Monday 31 December 2012

Jadual Gaji 2013 : Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2013


Jadual Gaji 2013 : Pejam celik, pejam celik kita sebenarnya sudah semakin menghampiri penghujung tahun 2012. Sekejap rasanya masa berlalu. Dan seperti biasa, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah pun mengeluarkan pekeliling bagi jadual tarikh pembayaran gaji kakitangan awam 2013. Jadual gaji 2013 dengan kakitangan kerajaan tidak boleh dipisahkan. Maklumlah nanti ia sebenarnya banyak membantu kalangan kakitangan awam merancang pengurusan kewangan maisng-masing & perbelanjaan untuk sepanjang tahun 2013 kelak. Lebih-lebih lagi dengan pelbagai dugaan promosi & tawaran hebat daripada pasaraya yang berdekatan….
Kebanyakan tarikh pembayaran gaji 2013 kakitangan awam tidak banyak berubah, cuma pada jadual gaji 2013 bagi bulan Oktober 2013 kelak bagi memberikan laluan kepada kakitangan awam berbelanja semasa musim perayaan Hari Raya Aidiladha 2013.

Kredit buat : Berita Semasa

Hukum Ucap Tahniah Untuk Orang Bukan Islam Pada Perayaan Mereka



Seringkali kita mendengar segelintir umat islam terutamanya pemimpin-pemimpin negara dan tokoh-tokoh politik mengucapkan tahniah( seperti gon xi fa chai dan Marry Chrismas) kepada masyarakat bukan islam apabila tibanya perayaan mereka. Di sini saya sekadar ingin berkongsi sebuah jawapan dan penjelasan yang amat mantap dari Mufti Perlis. 

Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menerima pertanyaan hukum melalui e-mel. Berikut adalah penjelasan hukum yang diberikan dan telah diperakui oleh S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya. Ini adalah email pertanyaan melalui http://mufti.perlis.gov.my/ dari:redza ieskandaar. 

Soalan:
Assalamu 'alaiklum wbt....

1.Saya ingin bertanya adakah dibenarkan untuk kita sebagai umat islam mengucapkan selamat menyambut perayaan agama lain kepada kawan-kawan yang non-muslim contoh seperti selamat menyambut hari Gawai, Marry Christmas, gong xi fa chai dll....

2. Adakah kita dbenarkan menziarahi mereka ketika hari perayaan tersebut sebagai tanda menghargai persahabatan & perpaduan antara kita? Apakah hukum kedua2 persoalan tersebut? sekian terima kasih.

Jawapan:
Bagi menjawab soalan ini, kami terjemahkan fatwa dari Majlis Fatwa dan Kajian Eropah yang bertajuk: Ucapan Tahniah Untuk Orang Bukan Islam Pada Perayaan Mereka. Keputusan Majlis Fatwa adalah seperti berikut: Persoalan ini termasuk persoalan yang amat penting dan sensitive, terutamanya bagi umat Islam yang menetap di Barat. Telah sampai kepada kami banyak soalan dari saudara-saudara kita yang tinggal di sana, mereka hidup bersama keluarga mereka yang bukan orang Islam, wujud juga ikatan sesama mereka seperti ikatan kejiranan, rakan sekerja, rakan belajar, sehingga seseorang muslim dapat merasakan kebaikan dari pihak rakannya yang bukan muslim dalam beberapa keadaan, seperti seseorang yang bukan muslim menjadi penyelia dalam membantu pelajar muslim dengan ikhlas, seorang doktor yang merawat pesakit muslim dengan ikhlas dan seumpamanya. Maka apakah pendirian seseorang muslim terhadap orang bukan muslim yang tidak memusuhi, memerangi dan menghalau mereka disebabkan agama mereka? 

Sesungguhnya al-Quran al-Karim telah meletakkan kaedah hubungan antara umat Islam dengan bukan Islam pada dua ayat di dalam al-Quran dari surah al-Mumtahinah. Ayat tersebut telah diturunkan berkaitan dengan para penyembah berhala (Musyrikin Wathaniyyin). 

 Firman Allah Taala: لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم أن تبروهم وتقسطوا إليهم إن الله يحب المقسطين إنما ينهاكم الله عن الذين قاتلوكم في الدين وأخرجوكم من دياركم وظاهروا على إخراجكم أن تولوهم ومن يتولهم فأولئك هم الظالمون 

Mafhumnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang Yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.” (al-Mumtahinah: 8-9) 

Ayat ini meletakkan perbezaan antara yang tidak memerangi dan yang memerangi.

GOLONGAN YANG PERTAMA,
iaitu yang tidak memerangi umat Islam, ayat al-Quran tersebut membenarkan kita berbuat البِرّ dan القِسْطُ terhadap mereka. القِسْطُ membawa maksud berlaku adil, manakala البِرّ membawa maksud berbuat baik. الفضل pula suatu yang melebihi berbuat adil. Manakala العدل kamu mengambil hak kamu, البر kamu beralah terhadap sebahagian hak kamu. Adapun العدل atau القسط iaitulah kamu memberi seseorang akan haknya tanpa dikurangkan, manakala البر kamu melebihkan pemberian haknya sebagai suatu kelebihan dan berbuat baik.

GOLONGAN YANG KEDUA
iaitu golongan yang dilarang di dalam ayat al-Quran tersebut untuk berbuat baik kepada mereka. Iaitulah golongan yang memusuhi dan memerang umat Islam dan berusaha mengusir umat Islam dari negeri mereka tanpa cara yang benar melainkan kerana umat Islam mengucapkan: Tuhan kami adalah Allah, seperti yang diperlakukan oleh orang-orang Quraisy Musyrikin Mekah terhadap Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Sesungguhnya al-Quran telah memilih kalimah البر berkaitan hubungan dengan orang-orang yang tidak memerangi umat Islam ketika Allah berfirman: أن تبروهم Mafhumnya: “Untuk kamu berbuat baik terhadap mereka.” Kalimah ini merupakan kalimah yang digunakan terhadap golongan yang paling mulia haknya ke atas manusia selepas hak Allah Taala iaitulah بر الوالدين berbuat baik kepada kedua ibu dan bapa.  

Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Asmaa binti Abu Bakr RA yang telah bertemu dengan Nabi SAW dan berkata: يَا رسول الله، إِنَّ أُمِّيْ قَدِمَتْ عَلَيَّ وَهِيَ مُشْرِكَةٌ، وَهِيَ رَاغِبَةٌ أَفَأَصِلُهَا؟ قال: "صِلِيْ أُمَّكِ Mafhumnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku datang bertemu denganku, dia seorang musyrik, dia juga bersungguh-sungguh hendak menjalinkan hubungan denganku, apakah aku wajar menyambungkan hubungan dengannya?” Jawab baginda: “Jalinkan hubungan dengan ibumu.” (HR al-Bukhari dan Muslim) Ini berkaitan hubungan dengan orang musyrik. 

Dan telah dimaklumi bahawa pendirian Islam terhadap Ahli Kitab adalah lebih ringan berbanding dengan orang musyrik penyembah berhala. Sehinggakan al-Quran telah menghalalkan makanan dan musaharah dengan mereka dengan maksud boleh memakan sembelihan mereka dan berkahwin dengan wanita mereka seperti firman Allah di dalam surah al-Maaidah: وطعام الذين أوتوا الكتاب حل لكم وطعامكم حل لهم والمحصنات من المؤمنات والمحصنات من الذين أوتوا الكتاب من قبلكم 

Mafhumnya: “Dan makanan orang-orang yang dikurniakan kitab (Yahudi dan Kristian) adalah halal untuk kamu semua (umat Islam), demikian juga makanan kamu semua halal pula untuk mereka. Dan halal juga untuk kamu para wanita yang baik dari kalangan umat Islam dan para wanita yang baik dari kalangan mereka yang dikurniakan kitab (Yahudi dan kristian) sebelum dari kamu.” (al-Maaidah: 5) 

Sudah tentu dari perkahwinan akan melahirkan rasa kasih sayang antara suami dan isteri, seperti firman Allah: ومن آياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجاً لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة Mafhumnya: “dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (al-Ruum: 21) Bagaimana mungkin seorang lelaki tidak mengasihi isteri yang merupakan suri rumahnya, pasangan hidupnya dan ibu kepada anak-anaknya? Allah SWT juga telah berfirman menjelaskan hubungan antara suami dan isteri: هن لباس لكم وأنتم لباس لهن Mafhumnya: “Para isteri itu umpama pakaian bagi kamu semua (para suami), dan kamu pula umpama pakaian bagi mereka.” (al-Baqarah: 187) Termasuk dalam kemestian dari perkahwinan dan hasilnya ialah mewujudkan perhubungan al-Musaharah antara dua keluarga. Al-Quran menyatakan: وهو الذي خلق من الماء بشرا فجعله نسباً وصهراً Mafhumnya: “dan Dialah Tuhan Yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikan untuknya (mempunyai) titisan baka dan petalian keluarga (persemendaan).” (al-Furqan: 54) Sudah semestinya isteri (dari Ahl al-Kitab) itu memiliki hak sebagai ibu ke atas anaknya yang diiktiraf di dalam Islam. Apakah termasuk dalam erti-kata berbuat baik kepadanya dan bergaul dengannya secara makruf, apabila datang hari raya besarnya, anaknya tadi tidak mengucapkan tahniah kepadanya? 

Bagaimana pula pendirian anak itu dengan sanak-saudara emaknya yang ahli kitab seperti datuk dan nenek, bapa saudara dan emak saudara, demikian juga para sepupu. Mereka semua tetap memiliki hak al-Arham dan al-Qurba. Allah SWT berfirman: وأولوا الأرحام بعضهم أولى ببعض في كتاب الله Mafhumnya: “Dan yang memiliku hubungan al-Arham itu lebih berhak berbanding sebahagian yang lain di dalam kitab Allah.” (al-Anfaal: 75)

FirmanNya lagi: إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذي القربى Mafhumnya: “ Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; (al-Nahl: 90) Jika demikian hak keibuan dan qarabah yang menuntut seorang muslim atau muslimah menghubungkan hubungan al-Rahim sebagai bukti akhlak baik dari seorang muslim, kelapangan dadanya dan menjalinkan hubungan dengan keluarganya. Maka hak orang lain juga menuntut seseorang muslim untuk menzahirkan unsur keinsanan yang memiliki akhlak yang baik. Rasulullah SAW telah berpesan kepada Abu Zar dengan bersabda: اتق الله حيثما كنت، وأتبع السيئة الحسنة تمحها، وخالق الناس بخلق حسن 

Mafhumnya: “Bertakwalah kamu kepada Allah walau dimana sahaja kamu berada, susuli kejahatan dengan melakukan kebaikan, ia akan menghapus kejahatan itu, dan berakhlaklah dengan orang ramai dengan akhlak yang baik.” (HR Ahmad, al-Tirmizi, al-Darimi dan al-Hakim. Kata al-Tirmizi Hadis Hasan Sahih. 

Al-Hakim jugak menilai hadis ini sebagai Sahih) Demikian juga Nabi SAW menganjurkan berlemah-lembut dalam berinteraksi bersama orang yang bukan Islam, baginda juga melarang bersikap kasar dan keras dalam hubungan tersebut. Ketika sebahagian orang-orang Yahudi menemui baginda SAW dan berkata: السام عليك يا محمد Mafhumnya: “Kecelakaan dan kematian untuk mu wahai Muhammad.” Ucapan mereka ini didengari oleh ‘Aisyah RA. Lalu beliau membalas: وعليكم السام واللعنة يا أعداء الله Mafhumnya: “Ke atas kamu semua juga kecelakaan, kematian dan laknat wahai para musuh Allah.” Lalu baginda menegur ‘Aisyah, menyebabkan ‘Aisyah berkata: “Tidakkah anda mendengar apa yang mereka ucapkan wahai Rasulullah?” baginda menjawab: “Aku dengar. Dan aku telah jawab, ke atas kamu semua juga. Wahai ‘Aisyah, Allah menyukai kelunakan dalam semua urusan.” (HR al-Bukhari dan Muslim) Lebih ditekankan bolehnya mengucapkan tahniah, terutamanya apabila mereka (orang-orang yang bukan Islam) akan mengucaokan tahniah kepada umat Islam apabila tiba perayaan kita, bukankah kita telah diarahkan untuk membalas kebaikan dengan kebaikan, dan menjawab ucapan tahniah dengan ucapan yang lebih baik atau setidak-tidaknya dengan ucapan yang sama. Bahkan yang sepatutnya umat Islam adalah orang yang lebih baik akhlaknya seperti hadis Nabi SAW: أكمل المؤمنين إيماناً أحسنهم خلقاً 

Mafhumnya: “Orang beriman yang lebih sempurna imannya adalah orang yang lebih baik akhlaknya.” (HR Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Darimi dari Abu Hurairah. Kata al-Tirmizi Hadis Hasan Sahih) baginda juga bersabda: "إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق Mafhumnya: “Sesungguhnya daku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.” (HR Ahmad, al-Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad, al-Bazzar. Dinilai Sahih oleh Ibn ‘Abd al-Barr di dalam al-Tamhid) Perkara ini juga lebih ditekankan apabila kita hendak menyeru dan mendekatkan mereka kepada Islam, dan menjadikan mereka sayang kepada umat Islam. Hal inisatu kewajipan ke atas kita semua, perkara ini tidak mewujudkan jurang antara kita dan mereka, sebaliknya dengan perhubungan yang baik. 

Baginda Nabi SAW seorang yang berakhlak baik dan mulia pergaulan baginda dengan orang-orang musyrikin quraisy selama baginda berada di Mekah, sekalipun orang-orang musyrikin Mekah menyakiti dan memusuhi baginda dan para sahabat, lalu menjadikan orang-orang musyrikin Mekah meletakkan kepercayaan kepada baginda, sehingga mereka sanggup meninggalkan barang-barang berharga mereka untuk dijaga oleh baginda SAW. Lalu apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda meninggalkan barang-barang berharga tersebut kepada ‘Ali untuk diserahkan semula kepada pemiliknya. 

Oleh yang demikian, tiada larangan untuk seseorang muslim, atau sesuatu pusat Islam mengucapkan tahniah sempena perayaan orang bukan Islam, sama ada secara lisan atau dengan kad ucapan yang bebas dari sebarang unsur syiar atau ayat-ayat keagamaan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti terdapat Salib (pada kad ucapan tersebut), kerana Islam menolak pemikiran Salib itu sendiri, Al-Quran menyebut: وما قتلوه وما صلبوه ولكن شبه لهم Mafhumnya: “Dan tidaklah mereka (orang-orang Kristian) membunuh dan menyalibnya (Nabi Isa), akan tetapi yang mereka bunuh itu adalah orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka.” (al-Nisaa: 157) Maka ucapan-ucapan tahniah yang biasa sempena perayaan yang tidak mengandungi pengakuan kepada agama mereka atau meredhai kekufuran yang ada di dalam agama mereka, sebaliknya hanyalah berbentuk ucapan Mujamalah (mewujudkan hubungan baik) yang telah terbiasa di kalangan orang ramai.

Demikian juga tiada halangan dari menerima hadiah dari mereka (orang bukan Islam) dan membalasnya. Nabi SAW pernah menerima hadiah dari orang bukan Islam sepeti hadiah yang diberi oleh al-Muqauqis pembesar orang-orang Qibti Mesir dan selainnya, dengan syarat hadiah tersebut bukan perkara yang diharamkan seperti hadiah arak dan daging babi. Kami juga tidak terlupa untuk menyatakan bahawa sebahagian para fuqaha seperti Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya al-‘Allamah Ibn al-Qayyim, dengan keras telah membantah mengambil bahagian dalam persoalan perayaan orang-orang kafir dan Ahl al-Kitab. Kami bersama dengan mereka dalam persoalan tidak bolehnya umat Islam menyambut perayaan keagamaan orang-orang musyrik dan perayaan Ahl al-Kitab, seperti yang dilakukan oleh sebahagian orang Islam yang lalai sehingga menyambut Krismas sama seperti mereka menyambut perayaan ‘Ied al-Fitri dan Adha, kadang-kalanya lebih meriah lagi. Hal seperti ini tidak sewajarnya berlaku. Kita (umat Islam) memiliki perayaan kita sendiri, dan mereka (orang bukan Islam) ada perayaan mereka yang tersendiri. 

Namun kita berpandangan tidak mengapa jika sekadar mengucapkan tahniah kepada perayaan kaum agama lain bagi mereka yang ada hubungan kekeluargaan, kejiranan, atau rakan atau seumpamanya yang terdiri dari hubungan kemasyarakatan yang menuntut hubungan baik terjalin, demikian juga pergaulan lunak yang diperakui bersama secara sihat.

Adapun perayaan kebangsaan dan kemasyarakatan, seperti perayaan kemerdekaan, hari kanak-kanak, hari ibu dan seumpamanya. Tiada apa-apa halangan untuk seseorang muslim mengucapkan tahniah, termasuk bersama menyambutnya kerana mengambil kira dia juga salah seorang rakyat Negara tersebut, disamping dia perlu menjauhi perkara-perkara haram yang terdapat dalam perayaan tersebut.

Friday 28 December 2012

Walau Tak Secantik BUNGA CITRA LESTARI



Walau Tak Secantik BUNGA CITRA LESTARI..
 Setiap Bunga..
 Tetap Mempunyai Kecantikannya Yang Tersendiri..

 Kecantikkan Yang Tidak Akan Terhakis..
 Selagimana Agamanya Tidak Terkikis
 Dan, Adatnya Tidak Menipis.. 

Kecantikan Yang Tidak Akan Susut.. 
Selagimana Harga Dirinya Tidak Surut.

Tuesday 25 December 2012

War Remnants Museum :Bukti Kekejaman Tentera Amerika di Vietnam


Ini adalah sambungan dari tajuk lepas, lihat -->SINI 

War Remnants Museum merupakan muzium peninggalan perang yang terletak di Hi Chi Minh(Saigon) Vietnam. Ia mula dibuka pada 4 September tahun 1975. Saya mengunjunginya pada 4.November.2010, ketika pertama kali berkunjung ke Ho Chi Minh Vietnam.

 
Bahagian luar War Remnants Museum.

Muzium ini dibina khusus untuk menyelidik, mengumpul dan memelihara serta mempamerkan segala bukti peninggalan Perang Vietnam dan kesan-kesannya terhadap rakyat Vietnam. Mesej yang ingin ‘dibisikkan’ oleh muzium ini ialah betapa perlunya umat manusia mencintai keamanan dan membenci peperangan. Ya, benar dan memang benar, sesungguhnya peperangan menjanjikan kerugian, pihak yang kalah menjadi abu, dan pihak yang menang pula sekadar menjadi arang. Arang dan abu, kedua-duanya terbakar, hangus dan rentung. 


Gambar pembunuhan kejam yang dilakukan oleh US Army di Vietnam.

Di muzium ini, banyak bukti kekejaman tentera Amerika Syarikat sepanjang Perang Vietnam dipamerkan. Antaranya ialah bukti-bukti bergambar tentang mangsa pembunuhan kejam termasuklah peristiwa pembunuhan beramai-ramai di My Lai dan juga kesan-kesan penggunaan senjata kimia seperti Agen Oren dan lain-lain. Selain itu,terdapat juga pameran foto yang dirakam dan disumbangkan oleh oleh photographer Jepun, Bunyo Ishikawa dan Nakamura Goro kepada muzium ini. 

Gambar pembunuhan kejam yang dilakukan oleh US Army di Vietnam

Namun saya sangat tertarik dengan gambar-gambar mangsa penggunaan senjata kimia terutamanya Agent Orange. Dianggarkan hampir 50 juta liter Agent Orange, yang mengandungi 170 kilogram dioxin digunakan(disembur dengan menggunakan pesawat) sepanjang Perang Vietnam. Kesannya amat ketara termasuklah ke atas generasi Vietnam pasca-perang. 


Gambar pembunuhan kejam yang dilakukan oleh US Army di Vietnam

  • War Remnants Museum ini dikunjungi lebih kurang 500,000 orang saban tahun 
  •  Muzium ini dibuka setiap hari. 
  • Pagi : 7.30 AM – 12.00 AM
  • Petang : 01.30 PM – 05.00 PM 

Gambar pembunuhan kejam yang dilakukan oleh US Army di Vietnam 

Data dan Fakta tentang penggunaan senjata kimia/termasuk Agent Orange oleh US Army 

Kesan  penggunaan Agent Orange terhadap rakyat Vietnam. 

 kesan  penggunaan Agent Orange ke atas rakyat Vietnam.


PERANG VIETNAM(1957- 30 April 1975)

Peperangan ini berlaku antara Republik Demokratik Vietnam (Vietnam Utara) dan sekutunya menentang Republik Vietnam (Vietnam Selatan) dan sekutunyanya, khususnya Amerika Syarikat. Namun yang pasti, penglibatan Amerika amat ketara dalam peperangan ini hinggakan ia dianggap sebagai perang memerangi Amerika. 


Data Tentang Jumlah Mangsa Korban Perang Vietnam.

Perang Vietnam mengorbankan banyak nyawa. Di pihak Vietnam, Perang ini mengorbankan tiga juta rakyatnya dan dua juta daripadanya adalah orang awam. Jumlah yang cedera pula seramai dua juta orang dan seramai tiga ratus ribu rakyat Vietnam disenaraikan sebagai hilang akibat peperangan ini. Di pihak Amerika Syarikat pula, perang ini mengorbankan seramai 58,226 orang, di samping tenteranya yang disenaraikan sebagai hilang, dan cedera. 

Janin yang cacat kesan penggunaan Agent Orange.

Perang Vietnam tamat secara rasminya pada 30 April 1975 apabila Vietnam Selatan(yang disokong oleh Amerika) dapat ditewaskan. Selain itu, ia juga merupakan tamparan yang hebat kepada Amerika Syarikat kerana negara Uncle Sam itu terpaksa mengalah dan akur kepada kekuatan tentera Vietcong. 



PERISTIWA PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI DI MY LAI( 16 MAC 1968)

My Lai ialah sebuah perkampungan di Selatan Vietnam. Ini menjadi medan kerakusan tentera Amerika( platun) yang diketuai oleh William Calley. Peristiwa hitam yang berlaku pada 16 Mac 1968,pasti sahaja akan kekal melekat sebagai bukti kekejaman tentera Amerika yang sifar simpati. Lebih kurang 504 orang penduduk kampung tersebut telah dibunuh dengan kejamnya oleh tentera Amerika. Mereka adalah orang – orang awam yang terdiri daripada orang-orang tua, kaum wanita dan kanak-kanak termasuk bayi kecil.

Satu tugu peringatan dibina di tapak pembunuhan menyenaraikan nama 504 orang mangsa pembunuhan. Lebih kejam, segelintir tentera Amerika telah bertindak memotong telinga mangsa-mangsa yang telah dibunuh dan telinga itu diikat pada tali sebagai lambang kemegahan. 

Tapi, kejahatan tentera Amerika ini disembunyikan dengan propaganda ‘Maha Hebat’ dengan hero-heronya yang baik hati seperti digambarkan dalam filem Missing In Action (lakonan Chuck Norris) dan Rambo(lakonan Sylvester Stallone). 

Apa yang menarik, William Calley akhirnya meningsafi perbuatannya lantas memohon maaf di atas perbuatannya itu. Beliau dihantui oleh kesilapan dan kekejaman yang dilakukannya lebih empat dekad yang lalu. 

P/S : Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di My Lai pernah disiarkan menerusi Channel History(555) sekitar tahun 2011.

Monday 24 December 2012

Hormatilah Ibu dan Hargailah Wanita


Walau secanggih mana sekalipun pencapaian teknologi dan sehebat manapun sekalipun ilmu perubatan, setiap ibu yang bersalin tetap berhadapan dengan risiko kematian.

 Jadi hormatilah ibu dengan mematuhi arahan selagi mana tidak bercanggah dengan agama. Dan hargailah jua peranan hamba Allah yang bergelar wanita..

Sunday 16 December 2012

Resipi Durian Crepe


Jika dahulu kala, sebut tentang durian, hanya terbayang pulut durian, tempoyak dan lempuk durian sahaja tapi kini durian crepe mula mengambil laih. Seantero Malaysia dilanda Durian Crepe.Sana- sini dan rata- riti memperkatakannya dari Perlis sampailah ke Sabah.. Disebabkan sekarang ni juga berlaku lambakan durian kat pasaran.. jadi eloklah kita pakat belajar buat durian crepe.


BAHAN-BAHAN.
  1. 3 sdt gula halus 
  2. 3 sdt tepung ubi *boleh juga campurkan sedikit tepung jagung 
  3. 1/2 sdt tepung gandum 
  4. 1/2 sdt butter - dicairkan 
  5. 4 bj telur - dipukul sikit 95 ml air 
  6. 1 st vanila esen 
CARA-CARA
  1.  satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung. 
  2.  masukkan butter yang dicairkan. 
  3.  pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung. 
  4.  masukkan air. 
  5.  panaskan non-stik pan. 
  6. tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja. 
Kredit buat : Izah Muffin Lover

Thursday 13 December 2012

10 Negara Paling Ramai Umat Islam


1. INDONESIA( 182,570,000 Orang)
Indonesia merupakan negara yang paling ramai umat islam di dunia. 88% penduduknya beragama islam. Sejarah kedatangan agama islam ke Indonesia bermula pada tahun 30 hijri atau 651 Masehi, hanya berselang 20 tahun sesudah wafatnya Rasulullah S.A.W. Pada masa itu Khalifah Uthman Ibn Affan mengirim delegasi ke China untuk memperkenalkan Daulah Islam di sana. Dalam perjalanan yang memakan masa yang lama ini, para utusan Uthman sempat singgah di Kepualauan Nusantara. Beberapa tahun kemudian, tepatnya pada tahun 674M, Dinasti Umayyah telah mendirikan pengkalan dagangan di pantai barat Sumatera. Inilah perkenalan pertama penduduk Indonesia dengan islam. Sejak itu para pelaut dan pedagang islam terus datang ke Indonesia. Mereka datang untuk membeli hasil bumi sambil berdakwah. 

2. PAKISTAN(134,480,000 Orang) 
Pakistan adalah sebuah negara yang terletak di Asia Selatan. Nama Pakistan diambil dari awalan daerah Punjab, Afghan, Kashmir,Sind dan Balluchistan. Dalam bahasa Parsi pula Pak bermaksud suci dan Stan pula bererti negara, sehinggakan para pendiri Pakistan mengharapkan adanya neara suci menurut ajaran islam. 

3. INDIA(121,000,000 Orang) 
Di India, islam adalah agama kedua terbesar sesudah agama Hindu. Penganut agama Hindu di India ialah 85% manakala penganut islam pula ialah seramai 16.4%. Sejak pengenalannya di India, islam telah banyak menyumbang dalam aspek keagamaan, kesenian, falsafah, kebudayaan,kemasyarakatan dan politik kepada India.

4. BANGLADESH(114,080,000 Orang)
Islam adalah agama terbesar di Bangladesh. Hampir 88% penduduknya beragama islam. Islam datang ke wilayah Bengal sejak abad ke -13, terutamanya dengan kedatangan pedagang Arab dan Parsi.

5. TURKI(65,510,000 Orang)
Turki mempunyai tradisi islam yang lama. Terkenal sejak zaman permulaan Seljuk dan Empayar Uthmaniyyah. 

6. IRAN(62,430,000 Orang) 
Iran meliputi negara Iran dan juga negara-negara jirannya yang mempunyai persamaan dalam kebudayaan dan bahasa. Ketika itu, negara-negara ini diperintah oleh empayar-empayar seperti Media dan Akhemenid. Sasanid adalah empayar Parsi terakhir sebelum kedatangan islam. 

7. MESIR(58,630,000 Orang)
Islam diperkenalkan ke Mesir pada tahun 628 Masehi. Ketika itu Rasulullah S.A.W telah mengirim surat kepada Gabenor Mukaukis yang berada di bawah kekuasaan Rom (mengajaknya memeluk islam). Pada tahun 639 Masehi, ketika umat islam di bawah kepimpinan Umar bin al-Khattab, seramai 3000 orang tentera dibawah pimpinan Amru al-Ash telah memasuki Mesir dan kemudian diperkuatkan lagi oleh 4000 orang tentera yang dipimpin oleh Zubair bin Awwam. Akibatnya, Mukaukis yang didukungi Gereja Kopti telah menandatangani perjanjian damai. Sejak itu Mesir berada di bawah kekuasaan islam. 

8. NIGERIA(53,000,000 Orang)
Islam dianuti oleh 50% penduduk Nigeria. Penyebaran islam ke Nigeria dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu tempoh Trans Sahara dan Afrika Utara, tempoh Alantik dan tempoh kemerdekaan. Di samping misi perdagangan, para pedagang islam juga memperkenalkan misi utama ajaran islam, iaitu mengembangkan keamanan, keadilan dan selamat sejahtera. 

9. ALGERIA(30,530,000 Orang)
Islam pertama kali dibawa ke Algeria oleh Bani Umayyah selepas pencerobohan dinasti dari Uqba bin Nafi. 

10. MAGHRIBI(28,780,000 Orang)
Maghribi moden pada abad ke-7 Masehi merupakan sebuah wilayah bangsa Barbar yang dipengaruhi oleh Arab. Bangsa Arab yang datang ke Maghribi telah membawa adat, kebudayaan dan ajaran islam. Sejak itu, bangsa Barbar pun ramai yang memeluk islam.


Dipetik dari Majalah Syahadah,Bil:010, M/S 21(dengan sedikit pengubahsuaian)

Wednesday 12 December 2012

Al-Fatihah Buat Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.


Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam(12.12.2012) 

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. 

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama 

Sumber: Sinar Harian 

Info Tambahan:
Suaranya sejak sekian lama menyapa gegendang telingga memaklumkan hari indah dan bermakna buat umat islam di seluruh Malaysia. Sejak zaman kanak-kanak hinggalah dewasa, saya akan terpana didepan TV untuk mendengar tarikh permulaan puasa dan Aidilfitri yang diumumkan oleh Allahyarham. Moga damai engkau di sana. Al-Fatihah..

Wednesday 7 November 2012

Dakwah Menerusi Facebook Sesuai Ikut Zaman


Saya mulakan entry ini dengan memetik untaian nasihat daripada Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi( kata-kata ini saya jumpa dalam sebuah majalah lama, Majalah Akademik, tahun terbitan 1995

"Media umpama pedang yang tajam. Andainya digunakan untuk berjihad, jadilah ia alat berjihad. Tapi, andainya digunakan untuk merompak, maka jadilah ia alat untuk merompak.”

Mesej yang ingin disampaikan oleh ulama tersohor itu amat jelas. Media, termasuklah Facebook( FB) adalah ‘PEDANG’ yang boleh dimanfaatkan sekali gus meraih redha-NYA. Namun, ia juga ‘PEDANG’ yang boleh memudaratkan dan sekali gus berupaya mengundang murka-NYA. 

Persoalan manfaat dan mudarat perlu ditimbang dan disukat di atas neraca agama yang berpaksikan Al-Quran dan Sunnah. Ia juga perlu diukur dengan menggunakan elemen wajar dan waras. Andainya ditimbang dan disukat dengan menggunakan neraca agama, hasilnya sebagaimana yang diungkapkan oleh Al-Qaradawi tadi. 

Mengukur dengan menggunakan elemen wajar dan waras pula memerlukan kepakaran membaca situasi dan meneliti realiti. Amat tidak wajar dan sangat tidak waras untuk kita memusuhi dan memerangi FB, gara-gara ia diasaskan oleh seorang pemuda berketurunan Yahudi, Mark Zuckerberg. 

Generasi hari ini adalah generasi facebook, ini realiti yang perlu kita fahami. Pengaruh facebook amat kuat dan ia juga digunakan dengan begitu meluas, ini pula situasi yang perlu kita akui. Perlu juga untuk diketahui, pengguna facebook tidak terbatas kepada usia dan kerjaya, juga tidak terhad kepada jantina, bangsa, negara dan agama. 

Betapa kuat dan meluasnya pengaruh facebook(dan lain-lain laman sosial), sehingga ia mampu menoktahkan hayat politik Hosni Mubarak di Mesir dan Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia.

Menyeru manusia ke jalan Tuhan memerlukan kebijaksanaan. Kebijaksanaan menyusun strategi dan mengatur pendekatan. Kekadang pendekatan itu perlu menyanggahi kebiasan dan menyalahi kelaziman.

Perlu sahaja menyanggahi dan menyalahi agar dakwah dapat disebarluaskan. Boleh sahaja menyalahi dan menyanggahi selagi tidak terbabas dari landasan agama dan orbit akidah. Imbas kembali pendekatan Sunan Kudus yang menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman ketika melaksanakan misi dakwahnya di Tanah Jawa. Beliau telah melarang penyembelihan lembu ketika hari raya korban. Ini adalah sebahagian daripada strateginya untuk memenangi hati masyarakat yang waktu itu majoritinya beragama Hindu. Dengan izin Allah, misi dakwahnya berjaya dan islam dapat disebarluaskan di Tanah Jawa.

Kalau kita perhatikan, agak ramai para ulama atau tokoh agama yang menggunakan Facebook sebagai medium dakwah. Ini disebabkan dakwah menerusi Facebook amat berkesan kerana ia melangkaui sempadan masa dan geografi. Jadi, ruang untuk menyeru manusia ke jalan Tuhan semakin luas terbuka, sekali gus peluang untuk mencairkan antartika kejahilan semakin melebar dan meluas.

Dalam konteks Malaysia, antara ulama atau tokoh agama yang menjadikan Facebook sebagai wasilah dakwah ialah Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Ustaz Zahazan Mohamed, Dr Basit Abd Rahman, Dr Mazlee Malik dan Dr Juanda Jaya(sekadar menyebut beberapa nama). 

Harus juga diingat tugas menyeru manusia ke jalan Tuhan tidak terhad kepada para alim ulama sahaja. Ia merupakan tanggungjawab setiap invidu islam berdasarkan kemampuannya sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad S.A.W 

"Sampaikan dariku walaupun satu ayat.” 

Bagaimana Caranya Untuk Menjadikan Facebook Sebagai Medium Dakwah:

Perlu difahami, tidak semestinya ayat Al-Quran dan Hadis sahaja yang dipaparkan untuk menyampaikan mesej agama sebab apa sahaja yang baik sudah pasti direstui oleh Allah dan Rasul. Apatah lagi andainya ia bermatlamat untuk ingat mengingatkan dan nasihat menasihati sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam firmannya:

 "Berilah peringatan kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman" (Surah az-Zariyat:55)

Jadi boleh sahaja sebarluaskan(post) segala nasihat dan peringatan di di status facebook.Moga-moga ia mampu menjadi panduan untuk mencari jalan pulang dan menuju redha Tuhan.

Biar Gambar Yang Berbicara 

Ada apa dengan gambar? 

Tentu sahaja anda pernah mendengar ungkapan berbunyi "sekeping gambar mempunyai seribu cerita". Cerita inilah yang perlu dirungkai sebab ia mempunyai seribu erti dan sejuta makna. Pastikan gambar yang diupload itu tidak sekadar berbicara isu manusia dan kemanusiaan, tapi biarlah gambar tersebut turut bercerita perihal agama dan keagamaan serta tuhan dan ketuhanan.

Antaranya gambar- gambar yang dipaparkan di bawah: 

Gambar segelintir penyokong Kelantan yang solat berjemaah di stadium.

pemain pertahanan Selangor, Bunyamin Umar mengingatkan
 pemain dan penyokong Selangor agar tidak meninggalkan solat.


Gambar-gambar tersebut(di atas) mengandungi seribu erti dan sejuta makna. Ia bercerita perihal mengingati-Nya tanpa mengira lokasi, dan memuja-Nya tanpa mengenal situasi. Gambar sebegini perlu disebarluaskan ke setiap ruang dan inci agar ia mampu dihadam dan dicerna hingga sebati di dalam hati nurani. Biar semua tahu, bola sepak atau apa-apa sahaja sukan bukanlah halangan untuk memuja dan mengingati Maha Pencipta. Percayalah tindakan penyokong Kelantan yang bersolat jemaah di stadium dan kenyataan dari bunyamin,pemain pertahanan Selangor agar rakan-rakan sepasukan dan penyokong tidak meninggalkan solat amatlah berertidan sangatlah bermakna. Secara tidak langsung perbuatan dan ungkapan ini berperanan sebagai 'duta-duta agama' yang mempamerkan wajah islam yang cantik dan indah.

Lihat pula gambar-gambar di bawah:

 
Utusan Malaysia : Bila kita punya, tak semestinya akan bersama. 


Sinar Harian :Bila bersama tak semestinya kekal selamanya 


Dua keping gambar di atas juga mengandungi seribu erti dan sejuta makna. Makna redha dan erti pasrah. Lebih penting dari itu ia mengajar kita agar menjadi pencinta takdir. Maksud tersirat atau frasa-frasa maknawi di sebalik gambar ini ialah marilah menjadi pencinta takdir.

Perlu kita fahami, dugaan pasti singgah dalam hidup, selagi kita bernyawa. Kadang-kadang dugaan yang biasa-biasa sahaja, tapi kadang-kadang dugaan itu di luar jangka. Sukar utk mewaraskan diri dan mewajarkan situasi selagi kita tidak menjadi pencinta takdir. Kita perlu mennjadi pencinta takdir kerana itu tandanya kita cinta dan kasih kepada Pencipta Takdir(Allah).

Yang pasti, apa sahaja yang Allah takdirkan, maka itulah yg terbaik untuk hamba-Nya. Walaupun kekadang takdir itu amat bisa berbisa dan sangat tajam menikam, tapi yakinlah ia juga penyelamat hidup dan kehidupan kita, kerna ia telah di atur oleh Allah Yang Maha Bijaksana 

Share artikel dan video(youtube) yang berunsurkan agama. 

Dakwah menerusi facebook juga boleh dilakukan dengan share segala artikel tentang agama yang ditulis oleh ulama-ulama dan tokoh-tokoh agama. Dalam hal ini kita perlu menjadi ‘tukang kongsi’ dengan share segala artikel-artikel (termasuk juga video youtube) yang ditulis oleh oleh agamawan yang berwibawa seperti artikel-artkel dari web site atau dari facebook Dr Asri Zainul Abidin, Dr Abdul Hayei Shukor, Dr Basit Abdul Rahman, Dr Zaharuddin Abdul Rahman dan Dr Marzlee Malik. 

Setiap kali usai membaca artikel mereka, silalah menekan butang share on facebook atau likes dengan matlamat untuk merakyatkan dakwah tersebut kepada rakan-rakan facebook yang lain.

Mungkin ada yang bertanya setakat manakah usaha yang kerdil ini mampu mengembalikan manusia ke paksi agama ?

Untuk menjawabnya, izinkan saya berkongsi satu cerita. Cerita ini cukup mahsyur, namun saya tidak pasti kesahihannya. Kepada sahabat yang lebih arif rujuklah kitab-kitab yang muktabar. Seingat saya, ia hanya kisah Israiliyyat( namun ada sebuah hadis seakan-akan membenarkan kisah ini. Hadis yang turut dimuatkan oleh Ibn Kathir dalam Tafsirnya, Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim). 

Begini ceritanya, Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Perbuatan itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu mereka menegur burung itu. Bagi mereka perbuatan burung itu yang mengambil air dengan paruh yang kecil lalu menyiram ke atas unggun api hanyalah perbuatan sia-sia kerana api yang membakar Nabi Ibrahim terlalu besar dan marak menyala, pasti sahaja takkan terpadam dengan air yang disiramkan itu. Tapi burung itu menjawab dengan penuh keyakinan 

‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak”

Jadi, MANFAATKAN Facebook untuk meraih redha-NYA. DAN jangan sesekali mengundang murka-NYA. Jadikanlah facebook sebagai tapak semaian untuk menuai pahala, dan bukannya memetik dosa dari perkebunan noda. 

Tajuk Lain Yang Berkaitan: Sudah Kehendak-Nya

Friday 2 November 2012

300,000 hilang Mykad setahun



Faktor Hilang: 

  1. Kecuaian 
  2. Bencana Alam 
  3. Gejala Jenayah 


 Penyumbang Utama: 

  1. Warga Emas
  2.  Orang Kurang Upaya
Harap-harap ia hanya suratan dan kebetulan, dan tidak sekali-kali satu perancangan.

Wednesday 31 October 2012

Adakah Fat Burner Selamat Untuk Diguna?


Gambar di atas tiada kaitan langsung dengan entry ini, sengaja saya upload sebab menyampah dengan kata-katanya itu.(maafkan aku wahai En.Zafarullah)

Entry yang bakal saya paparkan nanti adalah artikel dari Kevin Zahri, saya sekadar copy & paste untuk melebarluaskan info yang berguna ini. 



Apa tu fat burner? 

Kebanyakkan pembakar lemak atau fat burner seperti Lipo6, Hydroxycut, API Polythermex, Jusmate 5 dan lain-lain adalah jenis thermogenik. Apa tu? Thermogenik adalah proses peningkatan metabolism badan. Di sini suplemen fat burner menggunakan kandungan seperti caffeine, guarana, MaHuang, Ginseng, tongkat ali, Chromium Picolinate, Kola dan lain-lain untuk mengingkatkan metabolism.



Pembakar lemak tu umpama minum kopi keras yang meningkatkan denyutan jantung tapi kandungan “kopi” dalam pembakar lemak jauh lebih tinggi.

Pembakar lemak bukanlah membakar lemak tapi mengingkatkan pembakaran kalori seharian anda (tingkatkan metabolism). Sebagai contoh theori: 
  • Tanpa pembakar lemak: Penggunaan kalori badan anda 2,000kcal sehari. 
  • Dengan pembakar lemak: Penggunaan kalori badan anda mungkin 2,100kcal sehari. 
  • Teori: Jadi dengan defisit kalori yang lebih tinggi, maka (secara teori), anda boleh kurangkan berat badan dengan lebih cepat. 

Jadi selamat tak di-minum? 

Sesuai tak untuk semua? 

Macam minum kopi juga. Mengambil thermogenik fat burner tidak sesuai dan selesa digunakan untuk semua. Kalau anda tidak tahan minum kopi, maka kebarangkalian besar anda juga tidak selesa dengan kandungan seperti mahuang, guarana, caffeine dan lain-lain. 

Apakah kesan sampingan pembakar lemak tu? 

Kesan sampingan pembakar lemak sebenarnya adalah tanda bahawa pembakar lemak itu berkesan. Kenapa pulak? Sebab untuk membakar kalori berlebihan tu memanglah denyutan jantung itu akan naik. Dan peningkatan denyutan jantung itu memang disampingi dengan side effects seperti berikut: 
  1. Resah 
  2. Anxiety 
  3. Nervousness 
  4. Insomnia 
  5. Cepat Marah 
  6. Stress 
  7. Tidak Tenang 

Kalau anda tidak merasainya, maka kandungan fat burner itu tidak berkesan untuk anda. Dan kalau anda biasa minum kopi, mungkin kandungan fat burner tu pun tidak memberikan kesan yang ketara kepada anda. 

Jadi bolehlah dikatakan bahawa anda inginkan side effect di atas kerana ia tanda metabolism badan anda berjaya ditingkatkan produk pembakar lemak itu … 

Jadi selamat tak pembakar lemak tu?

Baiklah, sekarang kita sudah memahami kaedah penggunaan fat burner (yang bukanlah membakar lemak tapi meningkatkan metabolism badan).

  • Jangan gunakan: Elak penggunaan pembakar lemak sekiranya anda tidak pandai menjaga diet keseluruhan, tidak bersenam, mempunyai hipertension, masalah jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain. 
  • Boleh cuba: Sekiranya anda sudah pandai mengawal diet, aktif bersenam dan tidak mempunyai apa-apa masalah jantung atau penyakit kardiovaskular. 
Ingat! Jangan bergantung kepada mana-mana suplemen untuk mengawal berat badan anda dan jangan gunakan pembakar lemak untuk jangka masa panjang. 

Sumber: Kevin Zahri

Tuesday 30 October 2012

KISAH PELAJAR YANG CEMERLANG BAHASA INGGERIS.


Meskipun tak pernah faham simple present tense, simple past tense dan lain-lain tenses. Walaupun tak pernah sentuh The Star dan New Straits Times, serta tak pernah lihat  Reader's Digest, namun penguasaannya terhadap Bahasa Inggeris cukup hebat.....hehehe..

Sunday 28 October 2012

IKAN BAIK UNTUK JANTUNG.



Kematian akibat serangan jantung semakin meningkat dari semasa ke semasa, dan ia amat berkait dengan masalah kolestrol berlebihan atau hypercholesterolemia. 

Hasil kajian mendapati, masyarakat Eskimo mempunyai kadarpenyakit jantung yang amat rendah dan paras kolestrol yang lebih rendah berbanding masyarakat biasa di bandar-bandar di Amerika Syarikat dan Eropah. Selepas diadakan kajian, didapati kandungan makanan orang Eskimo amat tinggi dengan asid lemak omega 3. 

Pemerhatian yang serupa bagi penduduk di Okinawa Jepun dan penduduk di Kepulauan Crete, Mediterranean, juga mendapati mereka mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah. Hasil kajian mendapati penduduk di kedua-dua tempat ini makan ikan dan makanan laut yang lain dengan banyak.

BERAPA BANYAK IKAN YANG PERLU DIMAKAN. 
  • Mengikut kajian yang dibuat, cadangan pemakanan ikan ialah sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu. 
  • Makan juga ikan yang lebih kecil saiznya. Ini bagi mengurangkan risiko pencemaran logam raksa dan racun PCB yang mencemarkan daging ikan, terutamanya ikan-ikan yang besar seperti ikan tuna dan ikan jerung. 
  • Persatuan Jantung Amerika Syarikat(AHA) mencadangkan pengambilan satu gram EPA dan DHA setiap hari sekurang-kurangnya dengan makan ikan untuk mengurangkan risiko sakit jantung koronari.


CARA MASAKAN IKAN.
  • Cara memasak ikan juga mempengaruhi paras kolestrol. Jadi ada beberapa perkara yabg perlu diketahui. Jangan menggoreng ikan secara ‘gorengan dalam’(deep fry) atau menggoreng dengan minyak ‘asid lemak trans’ yang boleh melawan kesan kebaikan omega 3 yang berperanan menurunkan paras kolestrol.
  •  Goreng dengan minyak yang sedikit dan penggunaan minyak zaitun disyorkan sebab ia turut membantu menurunkan paras kolestrol 
  • Cara masakan yang baik ialah memanggang,merebus,munggunakan ketuhar gelombang mikro dan stim. 
  • Makan sandwich tuna dengan roti berserat penuh adalah satu contoh makanan yang amat baik untuk menurunkan paras kolestrol.

Tuesday 23 October 2012

Ibadah Korban di Kemboja: Usaha Murni Untuk Meringankan Beban Saudara Seagama

Fatwa dari Jabatan Mufti Brunei DarusSalam

Ini adalah sambungan dari tajuk lepas, lihat : -->SINI 

Saban tahun semakin ramai umat islam yang berminat untuk melaksanakan ibdah korban dan akikah di negara Kemboja. Sebenarnya tidak hanya di Kemboja tapi di mana-mana lokasi/negara yang dihimpit kemiskinan dan kemelaratan hidup, dan Kemboja adalah salah satu darinya. 


Fatwa dari Jabatan Mufti Brunei DarusSalam.

Melakukan korban di luar negeri terjadi kerana beberapa faktor, antaranya faktor harga binatang korban yang lebih murah di sesuatu tempat, faktor terdapat ramai bilangan fakir miskin di tempat berkenaan dan sebagainya. Namun,sangat tidak wajar andainya kita mengambil kesempatan berkorban di Kemboja kerana harga binatangnya lebih murah, tapi laksanakanlah ibadah korban di sana kerana di sana terdapat ramai fakir miskin yang memerlukan.

Rakyat Kemboja dianggarkan sekitar 15 juta orang dan 7% daripadanya ialah beragama islam, sebahagian besar umat islam Kemboja pula terdiri daripada etnik Melayu Champa. Sudahlah minoriti dan terpinggir, rata-riti mereka juga hidup dalam kedaifan.

Kebetulan, saya berkesempatan berkunjung ke Kemboja, termasuklah ke sebuah perkampungan Melayu Champa pada penghujung Mei 2012, jadi sempat jualah saya memerhati dan meneliti taraf hidup mereka sepintas lalu. Apa yang pasti mereka hidup dalam kedaifan.

Di sebabkan kunjungan saya ke perkampungan melayu Champa tempoh hari agak terhad dan terbatas, maka saya kekurangan gambar untuk dipaparkan, jadi saya terpaksa memaparkan gambar dari Alyaqeenfotopages

Lihatlah betapa daifnya umat islam di sana. 

Utusan Malaysia:Bilangan Umat Islam di Kemboja 



Saya difahamkan, mereka makan nasi putih berlaukkan daging hanya setahun sekali 

Atas dasar itu, amatlah wajar, andainya umat islam melaksanakan ibadah korban dan akikah di Kemboja. Matlamatnya tidak sekadar mengagihkan daging lembu atau kambing, dan tidak juga semata-mata mengadakan kenduri atau memberi makan, tapi lebih penting dari itu, ia bermatlamat untuk mempamerkan persaudaraan islam yang tidak pernah mengenal sempadan geografi. Sangat perlu dan sangat penting untuk kita pasakkan ke dalam hati umat islam di sana betapa kita sentiasa cakna dan prihatin terhadap keperitan 
yang mereka alami. 

Mufti Kemboja. 

Memang ada yang berhujah, buat apa melakukan ibadah korban di kemboja sedangkan di tempat kita juga masih terdapat orang-orang yang memerlukan daging korban. Benar sekali, di tempat kita juga masih ada, malah mungkin agak ramai orang-orang yang memerlukan daging korban.

Tapi percayalah ia tidaklah seteruk di kemboja. Di Kemboja, rata- riti umat islam di sana hanya berkesempatan menikmati daging lembu hanya setahun sekali, iaitu ketika ibadah korban di laksanakan. Apa yang pasti, di sana lebih memerlukan berbanding di tempat kita. 

Surau yg daif di Kemboja. Ustaz Wan Ahmad Tarmize sedang menyampaikan tazkirah

Cuma, bagi memastikan sunnah korban ini dihidupkan, maka perlulah dirancang agar kawasan atau kampung yang kita diami tidak ketinggalan dari melaksanakan ibadah korban. Jangan sampai tiada seorang pun yang melaksanakan ibadat korban di kampung atau kawasan yang kita diami. Andainya, adik beradik atau saudara mara kita merancang untuk berkorban di kawasan atau kampung yang kita diami, maka wajarlah untuk kita berkorban di Kemboja atau mana-mana negara yang lebih memerlukan. Atau jika anda berkemampuan, bolehlah berkorban sebanyak dua bahagian atau lebih. Satu bahagian untuk di tempat sendiri dan bakinya di Kemboja . Dan, andainya berlaku lebihan daging korban, maka daging tersebut boleh dipindahkan/diagihkan ke kawasan,kampung atau tempat lain yang lebih memerlukan. 

Di dalam masjid yang daif di Kemboja 

Masjid yang daif

Surau yang daif 

Surau yang daif yang digunakan oleh umat islam
 di Kemboja untuk beribadat


Gambar –Gambar Sekitar Ibadah Korban Di Kemboja, Kredit buat: Alyaqeenfotopages