Memandangkan parlimen baru sahaja dibubarkan dan PRU13 bakal berlangsung tidak lama lagi, jadi saya rasa amat wajar untuk memperkatan perihal buku ini di sini. Sebenarnya sudah beberapa bulan buku ini saya miliki dan sejak awal-awal lagi telah saya habiskan pembacaannya.
Di sini saya bukanlah ingin memperkatakan perihal buku ini secara terperinci. Sebab matlamat saya ialah untuk ‘memujuk dan merayu’ anda agar membeli buku ini. Kemudian, bacalah buku ini dengan cermat dan teliti. Dan kalau boleh bacalah buku setebal 318 halaman ini berulang kali. Mudahan-mudahan ia dapat dijadikan sebagai panduan untuk memilih pemimpim
Penulis buku ini iaitu Dr. Zaharuddin Abdul Rahman berkelulusan Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya, Sarjana Syariah dari Universiti Al-Yarmouk, Jordan dan Doktor Falsafah (PhD) Syariah dan Kewangan Islam dari University of Wales, United Kingdom. Beliau kini Pensyarah Kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ahli Panel Kajian Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Menganggotai Majlis Penasihat Syariah di bank dan institusi seperti Al Rajhi Bank Malaysia, ACR ReTakaful Berhad dan ACR MEA Takaful, Bahrain. Beliau juga dilantik sebagai Perunding Syariah antaranya kepada UEM Land Berhad dan Siraj Capital Ltd, Jeddah.
Buku setebal 318 halaman ini benar-benar merungkai salah faham terhadap politik yang selama ini membelit pemikiran segelintir umat islam di Malaysia. Masih ramai rasanya yang beranggapan politik itu hanyalah urusan memilih pemimpin tanpa mengambil tahu sesungguhnya ia adalah satu ibadah. Buku Indahnya Politik Cara Islam mengandungi 13 Bab. Dimulai dengan bab pertama, Takrif Siasah atau Politik dan akhiri dengan bab berjudul Budaya Kerja Islam: Kualiti Dan Produktiviti.
Boleh dikatakan kesemua isu yang diutarakan oleh penulis buku ini amat menarik, namun saya hanya akan paparkan sebahagian sahaja yang benar-benar menarik pada pandangan saya, antaranya ialah perbahasan mengenai takrif negara islam yang dipaparkan pada Bab 3. Di sini, penulis telah mengemukakan beberapa pendapat atau pandangan tokoh-tokoh ulama muktabar,baik ulama silam mahupun ulama kontemporari. Antara ulama-ualam silam ialah Imam Abu Yusuf, Al-Khatib al-Baghdadi, Al-Imam Asy-Sya’ari , Imam Ibn Taymiyyah dan Imam Ibn Qayyim. Ulama-ulama kontemporari pula termasuklah Sayyid Qutb, Syeikh Said Hawwa, Syeikh Muhammad Abu Zahrah, Syeikh Abu A’la al-Maududi dan Prof. Dr Muhd Salam Madkur.
Begitu juga dengan perbahasan status Wanita Sebagai Pemimpin yang terdapat pada halaman 60. Umumnya, umat islam dihidangkan dengan kenyataan, wanita tidak harus menjadi pemimpin, namun harus juga diketahui pandangan atau pendapat yang menyalahi kelaziman ini. Apa yang pasti,golongan yang membenarkan wanita menjadi pemimpin ini tetap mengemukakan hujah dan dalil yang mantap. Antara ulama tersebut ialah Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Dr Yusoff al-Qaradhawi. Bab ke 3, iaitu Islam dan Demokrasi juga amat menarik dan amat perlu untuk difahami oleh umat islam. Ini memandangkan terdapat jemaah tertentu yang mengharamkan penglibatan umat islam dalam sistem dmeokrasi termasuklah dalam proses pilihan raya, atas alasan demokrasi bukanlah berasal dari islam. Pandangan sebegini amatlh berbahaya namun ia tetap mempunyai pengikutnya yang tersendiri, termasuklah dari kalangan professional.Tahniah kepada Dr Zaharuddin Abdul Rahman kerana Berjaya merungkai isu ini dengan baik.
Akhir sekali,isu yang saya anggap menarik dan perlu difahami ialah isu undi calon atau parti. Ia dibincangkan dalam Bab 9 dalam buku ini. Mungkin kita terkeliru ketika ingin mengundi. Mungkin kita menyokong parti tertentu tetapi dalam masa yang masa tidak menyenangi calon yang mewakili parti tersebut. Apatah lagi, terdapat juga segelinitir ustaz di Malaysia yang mencadangkan agar memilih atau mengundi berdasarkan calon dan bukannya parti. Dalam buku ini, Dr Zaharuddin telah berjaya merungkai salah faham ini dengan menegaskan pemilihan atau undian berdasarkan parti hendaklah diutamakan, kecuali dalam keadaan tertentu.
Sengaja saya tidak mengulas buku ini secara panjang lebar kerana matlamat saya satu sahaja iaitu, belilah buku ini dan hayatilah perbahasannya. Moga-Moga dengan ini, kita mampu menjadi pengundi yang bijak.
Tajuk Lain Yang Berkaitan
rasanya macam pernah nampak buku ni masa festival buku islam kat putrajaya tahun lepas, tapi tak ada keinginan kuat nak belek/beli. lepas ni mungkin akan beli kalau `terserempak'.
ReplyDeletesmbotak ,
ReplyDeleteKena beli tu. bagus sekali buku ni
Walaupun sebagai warganega Okje sangat perlu mengambil tahu pasal politik Malaysia.... tapi entahlah kurang minatlah kalau bab ni Shameel... hehe terukkan!
ReplyDeletehainom OKje.
ReplyDeleteKena minat jgk sbb ia bakal menentukan hala tuju negara. Dan buku ni amat membantu mamahamkan kita ttg politik.
Bagus buku ni..
ReplyDeletelagi pun minat dengar ceramah2 Ustaz Zaharudin ni.. :)
Saya nak cari buku ni. Terima kasih kerana telah mewar-warkan :-)
ReplyDeletemmg diakui penulis buku ni seorg yg berilmu tinggi.. x sia2 klau beli buku ni utk dibaca ^^
ReplyDelete