Award bulan Julai ini dianugerahkan oleh Kak Ani (Kerdipan Rohani) kepada beberapa orang blogger termasuklah saya. Kak Ani juga seorang blogger yang mengunapakai nama Kunang-kunang dalam dunia blog.
Kerdipan Rohani dan Kunang- Kunang, tentu sahaja mengandungi seribu erti dan sejuta makna. Jujur! Sepanjang saya berkunjung ke blognya, ia tidak sekadar menyajikan makna hidup dan kehidupan, tapi lebih penting dari itu turut memaparkan erti Tuhan dan Ketuhanan.
Perlu sekali setiap blogger muslim menjadikan dirinya dan blognya sebagai kerdipan rohani. Meskipun kerdipan itu tidak terlalu terang buat menerangi buana yang gelita, namun ia tetap memberi sejalur cahaya agar manusia tidak teraba-raba dalam mengatur langkah dan menyusun jejak. Maksud saya, ialah mengislamisasikan penulisannya. Tidak semestinya selalu,dan boleh sahaja sekali sekala. Sebab ia jauh lebih bererti daripada langsung tidak ada.
Dan tidak semestinya persis khutbah jumaat yang sarat dengan firman dan padat dengan sabda. Tapi cukuplah dengan paparan yang baik-baik sebagai panduan dan pedoman buat pembaca. Panduan buat melayari kehidupan dan pedoman untuk mencari jalan pulang.
“Kalau tak mampu menjadi pelita yang menerangi kegelapan, cukuplah sekadar menjadi kunang-kunang yang menemani malam”.
Award ini saya lanjutkan kepada.
Afida Anuar
Cikgu Ahmad Humairi
Nora Shahaira
Nyanyi Sunyi
APPLE HIJAU
Cikgu Ahmad Humairi
Nora Shahaira
Nyanyi Sunyi
APPLE HIJAU
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih atas anugerah ini.
Moga persahabatan berpanjangan....ukhuwah yang melimpahkan pahala mencurah.
Assalamualaikum Cikgu Shameel,
ReplyDeleteAduss tingginya pujian. segannya, Apa pun terima kasih sudi menerimanya.
saya suka auntie blogger tu sebab komennya bersulam nasihat. :)
ReplyDeleteShameel, terima kasih... sangat2 hargai award ni.
ReplyDeleteSemoga persahabatan berkekalan...insyaAllah...moga ke alam nyata pula lepas ni:)
PS: tahniah sebab dapat award... hehe
cikgu ahmad humairi.
ReplyDeleteBegitulah yg saya harap2kan. moga ukhwah terus berpanjangan.
Kunang-Kunang.
ReplyDeletePujian jujur yg terbit dari hati kak Ani.
gadisBunga.
ReplyDeleteBenar skli komen bersulam nasihat amat diperlukan utk mendidik kita semua.
Afida Anuar.
ReplyDeleteInsha-Allah Afida, ukhwah ini akn berpanjangan dan ke alam nyata pula
tahniah
ReplyDeletenk jadi cam matahari
^^,
kamu berdua memang best...
ReplyDeletemaaf sebab lama tak singgah sini..
:)
selamat menyambuat bulan ramadhan..
semoga tahun ini kita beroleh kemenangan..
hari tuh papa mifz pun dpt award nih..:)
ReplyDeletePapa Mifz .
ReplyDeleteCantikkan award ni