Wednesday 29 August 2012

Hanya Portugis Yang Pernah Menjajah Tanah Melayu



Gila dan menggilakan. Itulah wabak gila yang melanda segelintir pakar sejarah di Malaysia. Wabak gila ini menjangkiti mereka setelah mereka cuba melakukan ‘persetubuhan ’ antara sejarah dan politik. Kecelaruan dan kekeliruan bermula apabila isu Mat Indera dan serangan ke atas balai polis Bukit Kepong di jelmakan oleh seorang tokoh politik pada tahun lepas. Walaubagaimanapun entry ini tidak akan menyentuh perihal tokoh politik tersebut, sebab saya cenderung untuk memperkatakannya dari sudut sejarah dan bukannya politik. Entry ini juga tidak akan membicarakan perihal Mat Indera dan anggota polis Bukit Kepong. Entry ini tidak bermatlamat ingin menobatkan mana-mana individu sebagai pejuang mahupun petualang. Moga-moga mereka damai di sana.

Mungkin atas dasar ingin mempertahankan ‘penternaknya’ maka munculah fatwa-fatwa gila dari pakar sejarah Malaysia. ‘Fatwa’ yang terhasil akibat ‘persetubuhan’ tanpa rela antara politik dan sejarah. Pakar sejarah yang ‘diternak’, akan berbicara sebagai politikus dan tidak sebagai seorang sejarahwan. Akibatnya, sejarah dijadikan mangsa kerakusan politik.Tanpa belas dan tanpa simpati, sejarah diratah dengan lahapnya untuk memuaskan nafsu para politikus.



Sekarang, mari kita perhatikan ‘fatwa-fatwa’ yang gila lagi menggilakan daripada pakar –pakar sejarah Malaysia.

  • ‘Fatwa’ daripada Prof Zainal Kling “Tanah Melayu tak pernah dijajah tapi hanya dilindungi dan dinaungi oleh British. Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.”
  • ‘Fatwa’ daripada Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Khim “ Pada 31 Ogos 1957, bukanlah British yang menyerahkan kedaulatan tetapi Raja-raja Melayu yang menyerahkan kuasanya kepada rakyat supaya Tanah Melayu dapat mengamalkan demokrasi berparlimen.”
  • ‘Fatwa’ Datuk Prof Ramlah Adam “ pada zaman itu, British benar-benar menjadi penasihat kepada raja-raja Melayu dan arahannya tidak lagi mesti diikuti, berbeza dengan keadaan ketika Perjanjian Pangkor dimeterai pada tahun 1874.
  • ‘Fatwa’ seterusnya daripada Datuk Prof Ramlah Adam. “Tanah Melayu tidak pernah dijajah secara sepenuhnya oleh British kerana orang Melayu masih mempunyai tempat dalam perkara tertentu. Antara bukti perkara itu ialah pengekalan institusi raja Melayu dan peranannya dalam hal ehwal agama Islam serta adat istiadat orang Melayu.”





Di sini, saya sekadar ingin menyanggah ‘fatwa’ Dr Ramlah Adam mengenai Tanah Melayu tidak pernah dijajah sepenuhnya oleh British. Ini kerana fatwa-fatwa karut daripada Prof Zainal Kling dan Dr Khoo Kay Khim telah saya sanggah dalam entry lepas. Langsung sahaja ke link di bawah untuk melihat sanggahan tersebut:


KENAPA HANYA PORTUGIS YANG PERNAH MENJAJAH TANAH MELAYU.

Andainya ‘fatwa’ Dr Ramlah Adam digunapakai, maka seluruh umat manusia hanya berhak menuding jari kepada Portugis sebagai penjajah Tanah Melayu.

Info penting :Meskipun Portugis hanya menguasai Portugis, namun Melaka pada ketika itu bukanlah seperti Melaka hari ini. Ini kerana, Melaka pada ketika itu merupakan sebuah empayar dan jajahan takluknya meliputi hampir keseluruhan Tanah Melayu(Semenanjung) dan sebahagian besar kepulauan Sumatera.

Portugis mula mengancam Melaka pada tahun 1511. Serangan pertama dilakukan pada 25 Julai 1511, serangan kedua pula pada 10 Ogos 1511 dan serangan ketiga, juga yang terakhir ialah pada 24 ogos 1511. Tarikh 24 Ogos 1511 inilah yang menyaksikan Melaka tewas di tangan Portugis dan sekali gus menamatkan Kesultanan Melayu Melaka.

Sultan Alauddin Riayat Shah II, putera Sultan Melaka yang terakhir(Sultan Mahmud Shah) telah mengasaskan kerajaan Johor. Dan, sejarah telah menjilidkan, pada tahun 1641, Belanda telah berjaa mengusir Portugis dan seterusnya menduduki Melaka. Namun, apakah istilah yang layak atau sesuai untuk kita gunapakai terhadap pendudukan Belanda di Melaka. Jika kita berpandukan fatwa Ramlah Adam, kita berhak mendakwa, Belanda tidak pernah menjajah Melaka sepenuhnya. Ini kerana, Belanda tidak mengancam Sultan Johor, malah pihak Belanda telah bekerjasama dengan Johor untuk mengusir Portugis.

Begitu juga dengan kedatangan Jepun ke Tanah Melayu pada tahun 1941. Berpandukan fatwa Ramlah Adam, amat tidak waras dan sangat tidak wajar untuk kita mendakwa Jepun sebagai penjajah. Atau dengan kata lain, Jepun juga tidak menjajah Tanah Melayu sepenuhnya, Ini kerana Jepun tidak pernah menghapuskan institusi beraja di negeri-negeri di Tanah Melayu. Lagi pun pada zaman pendudukan Jepun, ramai juga orang-orang Melayu yang diberi kepercayaan untuk beberapa jawatan penting dalam pentadbiran, antaranya ialah Ibrahim Haji Yaacob, Kapten Mohd Salleh bin Sulaiman dan Dato' Onn bin Jaafar

APA MAKSUD DIJAJAH SEPENUHNYA.

Memang kita akui, ‘fatwa’ Ramlah Adam ini jauh lebih bermaruah berbanding ‘fatwa’ Zainal Kling. Mengikut Zainal Kling, Tanah Melayu tak pernah dijajah oleh British, Ramlah Adam pula mendakwa Tanah Melayu pernah dijajah cuma tak sepenuhnya.

Apakah yang dimaksudkan tak sepenuhnya oleh Ramlah Adam. Ia benar-benar menjadi tanda tanya yang mengasak akal. Yang pasti, antara kayu ukur yang yang digunapakai oleh Ramlah Adam ialah institusi beraja masih dikekalkan dan orang Melayu masih mempunyai kedudukan dalam pentadbiran.

Berbekalkan kayu ukur ini, beliau mendakwa Tanah Melayu tak dijajah oleh British sepenuhnya atau tidak secara serarus peratus. Timbul persoalan, berapakah peratuskah British menjajah Tanah Melayu? Bagaimana pula dengan perjuangan Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, dan lain-lain pejuang. Jika berdasarkan ‘fatwa’ Ramlah Adam, mereka juga tak layak dianggap sebagai pejuang secara seratus peratus, Sebabnya mereka telah tersalah menghunus dan menghala senjata. Yang memerintah mereka dan mentadbir negeri mereka adalah raja-raja Melayu. British hanya penasihat semata-mata(rujuk fatwa Ramlah Adam sebelum ini)kecuali ketika perjanjian Pangkor. Semua tahu kebangkitan Tok Janggut, Dato Bahaman dan lain-lain(kecuali Dato Maharajalela) adalah selepas perjanjian Pangkor. Jadi mereka ini menentang raja-raja Melayu, sebab mengikut Ramlah Adam, segala arahan dan tindakan adalah atas kehendak raja-raja Melayu. Ini kerana British hanya penasihat dan nasihat British tidak wajib diikuti atau dilaksanakan.

Saya yakin masih ramai yang tertanaya-tanya, apakah kriteria yang perlu sesebuah kuasa penjajah penuhi agar ditakrifkan sebagai penjajah sepenuhnya. Adakah mereka perlu menghapuskan seluruh penduduk negara yang dijajahnya.Perlukah mereka menukarkan agama, budaya dan bahasa penduduk yang dijajahnya. Andai inilah kriterianya, maka percayalah, sepanjang sejarah peradaban manusia, tidak pernah wujud kuasa penjajah dan tidak pernah ada negara yang dijajah secara total.


Sunday 26 August 2012

Mogok Seks: Menuntut Presiden Meletak Jawatan




Kaum wanita Togo memulakan mogok seks selama seminggu mulai hari - salah satu pendekatan kumpulan hak asasi sivil bagi menuntut presiden negara itu meletakkan jawatan.

Wanita di negara itu digesa tidak mengadakan hubungan seks dengan suami atau pasangan masing-masing mulai hari ini, kata ketua sayap wanita kumpulan Let's Save Togo, Isabelle Ameganvi.

Laporan Associated Press memetik Ameganvi berkata, tindakan itu akan mengenakan tekanan ke atas Presiden Faure Gnassingbe.


Demonstrasi itu dianjurkan oleh satu perikatan yang membantah pembaharuan sistem pilihan raya, yang menurut mereka akan memudahkan Gnassingbe untuk menang dengan mudah dalam pilihan raya Oktober ini.

Gnassingbe dipilih sebagai presiden pada 2005 ekoran kematian bapanya, Gnassingbe Eyadema yang memerintah negara di sebelah barat Afrika itu selama 38 tahun.

Berita Penuh, langsung sahaja ke: Sinar Harian

Saturday 25 August 2012

Ramai Wanita Malaysia Yang Curang.




Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press.

Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.

Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus.

Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus.

Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.

Sumber :Kosmo

INFO TAMBAHAN:
‘Malaikat’ dan ‘Iblis’ boleh menjelma dalam mana-mana jantina. Setia dan curang tidak mengenal jantina. Cuma, andainya ingin setia, biarlah ia berpaksikan wajar dan waras yang berpandukan agama. Begitu juga jika ingin ‘curang’. Sesungguhnya tiada ketaatan dalam perkara yang maksiat dan penderhakaan terhadap Allah.

Thursday 16 August 2012

Hukum Menziarahi Kubur Pada Hari Raya

(Akhbar Mingguan Warta Perdana, Ahad, 25 Sept 2011)


Telah menjadi kebiasaan bagi kebanyakkan umat islam di Malaysia, iaitu amalan menziarahi kubur sanak saudara atau orang tersayang pada hari raya Aidilfitri( termasuk juga Aidiladha). Telah menjadi kelaziman dan lumrah, pada satu syawal, tanah perkuburan dibanjiri oleh umat islam seawal pagi lagi. Persoalannya, adakah amalan ini direstui oleh syarak atau sekadar budaya yang kemudiannya menjadi kebiasaan yang diterima pakai.

Entry ini bukannya bermaksud untuk menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman, Cuma ia bertujuan untuk menilai kembali segala amalan yang kita lakukan. Adakah ia benar-benar ditimbang dan disukat di atas neraca agama.

Sebelum melanjutkan bicara,saya mohon agar entry ini dibaca dengan cermat dan teliti, dan kalau perlu ia perlu dibaca berulang kali, agar benar-benar dapat memahami permasalahan ini.





Dua perkara yang perlu diperkatakan dan seterusnya difahami sebelum memperkatakan topik ini, Pertama, tentang kaedah, pendekatan atau cara yang sepatutnya dilakukan ketika menyambut hari raya dan kedua pula tentang hukum menziarahi kubur.


KAEDAH MENYAMBUT HARI RAYA DALAM ISLAM

Hari raya adalah hari membesarkan Allah dan bersyukur atas kurniaanNya. Kita disuruh bertakbir membesarkan-Nya, dan juga sebagai tanda kemenangan. Jadi pada hari raya, kita sewajarnya menzahirkan suasana kekuatan, kegembiraan dan perpaduan umat Islam, dan bukannya berduka atau bersedih.

Aidilfitri merupakan hadiah isitmewa dari Allah selepas sebulan menahan nafsu makan,minum dan syahwat. Jadi umat islam berhak menzahirkan kegembiraan asalkan tidak menyalahi agama, malah Nabi S.A.W sendiri mengizinkan atau menggalakkan hiburan seperti nyanyian, pertunjukan dan sukaria yang lain selagi tidak melanggar syariat.

Saya tertarik dengan penjelasan dari Ustaz Nik Zawawi menerusi Stesyen Radio THR Gegar(16.Ogos.2012). Menurut beliau, tidaklah menjadi kesalahan untuk bermain bunga api dan mercun yang tidak memudaratkan serta tidak menganggu orang ramai sebagai tanda kegembiraan menyambut syawal. Ia dibenarkan selagi tidak melampaui batas dalam islam.

Betapa Nabi S.A.W inginkan umat islam bergembira menyambut hari raya, dapat kita perhatikan menerusi sebuah hadis daripada isteri Rasulullah S.A.W, Ummul Mukminin‘Aishah r.aha:

Bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi S.A.W berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi S.A.W bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Banyak hadis lain menunjukkan keizinan atau galakan hiburan pada hari-hari kegembiraan seperti hari raya, hari perkahwinan dan seumpamanya. Maka, dendangan lagu hari raya yang menimbulkan suasana kegembiraan adalah digalakkan. Adapun lagu-lagu yang menimbulkan kesedihan ia bertentangan dengan konsep hari raya dalam Islam.

(Hukum Menziarahi Kubur Pada Hari Raya Bukanlah Sunat.
Ia Adalah Amalan Yang Tidak Bersandarkan Nas-Nas Agama)


HUKUM MENZIARAHI KUBUR

Hukum menziarahi kubur hukumnya adalah sunat. Antara tujuannya ialah untuk menginsafkan manusia dan sekali gus mengingatkan kepada hari akhirat.

“Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, namun ziarahi sekarang kerana ia boleh mengingatkan kamu pada hari akhirat” (Riwayat Muslim).

Pada peringkat awal Nabi s.a.w melarang perbuatan ini, kerana bimbang kesan jahiliah masih mempengaruhi masyarakat. Namun,apabila kefahaman Islam sudah kukuh, baginda mengizinkan kerana ia membantu mengingatkan hari akhirat.

Ziarah kubur boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja,dan Nabi s.aw sendiri menziarahi kubur baq’i pada waktu malam. Apa yang pasti, menziarahi kubur digalakkan samaada siang mahupun malam kerana ia mampu menghadirkan keinsafan kepada kita.


(Mingguan Warta Perdana: 25. Sept 2011,Mufti Perak, Tan Seri Harussani pernah menegaskan
agar bergembira di hari raya dan bukannya bersedih pilu di tanah perkuburan)



HUKUM MENZIARAHI KUBUR PADA HARI RAYA


Disebabkan Hari Raya adalah hari untuk bergembira, maka sepatutnya kita memanfaatkan hari tersebut untuk memakismumkan penzahiran kegembiraan. Ziarah menziarahi dan kunjung mengunjungi sanak -saudara dan rakan- taulan adalah antara perkara yang amat dituntut. Begitu juga dengan mengembirkan anak-anak kecil dengan memberikan duit raya sekadar yang mampu dan sekudrat yang terdaya.

Atas dasar menghormati ‘zon gembira' dan 'wilayah bersuka ria’ maka menziarahi kubur pada Hari Raya adalah tidak digalakkan. Ini kerana ia akan mendatangkan kesediahn. Bimbang dan risau, takut-takut kesedihan dan dukacita akan megambil alih dan menganti perasaan gembira dan suka ria pada hari yang mulia.

Dan, andainya ingin juga menziarahi kubur pada hari raya, maka jangan sesekali menyandarkan amalan tersebut dengan perbuatan Nabi S.A.W. Maksudnya jangan beranggapan, itu adalah perbuatan sunat, ini kerana ia tidak pernah dilakukan oleh Nabi S.A.W dan para sahabat. Amat besar dosanya andainya kita berdusta atas nama Nabi.

Boleh juga jika ditangguhkan amalan menziarahi kubur itu kepada hari-hari lain seperti pada pada hari raya yang ketiga atau keempat, agar dengan ini kita dapat memanfaatkan hari raya pertama dan kedua untuk bergembira. Jangan jadikan Satu Syawal sebagai mangsa budaya dan kebiasaan, beranilah untuk menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman. Apatah lagi kelaziman dan kebiasaan tersebut tidak bersendikan dalil-dalil agama.




(Jangan sesekali beranggapan menziarahi kubur pada hari raya
sebagai sunat atau suruhan agama.
Anggapan sebegitu adalah haram dan berdosa)





Klip Video dari Maulana Asri Yusof tentang Hukum Menziarahi Kubur pada Hari Raya

Wednesday 15 August 2012

Gara-Gara Ubat Peransang Seks, Wanita Maut Ketika Berasmara.




Gara-gara inginkan kehebatan seks, pasangan kekasih bertindak meminum cecair peransang seks yang dicampur bersama minuman isotonic.

Wanita yang berusia 23 tahun itu, dan teman lelakinya yang berusia 20 tahun telah menyewa sebuah rumah tumpangan untuk melakukan perbuatan tidak bermoral di bulan yang mulia.

Namun nasib tidak menyebelahi wanita tersebut. Dia akhirnya menemui ajal, setelah beberapa ketika sesudah mengambil ubat peransang seks tersebut.

Tuesday 14 August 2012

Remaja Hari Ini




Kegilaan apakah yang melanda, hinggakan sedaya yang boleh dan sekudrat yang mampu si remaja berusia 13 tahun ini membohongi bapanya demi kelangsungan zinanya.

Tergamak si remaja bawah umur ini mendakwa dirinya diculik dan dirogol padahal dia yang bersusah payah ‘berjihad’ untuk berzina dengan teman lelakinya.

Sunday 12 August 2012

Operasi Cegah Maksiat: Tiga Remaja Bawah Umur Dicekup



Tiga gadis bawah umur ditahan bersama pasangan masing-masing dalam operasi cegah maksiat sekitar ibu negara, awal pagi semalam.

Penguatkuasaan JAWI, Wan Jaafar Wan Ahmad, berkata hasil pemeriksaan mendapati dua daripada remaja terbabit dipercayai mengikut teman lelaki masing-masing berusia 19 tahun dari Bentong, Pahang, menaiki bas ke ibu negara.

Mereka memberikan alasan kononnya ingin membeli-belah di ibu negara sebagai persiapan hari raya, namun terlewat sehingga terpaksa bermalam di hotel”. - Wan Jaafar Wan Ahmad, Ketua Operasi Bahagian Penguatkuasaan JAWI

“Mereka memberikan alasan kononnya ingin membeli-belah di ibu negara sebagai persiapan hari raya, namun terlewat sehingga terpaksa bermalam di hotel. Seorang gadis 17 tahun turut dicekup dalam bilik bersama teman lelakinya warga Indonesia yang tiada dokumen perjalanan,” katanya di sini, semalam.

InfoTambahan:
Parah remaja zaman sekarang. Mereka sanggup 'berjihad' untuk berzina.

Sumber: Berita Harian


Tangan kudung akibat mercun bola




KOTA BHARU – Tindakan berani tidak bertempat seorang pemuda yang memeriksa 20 biji mercun bola yang telah dinyalakan mengundang padah apabila ia meletup sehingga menyebabkan pergelangan tangan kanan serta kelima-lima jarinya hancur.

Kejadian yang berlaku di pasar Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong dekat sini tengah hari semalam itu bukan sahaja mencederakan Mohd. Shahril Affendi, 20, tetapi juga rakannya, Mohd. Ahmad Ismail, 19, melecur di beberapa bahagian badan dan mata.

Kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dekat sini.

Jurucakap hospital berkata, pergelangan tangan kanan Mohd. Shahril terpaksa dipotong untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Sumber :Kosmo

Peristiwa Menyayat Hati Di Malam Ramadhan.



Mereka telah berjaya mengakhiri hayatnya dengan kesudahan yang baik. Kesudahan yang membanggakan.

Saturday 11 August 2012

Iklan Raya Yang Amat Menyentuh Hati





Iklan raya ini amat berbekas dan berkesan di hati saya. Ia mengisahkan seorang anak yang menziarahi pusara ayahnya pada pagi raya dan di situ si anak terkenangkan kembali zaman kanak-kanaknya ketika bersama ayah tercinta. Paling mengharukan, apabila dia terkenang kembali saat dia menulis sepucuk surat kepada ayahnya. Surat untuk menyatakan kos atau kadar upah bagi setiap kerja/perkara yang dia lakukan.

Dan, paling mengharukan, ialah jawapan ayahnya yang juga menerusi warkah. Namun, yang paling mengharukan, tahun ini adalah kali pertama saya beraya tanpa ayah tercinta yang pulang ke rahmatullah pada 25.Mac.2012. Baju Melayu dan kain pelikat yang ayah pakai ketika menyambut Eidul Fitri tahun lepas masih lagi tersimpan rapi.

Al-fatihah untuk ayah.

Tajuk lain yang berkaitan:





(ini gambar saat ayahku dikebumikan pada 25.Mac.2012)

Wednesday 8 August 2012

Perogol Mencari Mangsanya Menerusi Facebook



Saya mulakan entry ini dengan memetik kata-kata seorang rakan blogger kat shoutmix saya beberapa ketika yang lalu“buatlah entri yang sekurang2nya boleh bagi input kepada pembaca. Kalau blog digunakan utk kebaikan..banyak pahalanya.. yup..rasa macam diri ni berguna kan

Percaya atau tidak, kita kena akui, perogol zaman sekarang jauh lebih bijak dan bestari berbanding perogol zaman dahulu kala. Dahulu kala yang saya maksudkan bukanlah zaman Paleolitik mahupun Neolitik, tapi sekitar sepuluh tahun yang lepas. Sekarang ni perogol boleh mencari dan sekaligus memilih mangsanya menerusi internet. Atau lebih tepat lagi, merogol secara online..

Azuar Ahmad dari Singapura merupakan perogol bersiri yang menemui mangsanya menerusi aplikasi temujanji facebook. Bukan setakat merogol, tapi dia juga bertindak kreatif dengan merakamkan perbuatannya itu dengan menggunakan telefon bimbit.

Di samping menyalahkan perogol yang ganas dan kejam. Ada iktibar yang boleh kita jadikan sebagai panduan bersama. Kepada adik-adik manis, berhati-hatilah memilih kenalan di facebook. Lagi penting, berpada-padalah ketika upload gambar kat facebook dan lain-lain laman sosial. Takut dan bimbang, jika gambarmu yang ayu dan jelita itu bisa mengundang ghairah si perogol gila. Wahai adik manis, meskipun dirimu itu Mahkluk Tuhan Paling Seksi, tapi usahlah ‘menjual’ keseksianmu itu untuk tatapan umum.

Selain upload gambar yang ayu dan jelita, ramai juga antara kita(termasuklah wanita) yang turut memaparkan lokasi rumah dan tempat kerja di laman facebook. Sedar atau tidak, ia memudahkan si perogol ini mencari peluang dan mengintai ruang untuk melampiaskan nafsu ganasnya secara terancang.

Tajuk Sebelumnya :

Tuesday 7 August 2012

Tema Hari Kebangsaan 2012: Negeri-Negeri Yang Ditadbir Oleh Pakatan Rakyat Menggunakan Tiga Tema Berbeza.




p/s = Berbicara perihal politik, saya cenderung untuk copy & paste sebab blog saya bukanlah blog politik dan saya juga bukannya blogger politik.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata negeri ditadbir Pakatan Rakyat akan menggunakan tiga tema berbeza untuk sambutan Hari Kebangsaan.

Mustafa berkata, Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".

Negeri Kelantan pula akan menggunakan tema "Menerajui Perubahan" manakala tema untuk sambutan di Kedah ialah "Terus Berbakti".

Jelasnya, exco negeri Kedah dan Kelantan memutuskan tema masing-masing sebelum Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk menggunakan tema "Sebangsa, Sebangsa, Sejiwa".

Bagaimanapun, Mustafa berkata semua empat negeri akan menggunakan logo sama yang akan diumumkan pada Khamis.

Satu lagu sama, digubah oleh seorang "komposer terkenal" akan menyusul kemudian, katanya.

Mustafa berkata Pakatan menerima cadangan lebih 20 logo daripada anggota masyarakat sejak minggu lalu.

Pakatan menentang tema "Janji Ditepati" yang dianjurkan kerajaan persekutuan kerana ia digunakan dalan kempen BN yang dilancarkan beberapa bulan lalu.

Sumber: Malaysiakini

Monday 6 August 2012

Ibu Lahirkan Kembar 7, Namun Pemerintah China Hanya Benarkan 1 Sahaja Untuk Hidup




Pertama kali saya mendengar berita sedih ini menerusi Stesen Radio THR Gegar dan kebetulan pula saya terjumpa info ini di blog MyBerita. Lantas saya kongsikan di sini.

P/S: Ketika berkunjung ke Beijing pada penghujung 2010, saya dimaklumkan oleh pemandu pelancong, di kawasan Bandar, memang polisi kerajaan China ialah satu anak untuk satu keluarga, tetapi di kawasan luar Bandar ada sedikit kelonggaran. iaitu, jika anak pertama ditakdirkan perempuan, maka ibu-bapa dibenarkan untuk memperolehi anak kedua. Tapi jikalau anak pertama lelaki, maka ibu-bapa tidak lagi dibenarkan mempunyai anak lagi.

Jinan Huang, seorang ibu berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 7 di Shanghai, China. Wanita itu ketika ini berada dalam keadaan stabil setelah melalui proses melahirkan kesemua bayi itu yang memakan masa 31 jam, diberikan kesempatan selama 1 minggu oleh pihak berkuasa China untuk memutuskan 1 bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan kelak.

“Saya bersama suami belum memutuskan sebarang pilihan lagi,” ujar Jinan yang ditemui wartawan beberapa minit setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua.Dia adalah bayi paling berat dan oleh sebab itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak dapat menjaga kami ketika tua ini.”

“Sudah tentu kami tidak menginginkan untuk membesarkan walau seorangpun dari dua bayi perempuan yang lahir,” suami Jinan menambahkan. “Untuk hal ini kami sudah yakin.”

Ke 6 bayi lain yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai dengan ketetapan yang sudah termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak peraturan ‘Satu Keluarga Satu Anak’ dikuat-kuasakan pada tahun 1983,pemerintah China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, dimana ia dilarang dengan pesalah akan dikenakan hukuman mati di China.

“Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.” Ujar Jinan

Sumber : Myberita