
Seorang pelajar perempuan dipercayai diculik ketika keluar bersama dua adiknya untuk membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini semalam.
Ibu mangsa, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, berkata, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman masing-masing berusia 11 tahun.
Kata Nor Mala, dia terkejut apabila dua anak kembarnya itu pulang ke rumah sambil menangis memaklumkan kakak mereka dilarikan orang.
Mangsa dipercayai dilarikan dengan sebuah kereta jenis Honda berwarna gelap oleh tiga individu termasuk seorang wanita tidak dikenali, katanya di sini hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Mahadi Muda di talian 019 9897807 atau 019 9813361.
Sumber: Utusan Malaysia.
Ya Allah selamatkan lah beliau...
ReplyDeleteMrs.Eady .
ReplyDeletesama2lah kita mendoakan keselamatannya.
Aduh..takutnya skrg ni. Mcm tak boleh kuar rmh langsung..terutamanya prmpuan.
ReplyDeleteSemoga Allah lindungi dia..
macam2 kes sekarang ni...patutkah kita kurung jer anak2 gadis dirumah....apa jaminan keselamatan bila diluar rumah..walhal dlm kes ni jarak kedai ke rumah beliau hanya kira2 100 meter jer...Takutnya lah akk dari hari ke hari cikgu....dgr berita2 yg diluar jangkau pemikiran seperti ini...Semoga ALLAH lindungi anak itu...
ReplyDeleteKalau dah dekat rumah pun berlaku kejadian culik begini
ReplyDeleteApa nak dikata lagi
Negara kita sememangnya tidak aman
Ujie.
ReplyDeleteancaman terhadap wanita semakin menjadi2 di negara kita skrg ni
Eye_nee.
ReplyDeleteKita hanya mampu berusaha melindungi keluarga kita disamping mengharapkan naungan Allah sentiasa.
tehr.
ReplyDeleteBenar sekali tehr. negara sudah tidak selamat.