Sebelum melanjutkan bicara,saya mohon agar entry ini dibaca dengan cermat dan teliti, dan kalau perlu ia perlu dibaca berulang kali, agar benar-benar dapat memahami permasalahan ini.
Ahli Kitab merujuk kepada penganut agama Yahudi dan Kristian. Persoalannya adakah masih wujud ahli kitab pada zaman ini, atau telah pupuskah mereka setelah pupusnya keaslian kitab Taurat dan Injil. Adakah penganut kedua-dua agama ini masih boleh ditakrifkan sebagai ahli kitab,sedangkan kitab pegangan mereka,iaitu Taurat dan Injil telah banyak diubahsuai. Dengan kata lain, pegangan mereka telah jauh tersasar dari ajaran Nabi Musa A.S dan Isa A.S.
Ini menjadi perbahasan dalam kalangan ulama, namun Jumhur(Majoriti) Ulama mengatakan, ahli kitab masih lagi wujud,meskipun mereka tidak lagi berpegang kepada kitab yang asal. Sila lihat kenyataan Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid,pensyarah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya yang saya paparkan dibawah.
Ini menjadi perbahasan dalam kalangan ulama, namun Jumhur(Majoriti) Ulama mengatakan, ahli kitab masih lagi wujud,meskipun mereka tidak lagi berpegang kepada kitab yang asal. Sila lihat kenyataan Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid,pensyarah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya yang saya paparkan dibawah.
Memang ada yang berpendapat, ahli kitab pada zaman Nabi yang SAW merupakan golongan yang berpegang dengan kitab asal yang diturunkan kepada Nabi Musa A.S dan Isa A.S. Namun jika kita perhatikan di dalam kitab suci Al-Quran, ternyata mereka telah merubah kitab Taurat dan Injil dan menyekutukan Allah sejak sekian lama.
Mungkin juga, ada yang berpendapat,ketika hayat Rasulullah SAW masih terdapat dalam kalangan mereka yang masih berpegang dengan ketulenan ajaran Nabi Musa A.S dan Isa A.S. Namun, perlu kita fahami, ajaran-ajaran tersebut(meskipun masih lagi tulen dan tidak diubah suai), namun ia telah dimansukhkan dengan kehadiran agama islam. Atau dengan kata lain, segala ajaran yang dibawa oleh para nabi terdahulu akan terbatal setelah kerasulan Nabi Muhammad SAW, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya :
Kesimpulannya, Ahli Kitab( Yahudi dan Kristian) pada zaman Nabi Muhammad SAW telahpun dikategorikan sebagai kafir. Kafir kerana beriman dengan kitab yang diselewengkan, Atau kafir kerana kerana segala ajaran dan pegangan mereka(jika masih terdapat saki baki yang berpegang dengan kitab asal yang tidak diselewengkan) terbatal setelah kerasulan Nabi Muhammad SAW. Walaupun begitu, sejarah menjilidkan terdapat dalam kalangan para sahabat yang mengahwini wanita-wanita Ahli Kitab. Antaranya ialah Uthman ibn Affan. Beliau mengahwini Nailah bt al-Farafisah seorang wanita penganut agama Kristian yang kemudian memeluk Islam. Juga Jabir ibn Abdullah yang mengahwini wanita beragama Yahudi atau Nasrani pada masa pembukaan Kufah ketika pemerintahan Saad ibn Abu Waqqas.
Mungkin juga, ada yang berpendapat,ketika hayat Rasulullah SAW masih terdapat dalam kalangan mereka yang masih berpegang dengan ketulenan ajaran Nabi Musa A.S dan Isa A.S. Namun, perlu kita fahami, ajaran-ajaran tersebut(meskipun masih lagi tulen dan tidak diubah suai), namun ia telah dimansukhkan dengan kehadiran agama islam. Atau dengan kata lain, segala ajaran yang dibawa oleh para nabi terdahulu akan terbatal setelah kerasulan Nabi Muhammad SAW, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya :
“Demi Allah yang jiwa Muhammad di tangannya, tidak seorang pun Yahudi dan Nasrani yang mendengar tentang diriku, lalu mati tanpa beriman dengan risalah yang dengannya aku diutus( iaitu Tauhid),maka dia termasuk penghuni neraka.
Kesimpulannya, Ahli Kitab( Yahudi dan Kristian) pada zaman Nabi Muhammad SAW telahpun dikategorikan sebagai kafir. Kafir kerana beriman dengan kitab yang diselewengkan, Atau kafir kerana kerana segala ajaran dan pegangan mereka(jika masih terdapat saki baki yang berpegang dengan kitab asal yang tidak diselewengkan) terbatal setelah kerasulan Nabi Muhammad SAW. Walaupun begitu, sejarah menjilidkan terdapat dalam kalangan para sahabat yang mengahwini wanita-wanita Ahli Kitab. Antaranya ialah Uthman ibn Affan. Beliau mengahwini Nailah bt al-Farafisah seorang wanita penganut agama Kristian yang kemudian memeluk Islam. Juga Jabir ibn Abdullah yang mengahwini wanita beragama Yahudi atau Nasrani pada masa pembukaan Kufah ketika pemerintahan Saad ibn Abu Waqqas.
Walaupun Jumhur Ulama menganggap penganut-penganut agama Yahudi dan Kristian sebagai ahli kitab, meskipun mereka tidak lagi beriman dengan kitab yang asal serta melakukan penyekutuan terhadap Allah, namun adakah semua penganut agama tersebut layak ditakrifkan sebagai ahli kitab? Dalam persoalan ini timbul pula perbahasan yang panjang lebar tentang keturunan perempuan Yahudi dan Krisitian tersebut. Akan diperkatakan di dalam Info Tambahan
Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang memfatwakan:
Halal dan sah seseorang lelaki islam berkahwin dengan perempuan kitabiyah(Yahudi dan Nasrani) tetapi disyaratkan pada Yahudiyah bahawa keturunan mereka masuk ke dalam ugama itu sebelum dibangkit Nabi Isa, dan pada Nasraniyah bahawa hendaklah diketahui dengan yakin keturunan mereka masuk ke dalamnya sebelum dibangkit Nabi Muhammad(s.a.w).
Kesimpulan daripada Fatwa Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, ialah:
- Wanita Yahudi yang halal dikahwini,disyaratkan keturunannya(nenek moyangnya) beragama Yahudi sebelum Nabi Isa AS diutuskan
- Wanita Kristian yang dihalalkan untuk dikahwini pula, disyaratkan keturunannya (nenek moyangnya)memeluk agama tersebut sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan.
- Perkahwinan seseorang lelaki islam dengan perempuan berbangsa Cina(termasuk juga india, Kadazan, Iban dan sebagainya) yang beragama Krisitian, adalah tidak dibenarkan oleh syarak. Ini memandangkan, ia(agama Krisitan tersebut) bukanlah agama asal keturunanya. Dengan istilah yang lebih mudah, nenek moyang perempuan Cina tersebut memeluk agama Kristian sesudah lahirnya Nabi Muhammad S.A.W. Dan seperti yang kita maklum, orang-orang Cina ,suatu ketika dahulu, atau setidak-tidaknya nenek moyang mereka merupakan penganut agama Budha atau apa-apa kepercayaan sebelum mereka bertukat kepada agama Krisitian.. Jadi Krisitian bukanlah agama mereka sejak turun temurun.
Kesimpulan daripada Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan:
- Seseorang wanita yang bukan beragama islam(Budha, Hindu atau apa sahaja) dan kemudiannya memeluk agama Kristian, lalu berkahwin dengan seorang lelaki islam. Maka perkahwinan tersebut adalah tidak sah.
- Seseorang wanita itu dianggap sebagai Kafir Kitabi, jika mereka beragama Yahudi atau Kristian dari keturunan Nabi Yaakob A.S, dan dari keturunan lain, namun dengan syarat mestilah kaumnya(keturunannya)memeluk agama tersebut sebelum ia dinasakhkan(dimansuh atau dibatalkan : iaitu kalau Yahudi di nasakhkan oleh Kristian dan kalau Krisitian dinasakhkan oleh agama islam). Hukumnya adalah halal untuk lelaki islam mengahwini wanita Yahudi dan Kristian yang sebegini, dan tidak halal untuk mengahwini wanita Yahudi dan Kristian yang selainnya.
Tentang fatwa-fatwa ini, anda boleh merujuk buku berjudul Fatwa dalam Perundangan Islam yang ditulis oleh Prof Madya Dr Othman Haji Ishak, Ketua Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, terbitan Fajar Bakti.
Tafsir Surah Al-Maidah ayat 5.Harakah 1-15 Julai 2002.
Sesunggunya mengutamakan wanita islam yang beriman
adalah lebih baik daripada orang kafir ahli kitab.
Sesunggunya mengutamakan wanita islam yang beriman
adalah lebih baik daripada orang kafir ahli kitab.
Walaupun perkahwinan dengan wanita ahli kitab itu diharuskan, namun sesetengah ulama menghukumnya sebagai makruh.
INFO TAMBAHAN:
Demikianlah takrif ahli kitab yang diterima pakai oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, namun harus diketahui, terdapat juga pendapat yang berbeza daripada takrif ini. Meskipun berbeza, namun pandangan dan pendapat mereka tetap sama, iaitu ahli kitab tetap wujud meskipun mereka tidak lagi berpegang dengan kitab asal yang diturunkan kepada Nabi Musa AS dan Isa AS.
Pendapat tersebut ialah :
- Terdapat juga ulama yang mensyaratkan hanya penganut Yahudi dan Kristian dari keturunan Nabi Yaakob AS sahaja yang boleh dianggap sebagai ahli kitab. Dan keturunan(nenek moyang) mereka pula telah menganut agama tersebut, sebelum ia dibatalkan oleh agama yang kemudiannya(yahudi dibatalkan oleh Kristian dan Krtistian dibatalkan oleh islam). Apa yang pasti, pendapat ini tentu sekali agak ketat dan sukar sekali untuk mencari ahli kitab yang menepati ciri-ciri sebegini pada masa sekarang.
- Terdapat juga ulama yang berpendapat, sesiapa sahaja yang beragama ahli kitab(Yahudi dan Kristian)maka mereka adalah ahli kitab,walaupun bapa dan datuknya tidak beragama yahudi atau krsitian. Meskipun keturunanya memeluk agama tersebut sesudah agama tersebut dibatalkan. Apa yang pasti, pendapat ini agak longgat dan jika mengikut pandangan ini, semua penganut Yahudi dan Kristian dari pelbagai bangsa adalah ahli kitab dan wanitanya halal dikahwini.
Namun, secara peribadi saya cenderung kepada pendapat yang difatwakn oleh Jabatan Mufi Pulau Pinang dan Majlis Fatwa Kebangsaan, iaitu:
Halal dan sah seseorang lelaki islam berkahwin dengan perempuan kitabiyah,iaitu Yahudi dan Nasrani. Tapi syaratnya, jika Yahudi, maka keturunan mereka(sama ada dari keturunan Nabi Yaakob A.S, atau dari keturunan lain) memeluk agama tersebut sebelum dibangkit Nabi Isa, dan jika Kristian pula hendaklah diketahui dengan yakin keturunan mereka(dari keturunan Nabi Yaakob A.S, atau dari keturunan lain) masuk ke dalamnya sebelum dibangkit Nabi Muhammad(s.a.w).
MENGAPA HANYA LELAKI ISLAM YANG DIBENARKAN.
Pertama sekali, kerana ia adalah ketetapan dari Allah sebagaimana yang dinyatakan di dalam firman-Nya:
"Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengawini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya sebagai perempuan simpanan.." ( Al-Maidah : 5 )
Sheikh Mahmud Shaltut, Mantan Sheikh Al-Azhar dalam mengemukakan hujahnya, mengatakan dalam hal perkahwinan, lelaki adalah lebih berkuasa ke atas perempuan, iaitu berkuasa untuk membimbing keluarga,anak-anak, dan cara kehidupan seluuruhnya mengikut ajaran islam. Namun, jika lelaki islam itu tidak berkuasa dalam hal ehwal perkahwinan seperti hal ehwal keluarga, anak-anak dan cara kehidupan lebih dikuasai dan dipengaruhi oleh isteri yang beragama kristian atau yahudi, maka islam mengharamkan perkahwinan tersebut dan ia terkeluar dari tujuan asal yang diharuskan oleh islam.(Fatwa Dalam Perundangan Islam,M/S 31)
Antara Syarat-Syarat Untuk mengahwini Wanita Ahli Kitab
- Anak-anak yang lahir dari hasil perkahwinan tersebut hendaklah beragama Islam.
- Wanita kristian atau yahudi tersebut mestilah wanita yang suci dan bukan wanita jalanan atau penzina.
- Prof Dr Hamka pula mensyaratkan lelaki mestilah beriman dan mempunyai kefahaman agama yang tinggi. Ini kerana dia bakal berhadapan dgn mentua dan ipar-ipar yang beragama Kristian atau Yahudi. Pandangan daripada Buya Hamka ini, selari dengan pandangan Sheikh Mahmud Shaltut, Mantan Sheikh Al-Azhar.
- Dalam keadaan tertentu pihak berkuasa boleh menegah perkahwinan atas dasar kepentingan agama dan negara. Antaranya untuk tidak menimbulkan fitnah ke atas wanita islam seperti menjadi andartu.
- Wanita ahli kitab yang tinggal dan menjadi warganegara kepada sebuah negara Islam. Ulama berpendapat lelaki beragama Islam harus kahwin dengan wanita ini.
- Wanita ahli kitab yang tinggal dan menjadi warganegara kepada negara bukan Islam. Ulama sepakat berpendapat lelaki beragama Islam tidak harus berkahwin dengan wanitanya kerana kedudukannya lebih kuat, mungkin pengaruhnya juga lebih besar.
Untuk Lebih Memahami Persoalan Ahli Kitab, Link Dibawah Perlu dikunjungi.