
KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki
dan dikatakan mencatat ramalan
kedatangan Nabi Muhammad.
ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.
Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.
Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.
Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.
Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.
Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).
Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000.Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.
Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).
Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi
Sumber: Berita Harian
selama ini disorokkan..
ReplyDeletedisorokkan kerana 'takut' pada bayang2 sendiri la...
ReplyDeletePondok Usang.
ReplyDeletedisorokkan krn ingin menyembunyikan kebenaran.
aimaniman.
ReplyDeletesy setuju skli dgn pandangan aimaniman
agaknye, sahih ke berita ni?
ReplyDeletebiar betul??/ cam tak pecaya jek
ReplyDeletewow..btl ke ni..
ReplyDeletekebenaran pasti akan timbul jua..
ReplyDeleteeh yeke? disorokkan..=.=
ReplyDeleteMuNie .
ReplyDeletex dpt dipastikan setakat mana kesahihannya. cuma, jika benar ia adalah sesuatu yg perlu di kaji
misskonspirasi .
samada betul atau tidak, hanya Allah yang tahu
^_^ Zaza Nur Iman.
ReplyDeleteharap2 betul. hehehe.
Anaa
Itu satu kepastian. cuma masanya sahaja yg menjadi rahsia.
zareliqa afiqa.
ReplyDeletesegalanya mungkin. hehehe
tidak didedahkan bimbang diketahui umum..
ReplyDeletetapi tak pasti ni kitab yg sah kan...
ReplyDeleteklu betul, mmg menakjubkan... subhanaallah
kalau betul la benda nie.. SubhanAllah moga dapat disimpan untuk tontonan umat Islam..
ReplyDeletememang kitab2 asli selain quran disorokkan oleh sesetengah agama,kerana mereka menggubah isi kitab tersebut.alhamdulillah,terserlah 1 lg kebenaran ttg islam yg sebenar :)
ReplyDelete