Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Wednesday, 31 October 2012

Adakah Fat Burner Selamat Untuk Diguna?


Gambar di atas tiada kaitan langsung dengan entry ini, sengaja saya upload sebab menyampah dengan kata-katanya itu.(maafkan aku wahai En.Zafarullah)

Entry yang bakal saya paparkan nanti adalah artikel dari Kevin Zahri, saya sekadar copy & paste untuk melebarluaskan info yang berguna ini. 



Apa tu fat burner? 

Kebanyakkan pembakar lemak atau fat burner seperti Lipo6, Hydroxycut, API Polythermex, Jusmate 5 dan lain-lain adalah jenis thermogenik. Apa tu? Thermogenik adalah proses peningkatan metabolism badan. Di sini suplemen fat burner menggunakan kandungan seperti caffeine, guarana, MaHuang, Ginseng, tongkat ali, Chromium Picolinate, Kola dan lain-lain untuk mengingkatkan metabolism.



Pembakar lemak tu umpama minum kopi keras yang meningkatkan denyutan jantung tapi kandungan “kopi” dalam pembakar lemak jauh lebih tinggi.

Pembakar lemak bukanlah membakar lemak tapi mengingkatkan pembakaran kalori seharian anda (tingkatkan metabolism). Sebagai contoh theori: 
  • Tanpa pembakar lemak: Penggunaan kalori badan anda 2,000kcal sehari. 
  • Dengan pembakar lemak: Penggunaan kalori badan anda mungkin 2,100kcal sehari. 
  • Teori: Jadi dengan defisit kalori yang lebih tinggi, maka (secara teori), anda boleh kurangkan berat badan dengan lebih cepat. 

Jadi selamat tak di-minum? 

Sesuai tak untuk semua? 

Macam minum kopi juga. Mengambil thermogenik fat burner tidak sesuai dan selesa digunakan untuk semua. Kalau anda tidak tahan minum kopi, maka kebarangkalian besar anda juga tidak selesa dengan kandungan seperti mahuang, guarana, caffeine dan lain-lain. 

Apakah kesan sampingan pembakar lemak tu? 

Kesan sampingan pembakar lemak sebenarnya adalah tanda bahawa pembakar lemak itu berkesan. Kenapa pulak? Sebab untuk membakar kalori berlebihan tu memanglah denyutan jantung itu akan naik. Dan peningkatan denyutan jantung itu memang disampingi dengan side effects seperti berikut: 
  1. Resah 
  2. Anxiety 
  3. Nervousness 
  4. Insomnia 
  5. Cepat Marah 
  6. Stress 
  7. Tidak Tenang 

Kalau anda tidak merasainya, maka kandungan fat burner itu tidak berkesan untuk anda. Dan kalau anda biasa minum kopi, mungkin kandungan fat burner tu pun tidak memberikan kesan yang ketara kepada anda. 

Jadi bolehlah dikatakan bahawa anda inginkan side effect di atas kerana ia tanda metabolism badan anda berjaya ditingkatkan produk pembakar lemak itu … 

Jadi selamat tak pembakar lemak tu?

Baiklah, sekarang kita sudah memahami kaedah penggunaan fat burner (yang bukanlah membakar lemak tapi meningkatkan metabolism badan).

  • Jangan gunakan: Elak penggunaan pembakar lemak sekiranya anda tidak pandai menjaga diet keseluruhan, tidak bersenam, mempunyai hipertension, masalah jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain. 
  • Boleh cuba: Sekiranya anda sudah pandai mengawal diet, aktif bersenam dan tidak mempunyai apa-apa masalah jantung atau penyakit kardiovaskular. 
Ingat! Jangan bergantung kepada mana-mana suplemen untuk mengawal berat badan anda dan jangan gunakan pembakar lemak untuk jangka masa panjang. 

Sumber: Kevin Zahri

Sunday, 28 October 2012

IKAN BAIK UNTUK JANTUNG.



Kematian akibat serangan jantung semakin meningkat dari semasa ke semasa, dan ia amat berkait dengan masalah kolestrol berlebihan atau hypercholesterolemia. 

Hasil kajian mendapati, masyarakat Eskimo mempunyai kadarpenyakit jantung yang amat rendah dan paras kolestrol yang lebih rendah berbanding masyarakat biasa di bandar-bandar di Amerika Syarikat dan Eropah. Selepas diadakan kajian, didapati kandungan makanan orang Eskimo amat tinggi dengan asid lemak omega 3. 

Pemerhatian yang serupa bagi penduduk di Okinawa Jepun dan penduduk di Kepulauan Crete, Mediterranean, juga mendapati mereka mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah. Hasil kajian mendapati penduduk di kedua-dua tempat ini makan ikan dan makanan laut yang lain dengan banyak.

BERAPA BANYAK IKAN YANG PERLU DIMAKAN. 
  • Mengikut kajian yang dibuat, cadangan pemakanan ikan ialah sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu. 
  • Makan juga ikan yang lebih kecil saiznya. Ini bagi mengurangkan risiko pencemaran logam raksa dan racun PCB yang mencemarkan daging ikan, terutamanya ikan-ikan yang besar seperti ikan tuna dan ikan jerung. 
  • Persatuan Jantung Amerika Syarikat(AHA) mencadangkan pengambilan satu gram EPA dan DHA setiap hari sekurang-kurangnya dengan makan ikan untuk mengurangkan risiko sakit jantung koronari.


CARA MASAKAN IKAN.
  • Cara memasak ikan juga mempengaruhi paras kolestrol. Jadi ada beberapa perkara yabg perlu diketahui. Jangan menggoreng ikan secara ‘gorengan dalam’(deep fry) atau menggoreng dengan minyak ‘asid lemak trans’ yang boleh melawan kesan kebaikan omega 3 yang berperanan menurunkan paras kolestrol.
  •  Goreng dengan minyak yang sedikit dan penggunaan minyak zaitun disyorkan sebab ia turut membantu menurunkan paras kolestrol 
  • Cara masakan yang baik ialah memanggang,merebus,munggunakan ketuhar gelombang mikro dan stim. 
  • Makan sandwich tuna dengan roti berserat penuh adalah satu contoh makanan yang amat baik untuk menurunkan paras kolestrol.

Friday, 11 May 2012

12 MEI HARI JURURAWAT: HARGAILAH SUMBANGAN DAN PENGORBANAN JURURAWAT

Gambar dari google


Saya hanya mengetahui kewujudan Hari Jururawat setelah ayah saya dimasukkan ke wad Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM)Kubang Kerian Kelantan. Atau lebih tepat lagi, Ketika ayah saya dipindahkan dari wad 8 Selatan ke Unit Rawatan Rapi(ICU) pada 25 Januari 2012. Ketika menziarahi ayah, saya terpandang keratan akhbar yang di tampal di wad ICU tersebut. Keratan akhbar itu mengenai luahan perasaan seorang jururawat dan di situ juga terpapar tarikh Hari Jururawat. Berulang kali saya membacanya ketika saya menemani ayah.

13 Disember 2011, ayah saya meninggalkan rumah untuk ke hospital, dan pada 25 Mac 2012, ayah saya meninggalkan hospital untuk pulang ke rumah(tapi sebagai jenazah).





Ayah saya gagal diselamatkan, namun saya sedar, itu adalah ketetapan dan ketentuan. Kematian adalah sebuah temujanji dan ia akan menghampiri walaupun kita menjauhi. Ia juga akan datang menemui walaupun kita bersembunyi. Al-Fatihah Untuk Ayah .
.
Saya juga faham, Jururawat bukanlah jurusembuh, jadi tugas mereka ialah merawat dan bukannya menyembuhkan. Menyembuh itu Kerja Tuhan, dan Kerja Tuhan Tak Siapa Yang Tahu. Saya juga amat yakin mereka (jururawat dan doktor) telah mencuba sekudrat yang mampu dan sedaya yang boleh untuk menyembuhkan ayah saya.


(Berita Harian 7 Mei 2012)

Cukuplah dahulu mengulit kenangan dan kembali kepada tajuk dan matlamat entry ini. Mari kita kenali jururawat dan sekali gus menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka. Meminjam istilah atau takrif yang digunakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai : Jururawat ialah anggota dalam perkhidmatan rawatan kesihatan di belakang tabir. Mereka bertugas di dewan pembedahan,bilik rawatan,wad dan di sisi katil pesakit. Merekalah yang membantu doktor dan mereka jugalah yang menjaga dan memenuhi keperluan pesakit serta menangani sebarang masalah yang dihadapi.

Sebuah Novel yang hebat
yang memaparkan sumbangan
dan pengorbanan jururawat



Sepanjang menemani ayah ketika ayah ‘mendiami’ wad 8 selatan HUSM, saya mengutip seribu erti dan sejuta makna. Erti sumbangan dan makna pengorbanan yang telah jururawat curahkan. Di wad tersebut saya menyaksikan pelbagai ragam dan karenah pesakit, yang pasti sahaja menuntut kebijaksanaan dan kesabaran jururawat yang bertugas. Jauh di sudut hati saya merumuskan, tentu sahaja kerjaya sebagai jururawat ini amat melelahkan akal dan sangat memenatkan fizikal. Jauh lebih lelah dan penat berbanding saya, seorang guru.

Bukan itu sahaja, wad tersebut juga menjadi rumah kedua para jururawat yang bertugas. Bukan setakat makan dan minum, malah mereka turut bermalam di situ. Bermalam bukan bermakna lena melayari malam tapi berjaga melayani pesakit yang pelbagai ragam. Begitu juga ketika orang lain bercuti pada hujung minggu dan ketika cuti-cuti umum, namun mereka tetap setia untuk merawat pesakit.

Mudah-mudahan ,tarikh 12 Mei ini akan memberikan kita seribu erti dan sejuta makna. Erti menghormati dan makna menghargai segala sumbangan dan pengorbanan para jururawat.

Thursday, 12 April 2012

Bekas Polisterin Punca Kanser.



Tidak sekadar memakan masa yang lama(ratusan tahun) untuk reput, bekas polisterin juga turut mengancam nyawa.

Hari-hari kita tapaw makanan dengan menggunakan bekas polisterin dan tanpa kita sedari, tindakan kita itu umpama membunuh diri secara perlahan. Oleh sebab itulah ia sinonim dengan istilah 'white coffin'.



Polisterin dihasilkan daripada petroleum, dan ia mengandungi Styrene dan Benzene. Kedua-dua unsur ini merupakan punca barah dan neurotoxic yang berbahaya kepada saraf dan otak manusia.


Artikel sebelumnya: Berjalan Baik Untuk Kesihatan

Tuesday, 10 January 2012

BERJALAN BAIK UNTUK KESIHATAN.

(gambar dari google)


Berjalan baik untuk kesihatan(Walking is good for your health). Saya yakin ramai yang mengetahuinya, lantaran iklan mengenainya kerap disiarkan di dalam akhbar arus perdana. Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut melebar luaskan iklan ini dengan memperkenalkan info tentang Gaya Hidup Sihat .


Terima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana menyediakan info yang amat bermanfaat ini. Terima kasih juga kepada Nuffnang kerana Gaya Hidup Sihat masih lagi menjadi BE blog ini.

Untuk kali ini, saya ingin berkongsi atau lebih tepat lagi menyebar luaskan info mengenai kebaikan berjalan kaki:

BERJALAN SEJAUH 1 KM = 1,200 LANGKAH.
BERJALAN SEJAUH 7 HINGGA 8 KM = 10,000 LANGKAH.

Jadikan Berjalan Sebagai Rutin Harian.
Berjalan Bersama Keluarga dan Rakan
Berjalan Baik Untuk Kesihatan.
Sasarkan 10,000 langkah sehari ( sekitar 7 hingga 8 KM).
Catatkan Kejayaan Anda.
Tingkatkan Langkah dan Jarak Mengikut Kemampuan.