Tentang Facebook(FB), laman sosial yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg, seorang yang berketurunan Yahudi-Amerika. Sebelum berbicara lebih panjang tentang FB, ada baiknya saya petik dahulu kata-kata Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi( kata-kata ini saya jumpa dalam sebuah majalah lama, tahun terbitan 1995)” Media umpama pedang yang tajam. Andainya digunakan untuk berjihad, jadilah ia alat berjihad. Tapi, andainya digunakan untuk merompak, maka jadilah ia alat untuk merompak.” Jadi di sini, saya ingin berbicara tentang FB sebagai ALAT yang boleh dimanfaatkan sekali gus mendapat redha-NYA. Atau ALAT yang memudaratkan yang boleh mengundang murka-NYA.
Saya sejujurnya, amat tidak bersetuju dengan segelintir orang kita yang bertindak mengharamkan FB atas alasan ia diasaskan oleh Yahudi. Sepatutnya dalam soal ini kita tak boleh terlalu melatah, tetapi perlu ambil tahu tentang manfaat dan mudarat terlebih dahulu.
Kalau kita lihat, ramai para ulama mula menggunakan FB sebagai medium dakwah. Sejujurnya dakwah menerusi FB, amat berkesan kerana ia melangkaui sempadan geografi dan masa. Dalam konteks Malaysia, antara ulama atau tokoh agama yang menjadikan FB sebagai wasilah dakwah ialah Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, Ustaz Zahazan Mohamed(sekadar menyebut beberapa nama). Harus juga diingat tugas menyebarluaskan seruan ke jalan Allah atau menyeru yang makruf dan mencegah yang mungkar tidak terhad kepada para alim ulama sahaja. Ia merupakan tanggungjawab setiap invidu islam berdasarkan kemampuannya sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad S.A.W ”Sampaikan dariku walaupun satu ayat.” Paling senang untuk menyampaikan mesej ini ialah dengan menyampaikan mesej-mesej keagamaan di status FB. Harus diingat, tidak semestinya ayat Al-Quran dan Hadis sahaja yang dipaparkan untuk menyampaikan mesej agama sebab apa sahaja yang baik sudah pasti direstui oleh Allah dan Rasul. Antaranya, buat masa sekarang menyeru penyokong bola sepak yang fanatik agar jangan bergaduh dan merusuh ketika final nanti. Bukankah perpaduan dan persaudaraan itu menepati kehendak islam.
Sejujurnya, menerusi FB, saya dapat menghubungi kembali sahabat-sahabt lama yang sekian lama hilang tanpa khabar berita. Antaranya termasuklah rakan-rakan sewaktu sekolah rendah dan menengah, juga rakan-rakan sekampus. Bekas guru-guru, dan bekas pelajar-pelajar saya ketika di Sabah.
Di ruangan yang terhad dan terbatas ini juga, saya ingin menegur pengguna FB yang melampau. Sungguh dikesali, kenapalah segala aksi tak senonoh seperti berpelukan dengan couple diuploadkan ke dalam FB. Lagi gila ada sesetengah tu, gambar berdua-duan sambil berpelukan dalam bilik hotel pun turut diuploadkan. Kononnya nak paparkan yang dirinya itu pasangan bahagia. Ini saya lihat dari FB seorg gadis yang sedang belajar di sebuah IPTA di Utara Tanah Air dan bercuti ke Kuala Lumpur dengan kekasihnya. Pastu bermalam di sebuah hotel kat KL. Kita cuba berprasangka baik, yang mereka tu bermalam di bilik yang berlainan. Tapi perbuatan bergambar berdua-duan sambil berpelukan (walaupun sekadar bergambar sahaja) dalam bilik hotel yang sama, sudah tentu mengundang fitnah. Lagi banggang dan bahlul, ibu si perempuan itu( juga pengguna FB) seolah-olah merestui perbuatan si anak gadisnya menerusi komen yang amat gila dan menggilakan kat gambar yg diuploadkan itu “Hai, bakal menantu. Janji yer, xkn curang ngan anak saye yer.” Pastu likes pula kat gambar tersebut. Apa jenis ibu banggang sangat ni, lebih teruk dari ibu ayam.
Satu lagi, semasa tag gambar tu. Cubalah baca situasi semasa dan timbanglah kewajaran atas neraca wahyu. Situasi semasa, Mungkin kita nak tag gambar seorang rakan ketika era jahiliahnya(mendedahkan aurat) sedangkan itu sejarah silamnya dan dia dah berubah dari Makhluk Tuhan Paling Seksi kepada Hamba Tuhan Yang Taat. Perbuatan kita itu, akan melukakan kembali parut lamanya. Sesuatu yang dia rahsiakan, tapi kita pula telah dedahkan. Itu satu dosa. Mungkin orang tertentu akan jadikan gambar yang kita tag itu sebagai modal untuk menjahanamkannya.
Jadi kepada pengguna FB, tidak salah kita menggunakan FB atau mana-mana laman sosial. Tapi ingatlah dosa dan pahala. Ingatlah syurga dan neraka. Jangan dedahkan dosa dan noda kita dengan uploadkan gambar-gambar yang tak sepatutnya. Jadikan firman Tuhan dan sabda Nabi sebagai neraca sebelum bertindak. Alangkah indahnya jika laman sosial seperti FB ini, kita gunakan untuk melebarkan empayar persahabatan dan meluaskan wilayah persaudaraan. Bersahabat dan bersaudara sesama insan tapi kerana Tuhan.
nice one bro, FB oh FB
ReplyDeletebyk sungguh tragedi yang terjadi
dari kutuk agama Islam dan orang Islam
sehingglah ugutan nk bunuh TGNA di suatu masa lalu, mcm2 lg cerita ada
tetapi di sebalik yg negatif, byk terselit yg positif
sekaragn link2 dakwah/informatif memenuhi wall rakan2
alhamdulillah, inilah FB yg sebenar utk menyebarkan ilmu, dari tak tau kepada tau
lebih2 lagi, bila ada yg tag ceramah2 utk renungan bersama
alhamdulillah, dlm kejahilan hidup seharian, sekurang2 nya kealpaan menjenguk FB setiap masa mendapat inputnya
pasal gambar2 anak gadis dan pasangan, mmg wujud terutama rakan2 sekampus
yg tu mmg takleh nk komen
mereka buat, mereka tunjuk, mereka tanggung
apepun, FB byk berjasa
menemukan dgn sahabat2 lama dan cikgu2
*sory bro, terpanjang plak komen mcm nk buat entri plak,haha
Semua perkara di dunia ini ada baik dan pasti ada buruknya... segalanya bergantung kepada yang menggunakannya... sekira fb digunakan sebagai alat berdakwah, maka baiklah jadinya tapi sekiranya fb digunakan utk menunjukkan "mcm dia je yang ada boyfriend atau girlfriend" berpeluk mengalah yang dah kahwin... jadi buruklah sudahnya! Apapun... setiap sesuatu yang kita miliki itu adalah hak Allah maka gunalah ianya sebaik mungkin kerana saksi kita banyak diakhirat nanti...
ReplyDeleteRasanya ustaz saya pernah petik kata2 khalid al-walid
ReplyDelete'Guna senjata musuh kamu utk kalahkan mereka kembali"
FB jika digunakan pada jalan kebaikan,akan ada saham di akhirat nnti.I.Allah.
mmg kena hati2~
ReplyDeletePenaberkala - Terima kasih atas komen yg panjang lebar. sebagai pengguna kita manfaatkan FB utk kebaikan dan menggapai redha-Nya.
ReplyDeleteiqbalsyarie- Sekadar nasihat menasihati kerana "sesungguhnya agama itu adalah nasihat"Maksud sebuah hadis sahih.
ReplyDeleteFuziani JSR- Saya tertarik dgn pandangan sahabat "Apapun... setiap sesuatu yang kita miliki itu adalah hak Allah maka gunalah ianya sebaik mungkin kerana saksi kita banyak diakhirat nanti..."
ReplyDeleteKalau keburukan yg dipaparkan kt FB ,betapa bayaknya saksi di akhirat nnt ttg kegiatan x bermoral kita.
Tukang Kata- saya tertarik dgn kata kata2 khalid al-walid
ReplyDelete'Guna senjata musuh kamu utk kalahkan mereka kembali"
Andai ini difahami oleh setiap muslim, pasti kita umat islam akan bangkit menguasai dunia.
Macy- Kena hati2 selalu dlm melayari hidup dan kehidupan trmasuklah dlm menggunakan FB, sebab kita akan disoal di mahkamah keadlilan Tuhan nnti.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeletesaya setuju...fb ni ikut kita gak..
klu gunakan dgn cara x elok maka buruk kesudahannya,klu guna dgn cara elok maka baik kesudahannya..saya jumpa ramai kwn2 n bekas guru di fb..terjalin semula ukhuwah..byk juga tazkirah2 agama boleh didapati di fb..
Kandar: saya mmg amat bersetuju dgn pandangan awak tu.....teringat bait2 lirik lagu maher zain (awaken)
ReplyDelete"Yes it’s easy to blame everything on the west,
When in fact all focus should be on ourselves"
Kalau guna fb utk kebaikan maka baik lah jadinya, kalau salah guna maka buruk lah akibatnya...semuanya terpulang pada diri sendiri...
Pendragon- Betul tu, semuanya bergantung kpd kita. Kita yg menentukan hala tujunya.
ReplyDeleteCik Shinju- Yer byk tazkirah agama boleh kita dapati dari FB. Tak keterlaluan andainya dikatakan, FB ini medan dakwah yg amat berkesan.
ReplyDeletefuh, i like la entri terbaru anda ni..memang semuanya betul..xde yang tak betul..tapi ape2 pon, fb ni LEBIH banyak keburukan dari kebaikan..nk elak dari keburukan, kena la beringat2 sepanjang masa :)
ReplyDeleteizyan syazwani- Terima kasih atas komen. Tentang baik dan buruk FB semuanya trletak pada penggunanya. So, mesti jd PENGGUNA BIJAK.
ReplyDeleteSalam shameel.. benar.. baik buruk facebook semuanya bergantung atas kita ...
ReplyDeletebaru2 ni pun saya hampir2 nak delete akaun facebook. Tapi sayang kawan2 kat dlam tu. Ada kawan dari zaman tadika lagi..;)
Afida- betul tu. dgn facebook, sy dpt hubungi semula rakan2 sejak sek rendah. Silaturahim kembali terjalin menerusi FB
ReplyDelete