KOTA BHARU – Tindakan berani tidak bertempat seorang pemuda yang memeriksa 20 biji mercun bola yang telah dinyalakan mengundang padah apabila ia meletup sehingga menyebabkan pergelangan tangan kanan serta kelima-lima jarinya hancur.
Kejadian yang berlaku di pasar Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong dekat sini tengah hari semalam itu bukan sahaja mencederakan Mohd. Shahril Affendi, 20, tetapi juga rakannya, Mohd. Ahmad Ismail, 19, melecur di beberapa bahagian badan dan mata.
Kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dekat sini.
Jurucakap hospital berkata, pergelangan tangan kanan Mohd. Shahril terpaksa dipotong untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Sumber :Kosmo
Hish...hish.... nak Raya tak de tangan ...kesiannya.... diaorg ni tak fikir dululah sebelum nak main!!
ReplyDeletesia2 je cm tue...
ReplyDelete