Friday, 6 April 2012

PENARI TIANG vs PEMAKAI SERBAN.



Ini adalah sambungan dari entry lepas,lihat-->:SINI

Negaraku,Tanah Tumpah Darahku,betul-betul aneh. Negaraku, Tempat Tumpah Darahku, benar-benar tak masuk akal.

Penari tiang didenda RM25. Gila, memang gila, langsung tak boleh diterima oleh akal yang waras. Mungkin kes ini diadili oleh kayu atau batu atau mungkin juga lembu(yang pasti bukan lembu NFC) sebab tu hukumannya sangat tak waras.

Lepas ni,bolehlah student sekolah dan IPT pakat jadi penari tiang secara part time. Menari tiang sekarang ni bolehlah dijadikan sebagai hobi dan lagi bagus kalau dijadikan sebagai cita-cita. Apa nak dirisaukan,sebab kalau kena tangkap pun dendanya RM25 jer.






Tapi yang banggangnya, pernah dulu, seorang pelajar pondok didenda RM90 sebab menunggang motorsikal tanpa memakai topi keledar.

Di sini, saya bukannya nak mewajarkan pemakaian serban sebagai penganti topi keledar, tapi isunya ialah jumlah denda yang dikenakan. Pelajar agama yang berserban kena denda RM90 gara-gara tak pakai topi keledar, tapi betina miang ni pulak kena denda Rm25 gara-gara ‘berbogel dan bertelanjang’.

Seolah-olah menari tiang tu lebih mulia dari memakai serban. Seakan-akan menari tiang tu satu ‘sunnah’.

“ Majulah Tarian Tiang Untuk Negara”


Info Tambahan:

Tentang pemakaian serban, andainya terbukti ia berupaya melindungi keselamatan kepala sebagaimana pemakaian topi keledar, maka ia harus dibenarkan, tapi andainya tidak, eloklah memakai topi keledar.

Memakai serban merupakan perbuatan sunnah. Tapi ulama berbeza pendapat, ada yang mengatakan ia dikategorikan sebagai sunnah jibliyah, iaitu perbuatan atau amalan yang merupakan kebiasaan Nabi(mungkin juga dipengaruhi oleh budaya setempat) dan bukannya atas dasar pensyariatan.

26 comments :

  1. malu dgn undang2 negara 'tercinta' kita ni...huhu

    apa lah nk jadi kan... tak tahu beza yg mana munasabah dan mana gile???

    mmg giler, sengal dan hampeh!!!

    ReplyDelete
  2. mamaNoriz.
    Memang memalukan.Malu dgn undang2 yg tahap maharaja lawak

    ReplyDelete
  3. diorg x risau laa kena denda rm25 sbb dlm satu mlm beratus2 rm diorg dapat.. klau kena tangkap 4x sebulan, baru rm100 diorg bayar denda, huh...

    ReplyDelete
  4. caliph shuriken.
    itulah mslhnya, denda terlalu sedikit. sgt lawak.

    ReplyDelete
  5. Malaysia akan terus menjadi pelik jika pemimpinnya suka kepada perkara pelik..contoh seperti ni lah...tak de sorang pun ahli agama kerajaan yang mempertikaikannya..jauh sekali membahaskannya...

    ReplyDelete
  6. Dunia hari ini, sedih pulak tengok :(

    ReplyDelete
  7. ummiarissa.
    sy sdg tunggu respons dri Dato Harussani. Dulu dia kecoh isu poco-poco tapi diam plak isu tarian tiang.

    ReplyDelete
  8. eryn daud .
    Tahniah eryn. Itu tandanya awk prihatin terhadap malapetaka yg melanda negara skrg ni.

    ReplyDelete
  9. negaraku
    tanah tumpahnya darahku

    tiap minggu nyanyi lagi ni

    harap budak2 kelas aku tak tanya hal ni
    payah benar aku nak menjawabnya

    ReplyDelete
  10. tehr.
    kena jwb tehr kalau budak2 tanya takut nnt jadi mcm kes nur fatihah yg lari dari rumah tu. hehehe

    ReplyDelete
  11. nak juga kenal sapa hakim yang jatuhkan hukuman tu...
    hehehe

    ReplyDelete
  12. mie.
    saya pun nak berkenalan jugak dgn hakim tu. hahaha.

    ReplyDelete
  13. Tak tau nk kata apa dah...
    Esok ada lagi yg buat...kalau dendanya mcm tu...

    ReplyDelete
  14. ainnoraini .
    inilah yg merisaukan. sepatutnya hukuman itu menyedarkan dan sebagai pengajaran. Tapi nampaknya hukuman mula menjadi dorongan dan galakan utk berkelakuan yg sebegini hinaq

    ReplyDelete
  15. ain soofiyah.
    akhir zaman yg penuh fitnah

    ReplyDelete
  16. semuanya dah jadi tongang terbalik

    ReplyDelete
  17. harap si penari tiang nie insaf le walaupun didenda rm25..

    ReplyDelete
  18. Malasia boleh. semua pun boleh bayar denda rm 25 pon boleh

    ReplyDelete
  19. gambar no 2 mmg x payah nak komen apa2 sbb dah mmg ramai tahu ianya salah, tapi ramai yg membela sang pemakai serban sedangkan beliau pun telah melanggar hukum Islam yg bertaraf wajib:

    1) ijma' ulama yg mengatakan wajib mematuhi undang2 pemerintah yg bertujuan utk kebaikan dan tidak menyalahi syarak (i.e. undang2 memakai topi keledar demi keselamatan di jalanraya) - berdasarkan ayat Quran ttg mematuhi ulul amri
    2) melanggar arahan al-quran (al-baqarah 195) agar setiap muslim menjauhi drp perkara yg boleh mencampakkan dirinya ke arah bahaya
    3) (secara tak langsung) tegahan drp membunuh diri (an-nisa 29).

    dan dia melakukannya demi mempertahankan serban yg boleh saja ditanggalkan dan dipakai semula tanpa byk kesulitan, SEDANGKAN serban itu di sisi segolongan ulama' hanyalah sunnah jibiliah (yg dilakukan nabi sbb baginda org arab, dan baginda melakukannya mengikut resmi adat org arab, dan kalau baginda bukannya arab maka baginda takkan lakukannya). MENDAHULUKAN YG SUNAT (yg tarafnya pun diperdebatkan) MELEBIHI YG WAJIB? Satu manifestasi jelas fiqh tidak mengikut keutamaan.

    and the fact that this action was actually done by someone who will be the point of reference for matters pertaining to islam signifies something totally wrong in the 'tarbiyyah' of these people (kerana pada zahirnya beliau tampak berbangga dgn perbuatan tersebut).

    apabila ahli agama pun tak selari perbuatan dan ilmunya dgn tuntutan hakiki islam, maka pelikkah kita kalau pemimpin & masyarakat kita (termasuklah saya sendiri) jadi mcm gambar no 2?

    ReplyDelete
  20. Shahrul Amri.

    Terima kasih sahabat ats komentar yg panjang lebar. Saya hargai komnetar sahabat. Cuma ingin saya nyatakan, telah saya terangkan apa yg sahabat maksudkan dlm info tambahan:


    Info Tambahan:

    Tentang pemakaian serban, andainya terbukti ia berupaya melindungi keselamatan kepala sebagaimana pemakaian topi keledar, maka ia harus dibenarkan, tapi andainya tidak, eloklah memakai topi keledar.

    Memakai serban merupakan perbuatan sunnah. Tapi ulama berbeza pendapat, ada yang mengatakan ia dikategorikan sebagai sunnah jibliyah, iaitu perbuatan atau amalan yang merupakan kebiasaan Nabi(mungkin juga dipengaruhi oleh budaya setempat) dan bukannya atas dasar pensyariatan.


    Cuma yang saya paparkan kat sini,ialah tentang kadar denda. Jika kesalahan di jalan raya gara-gara memakai serban dikenakan hukuman RM90 tetapi kenapa pula penari tiang separuh bogel pula RM95.

    Yang saya tuntut satu sahaja, iaitu perlaksanaan undang2 yg tegas terhadap peserta dan penganjur talian tiang dan yg sewaktu dgnnya.

    dalam entry di atas, saya tidak sesekali mewajarkan pemakaian serban sebagai penganti helmet. Entry saya di atas sebenarnya turut memperkatakan persoalan fiqh al-awlawiyat meskipun saya tidak menggunapakai istilah tersebut.

    ReplyDelete
  21. gaya jawapan mcm pandai..tapi pernah tgk ke mamat serban tu bawak motor mcm mana? mcm rossi ke? pernah ke mamat serban tu ada rekod eksiden? akibat perbuatan mamat tu pakai serban hanya sedikit berbanding minah2 tarian tiang berahi..

    mamat :
    1.kebiasaannya org sekolah pondok ni cermat..bawak moto pun pelan2 je sbb berzikir..jadi risiko eksiden amatlah kecil

    2.sekolah pondok selalunya kawasan kampung..kalau langgar pun langgar lembu NFC jek

    3.pemakaian helmet takde kene mengena ngan keselamatan org lain..kalau eksiden hanya dia yg mati..

    4.walau tak pakai helmet, tapi kalau skil memandu tak hebat pakai helmet pun tak guna.

    Minah:
    1.memalukan seluruh institusi keIslaman..di hi-lite = SELURUH!

    2.memberikan TANGGAPAN yg salah tentang Islam dimata bukan Islam

    3.Menggalakan penzinaan.

    4.Lelaki yang bujang hilang pertimbangan..onani,

    5.merosakkan / rogol awek, adik/kakak, saudara mara perempuan, rogol budak bawah umur, silap aribulan kambing pun di jubornya

    6.Lelaki bersuami tinggalkan anak bini..siang malam nak tgk pempuan berbogel kat tiang..

    7.berlaku perceraian,

    8.melanggan pelacur

    9.maksiat

    10.memalukan ibu bapa

    haisshhh mcm2 lagi la akibat dia...sebab tu org persoalkan kenapa hukumannya terlalu ringan? mana lebih tinggi hukuman Tuhan atau hukuman manusia? beriya2 nak pakai kata2 ulama..kata2 Allah yg memang terang2 ni taknak pakai?

    annur:31 - Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

    ReplyDelete
  22. Anonymous.
    panjang lebar huraian sahabat Anonymous. Tapi sejujurnya sy amat mengharapkan agar disertakan link blog saudara/ri Anonymous. mudah-mudahan dpt sy terjah blog sdra/ri Anonymous

    ReplyDelete
  23. Orang yang menyebarkan gambar ini langsung tidak tahu mengenai hukum Islam.

    Sebelum melaksanakan hudud, kita perlu mewujudkan suasana kondusif, supaya masyarakat tidak menolak kembali hukum Islam apabila dilaksanakan.

    Contoh seperti gambar di atas. Penari tiang memang semua tahu akan KEHARAMANNYA. Tetapi TIDAK MEMAKAI HELMET juga adalah HUKUM TAKZIR yang wajib kita mengikutinya.

    Sesiapa menolak hukum takzir, sama seperti menolak hukum hudud. Berapa ramai yang tidak tahu hal ini dan berapa ramai yang terpedaya dengan kejahilan yang disebarkan seperti gambar di atas?

    Rasulullah saw TIDAK PERNAH MEWAJIBKAN memakai serban, tetapi Rasulullah saw menyuruh taat kepada kebaikan yang disuruh pemerintah, termasuk undang-undang yang dibuat.

    Jangan menyangka orang yang berbuat dosa 'confirm' dia ke neraka dan jangan menyangka yang kita sangkakan kebaikan yang kita sampaikan sebenarnya adalah satu kejahilan yang menghumban diri kita ke neraka kerana mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram TANPA SEDAR.

    ReplyDelete
  24. Anonymous October 2, 2012 8:55 PM.
    Tolong berhujah secara matang. mana ada aku pertikaikan hukum tidak memakai helmet. Memang ia satu kewajipan sebagaimana kewajipan mematuhi lampu isyarat.

    yg aku dan org ramai pertikaikan kenapa denda utk penari tiang tu terlalu rendah..

    ReplyDelete