25 MAC, merupakan tarikh ayah saya dilahirkan, dan ia juga merupakan tarikh ayah saya menghembuskan nafas yang terakhir. 25 MAC 2012, pukul 5.00 pagi, detik yang pastinya kekal melekat di ingatan selagi hayat dipinjamkan Tuhan.
Selama 3 bulan 12 hari ayah terlantar di Wad 8 Selatan Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM). Ayah mula dimasukkan ke Wad 8 Selatan HUSM pada 13 Disember 2011 dan ayah terus kekal ‘menghuni’ wad 8 Selatan(kecuali beberapa hari sahaja di ICU), hinggalah ayah menghembuskan nafas terakhirnya pada 25 Mac 2012. Perihal ini pernah saya paparkan dalam ENTRY LEPAS
“Esok arijadi ayh.genap 73 tahun.pakat doa biar ayah pnjg umur lg.” Itulah sms yang dihantar oleh abang saya yang setia menemani ayah, sepanjang ayah menjadi warga Wad 8 Selatan. SMS tu dihantar pada pukul 10:08:07 malam, 24 Mac 2012.
Dengan penuh harap dan dengan penyerahan yang total, saya bersolat hajat sempena hari ulang tahun kelahiran ayah. Dengan harapan, mudah-mudahan ayah disembuhkan dari penyakitnya dan sekali gus dipanjangkan umur. Ya, tiada yang tidak mungkin dengan izin Allah dan tiada yang mustahil dengan kehendak Allah, namun kerja Allah tak siapa yang tahu. Pukul 4.30 pagi, 25 Mac 2012, abang saya menelefon memberitahu ayah dalam keadaan nazak. Saya mula gelabah dan terus bersiap siaga untuk pulang ke kampung. Setengah jam kemudian, abang mengkhabarkan berita duka, ayah sudah tiada….
Sedih, terkejut ,resah dan gelisah saling bertindih dalam jiwa. Sedih sebab saya tiada di sisi ketika ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Resah dan gelisah kerana kereta saya masih kat workshop setelah terlibat dalam kemalangan, lantas saya meminta bantuan seorang sahabat untuk menghantar saya ke stesen teksi di Terminal Bas Medan Gopeng. Syukurlah ada teksi yang sudi ke Kelantan dengan tambang RM460.00. Juga resah dan gelisah, kerana takut tidak sempat menatap wajah ayah buat kali terakhir.
Syukur kepada Allah, kerana saya sempat menatap dan mengucup dahi arwah ayah. Amat bersyukur kerana saya dan adik beradik sempat memandi, mengkafan dan menyembahyangkan, serta sama-sama mengebumikan jenazah ayah.

“Innalillahiwainna-ilaihirajiun."

Selamat Jalan Ayahku Tercinta, Semoga Damai Kau Di Sana.
Ya Allah, Ampunilah dosa dan kesalahan ayahku. Jadikanlah kuburnya sebagai sebahagian daripada taman-taman syurga.