Sebelum melanjutkan pembacaan renungilah terlebih dahulu pesanan daripada SAIDINA UMAR AL-KHATTAB “ KITA IALAH KAUM YANG DIMULIAKAN OLEH ALLAH DENGAN ISLAM. JIKA KITA MENCARI KEMULIAAN SELAIN DARIPADA KEMULIAAN ISLAM, MAKA KITA AKAN DIHINA OLEH ALLAH”
****SI SESAT YANG PALING BIJAKSANA DAN BERGAYA*********
INI kesepakatan yang dicapai oleh saya dan empat orang rakan sewaktu bersembang di Dataran Ipoh Perak. Bersembang secara bersahaja sambil minum dan makan, akhirnya membuahkan Kesepakatan tanpa khilaf. Tiada percanggahan pendapat dan Tiada ketidaksehaluan bicara.
Kami berlima telah bersepakat untuk menobatkan Ariffin bin Ahmad , yang lebih dikenali sebagai Ayah Pin sebagai TOKOH AJARAN SESAT yang PALING BIJAKSANA, PALING BERJAYA dan PALING BERGAYA. Tokoh ini telah mengalahkan dua ikon ajaran sesat yang lain, iaitu Abdul Kahar Ahmad( Rasul Melayu) dan Ashaari Muhammad @ Abuya( Imam Mahadi).
AYAH PIN bijak mencari ruang dan pandai mengintai peluang. Itu pandangan yang dikemukakan oleh seorang sahabat saya. Hujah sahabat saya ini mudah sahaja, AYAH PIN telah mencatas kehebatan Abuya Imam Mahadi dan Kahar Si Rasul Melayu. Sebelum itu, ada baiknya kita menilai dahulu, mengapakah Abuya Imam Mahadi dan Sang Kahar Rasul Melayu tidak sehebat dan tidak SEBERGAYA seperti AYAH PIN.
Abuya Imam Mahadi berada pada kedudukan paling tercorot. Fakta dan hujah yang dikemukakan untuk membuktikan dirinya sebagai Imam Mahadi juga agak melucukan dan semacam lelucon sahaja. Kononnya dia berturunan Bani Tamim, namun umum mengetahui dia berketurunan Jawa. Abuya juga boleh dianggap sebagai ikon ajaran sesat yang paling bodoh sebab hanya ingin menjadi Imam Mahadi , iaitu satu jawatan yang paling tidak bergaya berbanding jawatan yang ingin diraih oleh Sang Kahar dan Ayah Pin.
Sang Kahar Rasul Melayu, sedikit bijaksana berbanding Abuya Imam Mahadi. Sebab dia mengaku jadi Rasul. Umum mengetahui taraf atau kedudukan sesorang Nabi dan Rasul jauh lebih mulia berbanding Imam Mahadi. Tahniah buat Sang Kahar. Fakta dan hujah yang dikemukakan untuk membuktikan KERASULANNYA juga jauh lebih bijaksana. KATA Sang Kahar Rasul Melayu, Asbabul Nuzul( sebab turunnya) Surah Yassin adalah kerananya. Kerana Surah itu memperakui KERASULANNYA.
Sekarang kita lihat faktor, AYAH PIN dianggap sebagai tokoh sesat yang PALING BERJAYA, PALING BIJAKSANA DAN PALING BERGAYA.
PERTAMA, Ayah Pin mengaku dirinya sebagai TUHAN. Umum mengetahui, kedudukan Tuhan jauh lebih mulia berbanding Imam Mahadi dan para Rasul. Jadi di sini AYAH PIN lebih bergaya berbanding Abuya Imam Mahadi dan Sang Kahar Rasul Melayu. Jadi, Ayah Pin telah memintas segala bentuk ajaran sesat yang pernah wujud sebelum ini dan sekali gus mencantas mana-mana bentuk ajaran sesat yang bakal wujud. SEBABNYA, mana ada yang lebih hebat ( baik Wali, Imam Mahadi mahupun Nabi) berbanding TUHAN. Secara ANALOGINYA, Abuya Imam Mahadi sekadar berbasikal, Sang Kahar pula menunggang motorsikal dan Ayah Pin pula menggunakan pesawat terbang terlaju di dunia.
KEDUA, Ayah Pin lebih bersifat sejagat, sebab dia mengaku dialah TUHAN untuk semua bangsa dan agama. Kata Ayah Pin, penganut Hindu berbangsa India menamakannya sebagai SHIVEN atau MURUGAN. Penganut Budha berbangsa Siam pula menamakannya sebagai PUTHU. Sesetengah orang Melayu yang sesat pula menamakannya sebagai BOS RIJALULGHAIB dan BAPA DEWA KAYANGAN. Penganut Hindu di Pulau Bali pula menamakannya sebagai PENDETA AGUNG BHAGAWAN TER.
Sekarang kita lihat pula perjuangan sempit yang berbaur perkauman yang diperjuangkan oleh Abuya Imam Mahadi dan Sang Kahar. Mereka berdua ini hanya ingin menjadi jaguh dalam kalangan orang Melayu sahaja. Abuya Imam Mahadi, meskipun tidak pernah mendakwa dirinya diutuskan untuk orang Melayu, namun hakikatnya memang begitu. Sepertimana Parti Komunis Malaya (PKM) menggunakan simbol bintang tiga( yg mewakili Melayu , Cina dan India) namun hakikatnya PKM adalah pertubuhan yang majoritinya keahliannya adalah orang Cina. Secara jujur, saya pernah ‘diserang’ melalui email dan forum di internet oleh pengikut Abuya Imam Mahadi. Kata mereka, saya sepatutnya bersyukur kerana Imam Mahadi berbangsa Melayu. Kata mereka lagi, Allah telah memuliakan bangsa Melayu kerana telah melantik Imam Mahadi dalam kalangan orang Melayu, jadi kita tak perlu bersedih walaupun tiada seorang pun Nabi dan Rasul bermula dari Adam A.S hingga Muhammad S.A.W yang berbangsa Melayu. Ada juga kalangan mereka yang mengatakan (saya rasa dia ni guru atau pensyarah sejarah), mana-mana Melayu yang tidak menyokong Abuya sebagai Imam Mahadi, samalah dengan mana-mana Melayu yang menyokong MALAYAN UNION. Begitulah GILANYA pengikut Abuya. Sang Kahar pula , awal-awal lagi mengaku yang dirinya hanyalah seorang Rasul untuk bangsa Melayu. Nah! Ternyata perjuangan Abuya dan Sang Kahar berkonsepkan Asobiyyah.
KETIGA, Di sinilah kehebatannya dan kebijaksanaannya SANGAT TERSERLAH. Iaitu, sampai ke hari ini dia tidak dapat ditangkap dan dikesan oleh pihak berkuasa. Tidak seperti Abuya Imam Mahadi dan Sang Kahar yang pernah dan telah ditangkap. Lagi hebat kerana Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri tika itu, iaitu Datuk Noh Omar telah menegaskan sesungguhnya Ayah Pin tidak perlu dikenakan tahanan ISA sebab dia tidak mengancam keselamatannegara.
NAH TERNYATA AYAH PIN MERUPAKAN TOKOH AJARAN SESAT YANG PALING BERJAYA DAN BERGAYA. BERSETUJUKAH ANDA DENGAN PENDAPAT KAMI BERLIMA INI.
macam mane die nie boleh terlepas.. sedangkan orang laen boleh ditangkap.. musykil nie.. macam ade yang tak kene jer.. :)
ReplyDeletePutera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli
Miliki buku2 ilmiah karya ikon2 popolar seprti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah & lain2 di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!
salam.satu entry yg menarik kerana mereka hampir dilupakan kerana mutahir ini kita sibuk dgn kes enjin jet ilang,liwat-meliwati dan pelbagai lg.agaknya,apa yg akan terjadi jika mereka ditempatkan dlm 1 bilik.@mereka akan tubuhkan 1 pakatan (tuhan,rasul n penyelamat dunia)smoga mereka insaf.sebenarnya inilah hadiah akhir zaman.manusia dlm kecelaruan.yg jelas sudah jelas,tp ada yg masih mahu menokok tambah.ajaran spt qadiani,baha'i,islam liberal masih bebas menyampaikan 'dakwah' mereka.belum termasuk perbalahan antara pengikut mazhab shafi'e sendiri.jadi berbalik dgn entry sy pepecahan dan kesatuan.
ReplyDeleteberkenaan dgn al-arqam pd mula pengisian mereka amat bagus,utk menyatukan umat islam dlm aspek ekonomi.sy sokong 100 peratus.kerana sampai sekarang umat islam masih bergantung dgn produk bkn islam.syukur,sekarang kerana ada kesedaran umat utk memasarkan produk bumiputera/islam.sy sbg 'awam' akur dgn majlis fatwa yg memutuskan pergerakan itu terpesong.pd mulanya,mereka bukanlah 1 ancaman,ttp apabila ada cita2 politik.barulah mereka digempur habis-habisan.sama juga gerakan tabligh,mereka tidak diganggu kerana tidak menyentuh aspek politik.kenapa 'mereka'ini takut jika politik disentuh?menggugat kedudukan mereka?sama juga pemisahan antara agama dan politik.perlukah agama dipisahkan dgn politik?siapa yg busuk?politik @ pemain politik tersebut?bilakah politik akan dipandu agama jika ianya dipisahkan?dimana slogan islam itu ad-den(cara hidup) jika politik lansung tidak berkait dgn agama?siapa yg akan menegur halal haram?byk persoalan yg timbul jika umat islam menilai islam dari kacamata org lain.moden tidak semestinya barat.lihatlah apa yg terjadi pd turki dahulu.syukur sekarang cahaya islam makin bersinar disana.adakah kekhalifahan akan muncul semula disana?khalifah dan kembali kpd islam akan merungaki kemelut umat.jgn ditanya bila masanya,ttp usaha kita ke arah itu.selebihnya serah pd yg Kuasa.
ReplyDeleteziarah. moga sehat sejahtera
ReplyDeleteAyah pin ,hairan juga tak dapat tangkap macam Raja putra Malaysia today juga tu
ReplyDeleteastaghfirullahal 'adziim
ReplyDeletekenapa orang seperti itu bisa mengaku muslim.
mustrik
Terima kasih kepada sahabat2 yang memberi komen kat enti ini. Kepada Sdra Pacifist, benar sekali pendapat saudara. Al-Arqam amat berjasa dlm menjana ekonomi ummah. Itu mmeang diakui, ia sedikit sebanyak memperjuangkan kemerdekaan ekonomi ummat islam dari genggaman penganut agama lain. Benar juga, disebabkan ada unsur politik di dlmnya barulah ia diancam oleh kerajaan. Mungkin krn ayah Pin tidak mengguagta kerajaan lah maka ia tidak diapa-apakan.
ReplyDeletePolitik dan agama tak boleh dipisahkan. Kata Sheikh mustafa Sabri(bekas mufti turki yg terakhir)" memisahkan agama dari politik merupakan jalan termudah untuk menjadi kuffar"
Cuma kena memasuki politik melalui pintu agama dan bukannya memasuki agama melalui pintu politik.
Terima kasih sahabat atas perkongsian ilmu
bagus sekali...
ReplyDeleteteringat masa tengok video ayah pin..dengan selamba berkata
"Agama Hindu tu sayalah menciptanya"
Begitu bersahaja sehingga meyakini para doktor peguan dan lawyer
Salam Akhi,
ReplyDeleteAna xpernah lagi dengar pendapat yng mcm ni,memang menarik sbb perspektif akhi berbeza.Semoga akhi terus thabat dalam perjuangan ini.
Salam..
ReplyDeleteSaya juga agak tertarik dng pndngn anda.. salam ukhuwah.. =>
Assalamu'alaikum WBT. Jom pakat cari Ayah Pin. Siapa tahu, mungkin Ayah Pin salah satu aset negara 1 Malaysia!
ReplyDeleteSaya setuju dgn pendapat bahawa ayah pin merupakan tokoh ajaran sesat yg mempunyai strategi yg digubal dgn pandangan jauh.
ReplyDeleteKenapa beliau tidak tertangkap ialah kerana tiada siapa pun mencarinya di atas langit. Beliau ada di sana.
mmg sukses n stylo lah dia tuu-tapi dah jauh tersesat-di mana kah beliau ye.
ReplyDeleteSalam cg Tuan..
ReplyDeletecg..
Sya mohon nak copy entry cg ne kat FB sya..
Supaya sya dapat share ngan kawan2 n pensyarah sya yg lain..
tp masih hak milik cg.. ^__^
Cg..
bleh kah sya share blog cg ne ama kwan2 sya lain..??
Best entry cg kat blog ne..
sya letak lmn blog cg ne kat FB sya yah..
nazatul Akma.
ReplyDeleteBoleh sahaja bah. Silakan