Thursday 28 February 2013

ZAIDI BULUH PERINDU MENINGGAL DUNIA



Penyanyi lagu-lagu dikir barat terkenal Kelantan, Zaidi Mohamad, 46, yang lebih dikenali sebagai 'Zaidi Buluh Perindu', meninggal dunia di Hospital Tumpat akibat serangan jantung, di sini hari ini. Zaidi jatuh dan pengsan ketika membuat persembahan dikir barat untuk menyambut ketibaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Geting, di sini, pada 10.35 pagi dan disahkan meninggal dunia di hospital itu pada 11 pagi. Allahyarham yang menetap di Kampung Bunut Sarang Burung, di sini, meninggalkan seorang isteri, Zaharina Mohamad, 47, dan tujuh anak berusia antara 11 hingga 28 tahun



MB Kelantan(TGNA) mengimamkan solat jenazah/Zaidi
  

Allahyarham turut merakamkan lebih 100 album sejak berkecimpung dalam dunia dikir barat sejak 20 tahun lepas, dan mula terkenal selepas lagu dikir barat bertajuk 'Juwita' mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk negeri ini. 

Zaharina ketika ditemui di rumahnya berkata beliau reda dengan pemergian suaminya namun terkilan kerana hajat Zaidi untuk menunaikan umrah pada April ini tidak tercapai. "Pagi ini arwah sempat bersarapan sebelum turun membuat persembahan dikir barat di Kompleks LKIM itu. Saya tidak syak apa-apa sehinggalah menerima panggilan mengatakan arwah meninggal dunia," katanya. 

Sementara itu, Noh turut meluangkan masa melawat keluarga Zaidi selepas selesai merasmikan Restoran Sri Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tumpat serta menyampaikan elaun sara hidup tunai Parlimen Tumpat dan Pengkalan Chepa di LKIM Geting di sini. 

Turut hadir Adun Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar; Naib Ketua Umno Tumpat Wan Hanapi Wan Yaakob dan Pengarah LKIM Kelantan, Wan Mohd Adnan Wan Ibrahim. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bunut Sarang Burung selepas solat Asar.


Info Tambahan:
Al-Fatihah buat Zaidi dan salam takziah buat keluarganya. Walaupun saya bukanlah peminat dikir barat namun lagi-lagu nyanyian Zaidi Buluh Perindu banyak yang saya sukai. Terutamanya lagu Juwita.

Monday 25 February 2013

MASJID NIUJIE: ANTARA KEUNIKKAN SENIBINA DAN KETERBUKAAN ISLAM.


Ini adalah sambungan dari tajuk lepas

Berkunjung ke Beijing, China bagaikan tidak lengkap andainya tidak menjejakkan kaki ke lokasi tertentu. Lokasi tersebut merupakan lokasi ‘wajib lawat’ andainya berkunjung ke sana. Lokasi pertama, tentu sahaja Tembok Besar China yang merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia

Abadikan kenangan di Masjid Niujie
 
Lokasi bersejarah yang kedua ialah Masjid Niujie di Xuanwu yang merupakan masjid tertua di Beijing, malah antara yang tertua di China. Masjid yang tertua pula ialah Masjid Huai Shen yang terletak di Guangzhao, selatan China. Lokasi-lokasi lain pula termasuklah Tiananmen Square, Summer Palace, Bird’s Nest Stadium dan Forbidden City.

Bahagian Luar Masjid Niujie

Mengabadikan kenangan di Masjid Tertua di Beijing


Sebenarnya terdapat phamplet yang memaparkan sedikit info terutamanya sejarah masjid ini. Phamplet tersebut saya perolehi ketika berkunjung ke masjid ini beberapa ketika dahulu. Tapi sayang , ia hilang sebelum sempat dibaca. Jadi untuk entry ini, saya akan memetik tulisan Ann Wan Seng di dalam bukunya yang berjudul, Rahsia Islam Di China, Gemilang di Sebalik Tembok Besar. Buku ini amat bagus untuk dibaca bagi memahamkan kita tentang umat islam di bumi China.

Mengikut Ann Wan Seng, masjid Niujie merupakan salah satu masjid yang tertua di China dan ia dibina pada tahun 996 Masihi. Selain menjadi tempat bersolat masyarakat setempat, ia juga menjadi tarikan pelancong kerana keindahan dan keunikkan seni binanya. Seni bina Cina termasuklah tulisan-tulisan khat Cina menghiasi keseluruhan ruang masjid. Marna merah pula menjadi warna yang paling dominan di masjid dan ia mempunyai seribu pengertian di dalam masyarakat Cina. Selain melambangkan keberanian, kehidupan dan kegagahan, warna merah juga merupakan simbol nasib dan keuntungan.


Salah seorang umat islam tempatan sesudah solat Asar
Bahagian luar Masjid Niujie
Bahagian Dalam Masjid Niujie

Sedikit info yang saya petik dari The Malaysian Insider. Masjid Niujie dibina pada 996 ketika Dinasti Liao (916-1125) dan diberi nama “Libaisi” pada 1474. Sejak 1949, kerja-kerja pemulihan dilakukan sebanyak empat kali di bawah projek tajaan kerajaan bagi memastikan masjid tertua dan terbesar di Beijing ini kekal sebagai tapak warisan budaya. Masjid ini mempunyai keluasan sekitar 6,000 meter persegi dan menampilkan gabungan senibina Islam dan China. Niujie pula merupakan kawasan terbesar diduduki oleh umat islam di China.


Bahagian Dalam Masjid Niujie



KETERBUKAAN ISLAM

Bagi sesetengah orang, seni bina masjid yang sebegini rupa mungkin dianggap menyalahi kelaziman dan menyanggahi kebiasaan sebab sudah terbiasa dengan senibina yang berunsurkan Arab/Melayu sejak zaman berzaman.

Ada asasnya untuk saya berkata sedemikian, sebab pernah suatu ketika, seorang rakan mempertikaikan seni bina Masjid Beijing di Rantau Panjang Kelantan. Katanya, masjid tersebut tidak melambangkan ciri-ciri islam. Betapa mandulnya akal sahabat saya itu kerana mengekslusifkan islam untuk Arab dan Melayu sahaja. Pemikiran sebegini amatlah memberhaya sebab ia akan menyempitkan ruang lingkup islam dan sekali gus menghodohkan wajah islam yang sangat cantik.

Islam sebenarnya mengiktiraf apa sahaja budaya asalkan budaya tersebut tidak bertentangan dengan islam. Dalam islam, tiada istilah pandang ke timur mahupun menoleh ke barat, selagi mana tidak bercanggah dengan agama, maka ia akan diiktiraf dan diterima seadanya.

Begitu juga dalam persoalan nama. Apabila terdapat orang-orang berbangsa Cina mengekalkan nama asalnya sesudah memeluk islam, maka agak ramai yang tidak dapat menerimanya dengan tenang dan senang. Sedaya yang boleh dan sekudarat yang mampu mereka akan didesak dan diasak agar memakai nama-nama berunsur Arab. Padahal nama islam, tidak semestinya nama-nama Arab atau Melayu, tetapi nama tersebut hendaklah mempunyai makna yang baik. Dalam sejarah islam kita dapati, Nabi Muhammad S.A.W telah bertindak menukar nama beberapa orang sahabat gara-gara nama tersebut tidak mempunyai makna yang baik. Malah, Tariq Aziz, bekas Menteri luar dan Timbalan Perdana Menteri Iraq adalah beragama Kristian walaupun namanya berunsur atau bercirikan Arab.


Bahagian Luar Masjid Niujie
 

Tapi hairan bin ajaib pula, sebab tidak pula dibisingkan apabila tidak kurang 30% nama orang-orang Melayu tidak berunsurkan atau bercirikan Arab, antaranya ialah nama anak jutawan internet yang terkenal, Cinta Strawberry Abadi.

P/S : Walaupun begitu, untuk orang Melayu,mereka seharusnya memakai nama-nama yang beunsurkan Arab sebab nama-nama sebegitu sudah sebati dengan masyarakat Melayu sejak kedatangan agama islam. Cuma untuk saudara baru dari bangsa Cina dan India serta lain-lain bangsa, andainya mereka berkeinginan untuk mengunapakai nama asalnya, maka tidak wajar dan tidak waras untuk kita menghalang. Lagipun ia penting sebagai salah satu strategi dakwah untuk meyakinkan orang-orang Cina dan India sesungguhnya mereka memeluk atau masuk islam dan bukannya masuk Melayu. 

Di Malaysia, antara pendakwah berbangsa Cina yang mengekalkan nama asalnya setelah memeluk islam ialah Lim Jooi Soon ,manakala pendakwah berbangsa India yang mengekalkan nama Indianya setelah memeluk islam ialah Shah Kirit Karkulal Givindji.




Niujie Adalah Penempatan Umat Islam Terbesar di Beijing China

Sunday 24 February 2013

Filipina hantar kapal untuk membawa bawa pulang Tentera Diraja Kesultanan Sulu





Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu. 

Kapal yang bernombor AT296 itu belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan itu berlangsung malam tadi. Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina dalam satu kenyataan berkata, pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Manila semalam. 

Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah serta keluarga mereka dan pada masa yang sama pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan. "Sila lakukan ini demi keselamatan anda sendiri," katanya.

Mengenai kapal berkenaan, Rosario berkata: "Kami amat mengambil berat tentang kehadiran lima wanita dan beberapa orang awam dalam kumpulan itu dan kami menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air." Menurut kenyataan itu, di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino serta sukarelawan dan petugas perubatan. Pada 12 Februari lalu, bot yang mengangkut lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu. 

Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Sulu dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina. Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas dan kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas untuk meninggalkan negara ini. 

Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutan empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka. – Bernama 

Sumber:Kosmo

AKSI ISTERI TERLAMPAU.


Jangan salah faham, entry ini bebas dari unsur-unsur lucah. Aksi di sini merujuk kepada perbuatan dan terlampau pula merujuk kepada sikap atau perbuatan yang keterlaluan dan melampau batas. 

Melampau dan memang melampau kerana tergamak si isteri menetak suaminya berkali-kali, gara-gara menyuruhnya menunaikan solat zuhur. Apa yang si suami lakukan memang tepat dan benar di sisi agama, kerana suami itu pemimpin di dalam keluarga dan solat pula tiang agama. 

“Wahai, orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu.” surah At-Tahriim, ayat ke-6.

Kalau si isteri menetak si suami kerana arahan atau suruhan berbentuk maksiat ada logiknya juga. Contohnya, si suami menyuruh atau memaksa isterinya menjadi GRO untuk mengapai kesenangan hidup, lihat :--> SINI.  Suami macam ini mungkin agak wajar untuk ditetak.

Friday 22 February 2013

Perjalanan Hidup Dan Biodata Ustaz Azhar Idrus


Ustaz Azhar Idrus adalah ikon dakwah yang tersohor, malah boleh dianggap sebagai DA’I SEJUTA UMAT sebagaiamana Allayarham KH. Zainuddin MZ. 

Untuk entry ini, saya tertarik setelah membaca sedikit fakta dari blogger Jiwa Hamba, namun tidak banyak maklumat dari entry blogger tersebut hinggalah saya terjumpa entry dari blogger Shalehudin , lantas saya copy & paste untuk disebarluaskan penyebarannya. 

Dahulunya UIA seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor. 

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog. 

Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985 
Mulai belajar agama sekitar tahun 1990. 
Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai. 

BIODATA USTAZ AZHAR IDRUS
Nama: Ustaz Azhar Bin Idrus
Tarikh Lahir: 12 Februari 1964
Berasal: Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu 
Hobi: Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan. 

Pendidikan : 
1. Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2. Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2) 
3. Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990. 
5. Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun

Pengalaman : 
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau. 
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf      Tapai.
3.Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya 

KELUARGA USTAZ AZHAR IDRUS
Isteri isterinya:
1. Rogayah Binti sulong (43 Tahun) dan Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (27 Tahun) 

Anak-Anaknya : 
1.Nur Madihah Asyiqin (22 tahun) 
2.Nur Farhah (20 tahun) 
3.Mohd Faqihuddin (19 Tahun)
 4.Mohd Zuhaili (17 tahun) 
5.Ikhwan Najmi (15 tahun) 
6.Khairul Mukmin (8 tahun) 
7.Rasydan (7 tahun) 
8.Daniel (5 bulan ) 



Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT. Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar Idrus (Original)

Thursday 21 February 2013

Melacur Secara Online: Remaja Jual Tubuh Menerusi Facebook.



Gila, memang gila dan sungguh gila. Tapi inilah realiti,dalam usia hingusan, iaitu sekitar 12 dan 13 tahun sudah pandai melacurkan diri. 

Jika bakatnya dikembangkan(sekadar sindirian), mereka ini mampu menjadi pelacur yang Berjaya. Bayangkanlah, dalam usia yang terlalu mentah, mereka mendakwa mampu memperolehi RM18,000.00(RM18K) sebulan. Inilah yang dikatakan melacur secara online di dunia tanpa sempadan. P/S: Kita sering tersesat di dalam terang..Syukurlah sebab Tuhan sering menujukkan kita jalan untuk pulang. 

Tajuk Lain Yang Berkaitan : Perogol Mencari Mangsanya Menerusi Facebook

Wednesday 20 February 2013

BEKAS TUNANG FIZZ FAIRUZ (AZLYN MASSIELA) HILANG INGATAN


Azlyn Massiela mendakwa dirinya tidak pernah bergelar isteri orang sepanjang hidup 26 tahun, muncul pula lelaki yang mendakwa suami kepada wanita ini yang mahu dikenali sebagai Ramli. 

“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan. Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan,” ujar Ramli.

 Ramli turut mendakwa yang Azlyn Massiela bertindak sedemikian adalah kerana merasa kesunyian akibat kurang di’beri perhatian selepas mereka bernikah di Thailand beberapa tahun lalu. “Dia isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama. Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz” 

“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” tambah Ramli yang turu mendakwa keluarga Azlyn Massiela tidak mengetahui tentang perkahwinan mereka. 

Sumber:Fyna

(VIDEO) DR ASRI MENGKRITIK DR FADZILAH KAMSAH.



Kritikan Dr Asri Zainul Abidin( DR MAZA) ini berkaitan dengan teori Rahsia Tarikh Lahir yang diperkenal dan diperjuangkan oleh Dr Fadzilah Kamsah. Walaupun tidak disebut nama Dr Fadzilah Kamsah, tapi perkataan pakar motivasi terkenal sudah cukup untuk membolehkan kita menebak siapakah personaliti yang dimaksudkan. 

Pakar motivasi tersebut dikatakan telah melakukan kajian selama 25 tahun dan akhirnya turunlah ‘wahyu’ Rahsia Tarikh Lahir. Sila tonton dengan cermat dan teliti klip video di bawah ini. 


Saya tertarik dengan sebuah komen yang diterima menerusi entry saya sebelum ini mengenai Rahsia Tarikh Lahir 

 "jika kita kata trkh lahir x ada kena mengena dgn karektor maka seolah-olah kita mengatakan yng Allah tetapkan kita lahir pd trkh tertentu secara sia2 padahal Allah xbuat sesuatu secara sia2," 

Ini jawapan saya untuk orang-orang yang mempunyai kefahaman yang sama dengan tukang komen tersebut. 

 “Jadi kita wajib percaya jika biawak melintas jalan, ia akan membawa sial, sebab andainya tak percaya, kita seolah-olah menuduh Allah telah mencipta biawak secara sia-sia.”

Tuesday 19 February 2013

Semakan Keputusan SPM 2012 Secara Online

Para calon SPM 2012 boleh mula membuat semakan SPM 2012 result online pada tarikh 20 Mac 2013 ini. Keputusan SPM 2012 boleh mula disemak bermula pukul 10 pagi di sekolah atau tempat para pelajar mengambil peperiksaan tersebut tahun lalu. Selain semakan SPM 2012 secara online, keputusan atau result SPM 2012 juga boleh dilakukan melalui sistem pesanan ringkas (SMS). 

Apa yang perlu dilakukan ialah menaip seperti di bawah ini.



SPM < Nombor Kad Pengenalan > Jarak < Nombor Angka Giliran >
lepas tu hantar ke 15888


Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah sangat penting bagi seseorang pelajar itu untuk menentukan halatuju dia yang seterusnya. Keputusan yang bagus akan memudahkan para pelajar mencapai cita-citanya, tetapi sekiranya keputusan kurang baik, bukan bermakna semuanya sudah habis. Anda masih tetap ada peluang untuk memperbaiki keputusan tersebut. Semoga berjaya buat para pelajar membuat semakan SPM 2012 (SPM result) nanti dan mendapat result yang setimpal dengan usaha yang dilakukan. 

Sumber:Beckhroy

Sunday 17 February 2013

PUKAU: BAHAYA DAN ANCAMANNYA.



Apa yang saya paparkan di atas ialah print screen dari Facebook seorang kenalan. sahabat saya ini adalah seorang guru perempuan dan kami sama-sama menjadi pendidik di Lahad Datu Sabah. Saya kemudiannya bertukar ke Ipoh Perak dan beliau pula berhijrah ke Pahang. Sengaja saya paparkan kronologi persahabatan kami kerana saya ingin memaklumkan, sesungguhnya ini adalah cerita benar. 

Beliau dipukau ketika menuju ke tempat parkir kereta. Akibatnya dia kehilangan wang,handphone, pasport dan beberapa barangan yang berharga. Lagi malang, beliau juga telah menyerahkan kad ATM berserta nombor pin kepada si pemukau. Teramat malang, kerana kad ATM tersebut adalah dari akaun bank yang dikhaskan untuk gaji bulanannya. Akibatnya, wang tersebut tiada lagi berbaki (kecuali nilai yang tidak boleh dikeluarkan) dan beliau terpaksa membatalkan rancangannya untuk menunaikan umrah pada tahun ini. 

Sebenarnya, sahabat saya ini masih lagi bernasib baik, sebab dia hanya kehilangan wang dan barangan berharga sahaja. Sebenarnya dalam kes-kes tertentu terdapat juga wanita( mangsa pukau) yang ‘terpaksa’ menyerahkan tubuh dan harga dirinya kepada si pemukau. Mereka dinoda dan dirogol tanpa sedar. 

Lihat keratan akhbar di bawah. 


Si mangsa hanya menyedari dirinya dirogol setelah merasa kesakitan pada alat kelaminnya lantas melakukan pemeriksaan di hospital. Saya tak pasti adakah mangsa benar-benar dipukau dengan menggunakan pendekatan sihir atau dengan menggunakan bahan tertentu yang menyebabkan mangsa hilang kawalan diri hingga mindanya berjasa dikuasai oleh si pemukau. 

Ini hanyalah sebahagian daripada kes atau kejadian wanita dinoda dan dirogol tanpa sedar. Sebenarnya terdapat beberapa kes sebegini yang dilaporkan . Cuma untuk entry ini, memadailah sekadar memapar satu kes sahaja. Moga-moga dapat dijadikan panduan dan sekali gus berwasapada selalu terhadap bahaya dan ancaman pukau. 

Hanya kepada Allah, kita memohon perlindungan.

Saturday 16 February 2013

Fonomena Laut Merah Melanda Sabah.




Seingat saya sudah beberapa kali Fenomena Laut Merah melanda Negeri Di Bawah Bayu.Setakat ini(14.febuari 2013), tiga nyawa telah terkorban kesan daripada fenomena laut merah. 

Hidupan laut seperti kerang(hidupan laut yang mempunyai cengkerang) seperti kerang, siput, lokan, kupan dan ikan-ikan di pesisir pantai perlu dielakkan untuk menghindari keracunan yang berpunca daripada fenomena laut merah. 

Jumlah keseluruhan kes keracunan kerang setakat ini ialah 43 kes dengan 37 kes di daerah Kota Kinabalu dan 6 kes di Tuaran. 

Antara simpton-simptonnya ialah kebas, pening,muntah dan sesak nafas.

Thursday 14 February 2013

Kumpulan Penceroboh Bersenjata Di Lahad Datu Sabah Disahkan Daripada Keturunan Kesultanan Sulu

gambar dari Nescafeais



Identiti sekumpulan orang asing bersenjata api yang menceroboh masuk ke kawasan Pantai Tanduo berdekatan Felda Sahabat 17, Lahad Datu dekat sini pada Selasa lalu disahkan daripada keturunan Kesultanan Sulu. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kumpulan itu yang dianggar melebihi 100 orang bertindak menceroboh kawasan terbabit bagi membuat dua tuntutan kepada kerajaan Malaysia. 

"Tuntutan pertama, kumpulan itu tidak mahu dikenali sebagai kumpulan militan sebaliknya mereka mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu. 

"Satu lagi tuntutan yang dibuat adalah menggesa kerajaan Malaysia agar tidak menghantar balik rakyat berketurunan Sulu yang tinggal di Sabah," katanya di sini semalam.

Beliau menambah, kumpulan terbabit didapati menceroboh negara ini dengan niat untuk membuat tuntutan tersebut. "Kita lihat tuntutan yang dibuat ini lebih kepada meminta sesuatu daripada kerajaan. Ini adalah salah kerana mereka sepatutnya menggunakan saluran yang betul.

"Ketika ini pasukan keselamatan kita sedang mengepung kumpulan terbabit dan meminta agar mereka meninggalkan kawasan tersebut secepat mungkin," ujarnya. Mengulas mengenai kumpulan terbabit, Ismail percaya mereka telah menyeludup masuk ke Pantai Tanduo menerusi perairan Lahad Datu menggunakan bot pancung. 

Sumber: Kosmo 

Info Tambahan: 

Beberapa minggu yang lepas di Kedai Buku Jaafar Rawas Kota Bharu, saya terjumpa sebuah buku tentang Kesultanan Sulu. Saya rasa ia merupakan sebuah penulisan yang cukup ilmiah, tapi saya selera saya tumpul untuk memilikinya. Tapi bila keturunan Kesultanan Sulu terlibat dalam kes pencerobohan di Lahad Datu, rasa tiba-tiba menyesal dan terkilan kerana mengabaikan buku tersebut. Yang pasti Kesultanan Sulu adalah antara tiga buah Kerajaan Melayu yang telah luput di dunia, selain Kerajaan Melayu Champa dan Kerajaan Melayu Pattani. Saya dan Lahad Datu bukanlah sesuatu yang asing. Ini kerana selama enam tahun saya mendiami Lahad Datu dan bertugas sebagai pendidik di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu(SMSLD)

Valentine Day: Umat Islam Perlu Mengenali Diri.



Saban tahun, setiap kali menjelmanya 14 Febuari, pasti sahaja isu ini diperkatakan. Wajar atau waraskah untuk umat islam untuk turut meraikannya?

Dalam hal ini umat islam perlu kembali ke perdu akar punca. Iaitu, memahami hari memperingati kekasih ini mempunyai perkaitan yang rapat (dari sudut sejarah) dengan agama tertentu. Dan, sebagai umat islam, kita dilarang daripada tasyabbuh (meniru atau menyerupai) orang-orang bukan islam. Meniru atau menyerupai di sini bermaksud meniru atau menyerupai sesuatu yang menjadi ciri-ciri khusus mereka termasuklah ibadah, berpakaian dan perayaan. 

 

Perlu juga umat islam memahami, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah juga menyeru hamba-hambanya agar memperjuangkan kasih dan sayang tanpa dibatasi hari-hari tertentu. Kasih sayang yang dianjurkan oleh islam amat luas jangka masanya dan sangat lebar ruang lingkupnya. Bermula dengan kasih dan sayang atau cinta terhadap Maha Pencinta dan Rasul-Nya. Kemudian kasih ,sayang dan cinta itu beralih kepada manusia. Ia tidak bernoktah setakat itu, ini kerana kasih, sayang dan cinta itu akan menjalar pula terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain termasuklah binatang. Tentu sahaja, anda pernah mendengar atau membaca kisah pelacur yang diampunkan dosa dan dimasukkan ke dalam syurga lantaran membantu seekor anjing yang dahaga.

Dalam konteks suami dan isteri, kasih sayang yang dianjurkan oleh islam tidak pernah dibatasi atau dihadkan kepada masa tertentu. Bermula sahaja lafaz ‘Aku Terima Nikahnya’ maka bermulalah kasih, sayang dan cinta antara suami dan isteri. Ia berkekalan untuk sepanjang masa dan ketika selagi hayat berbaki dan usia bersisa,dan jika bijak strateginya kasih sayang itu akan kembali terjalin di syurga.

Wednesday 13 February 2013

Ibu Catriona Ross maut kemalangan

Ibu kepada pelakon Catriona Ross, Siti Zawiyah Abd Rahman, 63, antara tiga yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan bas ekspress di KM 61.8 Jalan Raya Timur-Barat, berhampiran Gerik, awal hari ini. Dua lagi mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada kira-kira 1 pagi itu ialah Sitah Abdullah, 53, dan Norini Abdul Ghani, 43. 

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt. Abdul Manab Baharum berkata, ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta itu, Mustapa Che Su, 54, cedera parah dan dirawat di Hospital Taiping. 

"Kereta Proton Saga yang dinaiki mangsa cuba memotong deretan kereta dan bertembung dengan bas yang datang dari arah bertentangan sebelum terbabas ke dalam longkang berhampiran,” katanya. 

Beliau berkata, kereta berkenaan dalam perjalanan dari Jeli ke arah Gerik.

 Sumber:Kosmo 

Info Tambahan: 
Takziah kepada Catriona Ross dan keluarga. Moga beliau tabah menghadapi dugaan ini. Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya, kita dikembalikan.

Monday 11 February 2013

BEBERAPA FAKTOR LELAKI TUA SEMAKIN DIMINATI OLEH WANITA


Setakat manakah kebenarannya, saya pun tidak pasti. Namun, beberapa orang perempuan yang saya kenali( terdiri daripada rakan-rakan saya) lebih cenderung memilih lelaki yang lebih berusia dari dirinya untuk dijadikan pasangan hidup/suami.

Sebenarnya sejak zaman berzaman, masyarakat menerima dengan senang dan tenang apabila seseorang wanita memilih lelaki yang lebih tua darinya sebagai suami, namun seringkali dianggap menyanggahi lumrah andainya seseorang wanita bersuamikan lelaki yang lebih muda darinya. 

Berdasarkan keratan akhbar di atas, ada beberapa faktor seseorang wanita lebih meminati lelaki tua, antaranya, ialah: 
  • Kematangan(mungkin juga dalam persoalan seks
  • Keteguhan ekonomi. 
  • Inginkan kesenangan hidup
  • Bijaksana. 

     P/S : Sebagai umat islam, jadikan agama sebagai kriteria yang paling utama.

    Sunday 10 February 2013

    Angkor Wat: Kuil purba yang menakjubkan


    Ini adalah sambungan dari entry lepas 

     Angkor Wat merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Kunjungan ke Kemboja terutamanya ke Siem Reap dianggap tidak lengkap seandainya tidak berkunjung ke sini. Angkor Wat telah dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke 12. Pembinaannya mengambil masa lebih kurang 30 tahun. Angkir Wat juga merupakan monumen keagamaan yang terbesar di dunia.

    Pembinaan Angkor Wat amat dipengaruhi oleh agama Hindu. Malah antara matlamat pembinaanya ialah sebagai sebuah penghormatan kepada Dewa Vishnu. Angkor Wat juga merupakan simbolik kepercayaan Hindu terutamanya perihal Gunung Meru sebagai pusat dunia. dan dikatakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu. 

    Namun, setelah agama Budha mendapat tempat di Angkor, Angkor Wat mula menerima ‘sentuhan’ Budha.

    Jika diperhatikan setiap ukiran(bas-relief) yang terdapat pada dinding kuil ini, jelas sekali ia menerima sentuhan pengaruh Hindu yang amat kuat. Malah kebanyakkan ukiran ini adalah terjemahan atau simbolik kepada kisah-kisah yang dimuatkan di dalam epik Hindu yang terkenal iaitu Ramayana dan Mahabharata. Ini termasuklah ukiran yang mengambarkan Pertempuran Lanka (Battle Of Lanka), Pertempuran Kurushektra(Battle Of Kurushektra), dan kisah "Churning of the Ocean Milk". 

    Aku sedang main sorok-sorok 
    kat celahan tiang Angkor Wat 


    Asalnya ialah sebuah kolam yang 
    mengandungi air untuk tujuan keagamaan 




    Untuk mengetahui cerita di sebalik Angkor Wat secara mendalam, bolehlah merujuk buku berjudul Ancient Angkor yang ditulis oleh Michael Freeman dan Claude Jacques. Buku setebal 239 muka surat ini amat bagus untuk memahamkan kita akan sejarah silam kerajaan Angkor. Segala-galanya tentang sejarah silam Angkor dibicarakan secara mendalam di dalam buku ini. Kisah tentang Angkor Wat pula dimuatkan pada halaman 46 hingga 67.

     
    Claude Jacques adalah seorang sarjana Perancis. Beliau mengkaji dan mendalami sejarah Angkor selama 30 tahun. Beliau juga turut mendiami Kemboja selama Sembilan tahun dan mengajar sejarah bangsa khmer di Jabatan Arkelogi di Phnom Penh Kemboja, dan kemudiannya meneruskan kajiannya mengenai tamadun Khmer. Beliau juga mempunyai kepakaran dalam memahami tulisan Sanskrit, Khmer dan Cham. 

    Tajuk Lain Yang Berkaitan : Tembok Besar China: Binaan Hebat Sepanjang Zaman

    Thursday 7 February 2013

    BONUS TABUNG HAJI SEBANYAK LAPAN PERATUS.

    • Ia merupakan bonus tertinggi dalam sejarah 50 tahun penubuhannya. 
    • Agihan tersebut merupakan bonus tahunan sebanyak 6.5 % dan bonus khas sempena sambutan Jubli Emas penubuhan Tabung Haji,sebanyak 1.5% 
    • Tabung Haji membelanjakan sebanyak RM2.46 bilion bagi pembayaran bonus tersebut kepada 8.2 juta pendeposit.
    TUJUH KELEBIHAN DAN FAEDAH MENYIMPAN DI TABUNG HAJI

    1. SYIAR ISLAM: Melaksanakan Sistem Kewangan Islam. 
    2. ZAKAT :Zakat perniagaan dibayar bagi pihak pendeposit. 
    3. HALAL:Simpanan dilabur menepati tuntuan syarak. 
    4. BONUS:Bonus yang konpetitif. 
    5. PENGECUALIAN CUKAI :Bonus dikecualikan cukai pendapatan
    6. DIJAMIN:Simpanan dijamin oleh Kerajaan. 
    7. KEKERAPAN PENGELUARAN :Pengeluaran wang tanpa had kekerapan.

    Monday 4 February 2013

    UMAT ISLAM DI KEMBOJA

    Peta Kerajaan Melayu Champa. 
    Di sinilah asal usul keturunan Melayu Cam 


    Ini adalah sambungan daripada tajuk lepas

    Bicara saya kali ini adalah berdasarkan pemerhatian dan penelitian saya sepanjang kunjungan ke Kemboja.

    Di sini, saya sekadar ingin berkongsi dan bukannya menjalankan peranan sebagai ahli kaji masyarakat. Ia berdasarkan pemerhatian dan penelitian secara peribadi terhadap masyarakat dan tempat yang dilawati. 

    Adalah mustahil untuk saya meneliti dan memerhati secara tuntas jika tempoh dan waktu saya berada di sana hanyalah sekejap sahaja, cuma beberapa hari sahaja . Jadi, untuk menjadikanya lebih segar dan bugar, saya gabungkan pengalaman itu dengan fakta- fakta yang saya kutip melalui pembacaan. Paling penting bagi saya, pengalaman dan pengetahuan yang disepadukan dapat pula menatijahkan pengajaran yang bermakna buat diri. 

    Jurnal Artikel UKM

    Umum mengetahui, majoriti penduduk Kemboja beragama Budha dan jumlah umat islam di sana sangatlah sedikit. Dianggarkan sekitar 4% hingga 7 % sahaja penduduk Kemboja yang beragama islam. Dan, kebanyakkan mereka adalah berketurunan Melayu Cam( Melayu Champa). Mengikut Mufti Kemboja, Tuan Haji Kamaruddin sebagaimana yang dicatatkan di dalam sebuah artikel/makalah yang diterbitkan oleh Univerisiti Kebangsaan Malaysia (lihat gambar di atas), terdapat sekitar 350,000 hingga 400,000 orang Cam di seluruh Kemboja dan mereka tinggal kira-kira 428 buah perkampungan atau penempatan orang Cam di Kemboja. Kampung paling besar didiami sehingga 1,700 keluarga, sederhana (200 hingga 300 keluarga) dan kecil (antara 40 hingga 50 keluarga). Majoritinya hidup dalam kedaifan dan ramai tidak bersekolah. Kemudahan infrastruktur termasuk bekalan air, elektrik dan kesihatan adalah buruk atau tiada sama sekali. 

    Agak ramai umat islam/melayu cam yang
     mendiami Phnom Penh.

    Apabila memperkatakan perihal masyarakat Melayu Cham, kita sepatutnya menyingkap kembali sejarah silam Kesultanan Melayu Champa. Ini kerana, masyarakat Melayu Cham, lelulurnya ialah dari Kerajaan Melayu Champa. Atau dengan istilah lebih mudah, mereka adalah keturunan pelarian dari Kerajaan Melayu Champa. Jika ditanya lokasi kerajaan Melayu Champa, mungkin ramai yang terpingga-pingga, ia memandangkan lokasi kerajaan tersebut telah luput dari peta dunia. Kerajaan Melayu Champa(lihat gambar paling atas) merupakan sebuah kerajaan yang menguasai bahagian tengah Vietnam hari ini. Ia berkuasa dari abad kedua hinggalah abad kelima belas masihi 

    Masjid Darul Riduan, Kampung Trapiang Phnom Penh 


    Mengikut Steen Hansen pula dalam bukunya Vietnam (Economically Developing Countries),negara Vietnam mula dibentuk setelah Kerajaan Champa dimusnahkan oleh orang-orang Vietnam pada tahun 1656. Malah, dari situlah bermulanya tapak dan asas ke arah pembentukan Vietnam yang ada hari ini(meskipun pernah dibahagikan kepada Vietnam Utara dan Selatan buat seketika kerana perbezaan idealogi). Akibatnya ramai orang Cam telah melarikan diri ke beberapa lokasi, antaranya ialah ke Kemboja. Kebanyakkan orang Cam berhijrah ke Kemboja kira-kira 500 tahun dahulu.
    Antara etnik Melayu Cam yang menyambut kehadiran kami
     di Masjid Darul Riduan, Kampung Trapiang Phnom Penh 

    Masjid Darul Riduan, Kampung Trapiang Phnom Penh. Walaupun cacat penglihatan, 
    namun lelaki tua etnik melayu cam ini tetap bersemangat
     untuk menemui saudara seakidah dan serumpun dengannya.


    KEKEJAMAN POL POT TERHADAP UMAT ISLAM DI KEMBOJA

    • Pol Pot berkuasa selama tiga tahun, lapan bulan dan 20 hari. Sepanjang tempoh berkuasa, beliau bertanggungjawab terhadap pembunuhan lebih 2.5 juta rakyat Kemboja termasuk bangsa Khmer dan etnik Melayu Cam.
    • Ketika Pol Pot menguasai Kemboja, umat islam/melayu Cam telah dizalimi dengan begitu teruk sekali. Pol Pot tidak sekadar ingin menghapuskan masyarakat Melayu Cam tetapi dia sebenarnya ingin menghapuskan islam yang menjadi jati diri masyarakat Melayu Cam sejak zaman berzaman.
    • Rejim Pol Pot telah membunuh lebih 200 orang ulama dan imam sepanjang tiga tahun(1976-1979) pemerintahannya. 
    •  Kira-kira 20 masjid pula dimusnahkan dan sesetengahnya dijadikan sebagai kandang babi oleh tentera Khmer Rouge pimpinan Pol Pot.
    • Tidak cukup dengan itu, kitab-kitab agama dan al-Quran dijadikan kertas mengesat najis oleh tentera Khmer Rouge. 
    • Kekejaman Pol Pot tidak terhenti setakat itu, malah beberapa episod ngeri terus menghantui umat islam Kemboja. Antaranya, ialah nasib yang menimpa umat islam yang menghuni sebuah kampung di Kompong Cham. Jumlah mereka yang seramai 1,050 keluarga hanya berbaki 50 keluarga selepas tamat pemerintahan Pol Pot. Mereka semua dihapus dan dilupuskan oleh Pol Pot.
    • Tidak cukup dengan itu, tentera Khmer Rouge juga telah melenyapkan 16 buah kampung, membunuh 70 peratus penduduk daripada 200 keluarga di Koh Phol (Pulau Subur) dan bakinya diusir. Kini pulau itu dinamakan Koh Pheh (Pulau Abu).
    •  Pol Pot sebenarnya merancang ingin membunuh semua orang Melayu Cam sebelum tahun 1980, namun kerja Allah tak siapa yang tahu, kerajaan pimpinan Pol Pot akhirnya tumbang kira-kira tiga bulan sebelum detik itu. 
    •  Menurut Mufti Kemboja(Kamaruddin Yusof) lagi :Penutupan sekolah, pembakaran masjid dan kitab-kitab agama serta pembunuhan para alim ulama telah menyebabkan masyarakat Melayu Cham atau umat islam di Kemboja ketandusan ilmu hingga ke hari ini:
    • Bayangkanlah, umat islam di Kemboja ketiadaan kitab-kitab atau al-Quran yang sempurna selepas setelah tamatnya pemerintahan Pol Pot pada tahun 1979 dan keadaan sebegini berterusan sehingga tahun 1992. Dalam tempoh itu, rujukan dakwah hanya didapati daripada cebisan kitab-kitab dan al-Quran yang dapat mereka sembunyikan atau temui semula. Dan, hanya mulai tahun 1998, barulah usaha membina semula syiar islam dapat dilakukan dengan agak baik, itupun sedikit demi sedikit. 

    Antara etnik melayu cam yang kami kunjungi Penghujung Mei 2012

    Saya dan rakan-rakan sempat mengunjungi sebuah perkampungan Melayu Cham, iaitu Kampung Trapiang. Perkampungan ini kami singgahi ketika dalam perjalanan dari Siem Reap ke Phnom Penh. Kampung tersebut terletak berhampiran Phnom Penh.
    Di sebalik wajah-wajah tua mereka, tersimpan sejuta duka era Pol Pot

    Berdasarkan pemerhatian, saya beranggapan kampung tersebut hanyalah sebuah perkampungan kecil yang dihuni oleh masyarakat Melayu Cham, dan ia bukanlah perkampungan utama etnik tersebut. Mungkin saya silap, kerana anggapan dan jangkaan itu hanyalah ‘bersenjatakan’ sekilas pandang.
    Pengagihan sedikit sumbangan kepada
     saudara seakidah dan serumpun

    Ketika kunjungan kami tempoh hari, penduduk kampung tersebut baru sahaja selesai menunaikan solat asar, lantas kaum lelakinya menyambut ketibaan kami di perkarangan masjid Darul Riduan. Beberapa minit berlalu, semakin ramai penghuni kampung tersebut yang terdiri daripada kaum wanita, kanak-kanak dan warga emas turut serta menyambut kehadiran kami.
    Generasi muda etnik melayu cam.

    Masa depan umat islam di Kemboja terletak di bahu mereka. Keramahan mereka dapat kami rasai meskipun kami belum saling mengenali, mungkin disebabkan kami seakidah dan serumpun. Ya, kami tidak hanya berkongsi agama, malah turut berkongsi budaya yang hampir sama. Jujur, Tersentuh di hati, malah beberapa orang sahabat saya menitis air matanya tatkala melihat wajah-wajah saudara seakidah dan serumpun yang selama ini terseksa dan merana. Paling saya kagumi ialah kesanggupan seorang lelaki tua yang cacat penglihatan menemui kami. Dalam keadaan susah payah, dia tidak melepaskan peluang untuk bersama meraikan kehadiran kami. Jujur! kesungguhannya itu melahirkan rasa kagum dan terharu di hati saya. Dua perasaan yang saling bertindih. Begitu juga tatkala memandang wajah-wajah tua, terus saya terbayangkan ibu dan arwah ayah. 

    Generasi muda etnik melayu cam. 
    Masa depan umat islam di Kemboja 
    terletak di bahu mereka.

    Sepanjang tempoh di perkampungan itu, dan dan rakan-rakan memanfaatkan semaksimum mungkin untuk beramah mesra dan warga kampung tersebut. berdasarkan pemerhatian, saya dapati golongan tua dalam kalangan penduduk kampung tersebut masih lagi boleh berbahasa melayu, namun tidak untuk generasi muda. Sedikit sumbangan kami hulurkan untuk penduduk kampung tersebut termasuklah untuk masjid yang dalam proses pembinaan itu. Saya difahamkan, selain kitab-kitab agama, mereka juga amat memerlukan telaga tiub atau perigi. 

    Amat merisaukan andainya gambaran negatif tentang islam ini 
    akan menyebabkan umat islam di Kemboja dicurigai dan didiskriminasikan. 

    ANTARA BANTUAN YANG UMAT ISLAM KEMBOJA PERLUKAN(Berdasarkan Kenyataan Mufti Kemboja) 

     “Saya risau dua perkara iaitu soal pendidikan dan dakwah di kalangan umat Islam di negara ini,” Demikianlah kerisauan yang bertakhta di hati Mufti Kemboja, Ustaz Kamaruddin Yusof. 
    • Komuniti Melayu Cam ketika ini memerlukan kira-kira 7,000 lagi guru agama bagi membolehkan pendidikan dan dakwah berlaku lebih menyeluruh serta boleh dipertingkatkan. Hakikatnya, semua guru di negara itu yang berjumlah kira-kira 1,000 orang tidak bergaji apatah lagi hidup berada atau senang seperti guru di negara lain. Imam dan lain-lain petugas berkaitan juga tiada gaji kecuali sara hasil sumbangan orang ramai atau dana zakat.
    • Dianggarkan ada 300,000 naskhah al-Quran dalam edaran mereka, tetapi masih tidak mencukupi. Penyusunan sukatan mata pelajaran baru peringkat Sekolah Menengah Ugama (SMU) manakala peringkat rendah belum disentuh. Ketika ini ada 20 SMU membabitkan 500 pelajar. Namun hanya kira-kira 200 pelajar dari lima SMU yang layak mengambil peperiksaan setakat ini. 
    •  Sebagai asas kehidupan, mereka turut memerlukan pembiayaan untuk menggali perigi bagi keperluan kira-kira 30,000 keluarga dengan kos tiap satu sekurang-kurangnya RM800 hingga mencecah RM1,200 mengikut kedalaman dan kapasiti enjin pam yang digunakan. 
    • Dalam skop pendakwahan, mufti itu berkata, tumpuan utama ialah membangunkan pendidikan. Ini diikuti usaha penterjemahan buku dan kitab bahasa Melayu serta Arab ke dalam bahasa Cam serta Kemboja selain menambah bilangan guru agama lulusan tinggi dari luar negara. Setakat ini, kira-kira 300 pelajar menuntut di seberang laut dan sekembalinya mereka akan menggerakkan satu transformasi dakwah dalam komuniti itu. 
    Bersamalah kita mendoakan agar islam akan kembali gemilang di Kemboja. Mungkin doa, adalah selemah-lemah bantuan yang mampu kita hulurkan. 


    Rujukan :  

     
    Antara Restoran halal di Siem Reap