Thursday, 13 January 2011

MENDOAKAN KEBURUKKAN SESAMA MUSLIM, BOLEH KE?

(Kejam Sungguh Teks Doa ni)




P/S= Sejak kabel TM dicuri, streamyx saya asyik terganggu. Dalam sehari lebih kurang 3 jam jer saya dapat gunakan internet. Semalam(13.1.20111, saya langsung tak boleh online) . Paling saya benggang, ia kejap ada dan kejap tak ada. Ingat nak hentikan jer streamyx ni kalau tak selesai-selsesai masalah dalam tempoh sebulan ni.

ISLAM adalah agama yang mementingkan persaudaraan. “ Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara” (Al-Hujurat: 10). Bersaudara ertinya saling mengambil berat, lindung-melindungi, dan kasih- mengasihi. Juga saling pesan berpesan dan ingat memperingatkan antara satu sama lain. Termasuklah juga saling doa mendoakan antara satu sama lain. Tentang doa, setiap perkara baik yang kita doakan untuk seseorang, kebaikan itu akan sampai kepada kita dahulu sebelum sampai kepada orang yang kita doakan. Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud “ Doa seorang saudara terhadap saudaranya di luar pengetahuan(saudara tersebut) adalah doa yang diperkenankan. Di sisinya seorang malaikat yang diwakilkan. Setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, malaikat yang diwakilkan itu akan berkata " Amin dan bagimu juga seperti itu”( Hadis Riwayat Muslim dari Abu Darda). Begitulah hebatnya kuasa doa seorang muslim terhadap saudara muslimnya yang lain.

Tapi bagaimana pula bila seseorang muslim mendoakan keburukan atau kehancuran atau lebih tepat lagi malapetaka ke atas saudara muslimnya. Isu ini hangat diperkatakan pada penghujung tahun 2009, gara-gara tindakan MB Kelantan, TGNA yang mendoakan keburukan ke atas PM berkaitan isu royalti Petroleum. Agak ramai juga yang menghentam MB Kelantan lantaran perkara ini. Antaranya Aznil Haji Nawawi yang mengatakan tindakan MB Kelantan mendoakan kecelakaan sesama islam adalah bertentangan dengan islam. Itu pandangan Aznil, pandangan pengacara popular yang diminati ramai ini wajar dihormati dan semua pihak perlu berlapang dada.

Sebelum berbicara jauh, ingin saya tegaskan. Ini bukanlah entry politik dan saya tidak menulis tentang politik di blog ini. Blog saya adalah blog persaudaraan dan persahabatan tanpa mengira idealogi politik, mazhab, bangsa dan agama. Saya ingin bersahabat dan bersaudara sesama insan kerana TUHAN.

Kembali kepada tajuk, disebabkan persoalan doa merupakan isu agama, maka ia mestilah diadili berdasarkan dalil-dalil syarak. Fakta dan hujah yang bersendikan agama mestilah dikemukakan. Dalam hal ini, saya amat tertarik dengan hujah yang dikemukan oleh Mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin. Sejujurnya, dalam banyak-banyak hal saya lebih berminat untuk mendengar hujah daripada pihak ketiga yang berada diluar lingkungan parti. Dr Asri yang saya kenali, bukanlah seoarng ahli PAS dan tidak juga ahli UMNO. Dan saya amat berharap agar beliau terus berada diluar lingkungan agar berupaya untuk ‘menembak’ sesiapa sahaja termasuklah Raja-raja Melayu.

Sebagaimana dikatakan oleh Dr Asri, dakwaan tidak boleh sama sekali mendoakan bala atau keburukan kepada muslim sekalipun zalim adalah kurang teliti dan menafikan nas-nas yang mengizinkan hal ini. Sejujurnya kita terpaksa akui memang banyak kes jenayah yang dilakukan oleh orang yang beragama islam. Kepada sahabat-sahabat perempuan, andainya anda dirogol dan diliwat ( mintak dijauhkan dan ini sekadar untuk memperluaskan horizon pemikiran dengan meletakkan sahabat di situasi tersebut supaya sahabat dapat merasai terseksanya mnagsa-mangsa kekejaman itu) oleh perogol dan peliwat yang beragama islam. Soalan saya satu sahaja, dan tolong jawab dengan jujur, adakah anda mendoakan “ Ya Allah Ya Tuhanku, murahkan rezeki perogolku dan panjangkan umurnya.” Atau anda akan berdoa begini “ Ya Allah laknatilah mereka……”


Begitu juga dengan sesiapa yang mempunyai ahli keluarga yang diculik atau dipenggal kepala oleh kumpulan Abu Sayyaf. Tidak bolehkah didoakan kehancuran Abu Sayyaf, gara-gara kumpulan Abu Sayyaf beragama islam. Begitu juga dengan saudara mara mangsa penculikan lanun Somalia. Tidak bolehkah didoakan kehancuran lanun-lanun Somalia itu lantaran mereka beragama islam. Atau perlukah didoakan, “ Ya Allah Ya Tuhanku, murahkan rezeki kumpulan Abu Sayyaf yang telah memenggal leher suamiku. Panjangkan umur mereka dan rahamatilah mereka selalu”

ITU hujah bersandarkan logik akal, bagaimana pula hujah yang bersandarkan Al-Quran dan Sunnah. Dalam sebauh hadis Nabi s.a.w menyebut:“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya dan mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.

Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir. Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”. Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. Maka lelaki tersebut hidup sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.

Kepada sahabat-sahabat semua, sebagai orang islam kita hendaklah menyakini sesungguhnya ALLAH itu MAHA BIJAKSANA dan pasti sahaja BIJAKSANA dalam memilih mana-mana doa untuk dimakbulkan. Kita juga hendaklah menyakini ALLAH itu MAHA ADIL dan tentu sahaja akan bersifat ADIL dalam memakbulkan mana-mana doa yang dipohon oleh hamba-Nya. Jadi usahlah takut jika kita berada dipihak yang benar. Cuma, kepada penzalim, maka anda hendaklah berhati-hati kerana kemungkinan untuk doa itu dimakbulkan adalah tinggi.


Tentang isu royalti Petroleum terhadap Kelantan. Ini sahaja pandangan saya, andainya Kelantan layak maka berilah kepada Kelantan tanpa mengira mana- mana Parti yang memerintah negeri Kelantan. Sebab ia adalah hak Kelantan dan bukannya hak mana-mana parti. Maaf, saya tak berminat nak huraikan kat sini dengan panjang lebar sebab saya tidak berminat untuk membicarakan perihal politik di blog saya ni. Cuma, soal layak atau tak layak , amat susah nak diperkatakan. Bekas pengarah Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah dan bekas ketua hakim Negara Tuan Salleh Abbas mengatakan Kelantan layak. Tapi, Kerajaan Persekutuan dan orang-orang kuat Petronas hari ini pula kata Kerajaan Kelantan tak layak. Jadi, saya simpulkan kerajaan Kelantan tak layak menerima royalti tetapi hanya layak menerima wang ehsan. TAPI, entah dari mana datangnya ‘wahyu’ ketika pilihanraya kecul DUN Galas, ada janji dibuat oleh orang-orang dari Putrajaya( saya namakan sebagai wahyu dari Putrajaya yang berbunyi “ kalau Kelantan kembali ke pangkuan BN , Kelantan akan dapat royalti Petroleum.” Saya jadi binggung dan sangat-sangat binggung. Sampai hari ini saya semakin binggung.


Sebelum mengakhiri entry ini , ingin saya tegaskan di sini. Ini bukanlah entry politik. Dan saya bukanlah blogger politik dan blog saya bukanlah blog politik. Blog saya adalah blog persahabatan dan persaudaraan.

18 comments :

  1. Sudah terang lagi bersuluh lagi Shameel, royalti petroleum milik kerajaan neg kelantan. I bet, kalau kelantan ni Umno yg memerintah, pasti dah lama dibagi..kalau tak masakan 'orang2 putrajaya' boleh buat janji sebegitu. Ada maksud tersirat kat stu..renung2 dan fikir2..

    kiranya 'org2 putrajaya' ni dah gunakan harta yang bukan milik dia, apa hukumnya?.... ish ish ish...eh saya bukan orang putrajaya walaupun saya menetap di putrajaya..heheh

    ReplyDelete
  2. doa apelah mcm tu.. if nk bergurau pun, jgn la gunakan doa sbg medium jenaka. mcm biadap pdNya.

    hmmm royalti~ isu lama. bdk tadika pn xnk gaduh laa if pokok bunga kwn dy berbunga. dy tau tu milik kwn tu, nape lak dy nk mtk sepokok.? lain la nk mtk sekuntum je..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,

    dah kira campur sket2 politik tu...apa salahnya, saya hormati pandangan tuan.

    ....saya amat takut pada doa orang yang dizalimi...ia termakbul 'on the spot'!

    ReplyDelete
  4. sanagt menarik.. analitikal.. tepat dan juga bernas :)

    saya dapat simpulkan ialah kebanyakan manusia jahil, tapi malas mahu belajar T-T

    ReplyDelete
  5. duit royalti tu tukar nama jadi wang ehsan..lepas tu tunjuklah beberapa org miskin yg dpt wang ehsan tu..yang lebih nya??nda tau

    ReplyDelete
  6. salam...

    Lawak la doa kat atas tu..hehehe.. :P

    ReplyDelete
  7. Afida- itulah maslahanya. sepatutnya bagilah royalti kepada kelantan tanpa mengira mana-mana parti yg memerintah. Sebab itu hak rakyat kelantan. Lagipun kelantan ni negeri yang majoriti Melayu. kalau nak perkautakan ketuanan melayu sepatutnya kelantan dibantu.

    ReplyDelete
  8. Munie- doa tu saya ambik kat blog seorg sahabt. Sbnrya ia sekadar nak tunjukkan ttg antara doa yang zalim. kalau diambik teks doa yg memita laknat sesama islam, lagi keras bunyinya dan lagi tak sopan utuk dipaparkan.

    ReplyDelete
  9. cikgu ahmad humairi =....saya amat takut pada doa orang yang dizalimi...ia termakbul 'on the spot'!.

    Inilah yg sepatutnya direnung semua pihak.

    ReplyDelete
  10. Iqbal- trima kasih atas koemnatr. Disebabkan kejahilan manusia mudah menghukum. lagi malang apabila si jahil menghukum seorg ulama atau ilmuan.

    ReplyDelete
  11. Ms Teddy- itu yg dibimbangkan. harap wang ehsan tu benar2 diberi kepada yg layak tanpa dislahgunakan. jgn pulaa hanya ahli parti tertentu yg dapat dan jgn pula masuk ke poket pihak yg tdak berkenaan.

    ReplyDelete
  12. Shinju- doa tu saya petik dari blog seorg blogger. tapi saya dah lupa siapa plak blogger tu.

    ReplyDelete
  13. salam...

    Kupasan menarik & agak berhati2 bimbang dianggap menyebelahi mana2 parti politik.
    Bagi saya itu yg terbaik..org politik mmg kerja mrk & mrk dpt imbuhan atas kerja yg dilakukan x kira parti mana sekalipun.
    Lebih baik jgn terlalu fanatik/taksub krn kita mungkin akan hilang pertimbangan.Jika salah kita katakan salah & jika berdosa kita katakan ia memang berdosa x kira apa juga partinya.

    ReplyDelete
  14. Ya,, setuju sekali. Islam adalah agama penuh rahmat. Di larang mendoakan keburukan sesama saudara dan sesama muslim. Bahkan, sbnrnya org yg mendoakan keburukan sodaranya itu, sebenarnya dia meminta keburukan untuk dirinya sendiri. Krn doa yg buruk, tidak di terima oleh Allah dan dikembalikan ke pemiliknya (si peminta doa yg buruk tadi)

    Dan sungguh, jika pun ucpaan itu sebuah gurauan, jgnlah berlebihan. krn nabi dan Allah tidka menyukai sesuatu yg berlebihan termasuk gurauan. Apalagi gurauan yang buruk.

    Smoga kita terhindar dari perbuatan buruk dan dari perkataan yang buruk dan gurauan yang buruk. Aamiin

    ReplyDelete
  15. Ozzy- Trima kasih atas komentar. saya terpaksa berhati2 dlm menulis dan membuat ulasan. takut nnt terjejas empayar persahabatan kalau bias kepada mana-mana parti. Btol kataq sahaabt, yg ptg jgn taksub dan trimlah kebenaran w/pun dari mana-mana parti sekalipun.

    ReplyDelete
  16. Mia (kucing tengil) - trima kasih atas komentar sahabat dari Indonesia. islam agama yg membawa rahmat dan islam menganjurkan kasih sayang dan persaudaraan.

    ReplyDelete
  17. jika bab bazar tok guru, isu banner PMBK dah kecoh mcm mana nak urus duit petrolium.

    kita kena faham duit tersebut disalur melalui JPP.

    melayu ttp dibantu bahkan Kelantanlah yg dpt lebih tinggi dari negeri yg solid skong umno.

    kalau umno guna politik hasad dengki dan dendam dah lama kelanan tak dpt peruntukan.


    harap kita fikirkanlah dgn tenang...


    moga Allah tunjukkan.

    ReplyDelete
  18. Panglima Perang Cyber.
    Trima kasih ats pandangan saudara.. ada dangkal dan naifnya hujah saudara tapi saya tetap hormati dan saya tidak berhajat utk membahaskannya secara panjang lebar.. Saya org kelantan dan saya amat tahu ttg penderaan terhadap rakyat Kelantan..

    ReplyDelete