Wednesday, 26 September 2012

DEMI CINTA, IBU DIBUANG




Nasi Lemak Bidara 
Sayang Selasih Hamba Lurutkan 
Tinggal Emak Tinggal Saudara
 Kerana Kasih Hamba Turutkan.
(sungguh tak islamik pantun ini).



1,706 ORANG KANAK-KANAK DAN REMAJA GAGAL DITEMUI SEJAK DUA TAHUN LALU. Itu yang dilaporkan dalam akhbar arus perdana sedikit masa dahulu. 

 

Seramai 1,504 orang atau 85 peratus daripadanya berusia 14 hingga 17 tahun diikuti 10 hingga 13 tahun (155 orang atau 12 peratus) dan sembilan tahun ke bawah (47 orang atau 2.7 peratus).

Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman mendedahkan ada beberapa faktor mendorong kehilangan golongan itu. Paling tinggi disebabkan dipengaruhi rakan iaitu 621 orang diikuti mengikut kekasih (597 orang) dan cari kebebasan di luar rumah (474 orang). Selain itu, punca perselisihan faham dengan keluarga (260 orang), tidak minat belajar (92 orang), dilarikan ibu bapa sendiri (53 orang) dan kurang perhatian keluarga (33 orang). 



Lari mengikut kekasih, ini yang ingin saya fokuskan. Tak kiralah kekasih warga tempatan atau warga Lombok. Lari ikut kekasih adalah seramai 597 orang( yang belum diketemui) .Tambahan pula remaja yang hilang ini kebanyakkanya berusia 14 hingga 17 tahun (seramai 1,504 orang atau 85 peratus).

Inilah dugaan hebat yang bakal menanti bakal-bakal ibu bapa. Percayalah dugaan hari ini tak seperti dugaan semalam, dan dugaan hari esok pastinya lebih hebat dari dugaan hari ini. 

Sebagai anak, ingatlah selalu,sesungguhnya syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.

12 comments :

  1. saya tak nak jadik camni, kesian kat mak, mintak dijauhkan..

    mekasih shameel singgah kat blog saya yang tak seberapa tu :)

    ReplyDelete
  2. kesiankan... tak patut betul... syurga di bawah tapak kaki ibu tau..

    ReplyDelete
  3. Nurul Husna Mohd Hassan .

    Sebagai anak kita wajib mentaati kedua ibu bapa dlm apa jua urusan(kecuali urusan yg bertentangan dgn agama).Amat malang, apabila kekasih hati yang baru dikenali lebih disayangi drp org tua yang melahirkan dan mendidik kita sejak kecil lagi.

    Trima kasih juga sudi berkunjung ke blog saya.

    ReplyDelete
  4. syiela.
    Benar tu syiela. Syurga dibawah telapak kaki ibu. So, kita wajib mentaati ibu(termasuk juga bapa)

    ReplyDelete
  5. sya snggup ilang apaa saje...asalkn saya x hilang mak saya... syg mummy sgt2.... :(

    ReplyDelete
  6. ChEnTA LiEYza .
    Tahniah sbb awak anak yg baik. Sepatutnya setiap anak mempunyai prinsip yg sama dgn ChEnTA LiEYza .

    ReplyDelete
  7. ikutkan sangat rasa cinta yg tak menjamin kan apa2...

    sblm buat sesuatu tu... fikirlahlah... ayah ibu... segala penat lelah dia org besarkan kita...
    tanamkan dlm diri... utk membalas jasa kedua org tua...
    insya-Allah sekiranya kita berbuat baik dgn ibu bapa kita... Allah pasti akan jodohkan kita dgn insan yg baik jugak...

    ReplyDelete
  8. rindu mak abah sy sangat2...
    setiap hari berjauhan..
    mcmna yg dekat boleh pula menjauhkan diri dr mak ayah memasing...hukhuk sedeyh...
    mana boleh ganti mak ayah dgn apa2..
    1 ja dlm dunia..sorg mak sorg ayah..
    xleh replace wooOOo

    ReplyDelete
  9. Masz Sidek .
    Benar tu Masz. Ibu bertarung nyawa melahirkan kita dan bapa ayah pula bermandi keringat mencari sesuap nasi utk kita. Tiba2 bila kenal seseorg, tergamak menyingkirkan mak dan ayah atas alasan cinta.Cinta yg sebegini takkan ke mana-mana.

    ReplyDelete
  10. Fara Ada.
    Mak dan ayah tak boleh diganti dgn apa-apa jua. Tak boleh di replace sampai bila2. Selaps Allah dan Rasul, mak dan ayahlah yg harus dimuliakan(meskipun berbeda agama).

    Kebanyakkan yg lari ikut kekasih ni belum matang lagi dan majoritinya berusia dlm lingkungan 14 hingga 17 tahun. Ramai yg ambil kesempatan di sebalik ketidakmatangan mereka.

    ReplyDelete
  11. Tengok artikel ni teringat OKje pada Tanyalah Ustazah hari ni Syurga dibawah Telapak Kaki Ibu.... leka dan khusyuk OKje melayan ditambah pulak dgn Ustazah yang come .... banyak pengajaran yg boleh OKje cedok!.....

    ReplyDelete
  12. hainom OKje.
    Tahniah hainom OKje sbb memperuntukan masa utk mendengar program agama.

    Jika seseorg anak mentaati agama, nescaya mereka akan mentaati kedua org tuanya w/pu berlainan agama.

    ReplyDelete