Friday 29 June 2012

Dr Mohamed Morsi : Antara Doa Dan Harapan.

Dr Mohamed Morsi

Kemenangan Dr Mohamed Morsi dalam Pilihanraya Presiden Republik Arab Mesir sememangnya satu peristiwa yang amat manis untuk dikenang oleh para pencinta agama. Semua sedia maklum, Presiden Mesir yang ke-5 ini, adalah aktivis gerakan islam terkenal di Mesir,iaitu Ikhwan Muslimin. Parti yang beliau wakili, iaitu Freedom and Justice Party(FJP) merupakan parti tajaan Ikhwan Muslimin.

Moga-moga rakyat Mesir akan mula memesrai dan menghargai perjuangan yang dirintis oleh As-Syahid imam Hassan al-bana, As-Syahid Syed Qutb, As-Syahid Abdul Qadir Audah,'Umar al-Tilmisani,Asy-Syeikh Mustafa Masyhur dan lain-lain tokoh Ikhwan Muslim.

Sejujurnya, seluruh pencinta islam, amat mengharapkan Dr Mohamed Morsi dapat memerintah Mesir dengan baik dan berpandukan Al-Quran, Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias.




Namun, seluruh pencinta islam amat faham dan sangat mengerti betapa hebatnya Mehnah dan Tribulasi yang bakal ditempuhi oleh Dr Mohamed Morsi. Pimpinan Tentera yang menganut fahaman sekularisme, pasti sahaja tidak pernah sunyi dari memikirkan segala strategi untuk menamatkan kekuasaan Ikhwan Muslimin di bumi Mesir. Sejarah telah mencatatkan, semenjak tertubuhnya Republik Arab Mesir, golongan tenteralah yang menguasai negara tersebut.

Selama ini, sejak pemerintahan Jeneral Muhammad Najib,Jamal Abd Nasir, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak, Mesir dipimpin oleh pemimpin tentera atau setidak-tidaknya akrab dgn tentera. Malah sampai sekarang, Majlis Tentera amat berkuasa di Mesir termasuklah dalam pengubalan dan pemindaan perlembagaan.


Logo Ikhwan Muslimin


Adalah menjadi doa dan harapan setiap pencinta islam, agar sejarah hitam(rampasan kuasa oleh tentera/ diganggu gugat oleh pihak tentera), yang pernah menimpa gerakan islam di Algeria,FIS -pimpinan Prof. Abbas Madani, dan gerakan islam di Turki, Refah- pimpinan Prof Necmettin Erbakan tidak berulang di bumi Mesir.

Dalam masa yang masa, marilah kita sama-sama berdoa agar akan muncul lagi pemimpin tentera yg berjiwa agama sebagaimana Almarhum Zia Ul-Haq, yang Menjadi Abid di malam hari,dan menjadi Singa di siang hari.



Ya Allah, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu. Bertemu untuk mematuhi Perintah-Mu. Bersatu untuk memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah Ya Allah ikatannya.

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkan kepada hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan takwa kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu.

Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya, Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Friday 15 June 2012

Terima Kasih Tuhan, Kerna Memakbulkan Doaku

Selamat Tinggal Perak Darul Ridzuan.

Agak lama juga blog saya bersawang, seakan-akan bicaradariaku telah bernoktah. Insha-Allah selagi terdaya, akan saya pastikan bicaradariaku terus bernadi meskipun tidak sesegar dan sebugar dulu.

Pernah dulu saya menulis entry tentang permohonan pertukaran guru sesi jun 2012, dan saya juga termasuk dalam kalangan guru-guru yang memohon untuk pertukaran tersebut. Dan,syukur kepada Allah, dengan Izin-Nya pertukaran saya diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bermula 10.Jun.2012, saya mula bertugas di Jeli Kelantan.




Ni aku sedang memikirkan macam manalah nak mengajar kat sekolah baru ni

Untuk pengetahuan sahabat, jarak antara rumah saya di Bachok Kelantan dengan sekolah baru saya di Jeli ini ialah lebih kurang 110KM sehala, maknanya saya terpaksa berulang alik sejauh 220KM. Jadi ini semua membataskan ruang untuk saya online. Tambahan pula, saya telahpun menamatkan perkhidmatan Streamyx sebaik sahaja berpindah dari Perak ke Kelantan. Insha-Allah bila menemui rumah sewa yang sesuai barulah saya meneruskan kembali perkhidmatan Streamyx saya itu atau setidak-tidaknya menggunakan broadband.

Rasanya sudah cukup dan memadai saya berkhidmat di perantauan setelah beberapa tahun berkhidmat di Lahad Datu Sabah dan Chemor Perak. Akhinrya saya kembali ke negeri kelahiran saya,Kelantan Darul Naim. Kepada rakan-rakan guru yang belum diluluskan permohonan pertukaran, moga bersabar dan terus mencuba nasib di lain masa dan ketika. Namun, sebagai guru kita wajib terus mencurah bakti meskipun di mana sahaja kita ditempatkan.

Apa yang pasti, segala pahit manis di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu Sabah dan Sekolah Menengah Dato Haji Mohd Taib Chemor Perak, akan sentiasa sentiasa segar di hati dan sentiasa bugar di sanubari. Saya akan pastikan ia kekal melekat di ingatan selagi hayat dikandung badan.

Terima Kasih Tuhan, kerana memakbulkan Doaku.

Monday 4 June 2012

Gempa bumi lemah di Kunak, Sabah

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 pada skala Richter berlaku di Kunak, Sabah pada jam 2.36 petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak di Km 22 selatan Kunak.

Gegaran turut dirasai di Semporna dan Tawau. – Bernama

Sumber: MyMetro