Saturday, 16 October 2010

menyeru manusia ke JALAN TUHAN.

(Sunset kat Chemor Perak)


Menyeru Manusia Ke Jalan Tuhan.
Adakalanya.
Kita Perlu Menyanggahi Kelaziman.

Menyeru Manusia Ke Jalan Tuhan.
Adakalanya.
Kita Perlu Menyalahi Kebiasaan.

Bisa sahaja Menyalahi dan Menyanggahi.
Asal Tidak Terbabas Dari Hukum Ilahi.

Perlu Sahaja Menyalahi dan Menyanggahi.
Agar Mampu Mendekati.
Agar Dapat Dijinakkan Hati.
Untuk Bersujud Kepada Ilahi.


Sesungguhnya dalam menyeru manusia ke jalan Tuhan kita perlu melebarkan dahulu horizon pemikiran. Kita perlu terbuka tapi jangan sampai terlampau terbuka( jangan jadi islam liberal) dan jangan terlampau tertutup( ultra konservatif). Para pendakwah mesti bijak ‘membaca’ situasi kerana untuk mencairkan antartika kejahilan perlunya mendekati dan didekati. Macam mana nak mendekati andainya pendekatan yang digunakan itu menyebabkan orang mejauh. Sejauh langit dari bumi dan sejauh timur dari barat. Kesannya kita tak kesampain menyeru manusia ke Jalan Tuhan. Kehebatan bekas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Hassan al-Banna sebagai dai’e yang berjaya mewujudkan kesatuan fikiran dan kesatuan tindakan dalam kalangan masyarakat , sebagaimana yang diungkapkan oleh As-Syahid Sayyid Qutb haruslah direnungi. Kata As-Syahid Sayyid Qutb “ Dalam masa 25 tahun sahaja dengan kepintarannya dia (Hassan al-Banna) mampu menghimpun masyarakat yang berbeza-beza dari sudut kejiwaan, akal, emosi dan peringkat umur sebagaimana berhimpunannya irama yang berbeza di dalam satu lagu.”


7 comments :

  1. meluaskan horizon pemikiran. humm..

    ReplyDelete
  2. macy- yup kena luaskan horizon pemikiran. Kalau tak kita akan jumud dan tak dapat mendepani zaman.

    ReplyDelete
  3. salam,

    kita perlukan perbalahan,
    menyahut hukum Tuhan.

    ReplyDelete
  4. kita semakin senja... semakin suntuk

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah dari rantau...

    Terima kasih atas perkongsian ilmu..

    http://radinsah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. biarlah perubahan yang nak dilakukan diterima dengan niat yang ikhlas.. itu lagi baik.. kita cuma boleh menyeru dan ingat memperingati.. Tanpa ada kesedaran dalam diri, sesuatu perubahan tue pasti sukar untuk dilakukan.. :)

    ReplyDelete
  7. mari menyeru ke jalan Tuhan :)

    ReplyDelete