo sebagai Kyai Penghulu Kamaludiningrat,Giring Ganesha sebagai Sudja.

Selamat menonton dan semoga filem ini akan menjadikan kita lebih akrab dengan Allah dan Rasul-Nya, Muhammad SAW serta akan lebih mesra dengan kitab suci Al-Quran. Sekali gus menjauhkan kita dari sebarang bentuk khurafat dan tahyul.

Info Tambahan :
Menurut Abdul Shukur Haron (harakah edisi 23-26 Ogos 2010, halaman F8) --Pada masa kepimpinan Kiai Ahmad Dahlan(1912-1923), pengaruh Muhammadiyah hanya terbatas di Yogjakarta, Suarakarta, Pekalongan dan Pekajangan. Dan pada tahun1925, Abdul Karim Amrullah(ayahanda Buya Hamka) telah membawa Muhammadiyah ke Sumatera Barat. Kemudiannya Muhammadiyah berkembang ke seluruh Sumatera, Sulawesi dan Kalimantan.
Pada tahun 1938, Muhammadiyah telah tersebar ke seluruh Indonesia.

Hari ini Muhammadiyah dipimpin oleh Prof. Dr. Muhammad Sirajuddin Syamsuddin( atau lebih dikenali sebagai Din Syamsudin

Renungan Bersama :
Salah faham terhadap tasyabbuh(menyerupai) sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” .



Dalam filem Sang Pencerah, penggunaan kerusi dan meja di sekolah agama tidak dapat diterima oleh para kiai tradisional, dengan alasan ia menyerupai sekolah-sekolah kaum kafir(belanda).

Sebenarnya di Malaysia juga pernah berlaku perkara yang hampir sama, iaitu larangan ke atas umat islam daripada memakai tali leher(neck tie) dan blazer kerana ia dianggap pakaian yang mewakili golongan kafir(British). Malah sampai sekarang, pemakaian cap masih lagi ditegah di sesetengah tempat dengan alasan cap itu pakaian orang-orang kafir. Tapi dalam masa yang sama, amalan bersanding dan renjis-merenjis pengantin diizinkan pula. Sedangkan itu adalah amalan yang berasaskan agama hindu. Di sini seolah-olah kafir itu merujuk kepada barat sedangkan amalan berasaskan agama hindu tidak pula dikafirkan.

Sebenarnya, Perkataan man tasyabbaha (sesiapa yang menyerupai) iaitu tasyabbuh (menyerupai) dalam hadis ini merujuk kepada sesuatu perkara yang menjadi ciri-ciri khusus sesuatu pihak. Bila mana jika seseorang menyerupai keadaan atau hal tersebut maka dia akan dianggap termasuk dalam kalangan mereka seperti pakaian yang khas untuk kumpulan tertentu atau agama tertentu, atau perayaan khas untuk agama tertentu atau majlis khas untuk puak atau agama tertentu, maka dia dinilai dalam kalangan mereka. Adapun jika perkara tersebut bukan khusus untuk mereka, maka itu tidak termasuk.

Menyerupai sesuatu yang khusus bagi agama tertentu termasuklah memakai salib, atau pakaian khusus paderi dan sami, atau amalan khusus agama tertentu seperti bertafakur di kuil dan seumpamanya adalah perbuatan yang haram. Jika ia diikuti dengan iktikad seperti mereka, maka dia menjadi kufur. Sementara, jika dia sekadar suka-suka, atau melakukan tanpa niat yang kufur, amalan tersebut tetap haram. Cumanya, ulama berbeza pendapat, ada yang menganggapnya telah kufur, ada pula yang menyatakan tidak, tetapi berdosa.

Dalam perkara ini kita perlu menilai apa yang khusus dan apa yang umum. Pakaian yang dipakai oleh mereka yang bukan muslim tidak semestinya melambangkan agama mereka atau khusus untuk agama mereka. Begitu juga dengan makanan, binaan dan adat tertentu. Makan dengan sudu-garpu atau cop-stick, berjeket, berumah ala-Inggeris atau Jepun bukanlah berkaitan agama.

Hadis di bawah perlu dihayati dengan teliti:
Sesungguhnya Nabi s.a.w memakai jubah Rom –dalam sebahagian hadis disebut jubah syamiah (negeri Syam)- yang sempit kedua tangan bajunya” (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain).

Padahal masyarakat Rom ketika itu adalah Kristian. Demikian juga negara-negara lain pada masa tersebut, belum lagi menganut Islam, tetapi Nabi s.a.w memakai pakaian mereka. Ini kerana pakaian itu bukan pakaian khusus untuk agama mereka. Lebih lanjut tentang ini -- : > klik DrMAZA

Tuesday 22 November 2011

#14 Wordless Wednesday: Segar Dan Bugar.

MENCARI TUHAN





Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan telah memberikan pedoman melalui Rasul-NYA dan juga melalui kitab-NYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

p/s= entry ini sekadar copy & paste dari seorang rakan facebook. Saya sekadar sebarluaskan untuk manfaat bersama.

Monday 21 November 2011

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK SUKAN SEA INDONESIA 2011




Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta benar-benar bergelora untuk merebut ibu segala pingat. Terdahulu, Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan hasil sepakan sudut pada minit kelima. Namun, Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35.

Pertarungan sengit ini terpaksa diakhiri dengan penentuan penalti. Akhirnya sepakan dari Baddrol Bakhtiar telah menjadi mimpi ngeri buat skuad Garuda.

KEPUTUSAN RASMI:
MALAYSIA:( 4 ) INDONESIA :(3)

Syabas dan tahniah kepada Harimau Muda. Tahniah ONG KIM SWEE dan seluruh warga Malaysia.

Saturday 19 November 2011

Muharram Bukannya Bulan Nabi Berhijrah






Sebenarnya agak ramai yang terkeliru dengan tarikh berlakunya peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dari Makkah ke Madinah. Ramai yang menyangka 1 Muharram adalah tarikh berlakunya persitiwa hijrah.

Sebenarnya kekeliruan ini, sedikit sebanyak telah dirungkai oleh buku teks sejarah tingkatan empat (yang digunapakai mulai tahun 2002 hingga sekarang). Pada muka surat 119, ada mencatat Peristiwa hijrah orang islam Makkah ke Madinah berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622M. Mungkin ada yang dahagakan ulasan dan penjelasan yang lebih ilmiah berbanding buku teks yang digunapakai oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 itu.

Syukur kepada Allah, sebab isu ini turut diulas oleh dua orang tokoh agama, iaitu Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ustaz Tuan Mohd Sapuan bin Tuan Ismail, pensyarah di Kolej Islam Sultan Ismail Petra(KIAS) Kelantan.

Untuk entry kali ini, saya sekadar melakukan copy and paste. Namun, saya hanya akan copy and paste artikel dari Ustaz Tuan Mohd Safuan bin Tuan Ismail. Walau bagaimanapun, link kedua-duanya akan saya sertakan untuk memudahkan sahabat membuat rujukan nanti.

Syeikh Sofyurrahman al-Mubarakfuri menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. meninggalkan rumah pada malam 27 Safar tahun ke 14 daripada kenabian. Ia bersamaan 12 atau 13hb September 622M. Kemudian, baginda bersembunyi di dalam gua selama tiga malam, iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dan pada malam Isnin, 1 Rabiul Awwal, bersamaan 16 September 622M, baginda berdua beredar meninggalkan gua bersama dengan Abdullah bin Uraiqith, yang memandu jalan. Baginda sampai di Quba' pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, tahun pertama Hijrah. Ia bersamaan dengan 23 September 622M. Baginda berada di Quba' selama empat hari, iaitu hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Pada hari kelima, iaitu hari Jumaat, 12 Rabiul Awwal, baginda sampai ke Madinah. (Ringkasan kitab ar-Rahiqul Makhtum, m/s 154-166).


Sejarah Tercipta/ Faktor Pengenalan Kalendar Hijrah

Sebenarnya, permulaan tahun hijrah, sekalipun dihitung dari peristiwa hijrah Rasul, namun ia hanya bermula pada zaman pemerintahan Saidina Umar r.a. iaitu pada tahun ke 17 Hijrah. Ada juga yang menyatakan pada Rabiul Awwal tahun ke 16 hijrah . Sebelum dari tarikh tersebut, umat Islam sudahpun mempunyai nama-nama bulan, namun mereka tidak menentukan tahunnya.

Terdapat banyak faktor yang mendorong Saidina Umar menentukan tarikh, antaranya ialah kerana kerana Saidina Umar menerima satu surat tentang pengumpulan harta, dan ia bertulis pada bulan Sya'ban. Beliau bertanya: Sya'ban yang mana satu, Sya'ban yang lepas, atau Sya'ban sekarang, atau Sya'ban akan datang?

Ada juga yang menyatakan bahawa orang pertama yang menulis tentang tarikh ialah Ya'la bin Umayyah r.a.. Beliau telah menulis surat dari Yaman, kepada Saidina Umar dengan menulis tarikh, dan Saidina Umar menganggap baik perkara tersebut, akhirnya beliau ingin memulakan penentuan tarikh.

Antara faktornya juga ialah Abu Musa al-Asy'ari telah menulis satu surat kepada Saidina Umar, menyatakan bahawa telah sampai kepada beliau banyak surat-surat daripada Saidina Umar tanpa tarikh (dan ini boleh menimbulkan kekeliruan). Lalu Saidina Umar mengumpulkan para sahabat untuk membincangkan tentang penentuan tarikh.

Setelah Saidina Umar r.a. mengumpulkan para sahabat untuk menentukan permulaan tarikh, timbul empat cadangan dalam menentukan permulaan tahun Islam. Empat perkara tersebut ialah daripada tarikh kelahiran baginda, atau dari tarikh baginda dibangkitkan menjadi rasul, dari tarikh hijrah atau dari tarikh kewafatan baginda.

Lalu akhirnya mereka sepakat untuk menjadikan hijrah Rasul sebagai asas permulaan tarikh Islam. Mereka tidak menjadikan tarikh kelahiran dan kebangkitan sebagai asas, kerana terdapat khilaf tentang bilakah kedua-dua peristiwa tersebut berlaku. Dan tarikh kewafatan pula, sekalipun jelas waktunya, adalah tidak sesuai dijadikan permulaan tarikh, kerana ia merupakan tarikh yang amat menyedihkan. Kerana itulah peristiwa hijrah adalah peristiwa yang paling sesuai untuk dijadikan asas permulaan tarikh. Kerana inilah, bila timbulnya pelbagai pendapat tentang bilakah asas yang sesuai untuk dimulakan tarikh, Saidina Umar menyatakan kata-katanya yang masyhur,

“ Hijrahlah yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Maka jadikanlah ia asas permulaan tarikh ”.

Berkata al-Imam as-Suhaili, para sahabat sebenarnya mengambil asas tahun hijrah berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah Ayat 108 yang bermaksud:

“ Sesungguhnya masjid yang diasaskan di atas ketaqwaan (Masjid Quba') sejak dari hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat di dalamnya ”. Surah at-Taubah: 108.

Terangnya lagi: “ Ini kerana sudah jelas bahawa hari tersebut bukanlah hari pertama yang sebenar (permulaan umur dunia). Bahkan hari pertama yang disandarkan kepada sesuatu yang tidak dinyatakan dalam ayat tersebut, iaitu zaman pertama kemenangan Islam, dan zaman pertama Nabi s.a.w. boleh beribadah dengan aman (tanpa sebarang gangguan) dan zaman permulaan pembinaan masjid ”. Kerana itulah sepakat para sahabat memulakan tahun Islam dengan tarikh hijrah, iaitu hari pertama Nabi s.a.w. dan para sahabat memasuki Madinah.

Dan setelah para sahabat sepakat untuk menjadikan peristiwa hijrah sebagai asas permulaan tahun Islam, mereka membincangkan pula, tentang dari bulan manakah akan dimulakan perhitungan tahun. Maka timbullah pelbagai pendapat. 

Mengapa Muharram(dan bukannya Rabiul Awwal) Yang dipilih Sebagai Permulaan Tahun Hijrah

Ada yang mencadangkan supaya dimulakan dengan rejab, dan ada pula dengan ramadhan. Namun Saidina Usman mencadangkan supaya dimulakan dengan bulan muharram. Antara alasannya ialah ia adalah bulan haram (bulan yang dihormati oleh masyarakat arab, kerana diharamkan berperang padanya), dan ia juga adalah masa kembalinya para jemaah daripada menunaikan ibadah haji. Dan antara sahabat yang juga mencadangkan bulan muharram ialah Saidina Umar dan Saidina Ali.

Akhirnya, mereka telah memilih bulan muharram sebagai permulaan tahun hijrah, dan bukannya rabiul awwal. Dan antara sebab yang mungkin paling tepat kerana memilih bulan muharram dan bukannya bulan rabiul awwal ialah, kerana permulaan keazaman untuk berhijrah adalah pada bulan muharram. Ini kerana perjanjian Aqabah berlaku pada bulan zulhijjah. Dan perjanjian tersebutlah yang membawa kepada peristiwa hijrah. Dan bulan pertama yang muncul setelah zulhijjah ialah muharram, kerana itu sesuai dijadikan muharram sebagai bulan pertama, kalendar tahun umat Islam.

Inilah sebahagian fakta yang berkaitan dengan persoalan tarikh hijrah. Semoga fakta ini, sedikit sebanyak menghilangkan kekeliruan tentang persoalan bilakah sebenarnya berlaku peristiwa hijrah Nabi s.a.w. Hijrah sebenarnya mengingatkan kita tentang pengorbanan dan matlamat perjuangan umat Islam. Hijrah juga menginsafkan kita bahawa kita sentiasa bergerak menuju Allah SWT. Kerana itu kita sentiasa perlu menambahkan kebaikan dan amal soleh kita. Orang yang berhijrah adalah orang yang berusaha meninggalkan dosa-dosa dan maksiat. Dan perkara itu tidak akan tercapai melainkan dengan keazaman yang tinggi. Sama-samalah kita berhijrah kerana Allah untuk sampai kepada Allah. Dan ingatlah bahawa orang yang berhijrah sentiasa memerlukan bimbingan Allah dalam hijrahnya menuju Allah. Hijrah bukan kerana Allah adalah sia-sia,dan hijrah tanpa bimbingan Allah, tidak akan sampai ke destinasinya.


Sumber :
KIAS
DrMAZA

Thursday 17 November 2011

AKSI GURU BESAR TERLAMPAU



Nak kata bodoh, dia ni Guru Besar. Nak kata banggang, rasanya dia ni terpelajar. Cikgu Abd Halim bin Mohamad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkap Setiu merupakan Guru Besar paling teruk yang pernah saya ketemui. Kalau dah ghairah nak berpolitik, tunjukkanlah kejantananmu wahai cikgu. Letaklah jawatan dan bertandinglah dalam pilihanraya akan datang. Sila tonton dan dengar "firman" Guru Besar ini.




Cikgu Halim sememangnya layak dinobatkan sebagai Guru Besar Terlampau apabila bertindak gila dengan 'memaki hamun' para penyokong PAS ketika beliau menyampaikan ucapan pada Majlis Pengagihan Bantuan RM100 kepada murid-murid disekolah terbabit.

Saya tidak berminat nak mengulas isu ini dari sudut politik, tapi saya nak ulas dari sudut waras dan wajar. Sepatutnya Guru Besar tersebut mengantung jersi politiknya diluar pagar sekolah dan bila memasuki halaman sekolah, dia perlulah memakai jersi pendidik. Tindakan biadap Guru Besar tersebut umpama mewujudkan industri pelacuran dalam profesion keguruan. Iaitu melacurkan tugas sebenar seorang guru. Tugas seorang guru ialah memperkasakan akademik pelajar dan bukannya memperkasakan parti yang disokong. Amat tidak waras dan sangat tidak wajar, apabila seseorang Guru Besar menyampaikan ceramah politik di hadapan pelajar, guru-guru dan ibu- bapa.

Berdasarkan ‘Firman’ Cikgu Halim, sesiapa sahaja yang menyokong PAS( baik doktor, guru, ustaz atau sesiapa sahaja) adalah golongan yang bodoh dan benggong serta tidak cerdik. Tidak mengapa, jika ucapan ini diucapkan dalam ceramah politik atau dalam mesyuarat parti. Tapi yang banggangnya, ‘FIRMAN’ yang penuh dengan nista dan maki hamun ini diucapkan dihadapan ratusan ibu-bapa dan guru-guru yang pastinya terdiri dari pelbagai latar belakang politik. Lagi tidak cerdik kerana ‘FIRMANNYA’ itu turut didengari oleh murid-murid sekolah rendah yang belum mengerti apa-apa.

Saya sertakan kata-kata Cikgu Besar yang belum akil baligh ni kat sini(tolong dengar juga youtbe yang saya sertakan di atas) "kita tak mboh (mahu) dengar orang Langkap ni fikiran dia kena racun dengan parti pembangkang. Cikgu pun ada hok bodoh, seorang ustaz pun bingung, buleh masuk parti Pas, seorang doktor hok cerdik, bila masuk parti Pas, bodoh selalu! tuan-tuan, janganlah masuk parti pembangkang, tobat! Cikgu, ustaz bila masuk parti pembangkang, maknga (malas) selalu ngajar , anak murid jadi mangsa…”

Dari sudut politik dan kenegaraan ternyata Cikgu Besar ni tak cerdik. Dia tak faham maksud demokrasi. Entah kat Universiti manalah Guru Besar ni belajar. Disebabkan Cikgu Besar ini belum akil baligh, maka saya amat teringin untuk menjelaskan kepadanya maksud demokrasi sebagaimana yang diajar oleh Abraham Lincoln, iaitu "pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat." Jadi terpulanglah kepada rakyat untuk memilih parti apa sekalipun. Tugas pemimpin parti-parti politik pula ialah memancing rakyat untuk menyertai dan menyokong parti mereka.

Dari aspek ekonomi pula, Guru Besar ni belum lagi MUMAYIZ. Dia tidak dapat membezakan antara Kerajaan dan Parti Politik, sekali gus gagal memahami takrif Wang Negara dan Wang Parti. Bantuan kepada murid-murid sebanyak RM100 tu adalah Wang Negara. Antara sumber utama pendapatan Kerajaan, ialah cukai yang dikenakan terhadap rakyat. Pembayar cukai pula ialah orang ramai atau rakyat yang terdiri daripada pelbagai parti. Jadi tak wajar dan tak waras jika pengagihan RM100 tu nak dijadikan modal memancing undi.

Kebiadapan Guru Besar ini mengingatkan saya kepada entry yang pernah ditulis oleh blogger Jiwa Hamba. Beliau telah membidas segala usaha yang ingin mewujudkan industri pelacuran dalam profesion keguruan ini. Tolonglah baca dan hayati entry beliau. Entry beliau menjelaskan betapa hebatnya industri pelacuran yang wujud dalam profesion keguruan di Malaysia :. > klik SINI

p/s : . > Saya ingin mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan guru(termasuk bakal guru dan sesiapa sahaja yang berminat dengan profesion keguruan) “Janganlah sesekali mewujudkan indsutri pelacuran dalam profesion keguruan. Janganlah melacurkan tugas sebenar anda sebagai seorang guru. Tugas seorang guru ialah memperkasakan akademik pelajar dan bukannya memperkasakan parti yang disokong. Gantunglah jersi politik diluar pagar sekolah dan pakailah jersi pendidik apabila memasuki halaman sekolah.”

Tuesday 15 November 2011

Orang Bukan Islam Tak Semestinya Masuk Neraka



Ini adalah sambungan dari tajuk lepas : > lihat
SINI



Beberapa tahun dahulu, saya juga ragu-ragu juga tentang isu ini. Lalu saya mengajukan tanya epada beberapa orang tokoh agama untuk merungkaikannya. Antaranya ialah Prof Madya Dr Johari Mat, Prof Madya Dr Radhi Othman , Maulana Asri Yusof, Ustaz Muhammad Daud al-Iraqi( bekas Ketua dewan Ulama PAS Pusat) serta Haji Muhammad Yunus(bekas Mufti Melaka). Mereka ini saya hubungi(telefon) untuk meleraikan kekusutan yang membelit akal saya ketika itu.

Dan syukur kepada Allah SWT, sebab sebulan yang lepas, saya menemui kupasan yang menarik(youtube) tentang isu ini daripada Lim Joo Soon(seorang pendakwah berbangsa Cina). Youtube yang asalnya agak panjang, lalu saya trim dan upload kembali ke akaun youtube saya. Dan dengan kehendak dan izin Allah, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut memperkatakan perihal ini -- : > klik DrMAZA .

Lagi menarik, isu ini juga turut diperkatakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din, walaupun secara tidak langsung di dalam surat khabar Harakah edisi 29 Mac- 1 April 2010, dalam ruangan Agama bersama Dato’ Dr Haron Din. Jadi, saya juga ingin berkongsi isu ini dengan sesiapa sahaja yang sudi berkunjung ke laman bicaradariaku ini.

Tentu sahaja ramai yang tertanya-tanya perihal nenek moyang kita dahulu kala. Tertanya-tertanya tentang kesudahan mereka. Adakah mereka akan mendapat taraf ‘kewarganegaraan’ syurga, atau langsung menjadi penghuni neraka dan kekal di dalamnya.

Umum mengetahui, sebelum kedatangan agama islam,penduduk Nusantara(termasuk Malaysia) umumnya menganut agama Hindu dan Budha serta mengamalkan kepercayaan Animisme. Kerajaan Kedah Tua, Kerajaan Chih Tu, Kerajaan Mataram, Kerajaan Sailendra, Kerajaan Srivijaya dan Kerajaan Majapahit( sekadar menyebut beberapa contoh) --Tentu semua maklum, kerajaan-kerajaan ini (termasuk keseluruhan rakyat di bawah pentadbirannya) merupakan kerajaan yang berasaskan agama Hindu dan Budha. Bukan itu sahaja , sampai sekarang saki baki peninggalan Hindu dan Budha masih lagi bersisa di Nusantara. Antaranya ialah Tapak Candi Lembah Bujang di Kedah dan Candi Borobudur di Jawa Tengah yang masih utuh terjaga sampai sekarang. Begitu juga dengan amalan-amalan yang berasaskan ajaran Hindu yang masih lagi digunapakai oleh masyarakat melayu hinggalah ke hari ini, seperti acara bersanding dan renjis merenjis pengantin. Paling ketara dan jelas ialah wujudnya penganut agama Hindu dalam kalangan penduduk rumpun Melayu di Pulau Bali. Ini semua bukti yang jelas, sesungguhnya penduduk Nusantara termasuklah nenek dan moyang kita dahulunya terdiri daripada penganut agama Hindu, Budha serta Animisme.


SYURGA ATAU NERAKA?
Disebabkan mereka tidak beragama islam, sekali gus tidak beriman, maka bagaimanakah kesudahan mereka nanti. Syurga atau neraka?

Sesungguhnya Allah Maha Adil dan akan sentiasa berlaku adil terhadap hamba-hamba-Nya. Allah juga tidak akan sesekali menzalimi hamba-Nya. Tentang permasalahan ini, Allah berfirman(maksudnya) Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul” (Surah al-Israk: 15).

Ayat al-Quran tersebut menjelaskan, sesungguhnya Allah tidak akan mengazab golongan yang tidak kesampaian dakwah. Tidak kesampaian dakwah merangkumi golongan yang hidup pada zaman ketiadaan rasul yang dikenali sebagai Ahlul Fatrah. Begitu juga dengan golongan yang tidak disampaikan ajaran islam yang sebenar, serta golongan yang tidak ditegakkan hujah ke atas mereka.

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim(maksudnya lebih kurang) “ Demi Allah yang jiwa Muhammad di dalam tanganNya, tidak seorang pun Yahudi dan Nasrani yang mendengar tentang diriku dan kemudian dia mati tanpa beriman dengan risalah yang dengannya aku diutuskan(iaitu Tauhid), maka dia termasuk penghuni neraka.”

Hadis di atas menunjukkan golongan Yahudi dan Nasrani(termasuk penganut mana-mana agama dan kepercayaan) yang tidak mendengar risalah tauhid(tidak kesampaian dakwah) yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, maka mereka dikecualikan daripada neraka.

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah pula dalam karyanya Tariq al-Hijratain (saya petik dari web site DrMAZA) menyebut:.

Sesungguhnya azab itu layak diterima kerana dua sebab; pertama, tidak mahu mendengar hujah serta enggan menerima dan beramal dengan tuntutannya. Kedua, berkeras setelah ditegakkan hujah dan meninggalkan tanggungjawab berkaitan. Maka jenis yang pertama; kufur berpaling (enggan mendengar) dan yang kedua; kufur keras kepala. Adapun kufur kerana jahil tanpa ditegakkan hujah dan tanpa kemampuan untuk mengenali hujah, jenis inilah yang Allah tidak akan azab sehingga tertegaknya hujah rasul”.

Info Tambahan: persoalan ibu dan bapa Nabi Muhammad SAW, sama ada akan ditempatkan ke dalam syurga atau neraka. Meskipun terdapat sebuah hadis sahih yang mengatakan kedua-kedua ibu bapa baginda akan masuk neraka, namun hadis tersebut mengundang perbahasan yang panjang. Tentang kedua-dua orang tua Nabi Muhammad SAW, mereka secara prinsipnya tidak akan diazab disebabkan mereka ini dikategorikan sebagai Ahlul Fitrah atau mungkin juga mereka ini beriman dengan peninggalan risalah rasul-rasul yang terdahulu. Lebih lanjut sila ke Jabatan Agama Islam Selangor : > klik
JAIS


SITUASI HARI INI:.
Mungkin ada yang beranggapan,tidak kesampaian dakwah dan tidak tertegak hujah hanyalah berlaku pada zaman silam dan sudah tidak releven dengan situasi hari ini. Mungkin juga ada yang beranggapan, seruan dakwah dan ajaran islam, telah memenuhi segenap ruang dan pelusuk hingga mustahil untuk tidak tertegaknya hujah ke atas orang-orang bukan islam.

Betulkah Tanggapan ini?

Sebenarnya di negara-negara tertentu seperti di negara-negara Komunis, tahap kesampaian dakwah masih lagi dalam kadar yang perlahan. Pernahkah anda membaca Novel Bumi Cinta ,sebuah karya yang hebat dari Habiburrahman El Shirazy. Novel tersebut sedikit sebanyak akan membantu kita untuk mengetahui betapa terhad dan terbatasnya tahap kesampaian dakwah di negara-negara Komunis termasuklah Russia. Tidak sekadar isu kesampaian dakwah yang perlu diperkatakan, tapi kualiti atau standard dakwah tersebut juga perlu diambil kira(sama ada ia berasaskan ajaran islam yang sejati atau sebuah ajaran yang bercelaru yang menyeleweng). Jangan kita lupa, di Vietnam dan Kemboja terdapat segelintir umat islam di sana yang menganuti ajaran islam Bani. Mengikut ajaran ini, mereka hanya diwajibkan bersolat sekali seminggu. Mereka juga tidak berpuasa pada bulan Ramadhan kerana menyerahkan urusan itu kepada imam yang dilantik. Mereka beranggapan, imam yang dilantik itu telah diamanahkan oleh Allah untuk untuk mewakili amal ibadat mereka. Amalan mereka juga banyak bercampur aduk dengan ajaran Budha dan Animisme.

Itu cerita di negara bukan islam, bagaimana pula di negara islam seperti Malaysia?

Tidak dinafikan dakwah sentiasa disampaikan, tapi bagaimana dengan tahap keberkesanannya hingga benar-benar tertegak hujah sehingga orang-orang bukan islam benar-benar mengetahui kebenaran ajaran islam.

Saya ingin berkisah sebuah cerita yang pernah saya baca di dalam majalah( al-islam atau majalah I - kalau tak silap saya). Kisah tentang seorang lelaki berbangsa Cina dan beragama Budha, kalau tak silap saya, lelaki tersebut ialah Lim Jooi Soon( saya memohon jutaan maaf andainya saya silap dan saya mohon agar ia diperbetulkan). Pada suatu hari beliau ingin menggunakan tandas di sebuah masjid, tiba-tiba AJK masjid tersebut memarahinya dengan alasan orang kafir tidak dibenarkan menghampiri masjid. Bermula dari saat itu, beliau mula menaruh rasa benci dan sangsi terhadap agama islam.

Pada ketika yang lain pula, ketika bermain bola sepak di sebuah padang yang berhampiran dengan gereja, tiba-tiba ada antara mereka yang telah tertendang bola tersebut ke dalam kawasan gereja hingga memecahkan cermin tingkap gereja tersebut. Anehnya paderi di gereja tersebut tidak pula memarahinya dan kawan-kawannya. Sebaliknya mereka diberi makan dan minum serta diberi layanan yang baik. Tidak sekadar itu sahaja, mereka juga dibenarkan oleh pihak gereja untuk bermain di persekitaran gereja. Bermula dari situ, lelaki tersebut tertarik dengan agama Kristian lalu memeluk agama tersebut.

Hanya setelah beberapa tahun kemudian barulah lelaki tersebut membuka mati dan hatinya untuk melihat dan menilai agama islam yang pernah dibencinya selama ini. Ini berlaku gara-gara hasil keterujaannya menyaksikan debat antara Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat dengan seorang tokoh agama Kristian. Keterujaan tersebut mendorongnya untuk mengkaji kitab suci Al-Quran dan akhirnya beliau memeluk islam. Persoalannya, siapakah yang bertanggungjawab untuk menjauhkan, sekali gus menanam rasa benci dan sangsi lelaki tersebut terhadap agama islam. Jawapannya ialah orang-orang yang berlabel agama iaitu AJK masjid. Ini merupakan salah satu tindakan yang menyebabkan lelaki cina tersebut tidak kesampaian dakwah pada peringkat awal.

Jangan juga lupa untuk merenung kata-kata Syeikh Muhammad Abduh sekembalinya dia dari pembuangan di Barat. Kata Muhammad Abduh:

“Saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam ”

Muslim tanpa islam, itulah yang banyak dijelmakan oleh kebanyakkan umat dan negara islam hari ini. Umat dan negara islam umpama ‘duta-duta’ islam tapi disebabkan kegagalan membawa imej dan mesej islam, maka islam kelihatan begitu hodoh dan bodoh. Ini semua diperhati dan diteliti oleh orang-orang bukan islam lantas mereka menjauhi islam dengan jarak yang jauh sejauhnya. Putar belit dan pembohongan, penindasan terhadap wanita dan segala macam imej-imej yang hodoh telah ditonjolkan oleh ‘duta-duta’ islam.

Sebagai contoh, lihat sahaja apa yang telah berlaku di sebuah penempatan di Pakistan . Kisah yang berlaku pada bulan Jun 2002. Kisah mengenai tindakan gila sebuah Jawatankuasa Kampung di Meerwala Pakistan yang telah mengarahkan agar si gadis yang bernama Mukhtar Mai dirogol beramai-ramai dan bergilir-gilir di hadapan ratusan penduduk kampung. Gadis malang itu dijatuhkan hukuman yang sebegitu malang kerana kesalahan yang dilakukan oleh adiknya. Adiknya didapati bersalah kerana telah menjalin hubungan cinta dengan seorang perempuan dari kasta yang lebih tinggi. Tindakan gila ini diteliti dan diperhati oleh orang bukan islam dan hasilnya, agama islam bukan sahaja dijauhi, tapi lebih teruk dari itu, islam akan dibenci dan dimusuhi, sekali gus akan menjarakkan mereka daripada kesampaian dakwah.

Untuk mengelakkan entry saya ini menjadi terlalu panjang, saya petik sahaja kata-kata Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (sebagaimana yang ditulis oleh DR MAZA dalam web sitenya)sebagai kesimpulan.

“Sesungguhnya penegakan hujah itu berbeza dengan berbezanya zaman, tempat dan individu. Mungkin dikira tertegaknya hujah ke atas orang-orang kafir pada suatu zaman, tidak pula pada zaman yang lain. Juga dikira tertegak pada satu tempat atau kawasan, tidak pada tempat atau kawasan yang lain. Demikian untuk seseorang, namun tidak pada individu lain” (m/s 438. Kaherah: Maktabah al-Mutanabi)”

(Menurut Dr Mohd Asri Zainul Abidin) Maksudnya cara dan pendekatan penerangan tentang kebenaran Islam itu sehingga dianggap tertegak hujah adalah berbeza mengikut zaman, tempat dan individu. Mereka yang hidup dalam suasana hari ini caranya berbeza dengan zaman dahulu. Zaman kekeliruan tidak sama zaman kejelasan. Demikian latar tempat dan negara. Seseorang yang berada di negara muslim, tidak sama yang berada di negara bukan muslim dan seterusnya. Demikian latar pendidikan dan akal, tidak sama. Maka, apabila hujah tidak memadai untuk mereka, Allah berjanji tidak akan mengazab mereka. Apakah di Barat dan Malaysia juga hujah sudah memadai?


Monday 14 November 2011

Homework Dari CikguNae



Hari ni saya nak selesaikan ‘homework’ yang di beri oleh CikguNae. Homework ni akan saya sebarluaskan nanti untuk memperluaskan empayar persahabatan dan memperlebarkan wilayah persahabatan.

Perlu baca ARAHAN SOALAN dengan teliti:
1. You must post this Rules
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal
3. Answer the questions the tagger set for you in their post and create 11 new question for the people you tagged to answer
4. You have to choose eleven people to tagged and link them to the post
5. Go to their page and tell them you have tag HIM/HER
6. No tag back !
7. No stuff in the tagging section about “YOU ARE TAG IF YOU READING THIS” YOU LEGIMATELLY (a.k.a REALLY,TRUST WITH ALL HONEST) have tagged 11 people

Ok... no.1 siap!!!

No.2: 11 PERKARA tentang Shameel
1. saya seorang cikgu
2. Dulu belajar kat UFO – Sorry! USM
3. Sedang berjuang untuk transfer ke Kelantan.
4. Sangat suka dengan bulan 12 sebab suka main-main bah
5. Minat dengan fotografi.
6. Pengemar nasi dagang dan nasi kerabu
7. Sedang luangkan masa nonton filem Sang Pencerah ( Harap-harap anda semua turut menonton filem ini)
8. Suka nonton History Channel (Astro CH 555)
9. Lebih suka blog berbanding FB
10. Suka sangat gunakan ayat “ BIARLAH RAHSIA”
11. Suka sangat lihat hujan.


No.3a: MENJAWAB SOALAN dari CikguNae
1. Ini benar-benar soalan. Bila di tag, apa kamu rasa?
Rasa Strawbery. Hahaha
2. Satu impian penting yang ingin dicapai dalam masa terdekat?
Nak pindah ke Kelantan.
3. Perkara paling pelik kamu pernah hadapi?
Terlelap sambil drive sampai terbabas masuk longkang.
4. Satu perkara tentang diri kamu, yang menjadikan kamu hebat atau pelik?
Biarlah Rahsia. Hehehe.

5. Pernah tak baca karya klasik “Hikayat Awang Sulung Merah Muda”? Pernah baca atau tak, jawab soalan ni, Awang Sulung Merah Muda mungkin ialah ...
Dah lama tak baca Hikayat Awang Sulung Merah Muda(last baca tahun 1997). Lupa dah kisahnya
6. Nama seorang guru yang paling kamu ingati. Kenapa?
Biarlah Rahsia. Selalu ingat sebab cikgu saya ni telah ‘memanusiakan’ saya
7. Tiga surat khabar yang kamu baca (online atau tak... nyatakan mengikut urutan)
Biarlah Rahsia. Hehehe.
8. Satu Iklan TV yang tidak disukai... awat?
Iklan Raya TV3 tahun 2010. Sebab ada unsur-unsur bercanggah ngan agama.
9. Ada tak perkara yang paling kamu kesali? Apa tu???
Biarlah Rahsia. Heheheh.
10. Errr... pernah tak rasa ingin berehat atau tukar kerjaya?
Kadang-kadang pernah juga rasa macam tu.

11. Terima Kasih sebab menjawab... kamu ada soalan?
Ada. Tapi…. BIARLAH RAHSIA. Heheheh


No.3b: SOALAN dari Shameel
1. Selalu tak anda ditag?
2. Rancangan TV yang paling anda sukai, Kenapa?
3. Steysen Radio yang paling anda sukai, Kenapa ?
4. Filem paling best yang pernah anda tonton setakat ini. Apa sebabnya filem tu best pada pandangan anda.
5. Berapa Jam sehari anda online?
6. Antara blog dan FB, mana yang lebih anda suka?
7. Sejak bilakah anda mula terlibat dalam dunia blog.
8. Kat sekolah dulu, subjek apakah yang paling anda tak suka. Kenapa ?
9. Perkara paling mengembirakan anda dalam tempoh yang terdekat ini?
10. Berapa peratuskah impian anda yang telah tercapai?
11. Susah tak soalan-soalan ini?



No.4: CALON-CALON yang diTAG... harap maaf (Jangan rasa tertekan, ia tidak wajib)

Saturday 12 November 2011

Al-Fatihah buat sahabatku, Kamarulzaman Abdullah

(gambar terakhir Allahyarham yang
sempat aku rakam pada 2.Sept. 2011)


Al-fatihah buat sahabatku Kamarulzaman bin Abdullah yang telah meninggal kerana kemalangan jalan raya pada tarikh yang indah(11.11.11).

Ketika di USM, arwah adalah Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia (PMIUSM) dan saya pula adalah Exco/Lajnah Penerbitan dan Perhubungan PMIUSM. Arwah kemudiannya menjadi Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung( GAMIS).

(Antara ahli panel Komis 2000 : Yb Ustaz Baihaqi,
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuab Man)


Konvension Mahasiswa Islam 2000( KOMIS 2000) akan sentiasa segar di ingatan. Ini kerana Allahyarham adalah Pengarah dan saya pula adalah Timbalan Pengarah Konvension tersebut. Konvension yang diadakan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) Nilam Puri Kelantan. Konvension yang menghimpunkan aktivis-aktivis islam dalam kalangan pelajar IPTA/S seluruh Semenjung. Konvension yang turut disertai oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman( Mantan Presiden GAMIS yang kini merupakan seorang pendakwah yang terkenal) dan Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man( kini merangkap jawatan Pesuruhjaya PAS negeri Pahang) sebagai ahli panel


(Tinggal Kenangan : Komis 2000)


Allahyarham juga merupakan Setiausaha Pemuda PAS Kota Bharu dan Pegawai Khas kepada Exco Kelantan Dato’ Hussam Musa. Allahyarham juga salah seorang aktivis yang gigih memperjuangkan Royalti Minyak Kelantan.


(Di sinilah kali terakhir aku menemuinya)


Kali terkahir saya berjumpa Allahyarham ialah ketika program Bual Bicara Bersama Bloggers Dan Facebookers di Balai Islam Lundang pada 2 september 2011(hari raya ke-4)

Sahabatku, semoga kau damai di sana.

Thursday 10 November 2011

Nostalgia Aidil Adha di Lahad Datu Sabah

ketika kami melapah daging korban.


Ini adalah sambungan entry lepas: > lihat SINI

Ini juga merupakan entry tertangguh memandangkan blog saya bermasalah sejak dua hari lepas. Buat masa ini , saya hanya mampu menerobos blog saya dengan menggunakan Google Chrome. Jika tidak, blog saya hanya kosong tanpa apa-apa paparan. Apa puncanya?- harap sahabat dapat membantu.

Nostalgia Aidiladha di Lahad Datu Sabah tercipta sepanjang saya mendiami daerah itu. Hampir enam tahun saya mendiami pendaerahan Lahad Datu, iaitu bermula 18 Jun 2001 hingga 15 Januari 2007. Dan sepanjang tahun 2002 hinggalah 2005(empat kali), saya berkesempatan menyambut hari raya korban di sana. Sebut tentang Lahad Datu, pasti semua tahu ia merupakan daerah yang terletak di Pantai Timur negeri Sabah, dan berada dalam bahagian Tawau( Sabah terbahagi kepada lima bahagian). Daerah-daerah lain yang berada di dalam bahagian Tawau ialah Semporna dan Kunak.


Aku bersama pelajar-pelajarku


Pasti juga ramai yang belum lupa terutamanya dalam kalangan generasi veteran(termasuklah kakitangan awam yang pernah berkhidmat di Lahad Datu sekitar tahun 1980-an), iaitu persitiwa serangan lanun di Lahad Datu. Pada 25 September 1985, sekumpulan lanun telah mneyerang balai polis Lahad Datu. selain menyerang balai polis, kumpulan lanun tersebut turut merompak sebuah bank dan melepaskan beberapa tembakan. Kesan peluru tersebut masih lagi jelas kelihatan pada sebuah hotel di Lahad Datu, iaitu Hotel Mido. Setiap kali melewati hotel ini saya pasti termenung lama dan merenung jauh. Lebih lanjut tentang kisah serangan lanun di Lahad Datu bolehlah langsung ke : > SABAH KINI.

Serangan lanun itu kisah silam, iaitu kisah tahun 1985. Namun, lanun-lanun dari Selatan Filipina, termasuk kumpulan Abu Sayyaf masih lagi mengancam Lahad Datu dan kawasan sekitarnya. Di bawah, saya sertakan klip video (peristiwa) tembak menembak yang berlaku di Pasar Lahad Datu beberapa tahun yang lepas( tahun 2009, kalau tak silap saya). Pasar itulah jualah yang menjadi lokasi saya dan rakan-rakan membeli keperluan harian seperti ikan dan sayur-sayuran. Lahad Datu sebenarnya sebuah daerah yang turut didiami oleh ramai pendatang dari Indonesia, Filipina dan Timor Laste.



Ingin saya tegaskan, selain warga tempatan dan pendatang dari Indonesia, Filipina dan Timor Laste(dikenali sebagai Om),maka orang Kelantanlah yang menjadi penghuni teramai daerah Lahad Datu. Di mana-mana sekolah sekitar Lahad Datu, berlambak anak-anak Kelantan yang berkhidmat sebagai guru. Malah di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu(SMSLD), ketika saya mula-mula posting, hampir 70% guru-gurunya berasal dari Kelantan. Ini cerita ketika itu, mungkin sekarang jumlahnya sudah berubah sejajar dengan polisi Jabatan pelajaran Sabah dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Di Bandar Lahad Datu( Lahad Datu merupakan bandar keempat terbesar di Sabah sesudah Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan) terdapat sebuah restoran yang diusahakan oleh seorang perempuan Kelantan, namanya Restoran Mek Nab. Restoran itu merupakan antara restoran paling popular di Lahad Datu ketika itu. Paling hebat, budu turut dijual di sesetengah supermarket kat Lahad Datu ketika itu.

Langsung berkisah tentang cerita nostalgia Aidiladha ketika di Lahad Datu. Bukan hanya kebetulan, tapi ia sememangnya satu rencana dari Tuhan, tarikh Aidiladha sepanjang saya berkhidmat di Lahad Datu ialah di luar cuti akhir tahun. Maksud saya tidak di bulan disember tapi pada bulan-bulan sesudah itu. Jadi, terpaksalah saya merayakan Aidiladha di Lahad Datu atau lebih tepat lagi di sekolah yang menjadi lokasi saya menabur bakti, iaitu Sekolah Menengah Sains Lahad Datu. Untuk pengetahuan sahabat, sepanjang menetap di Lahad Datu, jarang sekali saya pulang ke kampung -- hanya sekali setahun kecuali pada tahun 2011(sebanyak dua kali). Cuti-cuti yang lain, akan saya manfaatkan untuk menyelongkar mana-mana tempat di bumi Sabah dan juga Sarawak.

Untuk menghidupkan suasana Aidiladha, juga meneruskan amalan mulia, maka kami turut mengadakan ibadat korban. Tanpa ibadat korban, pasti sahaja suasana raya akan mati begitu sahaja. Biasanya seekor lembu akan kami tumbangkan dan kami akan lapah serta masak bersama-sama, selain diagih-agihkan kepada pihak-pihak tertentu seperti fakir miskin. Jadi dari pagi,iaitu sesudah solat sunat Aidiladha hinggalah ke lewat senja, kami akan menyibukkan diri dengan acara lapah melapah dan masak memasak, serta agih-mengagih daging korban. Tidak terhenti setakat itu, sebelah malam juga majlis terus berlangsung, ini memandangkan ramai pelajar-pelajar yang tidak pulang bercuti, jadi mereka turut memeriahkan sambutan Aidiladha.

Pelajar-pelajar saya terdiri dari kalangan pelajar-pelajar islam(dari pelbagai suku kaum) dan pelajar-pelajar bukan islam( yang kebanyakkannya terdiri daripada pelajar-pelajar Kadazan/Dusun yang beragama Krisitian). Malah, seorang rakan baik saya juga merupakan seorang penganut agama Bahai yang sangat taat. Jadi, tanpa ragu mereka turut serta dalam meraikan majlis sambutan Aidiladha. Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang hukum memberikan atau menjamu daging korban kepada orang-orang bukan islam. Tidak ingin saya perkatakan perihal ini sebab pernah saya perkatakan dahulu dalam entry saya yang lepas : > Sila klik
Hukum Memberikan Daging Korban Kepada Orang Bukan Islam.
Cuma, sepanjang menyambut Aidiladha di Lahad Datu dan terbawa-bawa hingga ke hari ini, saya masih tertanya-tanya tentang perbuatan menutup sebahagian besar badan lembu dengan kain putih sebelum disembelih. Ia masih menjadi tanda tanya yang terus mengasak benak saya hingga ke hari ini. Lain padang lain belalang, lain tempat lain jualah budaya yang diamalkan – itu kesimpulan yang saya buat.


Selain mengadakan acara korban, ramai juga guru-guru(baik dari semenanjung mahupun guru-guru tempatan/Sabahan) yang turut mengadakan rumah terbuka. Ia tidak hanya menghidupkan suasana raya, tapi lebih penting dari itu ialah menjamin kelangsungan uhkwah.

Tiba-tiba saya merindui kemeriahan itu. Jujur! Saya sangat teringin untuk ke Lahad Datu. Tapi kali ini bukanlah untuk menabur bakti sebagai guru, cuma ingin melepaskan segunung kerinduan yang menghempap diri. Teringat-ingat dan terkenang-kenang pada segenap ruang yang pernah saya selongkari di negeri di Bawah Bayu.



Wednesday 9 November 2011

BILA BLOG BUAT HAL

Sejak pagi semalam sampailah sekarang blog saya ini buat hal. Kosong tanpa entry, itulah yang terpapar kat blog. Ini bukanlah pertama kali masalah sebegini menimpa, tapi biasanya sekejap sahaja. Ini sudah menjangkau sehari. Saya pun tak pasti, adakah entry ini dapat di dilihat oleh sahabat semua.

Friday 4 November 2011

Nostalgia Aidil Adha di Baling Kedah.



Ini adalah sambungan entry lepas: > lihat
SINI


Anggaplah ini sebagai entry mengulit kenangan. Sejujurnya ada segugus kenangan yang tercipta dalam hidup saya di Negeri Jelapang Padi. Masih ternampak-nampak setiap jejak yang pernah saya atur di bumi Kedah. Masih teringat-ingat segenap ruang yang pernah saya singgahi dan kunjungi di negeri yang terkenal dengan mitos Raja Bersiong itu. Cuma, untuk entry ini, saya ingin hadkan kepada nostalgia sekitar pendaerahan Baling, termasuklah nostalgia Aidiladha di sana.

Ada beberapa sebab mengapa Kedah begitu dekat di hati saya. Antaranya kerana jarak USM, lokasi saya mengemis ilmu yang begitu dekat dengan Kedah, lantas saya akrab dengan beberapa tempat di Kedah. Tapi faktor utama ialah kerana faktor melayu dan kemelayuan serta islam dan keislaman. Maksud saya, Kedah merupakan negeri yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu dan beragama islam.

Tidak sekadar terkenal dengan sawah padi yang terbentang luas, kedah juga terkenal dengan tokoh-tokoh agama atau ulamanya. Tika itu antara tokoh agama atau ulama yang saya kagumi ialah Almarhum Ustaz Niamat bin Yusuf yang amat sinonim dengan Maahad Tarbiah Islamiah (MTI) Derang dan juga Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Faktor inilah yang mendorong saya untuk menjadikan Kedah sebagai pilihan pertama untuk penempatan(posting)sebagai seorang guru. Tapi, takdir menetapkan Sabah sebagai lokasi pertama untuk saya menabur bakti.








(Memali- ada kenangan juga di sini)




Ingin juga saya khabarkan kepada sahabat, hanya negeri kedah sahaja yang mempunyai persatuan ulama tersendiri, iaitu Persatuan Ulama Kedah(PUK), manakala negeri-negeri lain hanyalah cawangan kepada Persatuan Ulama Malaysia(PUM), antaranya Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Perak, Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Kelantan, Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor dan lain-lain lagi cawangan Persatuan Ulama Malaysia peringkat negeri. Malah dari segi usia PUK jauh lebih dewasa berbanding PUM, ini kerana PUK ditubuhkan pada bulan januari tahun 1946 di Alor Setar, manakala PUM pula ditubuhkan di Kolej Islam Klang, Selangor pada tahun 1974.

Baling (atau lebih tepat lagi Kampung Teluk Rambong, Batu 8, Mukim Siong) saya kunjungi buat pertama kalinya ketika saya bergelar pelajar di USM. Berkunjung kerana mengikut sahabat sekampus (orang kampung tersebut) yang pulang bercuti ke kampungnya untuk menyambut Aidiladha. Dan kunjungan saya semakin kerap ke Baling apabila saya menjalani Latihan Mengajar di SMK Tanjung Puteri Kuala Ketil Kedah. Kebetulan pula, sahabat saya itu turut berpraktikal di Kuala Ketil iaitu di SMK Kuala Ketil. Pada masa yang sama, ramai juga sahabat sekampus yang menjalani Latihan Mengajar sekitar Sungai Petani. Jadi dengan ini, Sungai Petani termasuklah Pantai Merdeka, turut menjadi lokasi lepak kami ketika itu.

Kampung Teluk Rambong, lokasinya agak jauh dari USM. Lebih jauh dari Memali, jadi sempat juga saya singgah di Memali untuk menziarahi keluarga Almarhum Ustaz Ibrahim Libya. Istimewanya kampung ini ialah suasana kampungnya yang masih menebal. Majoriti penghuni kampung tersebut ialah petani. Mereka tidak bersawah padi tapi berkebun pisang. Pisang-pisang ini akan diproses untuk dijadikan kerepek dan kemudiannya dijual kepada pihak-pihak tertentu terutamanya pembekal. Selain pisang, kebanyakkan penduduk di kampung ini juga menanam pokok kopi untuk keperluan harian dan untuk jualan. Jujur! Saya amat tertarik dengan kaedah tradisional yang digunakan oleh penduduk kampung ini untuk memproses serbuk kopi.

Bekalan air di kampung ini pula diperolehi dari kawasan bukit berhampiran dan ia disalurkan ke setiap rumah- menerusi saluran paip dengan sedikit bayaran. Sejuk dan dinginnya air tersebut memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.. Namun, untuk mandi manda saya dan sahabat saya itu akan ke sungai yang letaknya tidak jauh dari rumahnya. Sungai yang sangat indah. Jujur dan ikhlas sungai yang sebegitu indah hanya saya ketemui buat kali kedua setelah saya berkunjung ke Kampung Paturidong di Kiulu, Tamparuli Sabah. Selain itu,di sini ( pada waktu itu), siaran TV yang mampu ditonton hanyalah TV1 dan TV2 sahaja.

Di kampung ini , surat kepada penduduk kampung pula, posmen akan hantar ke kedai kopi. Dan disebabkan itu jualah, sahabat saya ini terlewat mendaftar diri ke USM. Tapi saya yakin, kini semuanya telah berubah.

Kejutan pertama sewaktu saya menjejak kaki di kampung ini ialah berkisar persoalan bahasa. Sejujurnya, saya sudah biasa mendengar dan sekali gus dapat memahami dengan baik bahasa atau loghat Kedah (atau loghat utara). Ini kerana sepanjang tiga tahun menjadi penghuni USM Penang, saya sudah terbiasa dengan loghat Kedah. Apatah lagi ramai juga kenalan sekampus yang akrab dan rapat dengan saya terdiri daripada anak-anak Kedah. Lagi pula loghat Kedah ini turut digunapakai dengan meluas dari Utara Perak( Bagan Serai dan Parit Buntar) hinggalah ke Perlis. Jika kedapatan perbezaan sekalipun, mungkin hanya sedikit sahaja.

Tapi di Kampung Teluk Rambong serta lain-lain tempat di sekitar Baling, bahasa yang mereka guna pakai amat berbeza dengan mana-mana bahasa yang dipertuturkan oleh lain-lain tempat di Kedah. Itulah buat pertama kali dalam hidup saya mendengar bahasa yang begitu asing. Seisi keluarga sahabat saya dan seantero kampung tersebut bertutur menggunakan bahasa tersebut. Ada beberapa patah perkataan yang masih saya ingat sampai sekarang. Antaranya ialah tak tu deh( yang bermaksud tak tahu- sila perbetulkan jika saya silap) dan Kok kok la ( maksudnya, tunggu sekejap- sila perbetulkan jika saya silap).

Langsung bercerita perihal sambutan Aidiladha di kampung Teluk Rambong. Pada mulanya saya agak terkejut juga sebab solat sunat Aidiladha dan ibadat korban diadakan agak lewat kat kampung ini. Namun sambutan Aidiladha tetap meriah, meskipun tidak semeriah Aidilfitri. Meriah sebab ia tidak hanya melibatkan majlis korban sahaja, malah amalan kunjung mengunjungi juga turut diamalkan. Lemang(terutamanya lemang daripada tepung gandum) serta juadah-juadah lain yang sinonim dengan perayaan turut disediakan.

Mengenai ibadat korban, boleh dikatakan seisi kampung seakan-akan terlibat dalam menjayakan ibadat korban. Tua, muda,lelaki dan perempuan semuanya memainkan peranan. Lelaki melapah dan perempuan pula memasak. Sebahagian diagih-agihkan dan sebahagiannya pula dimasak, lantas dimakan bersama. Sungguh meriah dan kerjasama sebegini dapat memastikan ukhwah yang terbina akan sentiasa utuh serta terpelihara.

Semua ini telah jadi sejarah dan tersimpan rapi dalam arkib kenangan. Hasrat dan impian saya untuk memulakan kerjaya dalam profesion keguruan di bumi Kedah juga tidak makbul, malah saya ‘dihantar’ oleh Tuhan untuk memulakan kerjaya di bumi Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Setelah meninggalkan kampus USM atau lebih tepat lagi setelah menamatkan pengajian dan memulakan kerjaya di Sabah, saya tidak lagi menjengah pendaerahan Baling termasuklah Kampung Teluk Rambong( Batu 8, Mukim Siong). Saya benar-benar terputus hubungan dengan kampung tersebut, termasuklah dengan sahabat itu. Dan saya amat yakin, segala-galanya telah berubah, sebab ini adalah nostalgia tahun 2001- tiba-tiba saya menjadi seorang perindu terhadap kenangan itu.
























BE lagi dari Nuffnang

Patah tumbuh hilang berganti. Itu kata-kata pujangga, warisan lelulur yang perlu kita hayati. Sesudah beberapa BE termasuklah DiGi Super Reload Social - Scratch & Win BM –Travel, berakhir Nuffnang mengantikan saya dengan BE yang baru. Terbaru ialah dari Ministry of Health. Terima kasih Nuffnang, jasamu akan sentiasa ku kenang.