Wednesday, 25 April 2012

Dalam Dompet Seorang Ayah(Setelah Genap Sebulan Pemergian Ayah Tercinta)


13 Disember 2011, ayahku meninggalkan rumah untuk ke hospital, dan pada 25 Mac 2012, ayahku meninggalkan hospital untuk pulang ke rumah(tapi sebagai jenazah).

Jujur dan ikhlas, selama ini, aku tidak pernah ambil tahu apakah yang berada di dalam dompet ayahku. Sejujurnya juga, aku hanya beranggapan di dalam dompet ayahku hanyalah mengandungi beberapa keping wang kertas yang tak seberapa, hasil pemberian anak-anaknya dan dokumen paling penting miliknya, iaitu kad pengenalan.

Malah, ketika aku meminta ICnya untuk difotostat untuk tujuan tertentu( juga ketika ayahku menyerahkan ICnya kepadaku kerana sebab tertentu) ayah tidak pernah mengizinkan aku mengambil IC tersebut dari dompetnya, malah dia sendiri yang bersusah payah mengambil ICnya untuk diserahkan kepadaku.

Aku ingat lagi,beberapa peristiwa sekitar November dan Disember 2011, termasuklah ketika ayah menyuruhku membelikannya ubat-ubat yang dia perlukan di klinik berhampiran. Ketika itu kudrat ayahku kian susut, namun dia tetap berkeras dan bertegas untuk mengambil sendiri IC di dalam dompetnya untuk diserahkan kepadaku.

Benar-benar menjadi teka-teki?

Teka-teki itu terjawab selepas peristiwa 13 Disember 2011. Ketika aku dan abangku membawanya ke Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM)Kubang Kerian. Tika itu ayah menyerahkan dompetnya kepada kakakku,sementara ICnya untuk urusan pendaftaran di HUSM diserahkan kepada abangku. Sebaik sahaja sampai ke HUSM, ayahku langsung ke bahagian kecemasan. Sebaik sahaja dibaringkan oleh doktor, ayah langsung tidak sedar/koma. Jantungnya terhenti selama 10 minit dan hampir 10 hari ayah koma.

Beberapa hari sesudah peristiwa 13 Disember 2011, aku membuka dompet ayahku untuk mengetahui ada apa dengan dompetnya(sebenarnya aku bersemangat untuk menyelongkar dompetnya setelah adikku memberitahu isi kandungannya- adikku terlebih dahulu yang menyelongkar dompet tersebut). Dompet itu sebenarnya pemberian adik bongsuku kepadanya beberapa tahun yang lalu.

Tahukah kalian, apa yang ada di dalam dompetnya?

  • Beberapa helai kertas yang lusuh, yang mengandungi tarikh lahir setiap anaknya(seramai lapan orang). Dicatat dengan lengkap setiap tarikh lahir tersebut dalam Kalendar Masehi dan juga Hijrah. Di catat juga detik anak-anaknya dilahirkan(jam dan minit).
  • Terdapat beberapa keping gambar ukuran kad pengenalan anak-anaknya. Gambar tersebut merupakan gambar anak-anaknya yang dirakam ketika pertama kali membuat permohonan Kad Pengenalan. Atau lebih tepat lagi, gambar anak-anaknya ketika berusia 12 tahun( umur pertama kali memohon kad pengenalan). Abang sulungku dilahirkan pada tahun 1964, ini bermakna sudah 36 tahun gambar ukuran kad pengenalan abang sulungku itu disimpan rapi oleh ayahku. Begitu jugalah dengan gambar-gambar adik-beradikku yang lain.

Sebak dadaku ketika teka teki itu terjawab. Jujur, aku menangis setelah mengetahui perkara itu dan setiap kali aku mengenang kembali isi kandungan dompetnya, air mataku akan mencurah, walaupun sekudrat yang mampu aku cuba menghalang.

Ayah! Maafkanlah aku kerana tidak pernah tahu kehebatan kasih sayangmu terhadapku dan anak-anakmu

Tuhan! Ampunilah segala dosa dan kesalahan ayahku. Dan,kau jadikanlah kuburnya sebagai sebahagian daripada taman-taman syurga.

13 Disember 2011, ayahku meninggalkan rumah untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang lebih baik dan 25 Mac 2012, ayahku meninggalkan hospital dan pulang ke rumah,tapi sebagai jenazah.


IMBAS KEMBALI

“Esok arijadi ayh.genap 73 tahun.pakat doa biar ayah pnjg umur lg.” Itulah sms yang dihantar oleh abangku yang setia menemani ayah, sepanjang ayah menjadi warga Wad 8 Selatan. SMS tu dihantar pada pukul 10:08:07 malam, 24 Mac 2012.

Dengan penuh harap dan dengan penyerahan yang total, aku bersolat hajat sempena hari ulang tahun kelahiran ayah. Dengan harapan, mudah-mudahan ayah disembuhkan dari penyakitnya dan sekali gus dipanjangkan umur. Ya, tiada yang tidak mungkin dengan izin Allah dan tiada yang mustahil dengan kehendak Allah, namun kerja Allah tak siapa yang tahu. Pukul 4.30 pagi, 25 Mac 2012, abangku menelefon memberitahu ayah dalam keadaan nazak. Aku mula gelabah dan terus bersiap siaga untuk pulang ke kampung. Setengah jam kemudian, abang mengkhabarkan berita duka, ayah sudah tiada….


“Innalillahiwainna-ilaihirajiun."


Sedih, terkejut ,resah dan gelisah saling bertindih dalam jiwa. Sedih sebab aku tiada di sisi ketika ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Resah dan gelisah kerana keretaku masih kat workshop setelah terlibat dalam kemalangan, lantas aku meminta bantuan seorang sahabat untuk menghantarku ke stesen teksi di Terminal Bas Medan Gopeng. Syukurlah ada teksi yang sudi ke Kelantan dengan tambang RM460.00. Juga resah dan gelisah, kerana takut tidak sempat menatap wajah ayah buat kali terakhir.

Syukur kepada Allah, kerana aku sempat menatap dan mengucup dahi arwah ayah. Amat bersyukur kerana aku dan adik beradik sempat memandi,mengkafan dan menyembahyangkan, serta sama-sama mengebumikan jenazah ayah.

Selamat Jalan Ayahku Tercinta, Semoga Damai Kau Di Sana.


Artikel Sebelumnya:Al-Fatihah Untuk Ayah





33 comments :

  1. erm..
    semoga arwah di tempatkan dikalangan orang soleh..
    ameen,..

    ReplyDelete
  2. Alfatihah...semoga di permudahkan segalanya disana nnt...

    Terharu bacanya begitu lah kasih seorang ayah...

    ReplyDelete
  3. Terharu dan sebak
    Alfatihah unk arwah
    semoga tenang di sana

    ReplyDelete
  4. Kuatkan hati dan semangat..doa anak yang soleh yg akan mengiringi perjalanan hidupnya di sana..semoga arwah ditempatkan digolongan orang2 yang beriman dan dikasihi..amin..

    ReplyDelete
  5. takziah cikgu.
    Al-fatihah untuk arwah~

    ReplyDelete
  6. semoga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman

    ~sebak

    ReplyDelete
  7. Salam takziah.
    Smoga arwah ayah diletakkan di dlm golongan org2 yg beriman. Insya Allah.
    Al-fatihah.
    Terharu sesangat....

    ReplyDelete
  8. Oh...sebak nyer hati!

    Al-fatihah buat abahmu,semoga abah tenang disisi yg maha esa..

    ReplyDelete
  9. Sebak ambo baca apa hok cikgu tulis ni..ayah cikgu lebih kurang sebaya ayah ambo jugak...smg ayah cikgu ditempatkan dikalangan orang yg mendapat keredhaan Allah. Smg ayag cikgu juga dikalngan bersama orang yg mendapat Rahmat dari Allah&Syafaat Nabi Muhammad S.A.W...sedih cikgu ambo baca...itulah kasih sayang seorg ayah...

    ReplyDelete
  10. Saya pun tersebak membaca entry tuan Shameel. Kasih ayah memang penuh misteri.

    ReplyDelete
  11. hana.
    Itulah yg saya doakan setiap kali selesai bersolat.

    Maria Honey.
    Terinma kasih Maria Honey. Yer hanya doa yg mampu sy kirimkan agar ayah saya damai di sana.

    ainnoraini.
    Kasih ayah(dan juga ibu)tidak mampu dinilai dgn apa jua. Berbaktilah selagi mereka masih ada. Saya telah kehilangan ayah,dan amat ralat krn mengetahui kehebatan kasih sygnya setelah ketiadaanya.

    kasihredha .
    Itulah yg saya doakan danharapkan. Moga ayah tenang di sana sbb di dunia ayah telah lama menderita dan sengsara.

    ReplyDelete
  12. | A r a W a n i ||.
    Terima kasih A r a W a n i ats kunjungan.


    sara pedrosa.
    sejak pemergian ayah sampai ke ahri ini, saya belum pernah lagi jemu mendoakan kedamaiannya di sana.

    HarumKasturi
    Terima kasih sahabat. Itu yg say harapkan dan doakan kpd Allah.

    ReplyDelete
  13. Mrs.Eady, Anaa dan amiey lee:
    Trima kasih sahabat, sejujurnya sy tidak keruan ketika abg saya memamklumkan pemergian ayah tempoh hari.

    Apa tidaknya sebab beberapa jam sebelum tu(pukul 10 mlm,24.3.2012), abg antar msg supaya doakan ayah panjang umur memandangkan keesokkanya adalah tarikh lahir ayah saya dan ketika abg saya hantar sms itu, ayah saya masih lagi dlm keadaan stabil.

    Tiba2 pkul 4.30 pagi,25.mac.2012 ayah nazak dan pukul 5.00 pagi ayah meninggal.Sy pula berada jauh di perak dan kereta pula masih kt workshop.

    ReplyDelete
  14. Alfatihah dan tak ziah dari ambo...

    ReplyDelete
  15. Salam cg.Shameel
    Ayah, percakapan, tindakannya ada kasih tersembunyi
    kadangkala kita tidak menyangka dan terfikir... tersirat, misterinya kasih

    Pasti dia tenang di sana bersama doa anak-anak...

    ReplyDelete
  16. sedih sgt..moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

    kasih ayah mbawa ke syurga.
    wad 8 selatan usm...byk kenangan ku dgn arwah adik di situ

    ReplyDelete
  17. TaTJ.
    berbaktilah kpd org tua selagi hayat mereka bersisa dan selagi usia kita berbaki.

    Anaa.
    Dompet ayah sy akn sy simpan sampai bila2. Sy akn frame segala yg terkandung di dlm dompet tu.


    Cikli .
    benar skali sahabat, kasih ayah penuh dgn misteri.

    ReplyDelete
  18. MOBYDICK.
    Terima kasih sahabat.

    cikguNae.
    kasihnya tersembunyi, tapi sayang, sbb sy gagal menyelongkar kasihnya itu semasa hayatnya.
    Mudah-mudahan arwah ayah tenang dan damai di sana.

    Titisan Hujan.
    Wad 8 selatan pastinya akan sy ingat sampai bila2. Wad tu medan ayah sy bertarung hidup dan wad tu mnjadi saksi bisu tika ayah sy menghembuskan nafasnya yg terkakhir.

    ReplyDelete
  19. sebak..teringat arwah abg ..al fatihah

    ReplyDelete
  20. sungguh terharu..
    begitu dalam kasihnya kpd shameel adik beradik.

    ReplyDelete
  21. maaf en.shameel...akak nora baru menjenguk..maklumlah...sibuk dengan hal family..hingga tak sedar sudah sebulan dia tiada apa yg mampu selain kusedekahkan al fatihah dan doa moga rohnya tenang di sana...

    bergenang juga membaca kisah tersembunyi di sebalik dompet ayah itu..terus terimbau wajah arwah ayah..sudah 10 tahun dia pergi terlalu cepat hingga merasakan masih baru mengenali beliau...

    ReplyDelete
  22. sugar2 kapas strawberry.
    Tentu sahaja arwah abg awk meninggal dlm usia yg masih mudakan. Mati tak mengenai usia, ia merupakan sebuah temu janji.

    Ujie.
    sy amat terkilan sbb hanya tahu semua ni(perihal yg terkandung dlm dompetnya) setelah ayah dimasukkan ke wad.Lagi terkilan krn terlalu byk jasa2 ayh yg belum smpat sy balas. Ralat sepanjang hayat.


    Nora Shahaira.
    Sy tak tahu mengapa ayah sgt berahsia isi kandungan dompetnya. Ia jadi sebuah teka teki kpd sy sampai skrg.

    ReplyDelete
  23. inna lillahi wa inna ilahi roji'un..

    subhanallah..
    masyaAllah..
    Allahuakbar..

    Assalamualaikum buat shameel.
    dah lama tak jenguk blog, maka dh lama jgk tak blog walking. ntah kenapa tergerak hati nk tgk newsfeed blogger, terbaca artikel ni.

    takde pe yg mampu muni coret.. air mata tak henti membacanya.. kasihnya ayah, muni tak berpeluang utk rasa sgt.. tp andainya beginilah semua ayah, subhanallah.. indah sungguh rahmat kasih Allah tu kan?

    shameel, muni ucap takziah.. semoga shameel tabah n dpt contohi arwah ayah shameel.. ayah shameel dah selamat smpai ke hadrat Illahi.. lepas ni, turn kita plak..

    semoga sama2 dpt khusnul khatimah.. insyaAllah..

    jaga diri shameel ye.. trm ksh..
    *entry ni buat muni rs sgt terkesan*

    ReplyDelete
  24. Al-Fatihah buat arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman -.-

    ReplyDelete
  25. alfatihah dari mimi....

    kalau sudi dan tak keberatan sudilah kiranya singgah Sedo.com- analisi park Domain
    Menarik di blog mimi tentang--Gambar Pisang Berbuah Dua kali

    ReplyDelete
  26. menitik airmata saya membaca nya... teringat arwah adik yang meninggal dunia 3 tahun lepas keana disantau (kata doktor setelah merawat sebulan tanpa dapat mengesan penyakit). Sedihnya hanya Tuhan yang tahu apabila petang sebelum meninggal dunia dia mahu bertemu saya, mahu bercakap dengan saya tapi emak tak izinkan kerana ada tiub oksigen besar di mulutnya. Sampaikan arwah menulis di buku yang disediakan,"Nazrol nak Kak Ngah..." (saya)
    Buku itu masih saya simpan rapi sebagai kenangan adik tercinta. Betapa ralat di hati tanpa bertemu mata sehingga hembusan nafasnya yang terakhir...

    Semoga bertemu di syurga...
    Alfatihah utk semua yang disayangi ALLAH...

    ReplyDelete
  27. ya allah sedihnya... huwaaaa

    sib baik dah balik jumpa ayah sya semalam, klu tak confirm dah bnjir depan pc ni...huhuuu


    semoag arwah tenang di sana...

    untung sgt dia dpt anak2 yg baik dan berwibawa cam cikgu...

    ReplyDelete
  28. :'(
    sis pun dah takda ayah
    smoga ayah kita tenang disana , amin.

    ReplyDelete
  29. salam.. secara jujur sy katakan sy menitiskan air mata membaca artikel ni... maaf...wpon sy tak enal awk namun sy dapat rasakan apa yg awk rasa.... sy berharap awk berdoa dan terus berdoa kepada Arwah kerana doa anak yg soleh/solehah sajalah bekalan yg paling berkesan untuknya di sana... Al-fatihah untuk nya...

    ReplyDelete
  30. PotiaCasaDelarossa.
    Trima kasih sahabat. Sampai skrg sy tak putus2 medoakan agar arwah ayah saya damai di sana.

    ReplyDelete