|
Lapangan Terbang Srinagar Kashmir. Info tentang Dal Lake dan houseboat dapat diperolehi di sini |
Dal Lake terletak di Srinagar,ibu negeri Jammu & Kashmir. Ia adalah tasik yang terbesar di bandar tersebut dan merupakan salah satu kawasan tumpuan di Srinagar. Tasik ini sebenarnya terbahagi kepada empat bahagian iaitu, Dal Lake, Gagribal, Lokut Dal dan Nagin. Melancong ke Kashmir bagaikan tidak lengkap andainya tidak berkunjung ke tasik ini.
|
Dal Lake di awal pagi. |
Indah,tenang dan mendamaikan, itulah yang mampu saya luahkan sepanjang tiga hari bermalam di situ. Meskipun terdapat banyak hotel untuk penginapan, namun ramai pelancong lebih berminat untuk menginap di houseboat yang terdapat di sepanjang tasik ini.
Saya difahamkan, tasik ini adalah kawasan larangan untuk bot-bot berenjin. Oleh sebab itulah airnya sangat jernih.
|
Dal Lake |
Amat mendamaikan apabila berkesempatan menimati keindahan tasik dari beranda houseboat, tika senja menjengah dan tatkala dinihari menjelma. Sangat menenangkan apabila berkesempatan mengelilingi Tasik Dal dengan menaiki Shikara (bot kecil yang dihiasi dengan pelbagai warna). Saya dan rakan-rakan dibawa menyusuri houseboat yang beroperasi sebagai premis perniagaan. Pelbagai barangan yang dijual termasuklah cenderahati dan baragan berasaskan tekstil.
|
Dal Lake |
Sepanjang perjalanan mengelilingi Tasik Dal, seringkali penjual atau peniaga merapati Shikara yang saya dan rakan-rakan naiki untuk menjual barangan mereka terutamnya cenderahati dan pakaian serta Zafron. Untuk pengetahuan sahabat, Kashmir adalah antara pengeluar Zafron terbesar dunia. Saya difahamkan, pada pertengahan atau akhir bulan Januari, Tasik ini akan membeku dan Srinagar pada waktu itu akan dibungkus salji yang memutih. Untuk pengetahuan sahabat juga, Kashmir suatu ketika dahulu adalah lokasi pengambaran filem Hindi. Antaranya ialah filem Hindi yang terkenal Bobby lakonan Rishi Kapoor dan Dimple Kapadia pada awal tahun 1970-an.
Untuk selanjutnya, biarlah gambar-gambar yang berbicara.
|
Dal Lake |
|
Dal Lake: Menyusuri Tasik dengan Shikara |
|
|
Dal Lake |
|
Menyusuri Tasik Dal |
|
Menyusuri Tasik Dal |
|
Dal Lake |
|
Dal Lake: Shikara (bot kecil yang dihiasi pelbagai warna),di tebing Dal Lake |
|
Dal Lake: Shikara di Tebing Dal Lake |
|
Bersama pemilik HouseBoat dan pelancong dari Malaysia. Aku: tiga dari kiri |
Seronoknya dapat meziarahi negara orang.
ReplyDeleteCantik-cantik pemandangan yang dikongsikan di sini.
Cantik pemandangan Dal Lake ni cikgu..rasanya mcm pernah jg tgk kt rencana di 707..
ReplyDeleteseronok menjelajah India ni:)
Mak Long a.k.a Kunang-kunang .
ReplyDeleteAgak menyeronakkan kak, cuma Kashmir ni agak 'dalam kawalan' sbb tentera india selalu berkawal di sini di segenap tempat. Ini kerana ia antara kawasan yg bergolak di India, tapi taklah seteruk mana.
aTieYusof Family.
ReplyDeleteMmg cantik Atie, jadi tak menghairankan jika ia menjadi lokasi pengambaran filem hindi satu masa dahulu.