Sunday, 21 April 2013

Bila Artis Berpolitik

Dayangku Intan
PRU13 menjadi gelanggang bagi tiga orang artis untuk mencuba nasib sebagai seorang politikus. Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin bertanding mewakili parti PAS di Parlimen Jempol , Negeri Sembilan. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu bakal berhadapan dengan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad. Mungkin, sudah tiba masanya untuk Aishah memanfaatkan kelulusannya dalam ilmu sains politik yang beliau pelajari ketika di New Zealand dahulu. 

Artis seterusnya ialah Dayangku Intan atau nama sebenarnya Tengku Intan Tengku Abdul Hamid yang mewakili PKR , akan bertanding di Parlimen Pengerang Johor. Penyanyi terkenal era 1980-an ini akan berhadapan dengan calon BN, Datuk Azalina Othman.

Seorang lagi artis yang turut bertanding dalam PRU kali ini ialah Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi. Beliau bertanding atas tiket bebas di Parlimen Tanjung Karang dan akan berhadapan dengan Datuk Seri Noh Omar (BN) dan Mohd Rashidi Deraman(PAS).

Sebagai warga sebuah negara demokrasi, kita seharusnya menghormati pendirian dan keputusan artis-artis tersebut. Biarkan mereka melompat lebih tinggi untuk memetik bintang. Mereka sebenarnya berupaya menjadi politikus terbilang, andainya bijak percaturan. 

Dalam konteks Malaysia, mungkin ia masih baharu, tapi tidak dalam konteks antarabangsa. Lihat sahaja Ronald Reagan. Beliau asalnya adalah pelakon koboi dan akhirnya berkecimpung dalam politik, dan akhirnya berjaya menjadi Presiden Amerika ke-40 pada tahun 1981. 

Begitu juga dengan Arnold Schwarzenegger, seorang artis yang akhirnya Berjaya mejadi Gabenor California dari tahun 2003 hingga 2011.

Di India pula, Marudhur Gopalan Ramachandran atau lebih dikenali sebagai MGR yang terkenal sebagai pelakon, pengarah dan penerbit filem akhirnya turut berkecimpung dalam kancah politik. Beliau meraih kejayaan yang luar biasa, apabila berjaya menjadi Perdana Menteri Tamil Nadu. 

Di Filipina, Joseph Estrada adalah seorang artis yang berjaya. Sepanjang 33 tahun bergelar artis dan berlakon dalam lebih 100 filem, akhirnya beliau turut bertanding dalam pilihan raya. Kemuncaknya beliau Berjaya menjadi Presiden Filipina yang ke-13 bermula dari tahun 1998 hinggalah 2001. 

Jadi, hormatilah artis-artis kita yang ingin mencuba nasib sebagai politikus. Jangan mencela dan usah dihina, kerana kita adalah warga di sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

16 comments :

  1. Wuuu .... okay :) Ilmu pengetahuan makin bertambah ^^,

    ReplyDelete
  2. wujudnya persaingan yang sihat di kalangan calon2 pru13..

    ReplyDelete
  3. bersaing sahaja secara sihat kan..

    ReplyDelete
  4. pengalaman br tuk mereka... dulu menyanyi sekarang berkempen

    ReplyDelete
  5. Nazmin Nazifa εїз .
    Sekadar perkongsian Nazmin. Moga2 dpt ambil manfaat darinya.

    ReplyDelete
  6. Mizz Aiza.
    Itulah yg kita harap dan doakan.

    ReplyDelete
  7. Ummiarissa Mahdi.
    Bersaing secara sihat dgn hujah dan fakta mantap. Tapi sayang sestengah blogger mula menghidupkan kembali gmabr aishah dan dayangku intan yg seksi ketika awal pembabitan mrk dlm dunia hiburan dulu. Amat tidak wajar dan sgt tidak waras perbuatan tersebut.

    ReplyDelete
  8. izan mama mia.
    Benar tu izan. Hiburan dan politik, dua bidang yg berbeza dan pastinya memerlukan pendekatan yg berbza.

    ReplyDelete
  9. Mengapa perlu di ungkit semula sejarah lama..kisah kehidupan masa lampau..Bekas MB itu juga dahulu pernah ada kes...bersainglah dgn cara yg sihat..Manusia mana tidak melakukan kesilapan...

    ReplyDelete
  10. Eye_nee .
    Benar tu Eye_nee . Sikap tidak matang sesetngah blogger politik mmg amat keanak-anakan. kisah lampau puluhan tahun dulu disegarbugarkan semula sebagai senjata politik.

    Kalau nak ungkit kisah masa lampau, bnayak sangat kesalahan MB N9 tu yg perlu dibongkardan dijaja.

    ReplyDelete
  11. mcm kejutan pd negara kite je..perkara nie biase kat negara luar..

    ReplyDelete
  12. Zura Zue.
    Betul tu zura. Ia hanya aneh di negara kita, tapi sudah menjadi perkara biasa di negara lain trmasuklah di negara jiran kita.

    ReplyDelete
  13. Harap2 PRU13 ini berjalan dengan telus... makin banyak di warnai oleh org2 baru....

    ReplyDelete
  14. aTieYusof Family.
    Harap2 begitulah. Dan sebagai rakyat kita kena terima pilihan terbanyak nnt.

    ReplyDelete
  15. Betul tu Shameel ...manalh tau nasib menyebelahi mereka...kita tengok ajelah...

    ReplyDelete
  16. hainom OKje.
    Betul tu okje. banyak perkara dlm dunia ni yg di luar duga n di luar jangka. Dan tak mustahil nasib akan menyebelahi mereka bertiga.

    ReplyDelete