Saturday, 12 November 2011

Al-Fatihah buat sahabatku, Kamarulzaman Abdullah

(gambar terakhir Allahyarham yang
sempat aku rakam pada 2.Sept. 2011)


Al-fatihah buat sahabatku Kamarulzaman bin Abdullah yang telah meninggal kerana kemalangan jalan raya pada tarikh yang indah(11.11.11).

Ketika di USM, arwah adalah Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia (PMIUSM) dan saya pula adalah Exco/Lajnah Penerbitan dan Perhubungan PMIUSM. Arwah kemudiannya menjadi Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung( GAMIS).

(Antara ahli panel Komis 2000 : Yb Ustaz Baihaqi,
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuab Man)


Konvension Mahasiswa Islam 2000( KOMIS 2000) akan sentiasa segar di ingatan. Ini kerana Allahyarham adalah Pengarah dan saya pula adalah Timbalan Pengarah Konvension tersebut. Konvension yang diadakan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) Nilam Puri Kelantan. Konvension yang menghimpunkan aktivis-aktivis islam dalam kalangan pelajar IPTA/S seluruh Semenjung. Konvension yang turut disertai oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman( Mantan Presiden GAMIS yang kini merupakan seorang pendakwah yang terkenal) dan Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man( kini merangkap jawatan Pesuruhjaya PAS negeri Pahang) sebagai ahli panel


(Tinggal Kenangan : Komis 2000)


Allahyarham juga merupakan Setiausaha Pemuda PAS Kota Bharu dan Pegawai Khas kepada Exco Kelantan Dato’ Hussam Musa. Allahyarham juga salah seorang aktivis yang gigih memperjuangkan Royalti Minyak Kelantan.


(Di sinilah kali terakhir aku menemuinya)


Kali terkahir saya berjumpa Allahyarham ialah ketika program Bual Bicara Bersama Bloggers Dan Facebookers di Balai Islam Lundang pada 2 september 2011(hari raya ke-4)

Sahabatku, semoga kau damai di sana.

32 comments :

  1. salam takziah..
    moga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.. aminn..

    al-fatihah..

    ReplyDelete
  2. al fatihah..semoga rohnya dicucuri Rahmat

    ReplyDelete
  3. HaiDa HiDa.
    begitulah hendaknya. moga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  4. sugar2 kapas strawberry.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  5. semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang terpuji... ameeennn..

    al-Fatihah..

    ReplyDelete
  6. GAMIS? ive heard it somewhere... Al-Fatihah kpd arwah.. semoga ditempatkan di sisiNya...

    ReplyDelete
  7. Shameel, al-fatihah, moga Allah menempatkan arwah di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan beriman, insyaAllah.

    Lepas ni kita pula akan menyusul...

    ReplyDelete
  8. AlFatihah, semoga arwah ditempatkanNYA di kalangan hamba yang soleh dan beriman...

    Salam takziah untuk keluarga saudara Kamarulzaman.

    ReplyDelete
  9. إنا لله و إنا إليه رجعون.....الفتحة
    Harinya telah tiba..kita pula akan menyusul..moga Allah tempatkan beliau di kalangan orang yang soleh..Al-Fatihah

    ReplyDelete
  10. sayang...hilangnya seorang pejuang.
    namun Allah lebih tahu.

    takziah.

    ReplyDelete
  11. al-fatihah
    moga2 roh beliau dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  12. Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah S.W.T

    ReplyDelete
  13. Al-Fatihah Syeikh untuk beliau.. semoga rohnya dicucuri Rahmat&ditempatkan dikalangan orang2 yang mendapat keredhaanNYA serta dikalangan orang2 yang soleh...Allahuakhbar!perginya sebagai pejuang untk menuntut hak royalti bagi rakyat kelantan...

    ReplyDelete
  14. Al-Fatihah buat sahabat kamu...semoga Rohnya ditempatkan dikalangan insan2 yg di redhai...

    ReplyDelete
  15. Salam Takziah buat keluarga allahyarham.. Moga rohnya dicucuri rahmat.

    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  16. alfatihah..semoga dipermudahkan segala urusannye disana nnti..

    ReplyDelete
  17. udah lah tarikh nya cantik, hari pulak hari jumaat ye, sahabat shameel tu meninggal... beliau pastinya seorang yang baik..

    semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang2 soleh..

    ReplyDelete
  18. Alfatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  19. bukan semua orang jadi pejuang. semoga rohnya aman di sana

    ReplyDelete
  20. Al-Fatihah~
    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan beriman.
    Salam Takziah buat shameel, keluarga dan sahabat.

    ReplyDelete
  21. oh..saya ada baca berita tentang kemalangan ini..rupanya kawan Shameel....salam takziah...semoga rohnya dikalangan orang-orang beriman....

    ReplyDelete