Ini adalah lanjutan daripada entry lepas, lihat :.-->
SINI
Pada 30 Mei hingga 1 Jun 2012, saya berkunjung Ho Chi Minh City (HCMC) Vietnam, dahulunya dikenali sebagai Saigon(namun, rata-riti penduduk tempatan lebih selesa dengan istilah Saigon). HCMC merupakan bandaraya terbesar di Vietnam, walaupun ibu negaranya ialah Hanoi.
Sebenarnya ini adalah kali kedua saya berkunjung ke HCMC. Kunjungan pertama ialah pada 3-7.11.2010. Kunjungan kali ini sangat singkat dan lokasi kunjungan juga agak terhad, namun tetap ada pengalaman tertentu yang bisa saya pungut, meskipun saya agak kurang teruja dengan kunjungan kali kedua ini.
Disebabkan telah ada catatan yang saya buat ketika kunjungan pertama ke HCMC dahulu, jadi untuk kali ini, saya lebih cenderung memaparkan gambar-gambar yang sempat saya rakam sahaja,disertakan dengan sedikit info. Tentang cerita atau catatan ketika kunjungan pertama dahulu,bolehlah lihat di:.-->
SINI.
Cu Chi Tunnel.
Chu Chi Tunnels terletak di daerah Cu Chi. Ia merupakan rangkaian terowong bawah tanah sejauh 200 km. Ia digunakan oleh tentera Viet Cong ketika menentang US Army. Cu Chi Tunnel yang terletak di bawah tanah ini, lengkap dengan segala kemudahan seperti bilik rehat, bilik mesyuarat, bilik memasak, hospital dan stor.
Saya difahamkan panjangnya hingga ke sempadan Vietnam- Kemboja. Saya difahamkan juga, masih banyak lagi info mengenai Chu Chi Tunnels yang dirahsiakan(hanya pihak tertentu sahaja di Vietnam yang mengetahuinya), dan yang didedahkan hanyalah sedikit sahaja. Ini kerana,terowong ini akan digunakan kembali andainya Vietnam berhadapan dengan perang.
Cu Chi Tunnel
Kat dalam Chu Chi Tunnel
Lautan motorsikal di jalanraya HCMC.
Majoriti penduduk HCMC menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama. Saya tak pasti, jumlah sebenar motorsikal yang terdapat di HCMC, namun saya pernah terbaca, jumlahnya lebih kurang sejuta buah motorsikal yang digunakan oleh penduduk HCMV untuk kegunaan harian. Paling menarik perhatian saya, terdapat ‘R&R’ khas untuk penunggang dan pembonceng motorsikal. Ia merupakan gerai-gerai yang didirikan untuk penunggang motorsikal ini berehat setelah melakukan perjalanan yang jauh. Di Gerai-gerai itu disediakan makanan dan minuman serta buaian(Hammock).
Sungai Mekong.
Kunjungan dan seterusnya menyusuri Sungai Mekong adalah satu kemestian andainya berkunjung ke HCMC. Tujuannya adalah untuk ke beberapa lokasi(Pulau) yang memasarkan produk-produk penduduk sekitar lembah Sungai Mekong. Antaranya ialah Honey Island dan Coconut Island. Sungai Mekong merupakan Sungai terpenting di Vietnam. Ia merupakan sungai ke-10 terpanjang di dunia. Saya difahamkan(menerusi pembacaan) panjangnya ialah sekitar 4880 km dan lembangan Sungai Mekong seluas 812,000 km persegi.
Pulau Sekitar Lembah Mekong.
Benth Thanh Market juga merupakan lokasi wajib dikunjungi andainya anda berkunjung ke HCMC. Ia persis
Pasar Ikan di Medan dan Pasar Baru di Bandung ,atau setidak-tidaknya seperti Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan dan Pekan Rabu di Alor Setar, Kedah.
Selanjutnya,bialrah gambar yang bercerita.
Pulau Sekitar Lembah Mekong
Pulau Sekitar Lembah Mekong
Pulau Sekitar Lembah Mekong
Pasar Malam Berhampiran Benth Thanth Market.
T
ajuk Lain Yang Berkaitan: Summer Palace, Beijing