Wednesday, 12 December 2012

Al-Fatihah Buat Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.


Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam(12.12.2012) 

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. 

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama 

Sumber: Sinar Harian 

Info Tambahan:
Suaranya sejak sekian lama menyapa gegendang telingga memaklumkan hari indah dan bermakna buat umat islam di seluruh Malaysia. Sejak zaman kanak-kanak hinggalah dewasa, saya akan terpana didepan TV untuk mendengar tarikh permulaan puasa dan Aidilfitri yang diumumkan oleh Allahyarham. Moga damai engkau di sana. Al-Fatihah..

8 comments :

  1. al-Fatihah..takziah buat keluarga beliau..

    ReplyDelete
  2. membesar dgn pengumuman beliau....Alfatihah...

    ReplyDelete
  3. kerinduan menerjah tiap kali nk raya n puasa..

    ReplyDelete
  4. Niesa.
    Seluruh umat islam di Malaysia pasti mengenangnya. Moga keluarganya tabah dgn dugaan ini..

    ReplyDelete
  5. Intan Norhaida .
    Sejak 1989 hinggalah 2011, pasti ramai yg membesar bersama pengumumanya itu.Pasti ramai yg merinduinya. Moga Allah merahmatinya..

    ReplyDelete
  6. Zura Zue.
    Pasti kita semua rindukan wajah n suaranya yg seringkali muncul tika puasa n raya..

    ReplyDelete
  7. innalillah...semoga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  8. Tiada lagi suara allahyarham ketika bulan ramadhan dan syawal lepas ni!

    ReplyDelete