(Apa sahaja Agama Yang Kita Anuti.
Dan Apa Jua Parti Yang Kita Sokongi.
Kita Hanya Ada Satu Negara.
Sayangilah Negara Kita.
Kerana Negara Kita Adalah Tanggungjawab Kita.)

Mungkin ada yang beranggapan entry saya yang berjudul TANYA SAMA MUFTI, itu berbaur politik. Saya akui ia berbaur politik tapi ia bukanlah bermakna blog saya itu blog politik dan ia juga tidak bererti saya ini blogger politik. Jika dilihat kepada entry-entry saya yang lepas, rasanya hampir sifar entry-entry saya yang bernada politik. Cuma, mungkin entry saya yang berjudul LOMPAT SI KATAK LOMPAT, agak bernada politik. Tapi ia tidak bias kepada mana-mana parti. Ia sekadar luahan dari sudut hati saya terhadap kegilaan yang menggila yang melanda polikus dan politik. Jutaan maaf, saya pohon jika entry tersebut dan entry ini bakal menguris hati dan mencalar perasaan sahabat.
Begitu juga dengan entry saya yang berjudul WACANA PERDANA : BOLEHKAH MELAYU BERSATU, nyata lagi bersuluh, saya mengambil pendirian berkecuali tanpa memihak kepada mana-mana parti. Sekudrat yang mampu dan sedaya yang boleh, saya ingin blog saya ini bersih dari cerita politik dan politikus, sebab blog saya ini adalah blog persahabatan dan persaudaraan. Sudah ramai blogger politik dalam negara. Biarlah Milo Suam, Perisik Rakyat, Sharpshooter, Sanggahtoksago dan Nota Merah yang berbicara mewakili Pakatan Rakyat. Dan, cukuplah dengan Kickdefella, Papa Gomo, Ruang Bicara Faisal dan Sahabat Gunung yang mewakili BN. Jujur, saya tidak ingin menjadi sebahagian daripada mereka. Dan, apa yang saya inginkan daripada para mufti ialah perkara yang sama, usah jadi Papa Gomo dan usah jadi Milo Suam, tapi jadilah seperti Dr Asri Zainul Abidin, Dr Juanda Jaya, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dan Dr Maszlee Malik. Kenapa mereka ini perlu dicontohi? Jawapannya mudah sahaja, iaitu supaya mufti tersebut dapat berlaku adil dalam menjatuhkan hukum atau mengeluarkan fatwa. Dengan cara ini segala fatwa yang dikeluarkan tidak akan diperlekehkan dan insititusi mufti akan sentiasa disanjung dan dijunjung.
Sejujurnya, dalam banyak-banyak hal saya lebih berminat untuk mendengar hujah daripada pihak ketiga yang berada diluar lingkungan parti. Secara zahir, Dr Asri Zainul Abidin, Dr Juanda Jaya, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dan Dr Maszlee Malik yang saya kenali, bukanlah seorang penyokong PAS dan tidak juga penyokong UMNO. Walaupun mereka merupakan penyokong dan juga mungkin ahli kepada parti tertentu, tapi kebijaksanaannya bersesuaian dengan konsep ‘undi adalah rahsia’, sekali gus khalayak tidak dapat meneka parti mana yang mereka yang mereka sokong. Inilah kebijaksanaan mereka yang wajib mufti tertentu pelajari. Iaitu kebijaksanaan menyembunyikan identiti politik. Dan saya amat berharap agar mereka ini terus berada diluar lingkungan(maksud saya tidak menzahirkan keahlian dan sokongan kepada mana-mana parti) agar mereka berupaya untuk ‘menembak’ sesiapa sahaja termasuklah Raja-raja Melayu. Saya akan sertakan kritikan dan teguran, juga pandangan yang dilontarkan oleh Dr Asri dan Dr Maszlee Malik kepada politikus di Malaysia. Sengaja saya tidak paparkan teguran dan pandangan Dr Juanda dan Ustaz Zaharuddin, semata-mata untuk memastikan entry ini panjang berjela.
Dr Asri, cuba kita lihat cara beliau ‘menembak’ ternyata ‘peluru’ yang diledakkan tidak mengenal kawan dan lawan, juga tidak mengenal Barisan(BN) atau Pakatan(PR). Beliau pernah berbeza pendapat dengan Dr Aziz Hanafi, seorang ulama yang pernah menjadi calon Pas di Arau Perlis. Bukan, itu sahaja, beliau juga sering kali juga menembak Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din dalam beberapa perkara. Tapi, beliau juga lantang mempertahankan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz dalam beberapa isu, termasuklah isu maulidur rasul dalam sebuah artikelnya (lihat SINI). Malah, kalau kita perhatikan di SINI (harap tolong baca) jelas sekali pendirian Dr Asri yang tidak memihak kepada mana-mana Parti Politik, tapi lantang menembak sesiapa sahaja yang tersasar dan terbabas. Malah, rakan-rakanya yang kini bergelar ulama muda Umno turut ditembak kerana gagal memahami teks dan konteks. Tentang teks dan konteks ini ,Sahabat boleh mendengar rakaman kuliah oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ( sila klik SINI).
Lihat pula pendekatan Dr Maszlee Malik. Pernah dahulu, beliau berbantah-bantah dengan Ustaz Idris Ahmad( seorang pimpinan Pas, yang juga adik kepada mufti Pulau Pinang) tentang isu ummah centric vs jemaah centric. Tapi, dalam hal tertentu beliau memuji Pas. Pujian terbaru dapat kita lihat menerusi artikelnya yang berjudul Mengapa Ikhwanul Muslimin Mesir Perlu Belajar dari PAS. Artikel ini disiarkan dalam Majalah I, Karangkraf, Mei 2011, halaman 92-93.
Saya amat berharap agar suatu masa nanti, Dr Maszlee Malik dan Ustaz Zaharuddin( yang kini sedang melanjutkan pengajian peringkat PhD) akan menjawat jawatan mufti. Saya yakin dengan keilmuan dan kewibawaan mereka ini, sebagaimana saya mengagumi kewibawaan Dr Asri, yang pernah menjadi mufti Perlis dan Dr Juanda Jaya, mufti Perlis hari ini.
Kembali kepada entry TANYA SAMA MUFTI, saya sebenarnya ingin meluahkan rasa terkilan terhadap mufti tertentu di negara kita. Saya tidak pertikaikan kuasanya untuk mengeluarkan fatwa, atas kapasiti sebagai seorang mufti. Tapi, saya terkejut bila mufti tersebut memfatwakan, menyertai perarakan haram boleh menjejaskan iman. Saya tidak ingin berbicara panjang tentang isu perarakan yang dimaksudkan sebab ustaz zaharudin telah menjawabnya awal-awal lagi ( sila klik SINI ). Jujur, saya sifatkan fatwa itu agak bias dan berpihak kepada pihak tertentu sahaja. Kalau kita buka mata dan otak, kita dapati siri-siri perhimpunan dan perarakan haram ini telah beberapa kali berlaku di Malaysia dan ia juga turut diadakan oleh UMNO. Lihat sahaja tindakan Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang bertindak membantah kerajaan Selangor dalam beberapa perkara. Mereka mengadakan perarakan atau demontrasi dan mengutuk MB Selangor dengan perkataan-perkataan yang amat jijik. Tapi, kenapa mufti tersebut lena ketika itu. Kenapa membisu dan tidak memfatwakan ahli-ahli GAPS sebagai manusia yang rosak iman, bughah atau penderhaka.
Begitu juga ketika isu perkauman dan keagamaan diapi-apikan oleh pihak yang tidak bertanggunjawab. Kalau kita perhatikan, terdapat usaha dari pihak tertentu yang ingin mencetuskan perbalahan dan peperangan antara umat islam dengan penanut hindu dan kristian di Malaysia. Mereka ingin mengambil kesempatan untuk melanjutkan hayat polikusnya dengan cara melaga-lagakan umat islam dan penganut –penganut agama lain, terutamanya hindu dan kristian. Cuba ingat kembali, perarakan membawa dan memijak kepala lembu kerana membantah pemindahan sebuah kuil hindu di Shah Alam. Seantero dunia tahu, dalangnya ialah beberapa orang pemimpin UMNO Selangor. (Kalau yang belum tahu klik jer SINI.) Demontrasi tersebut lagi bahaya dan mengancam negara( tidak sekadar mengancam penjual air soya dan air tebu kalau perhimpunan bersih diadakan, sebab air mereka mengalami keracunan disebabkn gas pemedih mata) kerana ia bisa mengundang perbalahan antara penganut islam dan hindu. Tapi ,mufti tersebut diam seribu bahasa. Kenapa tak bersuara wahai mufti kesayanganku. Saya ingin sahabat merenung kembali betapa teruknya musibah yang terpaksa dihadapi oleh India akibat beberapa siri perbalahan antara penganut islam dan hindu. Lihat perbalahan yang berlaku menjelang detik-detik pemisahan pakistan dari india, juga ketika persitiwa membabitkan masjid Babri di Ayodhya. Mungkin ada yang beranggapan, itu India dan bukannya di Malaysia. Ok, ini jawapannya. “Bukalah mata supaya dapat melihat fakta-fakta sejarah. Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 berlaku di Malaysia dan bukannya di India ataupun Algeria”
Warga Malaysia juga tidak pernah lupa ketika Ibrahim Ali mengistiharkan perang ke atas penganut-penganut Kristian. Ibrahim Ali seolah-oleh telah menghalalkan darah penganut-penganut Kristian. Tapi sungguh menghairan kenapa mufti tersebut membisu dan lagi menghairankan kenapa ahli akademik jadi batu dan kayu hingga tidak berani menegur perbuatan ibrahim ali yang terkutuk itu. Sekali lagi kita perlu buka mata dan hati agar kita celik sejarah. Ingat kembali krisis Balkan (lebih tepat lagi Bosnia) apabila berlaku perang antara penganut islam dgn kristian . perang mengorbankan 200 ribu orang dan 65 % daripadanya ( mangsa korban ini) ialah etnik Bosnia yang beragama islam. Kita juga perlu mengambil iktibar dari peristiwa peperangan agama antara penganut islam dan kristian di Sudan, apabila tentera SPLA pimpinan John Garang berperang dgn presiden omar al-Bashir. Begitu juga dengan permusuhan agama antara penganut islam dan krisitan di Ambon dan Nigeria. Kenapa mufti tersebut berdiam diri. Kenapa tidak lantang mengutuk atau sekurang-kurangnya menegur kebiadapan Ibrahim Ali. Mungkinkah mufti tersebut takut kepada ahli-ahli PERKASA yang gagah dan perkasa. Mengapa beliau tidak memfatwakan PERKASA sebagai haram kerana cuba MEMPERKOSA perpaduan rakyat Malaysia.
p/s= opps, hampir terlupa. Perkataan beruk jalanan yang saya gunakan dalam entry Tanya Sama mufti, adalah sekadar meminjam kata-kata YB Khairi Jamaludin. Maaf, jika kata-kata itu agak kasar dan menguris serta mencalar perasaan.

Assalamualaikum Shameel,
ReplyDeleteMak Chik singgah baca saja. Apa yang terfikir di hati biar Mak Chik sajer yang tau yer.
Bercakap benar jika ianya satu kebenaran.
TK x nmpk dan x rasa blog ini blog politik.
ReplyDeletekerana jk kita slalu jenguk blog2 politik yg mcm2 parti tu, jelas lg terang mereka cuba menelanjangkan lawan dengan plbgai cr dan butir bahasa yg kasar mencerca..
politik buat saya takut.
ReplyDeletepoliticians buat saya lebih takut.
assalamualaikum,
ReplyDeletebiarlah salah di mata mereka,
namun hakikatnya kita yang rasa....
emmm..
ReplyDeletesaya rasa ok je..takde pulak berbaur politik..kalau sekadar pendapat dan contoh yg diberikan adalah bernas dan memberi pengetahuan buat pembaca tak salah utk buat n3..takkan syik nak jadi katak bawah tempurung je.
apepun kena buka minda ni luas2..mesti tau bezakan mana politik dan bukan politik..:)
Saya setuju blog ini bukan blog politik tp blog ilmu.
ReplyDeletetp entry tue bernas pe..
ReplyDeleteN3 itu adalah dari hati kamu dan ianya suatu realiti dalam negara kita..
ReplyDeletetidak pernah menrasakan bloq kamu berbaur politik...
e eh..kalau berpolitik..memang tak singgah dah..tapi still jenguk sebab banyk info dan rasa macam akak nora yang gi melancong keliling dunia..hehe
ReplyDeleteteruskan memberi ilmu ya..
salam..
ReplyDeletesaya minat politik
dan saya suka politik
tapi menulis politik
saya kurang pandai..
takut beremosi..jadi
saya sekadar mencelah,
cuba tidak menunjukkan
berpihak pada mana-mana
Kunang-Kunang.
ReplyDeleteTerima kasih kak atas kunjungan. "Bercakap benar jika ianya satu kebenaran" saya setuju sekali kak.
toyolkiut .
ReplyDeleteTerima kasih TK. benar sekali kalau blog politik, pasti shaja akn menelanjangkan pihal lawan habis-habisan.
gadisBunga
ReplyDeletepolitik dan politicians, jika disalah gunakan mmg amat menakutkan.
ahmad humairi.
ReplyDeletecikgu, mcm lagi suci dalam debu, iklim plak.
nurkass ,
ReplyDeleteTrima kasih atas pandangan dan sokongan
Na'im Nikmat.
ReplyDeleteTerima kasih akhi. Itu yg ana usahakan.
Zura.
ReplyDeleteTrima kasih zura atas pandangan.
Eye_nee.
ReplyDeleteTrima kasih banyak2 kerna tidak menganggap blog saya sebagai blog politik
Nora Shahaira.
ReplyDeleteTerharu saya bila baca komen kak Nora ni. insha-Allah kak, saya cuba istiqamah dlm penulisan
zulkbo.
ReplyDeleteSaya pun tak berani nak tulis entry ttg politik sbb tak nak guris hati mana2 pihak. Dlm byk2 hal sy hanya mencelah.
Shameel, dulu2 saya punya blog tu ada unsur2 politik jugak...dulu2 la...skrang dah insaf... nak jadi pemerhati je..tak nak dah jadi pengutuk. apa yang baik, kita ikut. apa yang tak baik jangan ikut. Saya pun suka baca semua blog2 yang berunsur politik ni, sekadar nak ambil tahu kisah politik negara...
ReplyDeletedan saya juga suka baca blog ustaz asri, ustaz zaharudin. Nampak tak menyebelahi mana2...baru nampak adil. Kan? baru rakyat boleh fikir... Allahualam..
Afida.
ReplyDeleteSaya juga sekadar pemerhati, cuma kekadang saya jadi 'penyerang'.
salam shameel lama tak ziarah sini
ReplyDeletesaya pun bukan blogger pihak mana2 saya pun tak suka berpolitik , tapi politik sekarang semakin menakutkan
saya cuma rakyat yg nak kan keadilan jugak mcm rakyat lain.
jujur aku kata
ReplyDeleteblog ni tak rasa macam blog politik pun
aku memang selalu juga baca blog politik
cara mereka lain