Wednesday, 19 May 2010

persis ULTRAMAN

(Ultraman, gambar dari Google)

P/S = Kepada sahabat tercinta, renungilah bicara hamba. Ambilah manfaat daripadanya. Walaupun dipaparkan secara bersahaja dan leluncon cuma. Namun, ada mesej dari hamba.

Ultraman, siapa yang tak mengenalinya? Ultraman pada hakikatnya hanyalah manusia biasa. Namun, beliau diberikan kuasa yang luar biasa. Ultraman banyak berjasa, itu memang tak dapat dinafikan oleh sesiapa. Dia berjuang menentang raksasa durjana yang membuat huru hara.

Kejahatan raksasa usah diperkata. Ia menganas membabi buta baik di desa mahupun di kota. Kehebatan Raksasa tak terkira. Tak dapat ditewaskan oleh tentera. Tembak dengan peluru pun tak memberi apa-apa makna, sebab ia tak lut dek senjata. Saat genting sebeginilah, Ultraman akan menjelma.



(Polis Angkasa Gaban, gambar dari Goolge)

Dari segi kehebatan, Ultraman jauh lebih hebat dari Polis Angkasa Gaban mahupun Ksatria Baja Hitam. Namun, Ultraman tetap ada kelemahan. Tak kiralah Ultraman Taro, Ultaraman Ace, Ultaraman Dyna, Ultraman Tiga, ULtraman Mebius, Ultraman kosmos atau Ultraman apa sahaja. Yang jelas, pasti ada kelemahannya. Petanda atau petunjuk Ultraman dalam kelemahan ialah lampu kat dadanya. Itulah signalnya. Inilah yang ingin saya ceritakan. Sejujurnya! Kisah Ultraman yang saya paparkan tadi hanyalah satu tamsilan. Kias ibarat, analogi ataupun perumpamaan semata-mata.


(Ksatria Baja Hitam, gambar dari Google)

Kekadang saya rasakan Streamyx ni umpama Ultaraman yang ‘kepupusan’ power ketika menentang raksasa. Tika itu lampu kat dada Ultraman akan pudar warnanya. Berkelip-kelip tak sekata. Begitulah halnya dengan Streamyx yang saya guna. Dan, saya yakin nasib sebegini menimpa sesiapa sahaja. Masalah inilah yang sedang menimpa saya. Kalau sekali sekala taklah mengapa. Tapi, masalah ini sering menimpa dan kekadang dalam tempoh yang agak lama.

Sepanjang streamyx saya ‘tenat’. Maka jaranglah saya berkelana kat blog sahabat-sahabat tercinta. Ampun dan maaf saya pinta. Tapi , percayalah saya masih mencari ruang untuk mumbuat kunjungan mesra ke blog sahabat semua. Sebab itu matlamat saya , berblog untuk MELEBARKAN WILAYAH PERSAHABATAN. MELUASKAN EMPAYAR PERSAUDARAAN. PERSAHABATAN DAN PERSAUDARAAN SESAMA INSAN TETAPI KERANA TUHAN. DAN Percayalah juga, STREAMYX yang kita guna tak ubah persis ULTRAMAN kesayangan kita.

































31 comments :

  1. dolu2 ske tgok cte ultraman..spiderman, batman, sume2 la yg man2..hahahhaha..:p

    ReplyDelete
  2. Ultraman taro..siap boleh Fire raksaksa lagi..

    ReplyDelete
  3. Aisyah= Dulu semua yg ada Man tu jadi super hero dan idola tyme budak2. Bila kenang balik seronak jugak.hehehe

    ReplyDelete
  4. En. Releven= Hahaha, itulah kehebatan ultraman Taro. Semua raksasa takut dgnnya.

    ReplyDelete
  5. suke tgk crita sume tu..erm..sabar lah ye..

    ReplyDelete
  6. i loike atomen...pandainyer wat perumpamaan steamyx ngn atromen ek..huhu...

    ReplyDelete
  7. Hawa= huhuhu, sedihnyer.

    Puput= hehehe. kedua2nya ada lampu sebagai signal power. kalu ultraman lemah, lampu kt dadanya berkelip2 lemah. Klau streamyx lemah plak signal DSL dan internet berkelip lemah pas2 trus padam. hahaha. samakan.

    ReplyDelete
  8. kalau dah nama makhluk Allah tu pasti tk sempurna..apa lagi buatan manusia..kan shameel (sedap nama shameel)

    ReplyDelete
  9. setiap yg digelar manusia, pasti ada kekurangan..

    ReplyDelete
  10. idalara= Betul tu. Ciptaan manusia mana ada yg sempurna. Kalau lebih kat sini pasti lemah kat sana.

    Shameel tu nama pena saya sebenarnya. Ia nama seorg ulama pejuang dari chehnya yg menentang penjajahan Russia. Saya abadikan nama ni sbagai nama pena saya.

    ReplyDelete
  11. Hawa= mana ade sedih. hehehe.

    Nurul = betul tu, setiap manusia past iada kekurangan. Tiada kesempurnaan mutlak.

    ReplyDelete
  12. salam,
    hahahahahha...
    sempat lagi imejin stremix dia ngan otromen, baja hitam bagai tuh, ekekkekeek....
    i mencari superman arrr...
    lagi power kan kan,
    kehkehkeh...

    manusia pun tak sempurna inikan robot yg manusia ciptakan kan...

    salam,
    tido cumel2 ya
    lalala

    ReplyDelete
  13. salam ziarha dari orang kampung..kawan kite ni minat ultraman rupanya

    ReplyDelete
  14. oh tak kusangka otromenku sangat power malam ni melebihi malam2 yang lewat

    ReplyDelete
  15. bluecity= Tiba2 ok plak steramyx mlm ni lepas 2 ari wat hal. hahaha

    ReplyDelete
  16. Abu luqman= taklah minat cuma teringat zaman kanak2, ultramanlh wira kesayangan.

    Cemomoi= Oltroman power bila2 masa, tapi bla lampu kt dadanya berkelip x sekata, itu signal ultraman sdg lemah dan tak terdaya

    ReplyDelete
  17. salam,

    dulu2 sy adalah budak yg x suka tgk kartun tp tau jgk watak skit2 sbb adik bradik yg lain sgt suka kartun,

    sgt kreatif tasybihat tu, streamyx n ultraman..hehe..inilah yg dinamakan dugaan dalam berukhwah. isbir..fa sobrun jameel =)

    ReplyDelete
  18. hahaha..yang berkelip kat modem streamyx nih kira penunjuk kelemahan la nih? :P

    ReplyDelete
  19. Melatidaisy = Betul tu. inilah dugaan dlm berukhwah. Byk mehnah dan tribulasinya. Rasenya sesuai benar kalo streamyx disamakan dgn ultraman. Kedua2nya kuat apabila lampu berkelip2

    ReplyDelete
  20. Adi safuan= macam tu lebih kurang. Yg berkelip kt streamyx tu ibarat lampu kt dada ultraman. samakan fungsinya. sama2 signal power yg dimiliki.

    ReplyDelete
  21. Salam..
    Kira ok la tu.. pakai beruk band lagi teruk! Kena adjust area mana yg clear. Silap2 kena keluar dr rumah mcm kwn saya..

    ReplyDelete
  22. Acik= hahaha, broadband a.k.a beruk band mmg lagi teruk. Ramai member2 sy merungut. Nasib baik sy pakai streamyx.

    ReplyDelete
  23. ha'ah la...betul3...pandai ko...aku sokong3...tp akunyer kelip2 kaler biru..ekeke...atomen kaler merah ke putih ke...hehehe..pandai2 ko..

    ReplyDelete
  24. puput= geram jujgak dgn stremyx ni. Macam ultaraman kan dia punya signal kelemahan.

    ReplyDelete
  25. Salam shameel!Ur blog mmg superb la..menarik!1st time sy singgah sini.heee..keep in touch.saya add kat bloglist sy ya

    ReplyDelete
  26. Iqbal= Trima kasih sudi bertandang dan tinggalkan komen kt entry saya. Sy add juga blog sahabat kt bloglist saya.

    ReplyDelete
  27. hahaha..terbaiklah entry ni.huhu..
    ary pun ade cter psl ultraman..g la jenguk bce..huhu

    ReplyDelete
  28. wahhh...superhero mase zaman aku sekolah rendah....mgkn kite sebaya...:)

    ReplyDelete
  29. ellis dtg spray shieldtox b4 tido..ekek..

    ReplyDelete
  30. Ary-= minat ultraman jugak ker. heheh.

    Kitatauke= hahaha, inilah superhero zaman saya kanak2

    ellis= byk lagi nyamuk ni. dtg lagi yer spray shiedtox

    ReplyDelete