Bicara saya kali ini adalah berdasarkan pengalaman yang saya perolehi berasaskan pemerhatian dan penelitian saya sepanjang Berkunjung Ke Vietnam
Di sini, saya sekadar ingin berkongsi dan bukannya menjalankan peranan sebagai ahli kaji masyarakat. Ia berdasarkan pemerhatian dan penelitian secara peribadi terhadap masyarakat dan tempat yang dilawati. Adalah mustahil untuk saya meneliti dan memerhati secara tuntas jika tempoh dan waktu saya berada di sana hanyalah sekejap sahaja, cuma lima hari . Jadi, untuk menjadikanya lebih segar dan bugar, saya gabungkan pengalaman itu dengan sedikit fakta yang saya kutip melalui pembacaan.
Paling penting bagi saya, pengalaman dan pengetahuan yang disepadukan dapat pula menatijahkan pengajaran yang bermakna buat diri sendiri.
Di sini, saya sekadar ingin berkongsi dan bukannya menjalankan peranan sebagai ahli kaji masyarakat. Ia berdasarkan pemerhatian dan penelitian secara peribadi terhadap masyarakat dan tempat yang dilawati. Adalah mustahil untuk saya meneliti dan memerhati secara tuntas jika tempoh dan waktu saya berada di sana hanyalah sekejap sahaja, cuma lima hari . Jadi, untuk menjadikanya lebih segar dan bugar, saya gabungkan pengalaman itu dengan sedikit fakta yang saya kutip melalui pembacaan.
Paling penting bagi saya, pengalaman dan pengetahuan yang disepadukan dapat pula menatijahkan pengajaran yang bermakna buat diri sendiri.
Setelah terpandang Saigon Mai ( sebuah tempat atau kedai menjual pakaian di HCMC) seperti dalam gambar di atas saya terus beranggapan, pasti sahaja ramai muslim di sini memandangkan terdapat pakaian-pakaian untuk wanita-wanita islam yang dijual di situ. Menerusi pekerja kedai itu, saya dimaklumkan pakaian-pakaian itu( baju kurung, telekung dan macam-macam lagi yang biasa digunakan oleh wanita islam dari Asia Tenggara ) biasanya dibeli oleh pekerja-pekerja beragama islam dari Malaysia dan Indonesia. Tertanya-tanya sendiri, bagaimana dengan penduduk tempatan yang beragama islam?
Satu lagi petunjuk yang untuk mengetahui jumlah atau bilangan umat islam di sesuatu tempat ialah dengan melihat kewujudan restoran halal. Tentang Restoran Halal di Ho Chi Minh, sebenarnya agak susah juga untuk saya ketemui, ini memandangkan pertama kali saya menjejakkan kaki ke sana. Pesan saya kepada sahabat yang ingin berkunjung ke sana, eloklah melayari internet terlebih dahulu untuk mencari maklumat tentang restoran halal sekitar Ho Chi Minh. Lainlah kalau sahabat berkunjung ke sini dengan menggunakan khidmat pakej muslim, tentu sekali tiada masalah untuk makanan halal.

Setelah beberapa hari berada di sini, barulah saya sedari terdapat agak banyak juga restoran halal di Ho Chi Minh (antara yang terkenal ialah Restoran Shamsudin dan Halal Saigon), Cuma harga makanan yang dihidangkan agak mahal. Sangat mahal sebenarnya, harga untuk nasi goreng biasa berserta milo ais hampir mencecah RM40.00.
Apa yang pasti,kebanyakan restoran halal di sini diusahakan oleh warga luar seperti Pakistan,dan terdapat juga sebuah restoran yang dimiliki oleh seorang rakyat Malaysia, Restoran Shamsudin namanya. Namun yang paling menarik minat saya ialah Restoran Halal Saigon, yang lokasinya bertentangan dengan Masjid Musulman.
Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada beberapa orang pekerja hotel di tempat saya menginap,( tiga orang gadis Vietnam yang manis)kerana memberikan phamplet tentang lokasi-lokasi restoran halal sekitar Ho Chi Minh. Sedikit sebanyak ia membantu saya mencari lokasi tersebut.
Tapi, yang menjadi persoalannya, kebanyakkan yang menjamu selera di restoran-restoran halal ini adalah warga-warga luar seperti pelancong dari Malaysia dan Indonesia. Bagaimana pula dengan warga tempatan yang beragama islam?
Jutaan maaf saya pohon, sebab tidak merakam gambar-gambar restoran yang saya kunjungi. Mungkin disebabkan Kunjungan saya bukan bermatlamatkan jalan-jalan cari makan, maka saya kurang berminat untuk merakam gambar restoran halal ini, meskipun saya tahu ia amat penting untuk sahabat-sahabat yang ingin jadikan rujukan apabila ingin berkunjung ke sana.
Bagaimana pula dengan lain-lain kawasan seperti di ibu kota Vietnam, iaitu Hanoi yang nun jauh di Utara. Tidak dapat saya perkatakan memandangkan ia di luar pemerhatian dan penelitian saya, ini kerana tempoh lima hari itu saya habiskan sekitar Ho Chi Minh( Bandar terbesar di Vietanam) dan beberapa kawasan di sekitar Vietnam Selatan termasuklah sekitar lembah sungai Mekong.Tetapi secara kebetulan, saya berjumpa Mohammad Sabu, seorang AJK PAS Pusat( tolong jangan anggap ini sebagai entry politik) di Muzium Perang Ho Chi Minh.
Katanya, di Hanoi(kebetulan Mat Sabu baru pulang dari Hanoi sebelum ke Ho Chi Minh), lagi susah nak mencari restoran halal. Insha-Allah, jika diizinkan-Nya, teringin juga saya ke Hanoi satu masa nanti.
Tentang masjid pula, terdapat beberapa buah masjid yang saya ketemui sepanjang berada di Ho Chi Minh. Saya dimaklumkan terdapat lebih kurang 16 buah masjid di sekitar Ho Chi Minh. Namun, saya hanya sempat solat qasar di Masjid Musulman sahaja, ini kerana lokasi masjid ini bertentangan dengan restoran Halal Saigon.
Apa yang pasti,berdasarkan pemerhatian saya sewaktu berada di dalam masjid itu, kebanyakkan yang bersolat ialah warga luar yang terdiri daripada pelancong dan pekerja. Sesudah solat, sempat saya bersalaman dengan beberapa orang penduduk islam tempatan yang bersolat di situ.
Tapi, disebabkan masalah bahasa(dia hanya boleh berbahasa Vietnam), komunikasi kami terhalang. Semasa berbicara, dia sering menununjuk-nunjuk ke arah janggut dan kopiahnya. Jujur, saya tidak dapat memahami apakah yang ingin lelaki islam warga tempatan itu sampaikan. Namun, beliau dan penduduk islam tempatan lain (yang beribadat di dalam masjid itu) amat menyenanagi kehadiran saya dan rakan-rakan. Mereka satu persatu saya salami, terasa eratnya ukhwah dan jauh di sudut hati, saya cuba menebak tentang keperitan yang mereka alami pada peringkat awal perlaksanaan sistem pentadbiran komunis di Vietnam.
Langsung sahaja ke -->SINI, untuk maklumat lanjut tentang masjid dan restoran halal di Vietnam
Langsung sahaja ke -->SINI, untuk maklumat lanjut tentang masjid dan restoran halal di Vietnam
Masjid Musulman
Apa yang paparkan di atas adalah berdasarkan pemerhatian dan penelitian saya, sekarang saya paparkan pula perihal umat islam di Vietnam yang saya perolehi menerusi pembacaan. Sebelum meneruskan bicara, ingin saya tegaskan betapa pentingnya kita mengetahui sejarah Kerajaan Melayu Champa yang menguasai bahagian tengah Vietnam hari ini. Ini kerana kerajaan tersebut merupakan sebuah kerajaan yang dimiliki oleh etnik Cham ,sebuah etnik yang dikategorikan dalam kelompok rumpun Melayu sebagaimana etnik Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan lain-lain.
Etnik Cham merupakan penganut islam terawal di Vietnam, dan merekalah yang membina Kerajaan Champa (sering ditulis sebagai Kerajaan Melayu Champa). Pada mulanya orang melayu Cham beragama Hindu tapi lama-kelamaan mereka menganut agama islam. Jadi, bahagian tengah dan selatan Vietnam sekarang adalah di bawah kekuasaan umat islam pada suatu ketika dahulu.
Etnik Cham merupakan penganut islam terawal di Vietnam, dan merekalah yang membina Kerajaan Champa (sering ditulis sebagai Kerajaan Melayu Champa). Pada mulanya orang melayu Cham beragama Hindu tapi lama-kelamaan mereka menganut agama islam. Jadi, bahagian tengah dan selatan Vietnam sekarang adalah di bawah kekuasaan umat islam pada suatu ketika dahulu.

merujuk kepada petempatan etnik Champa
Mengikut Steen Hansen dalam bukunya Vietnam (Economically Developing Countries),negara Vietnam mula dibentuk setelah Kerajaan Champa dimusnahkan oleh orang-orang Vietnam pada tahun 1656. Malah, dari situlah bermulanya tapak dan asas ke arah pembentukan Vietnam yang ada hari ini(meskipun pernah dibahagikan kepada Vietnam Utara dan Selatan buat seketika kerana perbezaan idealogi) .
Kekalahan dan seterusnya penguasaan orang-orang Vietnam menyebabkan masyarakat Melayu Cham mula bertaburan, sesetengahnya membina kehidupan di Kemboja(dikenali sebagai Khmer Islam dan mereka adalah sebahagian daripada 4% penganut islam di Kemboja) dan sesetengah lagi melarikan diri ke tempat-tempat lain termasuklah Thailand dan Tanah Melayu. Malah dipercayai keturunan Tuan, Nik dan Wan yang terdapat di Malaysia adalah berasal dari keturunan Melayu Cham. Hingga ke hari ini, kerajaan yang dahulunya ditadbir oleh bangsa Melayu Cham ini mula luput dari peta dunia hinggakan warga dunia seakan-akan lupa akan kewujudan kerajaan Melayu Champa suatu ketika dahulu
Mengikut HarakahDaily peta asal Kesultanan Melayu Champa masih lagi berada dalam simpanan Perancis, sebuah kuasa Barat yang pernah menguasai Vietnam suatu masa dahulu. Tentang sejarah masyarakat Melayu Cham dan Kesultanan Melayu Champa, jika sahabat ingin mengetahui dengan lebih panjang lebar, eloklah merujuk sebuah rencana ilmiah yang ditulis oleh pengkaji di Universiti Teknologi Mara (UiTM), lihat-->: SINI

mungkinkah terdapat masyarakat islam di sini terutamanya dari etnik Cham.
Kembali kepada tajuk, Mazlan Nordin, konsultan Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia dalam ahkbar Mingguan Malaysia bertarikh 12 April 2009, ada mengulas sebuah laporan yang ditulis oleh Prof Hussin Mutalib dari National University Of Singapore, tentang keadaan minoriti umat islam di mana-mana negara. Dicatat di situ tentang jumlah umat islam di Vietnam hanyalah satu peratus (1 %) atau 800 ribu orang daripada 85 juta orang rakyat Vietnam. Kalau di Kemboja, seramai 34 % masyarakat melayu Cham mendiami kawasan sekitar Sungai Mekong, jadi saya beranggapan begitu jugalah dengan Vietnam. Sebabnya masyarakat Cham ini berasal dari Vietnam dan pasti sahaja masih ramai yang menetap di Vietnam berbanding di Kemboja. Apatah lagi Sungai Mekong juga dikongsi bersama antara Vetnam dan Kemboja. Malah, ketika dalam perjalanan ke Sungai Mekong tempoh hari saya ternampak papa tanda bertulis CHAMPA. Mungkinkah ia merujuk kepada perkampungan masyarakat Melayu Cham.
Lagi malang, tidak cukup dengan jumlah yang kecil ( 1 %), umat islam di Vietnam ini terbahagi pula kepada dua, iaitu Islam sunni dan islam Bashi( sesetengah sumber menyebut sebagai islam Bani, yang dikatakan tergelincir dari ajaran islam sebenar- Hanya Allah Yang Maha Mengetahui Hakikat Ini)
Moga, apa yang saya paparkan dengan mengabung jalinkan pemerhatian, penelitian dan fakta menerusi pembacaan dapat memperkenal sahabat dengan umat islam di Vietnam. Moga, selepas ini, jika sahabat berkunjung ke Vietnam, terutamanya di Ho Chi Minh City (Saigon),sahabat tidak hanya membeli belah di Pasar BenThanh atau sekadar ke Chu Chi Tunnels . Tidak juga semata-mata ingin menyusuri Sungai Mekong, tapi lebih dari itu ialah untuk mengenali saudara seagama dan seakidah dengan kita yang seakan-akan dilupakan oleh dunia.
Info Tambahan : Mulai 13. April.2011, Astro Oasis akan menyiarkan Rasa Halal Vietnam, pada setiap hari rabu, pukul 7.30 petang. Mungkin, info tentang restoran halal di Vietnam akan dapat sahabat perolehi dari rancangan ini.
begitu sedikit bilangan umat islam di sini berbanding negara sekitar yang lain
ReplyDeleteApabila paparan kedai pakaian muslimah, restoran makanan halal serta masjid di highlightkan, terasa yang bahawa golongan islam ini sebagai majoriti....tetapi sebaliknya.
ReplyDeletenasi goreng ngan milo ais cecah rm40.00...mahalnye..
ReplyDeleteTehr.
ReplyDeleteMemang amat sedikit jumlah umat islam di Vietnam. Lagi malang, ada pula di kalangan mereka yg mengamalkan ajaran yg tergelincir dari islam sebenar.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteCikgu Ahmad Humairi.
ReplyDeleteSebenarnya mengikut kajian pada tahun 1999, hampir 80% rakyat Vietnam tidak menganut mana-mana agama. Baki, 25% itu meletakkan budha sebagai agama pilihan utama di sana dan diikuti oleh agama Krsitian. Agama islam pula menduduki tempat ketiga.
Zura.
ReplyDeleteMemang mahal harga makanan halal kat Ho Chi Minh, itu antara bukti betapa sedikitnya jumlah umat islam di sana.
Semuga Islam mekar di Vietnam..
ReplyDeleteTenaga Turbin Angin di Uruguay
Miecyber.
ReplyDeleteMudah-mudahan dgn izin Allah, insha-Allah islam akan kembali menerajui vietnam sebagaimana kerajaan melayu champa buktikan dahulu
Sepupu saya pernah ke vietnam borong kain dan dengar cerita telekung vietnam (kain sembahyang) agak terkenal. Tapi tak sangka pula kaum Muslim di sana tak begitu ramai...
ReplyDeletebestnya dpt jalan2..penah p jogja ja.. heheh..(^^~
ReplyDeletekat vietnam mmg x ramai islam kan? tapi kat kemboja rasanya okay sikit bilangn org islam..
Dangarumbia.
ReplyDeletememang sekarang ni Vietnam jadi tumpuan pemborong pakaian termasuk kain. Dulu kat bandung indonesia tapi skrg dah mula beralih ke vietnam.
senyum soya.
ReplyDeletesaya belum sampai lagi jogja, kat medan pernahlah sampai. mmg umat islam di Vietnam sgt sedikit, sebenanrya mengikut kajian dari ISIS, keseluruhan negara2 Indo-china( termasuk laos dan kemboja), amat sedikit bilangan umat islamnya.
Macam negara2 lain yang penganut islamnya kaum minoriti,penduduk beragama Islam biasanya tggal di kawasan pedalaman yg mundur..kat Ho Chi Minh City mmg susah la nak cari..Dorg dok kat pedalaman..
ReplyDeletecik Shinju.
ReplyDeleteyer, kebanyakkan warga islam tempatan tinggal di pedalaman. Umat islam yg tinggal kt bandar2 besar mcm Ho Chi minh biasanya terdiri drp warga2 luar spt pekerja dari Malaysia, singapore, indonesia dll.
Salam ziarah,menarik artikel yang di tulis.Saya menjemput saudara/saudari untuk memberikan pendapat,pandangan,komentar dan info tambahan di atas tulisan terbaru di blog saya berkaitan “Dakwaan makam Sahabat Nabi Saw ada di Malaysia”.Semoga Allah membalasi segala kebaikan saudara/saudari.Sekian,Terima Kasih.
ReplyDeleteAnak Pendang Sekeluarga.
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan. Nanti saya berkunjung ke blog sahabat.
jauh perjalanan,luas pemandangan,bertambah pengalaman...diorang ni komunis lagi kan...?
ReplyDeleteSham.
ReplyDeleteVietnam masih lagi negara komunis tapi mula menerapkan sistem kapitalis dlm ekonomi. mcm China jugalah
artikel yang menarik dan padat..
ReplyDeleteberjalan ketempat orang mmg byk pengalaman yang dapat..
assamualaikum..
ReplyDeletesaya berkenan tgk pic pasar tue..ia menyerupai mcm pasar siti khadijah kan...
trime kasih atas perkongsian yg sgt indah ini
Kalo xbace entri ni xtaw langsung tentng org islam di sane..sikit gile jumlh org islam kat sane eh..!
ReplyDeletetringin pg sane...boleyh shop...eisshhh...huuu...sng la kal pg sane,ade restoran islam...takde la smapi susah nak mkn...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletepengalaman yg sgt bermakna..
sebelum ni mmg tak pernah tau pasal vietnam ni.hehe
Fiqas.
ReplyDeleteBenar tu, berjalan kt tempat org byk pengalaman boleh kita jadikan pengajaran.
Sahromnasrudin.
ReplyDeletesaya pun terfikir begitu waktu mula2 samapi kat pasar Ben Thanh tu. Mmg ada persamaan dgn pasar Siti khadijah, terutamanya kat bahagian dpnnya.
Aincepet.
ReplyDeleteItulah yg jadi masalahnya, terlalu sedikit umat islam d isana. Cuma, semalam dlm rasa halal vietnam, farah cakap 9% umat ilam kt sana. tak tahulh kat mana dia dapat data tu, yg saya paparkn ni data dri lecturer dari university singapore dan kajian dari ISIS
Nairaaria.
ReplyDeletememang ramai org kita shop kt sana skrg ni. Restoran halal takde masalah, cuma cari kt internet dlu spaya senang. Tapi harganya cukup mahal.
nurkass.
ReplyDeleteentry ni sekadar perkongsian pengalaman ttg vietnam. elok juga nurkass nonotn rasa halal vietnam utk mengetahui lebih byk info ttg makanan halal di vietnam.
hmm...bila baca entri ni rasa macam dah sampai suku jalan kat vietnam tu..huhu..
ReplyDeleteterbukti Islam di ada di mana-mana, cuma sayu bila islam dipandang kolot, kerana islam sesuai dalam pelbagai zaman..
Nora Shahaira.
ReplyDeletebenar sekali, islam ada di mana2. Tapi, sayang jumlahnya amat kecil, sekitar 1% pastu terbhagagi pula kpd dua( sunni dan bashi)
seronoknye bile bace enntry ni macam terbawe napsu nak pergi vietnam...
ReplyDeletememng seronok kann sesekali melancong melihat negara orang.. :))
nice entri..byak info, terasa nak pegi jugak..kenal2 adab n budaya tempat org.
ReplyDeletetp heran ya, umat Islam kat sana tak menonjol sgt.
Azi nur.
ReplyDeleteMmg sesekali bila dpt ke negata org rasa seronak juigak, dpt rehatkn diir dr lelah akal dan penat fizikal. Plg ptg dpt tgk budaya tmpt org.
Hafzan Sarah.
ReplyDeleteada masa dtglh ke vietnam, kejap jer kalau ke HCMC, lebih krg dua jam penerbangan. Kalau Hanoi tu agak jauh ckit sbb ia di utara vietnam.
Mmg umat islam di sana tidak menoonjol, may b disebabkan jumlah mereka yg terlalu sedikit.
di mana-mana shajaa umat islam berada..
ReplyDeleteMamaEma.
ReplyDeleteBenar sekali, di mana-mana sahaj tetap ada umat islam. Itu buktinya islam takkan hilang di dunia.
jauh perjalanan luas pemandangan
ReplyDeleteseronok tgk rakan rakan seislam kita kat sana..
bila baca entri ni, mungkin ada yang lihat situasi di vietnam sbg peluang bisnes. dan mungkin juga ada yg lihat sebagai peluang menambah pelaburan akhirat. pilihan di tangan kita.
ReplyDeletenice entri. :)
Nuriz.
ReplyDeletemmg rasa seronak bila dpt bertemu dgn saudara seagma di negara yg minoriti islam. Lagi seronak apabila melihat kekentalan jiwanya utk mempertahnakan jati diri islam yg dianuti.
gadisBunga.
ReplyDeleteAmatlah baik jika peluang menambah saham akhirat diutamakan dan peluang bisness pula berlegar ats paksi saham akhirat. contohnya menambahkan restoran halal dan menyumbang ke arah pembinaan masjid. itu memudahkan pelancong islam yg mungkin dtg utk visi dan misi dakwah dan bkn sekadar melancong semata-mata.
oh..
ReplyDeletekbnyk dari kita bila ke sana sekadar melancong dan membeli-belah saja..
info yg padat dan sangat menarik..
cikgu pegi sana utk tujuan kerja ke apa?
TK blm pnh smpai..
sikit je kan org islam kat sana..tapi memang mahal betul lar harga makanan halal kat situ..almost 40 4 only nasi goreng biasa n milo ais..fuhh..~~
ReplyDeleteToyolkiut.
ReplyDeleteSaya ke sana sekadar jalan2 cari pengetahuan dan pengalaman (juga cari makan. hehehe)
Nurul Honey.
ReplyDeletememang sgt sedikit umat islam di sana. Mungkin itu puncanya harga makanan halal agak mahal.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya berpeluang ke HCMC pada bulan June baru2 ni. Mmg kalau diikutkan makanan sangat mahal esp Rest ditengah HCMC cthnya di Rest VN Halal dan sekitar masjid yang tuan sebutkan.
Semasa solat jumaat di masjid tersebut, saya sempat berbual dgn seorang saudara seislam disana. Abdul Hakim namanya. Alhamdulillah, beliau fasih berbahasa Melayu memandangkan pernah belajar di Pondok di Pasir Mas, Kelantan. Beliau membawa saya ke restoran-restoran muslim disekitar HCMC yang mana harganya jauh lebih murah. Cthnya nasi goreng seafood hanya 30,000 VD berbanding 80,000 VD di VN Halal.
Disebuah masjid, terdapat kantin yang menyediakan makanan muslim. Kari kambingnya amat menyelerakan. Tuan kedai dan pekerjanya pun sangat peramah lebih2 lagi tahu saya dari Malaysia.
Selama 5 hari disana, saudara tersebut menjadi tour guide saya dgn menaiki motosikalnya. Beliau juga bawa saya melawat ke rumahnya.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya yang baru pertama kali ke sana.
Insyaallah bulan Sept 2012, saya akan ke sana lagi dan saudara Abdul Hakim berjanji akan membawa saya melawat ke perkampungan muslim di Vietnam. Kemana pun kita pergi, akan terasa manisnya persaudaraan ini bila berjumpa dengan saudara seislam. kerana kita berkongsi Kalimah yang sama.
Maaf saya tak dpt berikan nama restoran2 tu disini sebab bisness kad yg diambil semuanya dlm bahasa vietnam. Tp mungkin saya boleh scan dan emailkan kepada sesiapa yang perlu. Maaf ya panjang pulak komen saya ini.
Radzi Harun.
ReplyDeleteTerima kasih sahabat atas tambahan info. Saya amat berharap dapat mengetahui restoran halal yang murah2 di sana. Sebab saya berkemungkinan akan ke HCMC dan Kemboja awal tahun hadapan. Jadi maklumat ttg resotoran halal amat saya alu-alukan. sahabat boleh sahaja emailkan kepada saya di alamat wilayahpersaudaraan@yahoo.com
Assalamualaikum Tuan Shameel Iskandar,,
ReplyDeleteSaya akan ke HCMC pada 4 Nov sehingga 7 Nov 2012..nak tanya dekat sana senang tak nak dapatkan Muslim Travel Agency utk ke Chu Chi Tunnel dan ke Mekong Delta, sbb saya tak nak booking dan bayar di sini utk menjimatkan kos..harap tuan dapat beri sedikit info. Terima kasih
Azizah.
ReplyDeleteKebetulan pula saya baru balik dri Cambodia dan Vietnam pada ahad leps. seminggu saya di sana dgn gunakan Muslim Travel Agency. Awak bolehlah lihat link yg sy sertakan ini
http://alqudstravel.com/
Azizah.
ReplyDeleteLupa plak, adakah awk inginkan Muslim travel agency kt sana. Yg tu agak sukar sikit sbb kebanyakknya travel agency kat sana bukan milik org islam.
Apapun bolehlah jadikan link dibawah sbagai sedikit panduan.
http://www.vietnammuslimtravel.com/muslim-mosques
Salam, saya akan ke utara Vietnam , Danang.
ReplyDeleteNo Muslims. No mosque.
Jika saya solat in public, keselamatan saya, saya tak pasti. Ada tourist yang nasihatkan saya supaya solat in private.
Saya baca surah Al Baqarah 239, dalam situasi takut, saya boleh solat dalam kenderaan, InsyaAllah Solat saya di terima, asalkan saya tidak miss waktu solat. Moga Allah permudahkan.
Soal makan,tak ada masalah.
Jika tuan atau puan ada friends di Danang, yang bole beri info, please info saya sini. T.kasih.
Ibu3/5.
ReplyDeleteMohon maaf sbb baru terbaca komen yg Ibu3/5 kat sini. Mohon maaf juga sbb sy blum pernah ke danang tu dan tiada kawan utk dihubungi dsana.