Ini adalah sambungan daripada entry lepas, sila lihat -->:SINI
Sebelum melanjutkan bicara, ingin saya tegaskan. Mesej yang ingin saya sampaikan menerusi entry ini amatlah mudah, iaitu ‘malaikat’ dan ‘iblis’ boleh wujud dalam mana-mana bangsa dan negara. Ia tidak mengenal lokasi dan boleh wujud dalam apa jua situasi. Ingin juga saya tegaskan, sesungguhnya saya berbicara berdasarkan apa yang saya alami dan saya luahkan untuk dikongsi.

Kunjungan saya ke Singapore hanyalah seketika, lebih tepat lagi sekadar transit sebelum menuju ke destinasi yang seterusnya. Kisah bermula ketika lewat malam, tika saya dan beberapa orang rakan sedang mencari-cari hotel untuk bermalam. Menerusi maklumat daripada beberapa orang staff di Changi International Airport, saya dan rakan-rakan menuju ke hotel yang disarankan. Disebabkan hotel yang ingin kami bermalam itu terlalu tinggi kosnya, lalu terpaksalah kami mencari hotel yang lain. Setelah lama berbincang dan bertanya sana sini,lantas kami memutuskan untuk bermalam disebuah hotel yang agak jauh dari situ. Dan, di sinilah kisah ‘malaikat’ dan ‘iblis’ ini bermula.
Disebabkan kami seramai lapan orang, maka terpaksalah menggunakan dua buah teksi untuk ke hotel yang dimaksudkan. Takdir Tuhan, teksi pertama, pemandunya berbangsa Melayu dan teksi satu lagi pemandu berbangsa Cina.

Sepanjang perjalanan, kami dilayan dengan baik oleh pemandu teksi berbangsa Cina tersebut. Mereka mengalu-alukan kedatangan kami Republik tersebut. Dia juga beberapa kali menghubungi rakan-rakanya kerana maklumat tentang hotel yang kami maklumkan kepadanya tidak jelas. Malah beberapa kami dia memberi pinjam handphonenya (ini kerana saya dan rakan-rakan tidak roaming telefon) untuk membolehkan kami menghubungi rakan-rakan yang berada di dalam teksi yang dipandu oleh pemandu Melayu tadi. Dan dari situlah saya dapat menghidu ‘keiblisan’ pemandu teksi berbangsa Melayu itu. Ia bermula apabila salah seorang daripada kami bertanyakannya tentang lokasi teksinya dan hotel yang ingin dituju. Tidak sekadar bercakap dengan nada yang kasar dan menengking, malah dia turut menyalahkan kami.
Di hotel, Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan yang menggunakan khidmat teksi berbangsa Melayu itu tentang sikap dan sifat pemandu teksi tersebut. Yang pasti sikap yang tidak wajar ada pada seorang pemandu teksi, lagi-lagi apabila berhadapan dengan pelancong asing.Yang pasti juga, ia jauh berbeza dengan sikap dan tingkahlaku yang mendiami peribadi pemandu teksi berbangsa Cina tersebut.
Tiba-tiba saya terkenangkan kata Syeikh Muhammad Abduh sekembalinya dia dari pembuangan di Barat:
“Saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam ”
Dan di Kota Singa ini, telah saya ketemui Islam Tanpa Muslim dan Muslim Tanpa Islam.