Friday, 8 July 2011

Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud Bismillahirrahmanirrahim








Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud Bismillahirrahmanirrahim



Tarikh Keputusan:
26 Jul, 2007


Keputusan:
1. Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud Bismillahirrahmanirrahim juga meyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan Akidah Ahli As-Sunnah Wal-jamaah dan syariat serta akhlak Islam.

2. Perbuatan ini juga termasuk dalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Quran mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya serta tidak mendapat hidayah Allah s.w.t.


3. Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.
4. Semua umat Islam dilarang membuat, mencetak, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mempamer, menjadikan perhiasan, menjadikan logo dan menjadikan azimat apa-apa sahaja benda atau barangan yang mengandungi angka 786 tersebut.


Status Penwartaan:
Diwartakan


Tarikh Diwartakan:
7 Nov, 2007


Nombor Rujukan:
JMJ.351/04/01/6/3; PUNJ.BIL.

Sumber : E-FATWA

Info Tambahan:
Tentang angka786, mari kita ikuti sedikit pandangan daripada Dr Asri Zainul Abidin...... banyak yang mengaku Islam di India yang percayakan angka, terutama angka 786. Mereka tulis angka ini di pintu masjid sebagai ganti kepada Basmalah (bismillah). Upacara mereka sangat pelik, tempat mereka bagaikan kuil yang dipenuhi pelita-pelita api. Mereka menabur bunga dan air wangi sebelum memohon hajat. Bahkan saya melihat dalam kalangan mereka sujud kepada kubur seperti dalam solat. Dalam masa yang lain, mereka juga bersolat lima waktu, membaca al-Quran dan berzikir dengan cara mereka. Cumanya yang menghairankan saya, di hadapan markaz utama jamaah tabligh sehingga ke tempat penyembah bagaikan pasar jualan peralatan upacara ibadat Bralewi.(klik SINI untuk infoo lanjut demi kefahaman dalam beragama)

39 comments :

  1. baru shera tau... selalu jugak nampak kat papan tanda kedai nasi kandar...

    ReplyDelete
  2. Saya baru tau ni shameel, kepercayaan diaorang lagu tu...

    ReplyDelete
  3. Moga dakwah ini di sebarluaskan, pahala mencurah, terima kasih atas perkjongsian ini.

    ReplyDelete
  4. ooo..
    patutlah hari tu ada nampak nombot ni dekat pintu rumah jiran..ya allah..kass baru tahu makna dia..thanks for sharing shameel..

    ReplyDelete
  5. salam ziarah..
    sejarah kemasukan Islam di India mempengaruhi..
    bukan saja soal agama, malah soal budaya dan falsafah..hingga melahirkan Sikh akhirnya

    ReplyDelete
  6. teringat lirik lagu too phat n yaasin - alhamdulillah

    '786 alhamdulillah syukur....'

    :)

    ReplyDelete
  7. ShErA.
    mmg angka 786 ni byk trdapat kt restoran mamak. Nak tegur pun tak beranikn, tapi fatwa dah dikeluarkn ttg syirik dan haramnya percaya pada angka 786 ni bismillah ataupun bawa tuah

    ReplyDelete
  8. Afida Anuar,
    Yer kepercayaan ni dikatakan diasaskn oleh pengikut brelvi. Brelvi pula satu ajaran yg pada mulanya mengabungkan ajaran hindu dan islam

    ReplyDelete
  9. ahmad humairi.
    Betul tu cikgu. Benda yg baik perlu disebarluaskan

    ReplyDelete
  10. nurkass.
    paling ptg kita tidak sesekali percaya dgn ajaran karut yg mendakwa 786 tu Bismillah

    ReplyDelete
  11. qamarguyz.
    Trima kasih ats tambahan info. Sejarah Islam di india juga mencatatkan pengaruh syiah berleluasa, malah trdapat syiah yg melampau ialah Syiah Ismailiah. Begitu juga dgn ajaran Brelvi.

    Namun, India juga menyaksiakn kelahiran ulama-ulama terkenal spt Shah Waliyullah, Anwar shah al-Kashimiri dll.

    ReplyDelete
  12. gadisBunga.
    Yer kn lirik lagu too phat n yaasin tu pun agak berbahaya tu.

    ReplyDelete
  13. x pernah tahu pasal ni.. maceh kongsi..(^^!

    ReplyDelete
  14. tak pernah pulak aku perasan no ni kat mana2

    ReplyDelete
  15. bertambah ilmu lagi.

    thanx shameel.. :D

    ReplyDelete
  16. dorang masih tertakluk kepercayaan lama kot..huhu..campur aduk dengan alasan mengekalkan adat resam

    ReplyDelete
  17. kat kedai mamak selalu perasan nombor ni... baru fhm sekarang..

    ReplyDelete
  18. cukup tidak bersetuju apabila perkara yang tiada diada-adakan dan direka2...

    ReplyDelete
  19. senyumSOYA .
    Sekadar perkongsian utk manfaat bersama

    ReplyDelete
  20. tehr.
    Singgah jer kedai mamak gerenti perasan. hahahah.

    ReplyDelete
  21. apple hijau
    Trima kasih atas kunjungan. sama2 kita berkongsi info demi kefahaman dlm beragama

    ReplyDelete
  22. Syuxer.
    Itulh mslhnya.Dlm artikel dr asri, ada diceritakan kt india, masih terdapat umat islam yg mengamalkan sistem kasta, sdgkn itu dari pengaruh hindu.

    ReplyDelete
  23. wan9 .
    mmg benar no ni sgt sinonim dgn kedai mamak

    ReplyDelete
  24. harrazdani .
    Ini bkn lagi bid'ah tapi khurafat

    ReplyDelete
  25. ada dgr ungkapan nombor ni dalam lgu Alhamdulillah..tanya kat hubby..dia kata buat penyedap lagu jek..
    rupanya ada juga di sebalik nombor tu ya..

    ReplyDelete
  26. akhir zaman ni mmg mcm2 berlaku. org buat syirik pd Allah, org takut kaler kuning...semoga kita semua dlm lindungan-Nya

    ReplyDelete
  27. Nora Shahaira .
    hahaha, paling bahaya, angka 786 ni ni melibatkan soal akidah

    ReplyDelete
  28. nahmy.
    Paling bahaya ramai yg takut warna kuning tapi percaya sama pulut semngat warna kuning. Boleh bawa syirik juga,

    ReplyDelete
  29. patut la kat kedai mamak selalu ada no ni....

    ReplyDelete
  30. only tahu pasal 786 ni dalam lagu too phat
    bagi saya lah, dah ada Bismillah buat ape nak 786 lagi kan
    thanx sebab share :)

    ReplyDelete
  31. baru tau..perkongsian yg sgt menarik.tme kasih incik shameel

    ReplyDelete
  32. dyea irdina
    no ni sgt sinonim dgn org2 india muslim. kt india sana lagi teruk kepercayaan khuarafatnya

    ReplyDelete
  33. Adam Idris.
    Trima kasih ats kunjungan. moga kita terhindar dari khurafat sebegini

    ReplyDelete
  34. Titisan Hujan.
    Sekadar berkongsi utk manfaat brsama

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum Cikgu Shameel,

    Mereka di India ni mungkin dah keliru antara adat dan agama.

    ReplyDelete
  36. first time akak tahu ttg perkara ni.. thanks yer atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  37. Kunang-Kunang .
    Sy pun rasa begitu mrk keliru antra agama dan adat. Lebih malang, sampai ke Malaysia kepercayaan ini dibawa.

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. Hanis Azla .
    Harap sebar luaskn utk memahamkan kpd rakan2 yg lain

    ReplyDelete