Wednesday, 22 May 2013

Kes bunuh Sosilawati: N. Pathmanabhan dan tiga pekerjanya dijatuhi hukuman gantung



SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerjanya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga lain di Ladang Gadong, Banting pada malam 30 Ogos 2010. 

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes tertuduh. Selain Pathmanabhan, 44, , tiga yang lain ialah Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22, R. Kathavarayan, 32. 

Mereka, didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44. Perbuatan itu didakwa dilakukan di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Sumber:Kosmo

6 comments :

  1. hukuman setimpal dengan apa yang mereka dah lakukan..

    ReplyDelete
  2. Mizz Aiza.
    Alhamdulillah keadilan tertegak.

    ReplyDelete
  3. 8 nyawa terkait dengan kes ini
    moga2 lepas ni tak ada lagi

    ReplyDelete
  4. hukuman dah dijatuhkan..
    keadilan dah ditegakkan..
    apa yg mrk lakukan mmg kejam..tak dpt nak bayangkan..

    ReplyDelete
  5. jd pengajaran buat penjenayah lain

    ReplyDelete
  6. Arwah Norhisyam tu kawan sekolah saya tu Shameel

    ReplyDelete