Showing posts with label BICARA SEORANG GURU. Show all posts
Showing posts with label BICARA SEORANG GURU. Show all posts

Wednesday, 1 May 2013

SEMAKAN TAWARAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014



Pemohon boleh membuat semakan untuk mengetahui status permohonan ke Program Matrikulasi.

Untuk membuat semakan ini, anda boleh menggunakan :
  •  Nombor Kad Pengenalan atau
  •  Nombor Lembaga Peperiksaan

SEMAKAN MELALUI SISTEM PESANAN RINGKA (SMS)

Untuk membuat semakan tawaran Melalui SMS :
  •  Taipkan MOE < jarak> MAT NO. KP dan hantarkan ke 15888 
  •  Contoh : MOE MAT 920605051542 • 

SEMAKAN TAWARAN DAN RAYUAN KE TINGKATAN ENAM SESI 2013/2014



Kepada pelajar atau lepasan SPM 2012 yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam, bolehlah membuat semakan status permohonannya di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia, untuk membuat semakan tersebut.

Sekiranya berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran. 

Semakan boleh dibuat di laman sesawang  Kementerian Pelajaran Malaysia

Wednesday, 3 April 2013

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA(KPM) BAGI SESI JUN 2013



Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2013 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DGA 34 (KUP time based), DG 41, DG 44 (KUP time based), DG 48 (KUP time based) dan DG 52 (KUP time based) dibuka mulai 01 hingga 30 April 2013. Permohonan boleh dibuat di laman web G-Tukar 

Sila semak maklumat anda melalui laman web e-OPERASI. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan PK1/PK2/PK3 untuk tindakan pembetulan maklumat dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula. Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri (dapatkan no. telefon di “Bantuan”). Sila ambil perhatian bahawa pertukaran yang diluluskan tidak boleh dibatalkan. 


INFO TAMBAHAN: 
 
Seperti tahun-tahun yang lepas,persaingan untuk bertukar ke Kelantan masih tetap mencabar. Statisitk pertukaran di atas menunjukkan seramai 266 orang guru memohon untuk bertukar ke Kelantan, manakala jumlah guru yang memohon untuk keluar dari Kelantan hanyalah seramai 5 orang. Persaingan memang sengit, namun teruskan mencuba dengan memohon dan berdoa. Pada tahun lepas, saya juga sekadar mencuba dan Alhamdulillah nasib menyebelahi saya dan akhirnya saya berjaya bertukar ke Kelantan, lihat, SINI

Tuesday, 19 February 2013

Semakan Keputusan SPM 2012 Secara Online

Para calon SPM 2012 boleh mula membuat semakan SPM 2012 result online pada tarikh 20 Mac 2013 ini. Keputusan SPM 2012 boleh mula disemak bermula pukul 10 pagi di sekolah atau tempat para pelajar mengambil peperiksaan tersebut tahun lalu. Selain semakan SPM 2012 secara online, keputusan atau result SPM 2012 juga boleh dilakukan melalui sistem pesanan ringkas (SMS). 

Apa yang perlu dilakukan ialah menaip seperti di bawah ini.



SPM < Nombor Kad Pengenalan > Jarak < Nombor Angka Giliran >
lepas tu hantar ke 15888


Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah sangat penting bagi seseorang pelajar itu untuk menentukan halatuju dia yang seterusnya. Keputusan yang bagus akan memudahkan para pelajar mencapai cita-citanya, tetapi sekiranya keputusan kurang baik, bukan bermakna semuanya sudah habis. Anda masih tetap ada peluang untuk memperbaiki keputusan tersebut. Semoga berjaya buat para pelajar membuat semakan SPM 2012 (SPM result) nanti dan mendapat result yang setimpal dengan usaha yang dilakukan. 

Sumber:Beckhroy

Monday, 14 January 2013

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)


Aplikasi Pangkalan Data Murid(APDM) merupakan satu pangkalan data utama bagi data murid. Ia mengambil kira profil murid dan juga penjaga. 

Mulai 1 Januari 2013, Murid-murid tahun 1 dan tingkatan 1 yang telah mendaftar menggunakan edaftar rendah dan edaftar menengah APDM hanya perlu dikemaskini kelas oleh Administrator APDM sekolah. Guru kelas hanya perlu mendaftar murid baru yang tiada dalam senarai. 

Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2013 perlu dikemaskini sebelum 15 Januari 2013 untuk keperluan pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid. 

Lebih lanjut, langsung sahaja :APDM 

INFO TAMBAHAN:
Kadang-kadang 'Sakit jiwa' juga untuk memasukkan maklumat pelajar kerana kesesakkan talian. Lihat sahaja pengguna atas talian pada masa sekarang(masa saya sedang melakukan tugasan ini) iaitu  45927 orang.

Monday, 3 September 2012

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA(KPM) BAGI SESI JANUARI 2013



Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2013 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 01 hingga 30 September 2012.

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Januari 2013 dikeluarkan mulai 21 Oktober 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 03 November 2012 .

Sila semak maklumat anda melalui laman web e-GTukar .Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.



Berdasarkan maklumat ini, ruang dan peluang
untuk guru2 bertukar ke Kelantan seakan-akan tertutup terus


Info Tambahan:

Jika dirujuk kepada OPSYEN YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN KE NEGERI-NEGERI BAGI PERTUKARAN JAN 2013, SEKOLAH MENENGAH HARIAN (SMK), ternyata tiada ruang dan peluang untuk mana-mana guru bertukar ke Kelantan. Walaupun begitu, tidak salah untuk mencuba. Jangan mengalah sebelum berjuang, untung sabut timbul dan untung batu pula tenggelam.

Secara peribadi, ketika memohon untuk pertukaran ke Kelantan pada sesi Jun 2012 , lansung tiada kekosongan untuk subjek yang saya pohon. Namun, saya degilkan diri untuk memohon dan syukurlah permohonan saya akhirnya diluluskan meskipun saya membuat permohonan e-GTukar, hanya enam hari sebelum tarikh akhir permohonan.


Friday, 15 June 2012

Terima Kasih Tuhan, Kerna Memakbulkan Doaku

Selamat Tinggal Perak Darul Ridzuan.

Agak lama juga blog saya bersawang, seakan-akan bicaradariaku telah bernoktah. Insha-Allah selagi terdaya, akan saya pastikan bicaradariaku terus bernadi meskipun tidak sesegar dan sebugar dulu.

Pernah dulu saya menulis entry tentang permohonan pertukaran guru sesi jun 2012, dan saya juga termasuk dalam kalangan guru-guru yang memohon untuk pertukaran tersebut. Dan,syukur kepada Allah, dengan Izin-Nya pertukaran saya diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bermula 10.Jun.2012, saya mula bertugas di Jeli Kelantan.




Ni aku sedang memikirkan macam manalah nak mengajar kat sekolah baru ni

Untuk pengetahuan sahabat, jarak antara rumah saya di Bachok Kelantan dengan sekolah baru saya di Jeli ini ialah lebih kurang 110KM sehala, maknanya saya terpaksa berulang alik sejauh 220KM. Jadi ini semua membataskan ruang untuk saya online. Tambahan pula, saya telahpun menamatkan perkhidmatan Streamyx sebaik sahaja berpindah dari Perak ke Kelantan. Insha-Allah bila menemui rumah sewa yang sesuai barulah saya meneruskan kembali perkhidmatan Streamyx saya itu atau setidak-tidaknya menggunakan broadband.

Rasanya sudah cukup dan memadai saya berkhidmat di perantauan setelah beberapa tahun berkhidmat di Lahad Datu Sabah dan Chemor Perak. Akhinrya saya kembali ke negeri kelahiran saya,Kelantan Darul Naim. Kepada rakan-rakan guru yang belum diluluskan permohonan pertukaran, moga bersabar dan terus mencuba nasib di lain masa dan ketika. Namun, sebagai guru kita wajib terus mencurah bakti meskipun di mana sahaja kita ditempatkan.

Apa yang pasti, segala pahit manis di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu Sabah dan Sekolah Menengah Dato Haji Mohd Taib Chemor Perak, akan sentiasa sentiasa segar di hati dan sentiasa bugar di sanubari. Saya akan pastikan ia kekal melekat di ingatan selagi hayat dikandung badan.

Terima Kasih Tuhan, kerana memakbulkan Doaku.

Tuesday, 15 May 2012

Terima Kasih Wahai Guru

mereka adalah antara guru-guru yang
pernah mendidikku ketika di SMK Bachok Kelantan



Dahulu,ketika di alam persekolahan, pernah saya beranggapan kerjaya sebagai guru tidak memenatkan akal dan tidak melelahkan fizikal. Tapi tanggapan itu mulai lerai dan berderai apabila saya ditakdirkan menjadi seorang guru. Ternyata, ia tidak semudah yang disangka dan tidak sesenang yang diduga. Ternyata ia memerlukan kekentalan yang bukan sedikit untuk merenangi lautan duga.

Ternyata juga, ia tidak sekadar memperkenalkan huruf dan angka, tapi peranan guru lebih dari itu. Paling penting,memandu pelajar untuk memaknakan hidup demi kehidupan yang lebih bermakna. Bermakna kepada agama,bangsa dan negara. Paling penting, bermakna di dunia dan di juga di sana.

Jutaan terima kasih, saya ucapkan kepada guru-guru yang pernah mendidik saya, baik ketika di sekolah rendah, mahupun di sekolah menengah. Terima kasih kerana mengajar saya menjadi manusia.

:Guru Terbaik:
Kepada rakan-rakan guru, selamat hari guru saya ucapkan. Dan, sebelum itu, saya ingin kongsi untaian hikmah yang pernah dilafazkan oleh Jean Jacques Rousseau. Beliau merupakan ‘arkitek’ Revolusi Perancis. Revolusi yang mengakhiri pemerintahan Raja Louis XVI dan Maria Antoinette.

Jean Jacques Rousseau berkata “Kita belajar bersama hidup.Pelajaran pula bermula dengan permulaan nafas dan kekurangan yang dirasai adalah guru yang terbaik.”

Kekurangan yang dirasai dan kelemahan yang disedari. Itulah ‘guru’ yang terbaik berdasarkan pandangan arkitek revolusi Perancis ini. Sudahkah kita menemui ‘guru’ ini. Untuk menemuinya kita perlu gigih mencari. Mencari dalam diri dengan merenung jauh ke dasar hati.

Tema Hari Guru 2012 : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Artikel Berkaitan : Puisi Buat Guru

Thursday, 3 May 2012

NUTP Tidak Bersetuju Dengan Cadangan Untuk Melatih Guru Bahasa Inggeris di Luar Negara



Amat menghairankan apabila Timbalan Perdana Menteri ,yang juga Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin bersetuju dengan cadangan Tan Sri Dr Yahya Ibrahim supaya menghantar semula guru pelatih Bahasa Inggeris ke Maktab Kirkby England. Cadangan dan juga persetujuan tersebut seolah-olah mengambarkan negara baru sahaja mencapai kemerdekaan, seakan-akan negara ketandusan rakyat yang dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Selain itu, andainya cadangan ini dilaksanakan, ia pastinya memerlukan biaya yang besar hingga mencecah jutaan ringgit.

Gambar dari member FB.
Bukti jelas pelajar melayu terlalu menguasai Bahasa Inggeris


Syabas saya ucapkan kepada Presiden NUTP,Hashim Adnan kerana bersikap sebagai anak jantan dalam isu ini dengan membantah cadangan yang sangat tidak wajar itu. Antara pandangan dan cadangan NUTP untuk memperkasakan Bahasa Inggeris ialah.

  • Negara sudah mempunyai ramai tenaga pengajar di Pusat Bahasa. jadi mereka amat mampu dan sangat berupaya untuk melatih guru-guru Bahasa Inggeris dengan berkesan.
  • Jika masih ingin tenaga pengajar dari luar negara, pendekatan terbaik ialah dengan mengambil mereka secara kontrak.

Wednesday, 4 April 2012

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA(KPM) BAGI SESI JUN 2012.



Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 1 hingga 30 April 2012.

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Jun 2012 dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 26 Mei 2012. Sila semak maklumat pertukaran melalui laman web e-GTukar.

Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.



Info Tambahan:

Seseorang guru tidak boleh memilih lokasi untuk menabur bakti. Mereka perlu menjadi seperti hujan yang mencurah, ke mana sahaja ia hadir, akan meninggalkan lembap dan basah, lihat -->: SINI

Tuesday, 3 April 2012

Pengiraan Pemindahan Gaji Kakitangan Awam Mengikut PP. Bil. 1/2012

(kredit buat masmurni untuk gambar ini)


Ini adalah sambungan dari tajuk lepas, lihat -->: SINI

Bermula bulan April ini, kakitangan awam akan menikmati gaji baru di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012(PP.Bil.1/2012). Ia merupakan hasil penambahbaikan SSM setelah Perdana Menteri memutuskan pembatalan SBPA.

Untuk kemudahan kakitangan awam, Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) telah menyediakan formula pergiraan pemindahan gaji. Rujuk sahaja di --> www.jpa.gov.my

Semakan Online Permohonan Matrikulasi KPM SesI 2012/2013


Lepasan SPM 2011 yang telah mohon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2012/2013 boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi PST dan PDT mulai 25 April 2012.

Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2012 boleh disemak dengan dua cara;

  1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia diSemakan Tawaran Kolej Matrikulasi.(dibuka mulai 25 April 2012)

  2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888
Pendaftaran Matrikulasi

  • Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 28 Mei 2012 bagi kolej-kolej di Semenanjung Malaysia dan 21 Mei 2012 bagi Kolej Matrikulasi Labuan..
  • Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.
  • Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.
Rayuan Matrikulasi

Manakala mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012. Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas. Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada 7 Jun 2012.

Sumber : Melvister.com

Friday, 23 March 2012

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012



Perhatian kepada pelajar lepasan SPM yang ingin mengambil atau memohon program perguruan anda bolehlah memohon program Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau sekarang lebih dikenali sebagai Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian sesi ambilan jun 2012. Program ini akan dibuka pada 22 Mac 2012. Oleh itu, pastikan anda telah menyediakan apa yang patut bagi memohon program tersebut.






Cara-cara untuk memohon Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) ambilan Jun 2012 adalah seperti yang berikut:

  • Jangan lupa beli No. Pin di Bank-bank Nasional yang berdekatan dengan anda pada 22 Mac dengan bayaran sebanyak RM6.00 saja.
  • Jangan lupa, bila dah beli No. Pin, anda bolehlah melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysiauntuk mendaftar secara online pada tarikh yang sama iaitu pada 22 Mac 2012.
  • Pastikan anda mematuhi syarat-syarat permohonan apabila anda memohon Progran Ijazah Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian tersebut.

Syarat-syarat kemasukan ke Program Ijazah Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian ambilan Jun 2012 adalah seperti di bawah:






Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 April 2012.

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012 boleh dibuat mulai 22 Mac 2012 (Khamis) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia
atau boleh terus ke :


Oleh itu, kepada pelajar-pelajar lepasan SPM jangan lupa isi cepat-cepat sebelum tarikh tutup tersebut.

Sumber: ikhwan

Thursday, 22 March 2012

Tunggakan Tiga Bulan Gaji Akan Dibayar Mulai April

Kredit buat MASMURNI untuk gambar ini.

  • Bayaran tunggakan tiga bulan gaji akan dibayar kepada penjawat awam mulai April ini.
  • Terima kasih kepada Cuepacs kerana lantang memperjuangkan nasib penjawat awam.
  • Terima kasih kepada kerajaan kerana sudi memahami keluh kesah penjawat awam.
  • Penjawat awam perlu meningkatkan prestasi kerja dan memahami tugasnya, dan jangan sesekali menjadi seperti Makhluk Tuhan Paling Tolol :-->lihat SINI

Sunday, 12 February 2012

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA | TERIMA KASIH KERAJAAN.




RM500.00 yang diagihkan menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) amatlah bererti dan sangatlah bermakna buat golongan marhaen, termasuklah kepada kedua orang tua saya. Saya amat yakin, seluruh warga marhaen pun begitu juga.

Di samping berterima kasih kepada kerajaan dan bersyukur kepada Tuhan, jauh disudut hati warga marhaen, amat mengharapkan agar program membela rakyat ini akan berterusan untuk tahun-tahun akan datang. Janganlah tahun ini menjadi kali pertama dan terakhir untuk BR1M. Biarlah ia menjadi agenda tahunan dan bukannya agenda memancing sokongan.

Sunday, 29 January 2012

SBPA Menindas Doktor Pakar.




Doktor Pakar antara yang paling banyak mengadu mengenai kelemahan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA). Ini memandangkan pendapatan mereka jauh lebih rendah berbanding doktor yang baru bertugas.

Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam(Ceupacs), Lok Yin Theng berkata, Ceupacs banyak menerima surat daripada golongan ini(doktor pakar) dan meminta pihaknya(Ceupacs) mendesak Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) mengkaji semula perkara ini.

Golongan doktor pakar terutamanya dari Gred 51 hingga 54 dikatakan menerima gaji bulanan yang jauh lebih rendah(saya rasa bukan gaji yang lebih rendah ,cuma jarak gaji antara mereka yang tidak jauh berbeza. Maksudnya dari aspek kenaikan tahunan dan kadar imbuhan yang diterima)berbanding doktor yang baru bertugas, sedangkan peranannya di hospital terlalu besar.

Info Tambahan:
Sistem Kenaikan Gaji Dalam SBPA.
a) Kumpulan Primer = RM60,000.00(RM60K)
b) Kategori dua = RM45,000.00(RM45K)
c) Kategori tiga = RM40,000.00(RM40K)
d) Kategori empat =RM35,000.00(RM35K)
e) Jusa C = RM6000.00 hingga RM12,000.00( RM6K –RM12K)
f) Kumpulan Pelaksana( termasuklah guru-guru dan doktor)=RM80.00,RM100.00,RM200.00


Semua tentang isu ini saya petik dari akhbar Sinar Harian, Ahad 22 Januari 2012, halaman N4.
(Perkataan yang saya Italickan adalah tambahan perkataan dari saya secara peribadi. Mohon diperbetulkan andainya saya silap)


P/S = Ada yang mengatakan kakitangan awam dari golongan pelaksana sebagai golongan yang tidak bersyukur dan tidak ikhlas dalam pekerjaan. Sebenarnya ini bukanlah persoalan syukur atau iklhas tapi soal ketidakadilan.

Andainya masih ada yang menuduh kakitangan awam dari golongan pelaksana ini sebagai tidak bersyukur, maka apa kata kalau Kerajaan selaraskan sahaja gaji kakitangan awam tanpa mengira taraf pendidikan atau kelulusan. Maksudnya,baik lepasan SPM, STPM/Diploma, Sarjana Muda, Master dan PhD akan menerima gaji yang sama.

Ini baru betul-betul bersyukur dan benar-benar ikhlas, sebab manusia akan menuntut ilmu atas dasar keihlasan dan buaknnya kerana inginkan jawatan dan gaji yang lumayan. Agak-agaknya tak sampai sebulan tiada lagi manusia yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA/S dan tak sampai dua bulan semua IPTA/S akan ditutup.

Adilkan?
Benar-Benar Bersyukurkan?
Betul-Betul Ikhlaskan?

Wednesday, 18 January 2012

Gaji pegawai atasan yang terlalu tinggi di bawah skim SBPA telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kakitangan awam



Kenaikan gaji yang lebih tinggi yang dicadangkan untuk pegawai tertinggi kerajaan di bawah Skim Persaraan Baru Kakitangan Awam (SBPA) telah menimbulkan perasaan tidak puas hati 1.4 juta kakitangan awam.

Di bawah skim baru berkenaan, pegawai atasan kerajaan akan dibayar sebanyak RM80,000 sebulan berbanding kakitangan awam hanya menerima kenaikan RM1.70 sebulan dan telah membangkitkan kemarahan beberapa kesatuan sekerja dan juga pembangkang.

Kemarahan mereka menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyemak semula skim berkenaan selepas protes yang dilakukan Kongres Kesatuan Sekerja untuk kakitangan awam(Ceupacs). Difahamkan, skim berkenaan dibuat tanpa melibatkan penglibatan Ceupacs.

The Malaysian Insider difahamkan, di bawah skim SBPA, 36 pegawai atasan kakitangan awam akan memperoleh RM36,000 sebulan. Ketua Hakim akan memperoleh RM80,000 dan Ketua Setiausaha Negara akan mendapat RM60,000 sebulan.

Timbalan Presiden Ceupacs I, Azih Muda mengesahkan maklumat berkenaan dan maklumat lanjut berada dalam tangan kerajaan.

"Ya, ya, memang begitu, sama seperti di dalam kalangan pusingan terbabit... gaji pokok untuk mereka yang berada di perkhidmatan utama adalah RM36,000," katanya.

Tapi Azih enggan untuk mengulas lanjut berkenaan perkara itu, dan menegaskan kerajaan telah pun mengumumkan kumpulan bertindak untuk mengkaji SBPA.

Jumaat lepas, kerajaan mengumumkan satu kumpulan khas untuk menyemak semula SBPA bermula sekarang hingga 16 April, diketuai oleh bekas pengarah kakitangan awam Tan Sri Ismail Adam, dan akan memasukkan wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Ketua Hakim Negara, dan Kementerian Kewangan termasuk Ceupacs.

"Saya lebih selesa untuk tidak mahu mengulas perkara itu, kerajaan sudah membentuk jawatankuasa kerja bagi menyemak semula perkara itu, dan pelaksanaannya telah ditangguhkan, jadi saya percaya kerajaan akan menyelesaikan perkara itu," jelas Azih.

Namun begitu, beliau mengesahkan jawatankuasa kerja berkenaan akan menyemak secara spesifik bayaran terhadap servis utama.

"Mereka akan menyemak semuanya," katanya sebelum memutuskan panggilan.

Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menangguhkan skim terbabit berikutan pertubuhan itu tidak diajak berunding berkenaan perkara itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan perbezaan pendapatan antara kakitangan awam di peringkat tertinggi sehingga lima angka, sementara kakitangan bawahan hanya memperoleh jumlah yang jauh lebih kecil.

"Adakah adil sekiranya KSN (Ketua Setiausaha Negara) mendapat RM60,000 sebulan, sedangkan kerani hanya memperoleh kurang RM100 kenaikan gaji,"jelas Mahfuz apabila ditanya pendapatnya berhubung perkara itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata PAS akan terus menuntut kerajaan menyemak semula skim berkenaan supaya kenaikan yang "adil" terhadap kakitangan awam.

"Segala-galanya harus disemak semula ... ia seharusnya diperbaiki supaya kumpulan sokongan memperoleh pendapatan yang lebih berpatutan.

"Selain itu, pembayaran anggota tentera juga perlu disemak, mereka tiada kesatuan," katanya.

Belanjawan 2012 telah menetapkan sejumlah RM64.1 billion bagi gaji dan pencen kakitangan awam, 28 persen daripada keseluruhan belanjawan, peningkatan daripada RM36.9 lima tahun lalu.

Sumber : TheMalaysian Insider


Info Tambahan:
SBPA belum dilaksanakan dan gaji belum lagi naik, tapi sesetengah harga barang dah mula naik.

Kekadang kita perlu fikirkan nasib buruh, nelayan dan juga petani. Pendapatan mereka macam tu juga dan mungkin semakin merosot, tapi harga barang pasti semakin naik.
Syukurlah tahun ni mereka dapat RM500.00 sebulan dan syukur juga sebab anak-anak mereka yang masih bersekolah dapat RM100.00 seorang. Tapi macam mana untuk tahun-tahun yang mendatang. Adakah bantuan ini akan berterusan atau terhenti setakat tahun ini sahaja.

p/s = kekadang hati diasak sayu, pabila melihat nelayan termenung memandang wajah laut yang membiru. Mungkin nelayan itu tertanya sendiri ,
“wahai sotong, ke manakah kamu bersembunyi. Wahai kembung ke manakah kamu menghilangkan diri.”

Tuesday, 10 January 2012

CUEPACS minta pemilihan semula opsyen persaraan


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini meminta agar penjawat awam yang tidak memilih opsyen umur persaraan 60 tahun dibenarkan menandatanganinya semula.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata ini kerana pihaknya menerima banyak aduan bahawa ada penjawat awam tidak memilih opsyen itu kerana tidak diberi penerangan sewajarnya.

"Jadi bila pihak CUEPACS sudah memberikan penjelasan berhubung perkara itu barulah mereka faham dan berhasrat untuk menandatangani opsyen itu," katanya kepada pemberita selepas majlis Himpunan Transformasi dan Ikrar Intergriti Pembantu Makmal Penolong Pegawai Sains Institusi Pengajian Tinggi Awam di sini.

Selain itu, beliau juga meminta agar penjawat awam yang dipaksa memilih opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) tanpa disertakan penyata pergerakan gaji dibenar memilih semula sama ada kekal dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) atau sebaliknya.

"Ini kerana ada yang hanya diberikan penyata kenaikan di bawah skim SBPA selepas tandatangan borang tersebut dan kemudian mendapati ada beberapa kemusykilan dalam dalam pergerakan gaji yang ditawarkan," katanya.

Katanya, CUEPACS masih menerima banyak rungutan mengenai SPBA antaranya daripada penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum.

Segala aduan, katanya, akan dipanjangkan kepada Jabatan Perkhdimatan Awam (JPA) kerana dalam masa terdekat akan ada lagi pertemuan untuk membincangakn isu berbangkit.
Tarikh tutup bagi opsyen persaraan 60 ialah pada 30 Disember lalu, sementara opsyen SPBA dilanjutkan kepada 15 Januari ini.

Sementara itu, CUEPACS juga katanya mendesak agar hampir 700 pembantu makmal di IPTA seluruh negara, dinaik taraf kepada penolong pegawai sains sebagaimana persetujuan yang sudah dicapai antara Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak universiti dua tahun lalu.

"Ada universiti yang sudah pun menaik taraf jawatan itu seperti di Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia, universiti lain belum ada lagi kalau ada pun dalam bilangan yang kecil, " katanya. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian

Monday, 9 January 2012

Bayaran gaji penjawat awam pada bulan Januari 2012 berdasarkan SSM

KUALA LUMPUR: Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Januari ini.

"Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari 2012," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari.


sumber: Berita Harian

Thursday, 17 November 2011

AKSI GURU BESAR TERLAMPAU



Nak kata bodoh, dia ni Guru Besar. Nak kata banggang, rasanya dia ni terpelajar. Cikgu Abd Halim bin Mohamad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkap Setiu merupakan Guru Besar paling teruk yang pernah saya ketemui. Kalau dah ghairah nak berpolitik, tunjukkanlah kejantananmu wahai cikgu. Letaklah jawatan dan bertandinglah dalam pilihanraya akan datang. Sila tonton dan dengar "firman" Guru Besar ini.




Cikgu Halim sememangnya layak dinobatkan sebagai Guru Besar Terlampau apabila bertindak gila dengan 'memaki hamun' para penyokong PAS ketika beliau menyampaikan ucapan pada Majlis Pengagihan Bantuan RM100 kepada murid-murid disekolah terbabit.

Saya tidak berminat nak mengulas isu ini dari sudut politik, tapi saya nak ulas dari sudut waras dan wajar. Sepatutnya Guru Besar tersebut mengantung jersi politiknya diluar pagar sekolah dan bila memasuki halaman sekolah, dia perlulah memakai jersi pendidik. Tindakan biadap Guru Besar tersebut umpama mewujudkan industri pelacuran dalam profesion keguruan. Iaitu melacurkan tugas sebenar seorang guru. Tugas seorang guru ialah memperkasakan akademik pelajar dan bukannya memperkasakan parti yang disokong. Amat tidak waras dan sangat tidak wajar, apabila seseorang Guru Besar menyampaikan ceramah politik di hadapan pelajar, guru-guru dan ibu- bapa.

Berdasarkan ‘Firman’ Cikgu Halim, sesiapa sahaja yang menyokong PAS( baik doktor, guru, ustaz atau sesiapa sahaja) adalah golongan yang bodoh dan benggong serta tidak cerdik. Tidak mengapa, jika ucapan ini diucapkan dalam ceramah politik atau dalam mesyuarat parti. Tapi yang banggangnya, ‘FIRMAN’ yang penuh dengan nista dan maki hamun ini diucapkan dihadapan ratusan ibu-bapa dan guru-guru yang pastinya terdiri dari pelbagai latar belakang politik. Lagi tidak cerdik kerana ‘FIRMANNYA’ itu turut didengari oleh murid-murid sekolah rendah yang belum mengerti apa-apa.

Saya sertakan kata-kata Cikgu Besar yang belum akil baligh ni kat sini(tolong dengar juga youtbe yang saya sertakan di atas) "kita tak mboh (mahu) dengar orang Langkap ni fikiran dia kena racun dengan parti pembangkang. Cikgu pun ada hok bodoh, seorang ustaz pun bingung, buleh masuk parti Pas, seorang doktor hok cerdik, bila masuk parti Pas, bodoh selalu! tuan-tuan, janganlah masuk parti pembangkang, tobat! Cikgu, ustaz bila masuk parti pembangkang, maknga (malas) selalu ngajar , anak murid jadi mangsa…”

Dari sudut politik dan kenegaraan ternyata Cikgu Besar ni tak cerdik. Dia tak faham maksud demokrasi. Entah kat Universiti manalah Guru Besar ni belajar. Disebabkan Cikgu Besar ini belum akil baligh, maka saya amat teringin untuk menjelaskan kepadanya maksud demokrasi sebagaimana yang diajar oleh Abraham Lincoln, iaitu "pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat." Jadi terpulanglah kepada rakyat untuk memilih parti apa sekalipun. Tugas pemimpin parti-parti politik pula ialah memancing rakyat untuk menyertai dan menyokong parti mereka.

Dari aspek ekonomi pula, Guru Besar ni belum lagi MUMAYIZ. Dia tidak dapat membezakan antara Kerajaan dan Parti Politik, sekali gus gagal memahami takrif Wang Negara dan Wang Parti. Bantuan kepada murid-murid sebanyak RM100 tu adalah Wang Negara. Antara sumber utama pendapatan Kerajaan, ialah cukai yang dikenakan terhadap rakyat. Pembayar cukai pula ialah orang ramai atau rakyat yang terdiri daripada pelbagai parti. Jadi tak wajar dan tak waras jika pengagihan RM100 tu nak dijadikan modal memancing undi.

Kebiadapan Guru Besar ini mengingatkan saya kepada entry yang pernah ditulis oleh blogger Jiwa Hamba. Beliau telah membidas segala usaha yang ingin mewujudkan industri pelacuran dalam profesion keguruan ini. Tolonglah baca dan hayati entry beliau. Entry beliau menjelaskan betapa hebatnya industri pelacuran yang wujud dalam profesion keguruan di Malaysia :. > klik SINI

p/s : . > Saya ingin mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan guru(termasuk bakal guru dan sesiapa sahaja yang berminat dengan profesion keguruan) “Janganlah sesekali mewujudkan indsutri pelacuran dalam profesion keguruan. Janganlah melacurkan tugas sebenar anda sebagai seorang guru. Tugas seorang guru ialah memperkasakan akademik pelajar dan bukannya memperkasakan parti yang disokong. Gantunglah jersi politik diluar pagar sekolah dan pakailah jersi pendidik apabila memasuki halaman sekolah.”