Dahulu,ketika di alam persekolahan, pernah saya beranggapan kerjaya sebagai guru tidak memenatkan akal dan tidak melelahkan fizikal. Tapi tanggapan itu mulai lerai dan berderai apabila saya ditakdirkan menjadi seorang guru. Ternyata, ia tidak semudah yang disangka dan tidak sesenang yang diduga. Ternyata ia memerlukan kekentalan yang bukan sedikit untuk merenangi lautan duga.
Ternyata juga, ia tidak sekadar memperkenalkan huruf dan angka, tapi peranan guru lebih dari itu. Paling penting,memandu pelajar untuk memaknakan hidup demi kehidupan yang lebih bermakna. Bermakna kepada agama,bangsa dan negara. Paling penting, bermakna di dunia dan di juga di sana.
Jutaan terima kasih, saya ucapkan kepada guru-guru yang pernah mendidik saya, baik ketika di sekolah rendah, mahupun di sekolah menengah. Terima kasih kerana mengajar saya menjadi manusia.
:Guru Terbaik:
Kepada rakan-rakan guru, selamat hari guru saya ucapkan. Dan, sebelum itu, saya ingin kongsi untaian hikmah yang pernah dilafazkan oleh Jean Jacques Rousseau. Beliau merupakan ‘arkitek’ Revolusi Perancis. Revolusi yang mengakhiri pemerintahan Raja Louis XVI dan Maria Antoinette.Jean Jacques Rousseau berkata “Kita belajar bersama hidup.Pelajaran pula bermula dengan permulaan nafas dan kekurangan yang dirasai adalah guru yang terbaik.”
Kekurangan yang dirasai dan kelemahan yang disedari. Itulah ‘guru’ yang terbaik berdasarkan pandangan arkitek revolusi Perancis ini. Sudahkah kita menemui ‘guru’ ini. Untuk menemuinya kita perlu gigih mencari. Mencari dalam diri dengan merenung jauh ke dasar hati.
Tema Hari Guru 2012 : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Artikel Berkaitan : Puisi Buat Guru
selamat hari guru C:
ReplyDeleteKira Kekuri.
ReplyDeleteTrima kasih atas ucapan itu
selamat hari guru utk cikgu shameel :)
ReplyDeleteluv.
cik ana
Salam Shameel,
ReplyDeleteSelamat Hari Guru ^^,
Semoga kehidupanmu sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah jua...
~Teruskan mendidik anak bangsa, bukan sekadar guru, malah jadilah seorang Murabbi... InsyaAllah~
anamizu kaito.
ReplyDeleteTrima kasih Ana
Latifah.
ReplyDeleteKomen Latifah mengingatkan saya kpd novel memoir seorg guru karya Almarhum Azizi Haji Abdullah. Dalam novel tu, Almarhum turut berbicara persoalan mua'allim dan murabbi
ohhh novel Memoir Seorang Guru itu salah satu bacaan kegemaran Latifah... Bacalah berulang kali pun, tetap sebak dan mengalirkan air mata :')
ReplyDeleteSungguh, karya-karya Almarhum Azizi Haji Abdullah memang sangat berbekas di jiwa... Semoga rohnya tenang dan aman di sana dan semoga hasil penulisan arwah yang telah mengubah banyak hati menjadi bekalan buatnya bertemu pencipta. Al-Fatihah~
Selamat hari guru cikgu shameel.. cikgu memang banyak sungguh pengorbanan dalam mendidik anak bangsa.. saya tak dapat bayangkan siapa la saya sekarang seandainya saya tidak diketemukan dengan guru2 hebat sepanjang persekolahan sehingga lah kini..
ReplyDeleteGuru yg mampu mengajar & mendidik..itu guru sejati. guru yg membuat kita slalu terkenang jasanya.
ReplyDeleteSlmt hari guru buat Shameel!
selamat hari guru shamel..
ReplyDeletekerjaya guru menuntut kesabaran yang bukan sedikit.. tambah lagi dizaman sekarang ni..