Ini adalah lanjutan daripada entry lepas, lihat :.--> SINI
Pada 30 Mei hingga 1 Jun 2012, saya berkunjung Ho Chi Minh City (HCMC) Vietnam, dahulunya dikenali sebagai Saigon(namun, rata-riti penduduk tempatan lebih selesa dengan istilah Saigon). HCMC merupakan bandaraya terbesar di Vietnam, walaupun ibu negaranya ialah Hanoi.
Sebenarnya ini adalah kali kedua saya berkunjung ke HCMC. Kunjungan pertama ialah pada 3-7.11.2010. Kunjungan kali ini sangat singkat dan lokasi kunjungan juga agak terhad, namun tetap ada pengalaman tertentu yang bisa saya pungut, meskipun saya agak kurang teruja dengan kunjungan kali kedua ini.
Disebabkan telah ada catatan yang saya buat ketika kunjungan pertama ke HCMC dahulu, jadi untuk kali ini, saya lebih cenderung memaparkan gambar-gambar yang sempat saya rakam sahaja,disertakan dengan sedikit info. Tentang cerita atau catatan ketika kunjungan pertama dahulu,bolehlah lihat di:.--> SINI.
Disebabkan telah ada catatan yang saya buat ketika kunjungan pertama ke HCMC dahulu, jadi untuk kali ini, saya lebih cenderung memaparkan gambar-gambar yang sempat saya rakam sahaja,disertakan dengan sedikit info. Tentang cerita atau catatan ketika kunjungan pertama dahulu,bolehlah lihat di:.--> SINI.
Cu Chi Tunnel.
Chu Chi Tunnels terletak di daerah Cu Chi. Ia merupakan rangkaian terowong bawah tanah sejauh 200 km. Ia digunakan oleh tentera Viet Cong ketika menentang US Army. Cu Chi Tunnel yang terletak di bawah tanah ini, lengkap dengan segala kemudahan seperti bilik rehat, bilik mesyuarat, bilik memasak, hospital dan stor.
Saya difahamkan panjangnya hingga ke sempadan Vietnam- Kemboja. Saya difahamkan juga, masih banyak lagi info mengenai Chu Chi Tunnels yang dirahsiakan(hanya pihak tertentu sahaja di Vietnam yang mengetahuinya), dan yang didedahkan hanyalah sedikit sahaja. Ini kerana,terowong ini akan digunakan kembali andainya Vietnam berhadapan dengan perang.
Cu Chi Tunnel
Kat dalam Chu Chi Tunnel
Lautan motorsikal di jalanraya HCMC.
Majoriti penduduk HCMC menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama. Saya tak pasti, jumlah sebenar motorsikal yang terdapat di HCMC, namun saya pernah terbaca, jumlahnya lebih kurang sejuta buah motorsikal yang digunakan oleh penduduk HCMV untuk kegunaan harian. Paling menarik perhatian saya, terdapat ‘R&R’ khas untuk penunggang dan pembonceng motorsikal. Ia merupakan gerai-gerai yang didirikan untuk penunggang motorsikal ini berehat setelah melakukan perjalanan yang jauh. Di Gerai-gerai itu disediakan makanan dan minuman serta buaian(Hammock).
Sungai Mekong.
Kunjungan dan seterusnya menyusuri Sungai Mekong adalah satu kemestian andainya berkunjung ke HCMC. Tujuannya adalah untuk ke beberapa lokasi(Pulau) yang memasarkan produk-produk penduduk sekitar lembah Sungai Mekong. Antaranya ialah Honey Island dan Coconut Island. Sungai Mekong merupakan Sungai terpenting di Vietnam. Ia merupakan sungai ke-10 terpanjang di dunia. Saya difahamkan(menerusi pembacaan) panjangnya ialah sekitar 4880 km dan lembangan Sungai Mekong seluas 812,000 km persegi.
Pulau Sekitar Lembah Mekong.
Benth Thanh Market juga merupakan lokasi wajib dikunjungi andainya anda berkunjung ke HCMC. Ia persis Pasar Ikan di Medan dan Pasar Baru di Bandung ,atau setidak-tidaknya seperti Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan dan Pekan Rabu di Alor Setar, Kedah.
Selanjutnya,bialrah gambar yang bercerita.
Pulau Sekitar Lembah Mekong
Pulau Sekitar Lembah Mekong
Pulau Sekitar Lembah Mekong
Pasar Malam Berhampiran Benth Thanth Market.
Tajuk Lain Yang Berkaitan: Summer Palace, Beijing
Wah.... seronoknya dapat berjalan-jalan kan.... OKje ni tah bila agaknya nak sampai...he...he...jalan dalam Malaysia ajelah!!
ReplyDeletehainom OKje .
ReplyDeleteKebetulan member ajak, tu yg pergi kali kedua w/pun dah tak berminat ke vietnam
bestnya dpt cuti2 kat tmpat mcm ni.. menarik gak yg Cu Chi Tunnel tu.. apa perasaan ble duk dalam tu ya?? :)
ReplyDeleteHida.
ReplyDeleteRasa seronak jugak dok dlm Chi Chi Tunnel tu. Terbayang2 kecekalan n keberanian tentera vietcong.hehehe.
us army mmg kalah truk klau cuba msuk chu chi tunnels tu kn, huh...
ReplyDeletecaliph shuriken.
ReplyDeleteus army tak prnah menyangka tentera vietcong miliki strategi perang yg lagi hebat.. Chu Chi tunnels mmg mengagumkan.
bestnye......salu gak ke oversea ye....beijing and terbaru vietnam..
ReplyDeletekwn yg berkesempatan pg kata vietnam negara yg agak kotor n bau hancing merata2... betul ke???
masa pg ade wat ground arrangement kat sana???
wah.nampak seronok.
ReplyDeleteRamainya org kat sini.
ReplyDeleteIntan Norhaida.
ReplyDeleteJarang2 jer sy ke oversea. Nak kata kotor tu taklah jugak,mungkin kawsan tertentu yg agak kotor. Tapi sepanjang dua kali kunjungan sy ke sana, rasanya taklah kotor sgt vietnam. Kalau kemboja mmg agak kotor..xdelah wat ground arrangement.
nizamsani.
ReplyDeleteTrima kasih ats kunjungan sahabat. Saja jer jalan2 tgk budaya tmpt org..
thomas.
ReplyDeleteKat mana ramai org tu thomas.
one fine day kena pergi ni...
ReplyDeleteNi kalo prmpuan yg pegi, mau tak smpat snap gambar sbb asyik shopping.
ReplyDeletezila manaf .
ReplyDeleteBagus juga Zila pergi HCMC sbb sesuai jgk utk ppuan nak shopping.
Ujie.
ReplyDeleteBetul tu Ujie. Mmg ade member ppun yg tak nak jalan2 sbb nak gi shopping jer..
Tak pernah sampai ke sana seronokkan dapat pergi negeri orang...
ReplyDeleteChe Rosliza Che mat.
ReplyDeleteTerima kasih ats kunjungan. Kalau matlamat kita nak tengok budaya tempat org memang ia menyeronakkan sbb kita boleh pelbagaikan pengalaman hidup.
Sempit nya dlm Chu Chi Tunnel tu....InsyaAllah akan kesana sedikit waktu nnt...elok juga baca2 N3 ni sebagai rujukan kesana ...
ReplyDeleteEye_nee.
ReplyDeleteSy difahamkan ia sebenarnya sempit jer tapi utk kemudahan pelancong diperbesarkan sedikit. Bulan berapa mahu ke sana tu?
Info ttg restoran halal ada sy sertakan dlm link kunjungan pertama saya dulu..
Vietnam adalah detik hitam dalam sejarah tentera amerika
ReplyDeleteKagum dengan semangat mereka
tehr .
ReplyDeleteBenar skali tehr. Amerika diaibkan oleh tentera vietcong, tapi mereka bohongi dunia menerusi filem2 mereka spt Rambo dan Mission in Action
konfirm saya tak leh masuk chu chu tunnel tu.. sebab saya\ tak leh masuk tempat sempit dan tertutup, boleh panikk dan sesak nafas...huhu.
ReplyDeletebestnye awak..cubit2 nuffnang
ReplyDeleteanaa .
ReplyDeleteKawan2 sy aritu pun ade jgk yg tak boleh masuk dlm chu chi tunnels sbb dia ada asma.
Mrs Velentine.
ReplyDeleteTrima kasih ats kunjungan. Nnt sy cubit nuff awk balik.
bestnye jalan2 sana.. jauh berjalan.. luas pemandangan kan.. chu chi tunnel tu sempit benor ye... camne nak masuk kalau badan besar.. hmmm.. hehehe.. :)
ReplyDeletethankss singgah tengok pulut durian tadi.. :)
JaSSNaNi .
ReplyDeleteMmg chu chi tunnel tu sempit sbb org2 vietnam rata-ratanya kecil saiz tubuhnya, agak terseksalah kpd yg berbadan besar.hehehe.
Trima kasih juga atas kunjungan.
best juga kalau sesekali dapat menjelajah ke negara orang..kan..
ReplyDeleteizan mama mia.
ReplyDeleteBest jugak sbb dapat tgk budaya dan cara hidup masy luar. Yg ptg, kita perlu bersyukur sbb dan rasa bertuahv krn menjadi warga Malaysia.
untungnya dapat jalan2 kat negara orang :)
ReplyDeleteNurul Husna Mohd Hassan.
ReplyDeleteTrima kasih ats kunjungan. Kebetulan aritu member ajak gi Vietnam.
nampak menarik je..:)
ReplyDeleteArra Ahmad .
ReplyDeleteAgak menarik jugak, tapi masalahnya makanan halal agak mahal.
Hi! juz back from vietnam too. Sangat best! Keep posting travelog!
ReplyDeletefuza.
ReplyDeleteMmg best, sy yg dah 2 kali ke Vietnam pun masih rasa teruja. Sy pun bercadang nk ke sana lagi tapi ke Hanoi kt utara vietnam plak.