Tuesday, 25 December 2012

War Remnants Museum :Bukti Kekejaman Tentera Amerika di Vietnam


Ini adalah sambungan dari tajuk lepas, lihat -->SINI 

War Remnants Museum merupakan muzium peninggalan perang yang terletak di Hi Chi Minh(Saigon) Vietnam. Ia mula dibuka pada 4 September tahun 1975. Saya mengunjunginya pada 4.November.2010, ketika pertama kali berkunjung ke Ho Chi Minh Vietnam.

 
Bahagian luar War Remnants Museum.

Muzium ini dibina khusus untuk menyelidik, mengumpul dan memelihara serta mempamerkan segala bukti peninggalan Perang Vietnam dan kesan-kesannya terhadap rakyat Vietnam. Mesej yang ingin ‘dibisikkan’ oleh muzium ini ialah betapa perlunya umat manusia mencintai keamanan dan membenci peperangan. Ya, benar dan memang benar, sesungguhnya peperangan menjanjikan kerugian, pihak yang kalah menjadi abu, dan pihak yang menang pula sekadar menjadi arang. Arang dan abu, kedua-duanya terbakar, hangus dan rentung. 


Gambar pembunuhan kejam yang dilakukan oleh US Army di Vietnam.

Di muzium ini, banyak bukti kekejaman tentera Amerika Syarikat sepanjang Perang Vietnam dipamerkan. Antaranya ialah bukti-bukti bergambar tentang mangsa pembunuhan kejam termasuklah peristiwa pembunuhan beramai-ramai di My Lai dan juga kesan-kesan penggunaan senjata kimia seperti Agen Oren dan lain-lain. Selain itu,terdapat juga pameran foto yang dirakam dan disumbangkan oleh oleh photographer Jepun, Bunyo Ishikawa dan Nakamura Goro kepada muzium ini. 

Gambar pembunuhan kejam yang dilakukan oleh US Army di Vietnam

Namun saya sangat tertarik dengan gambar-gambar mangsa penggunaan senjata kimia terutamanya Agent Orange. Dianggarkan hampir 50 juta liter Agent Orange, yang mengandungi 170 kilogram dioxin digunakan(disembur dengan menggunakan pesawat) sepanjang Perang Vietnam. Kesannya amat ketara termasuklah ke atas generasi Vietnam pasca-perang. 


Gambar pembunuhan kejam yang dilakukan oleh US Army di Vietnam

  • War Remnants Museum ini dikunjungi lebih kurang 500,000 orang saban tahun 
  •  Muzium ini dibuka setiap hari. 
  • Pagi : 7.30 AM – 12.00 AM
  • Petang : 01.30 PM – 05.00 PM 

Gambar pembunuhan kejam yang dilakukan oleh US Army di Vietnam 

Data dan Fakta tentang penggunaan senjata kimia/termasuk Agent Orange oleh US Army 

Kesan  penggunaan Agent Orange terhadap rakyat Vietnam. 

 kesan  penggunaan Agent Orange ke atas rakyat Vietnam.


PERANG VIETNAM(1957- 30 April 1975)

Peperangan ini berlaku antara Republik Demokratik Vietnam (Vietnam Utara) dan sekutunya menentang Republik Vietnam (Vietnam Selatan) dan sekutunyanya, khususnya Amerika Syarikat. Namun yang pasti, penglibatan Amerika amat ketara dalam peperangan ini hinggakan ia dianggap sebagai perang memerangi Amerika. 


Data Tentang Jumlah Mangsa Korban Perang Vietnam.

Perang Vietnam mengorbankan banyak nyawa. Di pihak Vietnam, Perang ini mengorbankan tiga juta rakyatnya dan dua juta daripadanya adalah orang awam. Jumlah yang cedera pula seramai dua juta orang dan seramai tiga ratus ribu rakyat Vietnam disenaraikan sebagai hilang akibat peperangan ini. Di pihak Amerika Syarikat pula, perang ini mengorbankan seramai 58,226 orang, di samping tenteranya yang disenaraikan sebagai hilang, dan cedera. 

Janin yang cacat kesan penggunaan Agent Orange.

Perang Vietnam tamat secara rasminya pada 30 April 1975 apabila Vietnam Selatan(yang disokong oleh Amerika) dapat ditewaskan. Selain itu, ia juga merupakan tamparan yang hebat kepada Amerika Syarikat kerana negara Uncle Sam itu terpaksa mengalah dan akur kepada kekuatan tentera Vietcong. 



PERISTIWA PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI DI MY LAI( 16 MAC 1968)

My Lai ialah sebuah perkampungan di Selatan Vietnam. Ini menjadi medan kerakusan tentera Amerika( platun) yang diketuai oleh William Calley. Peristiwa hitam yang berlaku pada 16 Mac 1968,pasti sahaja akan kekal melekat sebagai bukti kekejaman tentera Amerika yang sifar simpati. Lebih kurang 504 orang penduduk kampung tersebut telah dibunuh dengan kejamnya oleh tentera Amerika. Mereka adalah orang – orang awam yang terdiri daripada orang-orang tua, kaum wanita dan kanak-kanak termasuk bayi kecil.

Satu tugu peringatan dibina di tapak pembunuhan menyenaraikan nama 504 orang mangsa pembunuhan. Lebih kejam, segelintir tentera Amerika telah bertindak memotong telinga mangsa-mangsa yang telah dibunuh dan telinga itu diikat pada tali sebagai lambang kemegahan. 

Tapi, kejahatan tentera Amerika ini disembunyikan dengan propaganda ‘Maha Hebat’ dengan hero-heronya yang baik hati seperti digambarkan dalam filem Missing In Action (lakonan Chuck Norris) dan Rambo(lakonan Sylvester Stallone). 

Apa yang menarik, William Calley akhirnya meningsafi perbuatannya lantas memohon maaf di atas perbuatannya itu. Beliau dihantui oleh kesilapan dan kekejaman yang dilakukannya lebih empat dekad yang lalu. 

P/S : Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di My Lai pernah disiarkan menerusi Channel History(555) sekitar tahun 2011.

16 comments :

  1. cerita rambo yg perang kat vietnam adalah filem aksi last yang TH tengok.hingga hari ini tidak mampu lagi tengok kisah2 begini...tak sanggup

    filem2 mat salih yang lain pun sudah tidak berminat lagi nak tengok apatah mendengar lagu2 dari negara sana.hmmm

    ReplyDelete
  2. mmg mengerikan gambar2 tu......mcmtu la sedra2 kite di palestin lalui....
    perang mmg menakutkan...

    ReplyDelete
  3. sedih. kejam kan diorang. terkejut tgk gambar2 tu

    ReplyDelete
  4. TechKini.com.
    Perang mmg begitu. Mengerikan..dan memusnahkan.. Trima kasih atas kunjungan sahabat.

    ReplyDelete
  5. Titisan Hujan.
    Filem Rambo n Mission in Action tu adlh propaganda Amerika. Mrk cuba tipu golongan yg buta sejarah, padahal mereka yg menzalimi penduduk Vietnam dan mereka juga tewas dlm perang vietnam.

    Tapi byk juga filem2 barat yg baik dan berkualiti malah lebih islamik berbanding filem tempatan.. Antaranya filem Malcolm X dan Lion Of The Desert.

    ReplyDelete
  6. Intan Norhaida.
    Sebenarnya kt palestin lagi dashyat kekejaman yg dilakukan tentera Israel..

    Beuntungnya kita krn mendiami negara yg aman dan damai.

    ReplyDelete
  7. Macy Humaira.
    Mmg kejam diorang n w/pun william calley dah mohon maaf, kekejamannya takkan dapat dilupakan oleh rakyat vietnam.

    ReplyDelete
  8. shameel:saya adelah manusia yang buta sejarah!hahaha

    So... tq dengan info yg mavelles ni!.. bersyukurlah kita hidup di bumi yang aman ini.

    ReplyDelete
  9. hainom OKje .
    Kesan prg sgt buruk. Lagi teruk kesanya(terutamnya penggunaan senjata kimia) turut terkena generasi pasca perang

    ReplyDelete
  10. AinSophian .
    saya sekadar berkongsi dan kebetulan pula sy guru sejarah..

    memang kita patut bersyukur krn mendiami negara yg aman damai ini.

    ReplyDelete
  11. Tak suka Amerika!..huhu
    Dulu2 kejam tak berhati perut..skrg ni plak dah jadi sekutu Israel..menindas je keja depa ni..nak jadi hero dunia..!!
    apa pun bersyukur krn kita hidup di bumi Malaysia yg aman damai:)

    ReplyDelete
  12. aTieYusof Family .
    Amerika dan Israel sama2 jahat dan kejam.. Tapi mereka bijak menipu dunia kononnya merekalah pembela keamanan sejagat..

    ReplyDelete
  13. itu sebab perang itu tidak bagus...

    ReplyDelete
  14. CintaZulaikha.
    Benar tu zulaikha. Perang mmg tidak bagus dan tidak pernah bagus..Kecuali perang yang diwajarkn atas dasar agama..

    ReplyDelete