Sunday, 9 June 2013

Nasihat Mufti Kelantan :Jangan sebar ayat al-Quran di laman sosial jika tak tahu makna.


Mufti Kelantan menasihatkan masyarakat agar tidak menyebarkan hadis dan ayat al-Quran secara bebas di laman sosial jika tidak tahu maksud asal ayat tersebut kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada sesiapa sahaja yang mengamalkannya. 

PANDANGAN PERIBADI SAYA TERHADAP NASIHAT MUFTI KELANTAN.

  • Nasihat merangkap teguran itu perlu diambil perhatian oleh seluruh pengguna laman sosial yang beragama islam.
  • Teguran ini amat bagus, tapi jangan hanya di media sosial sebab di masjid dan surau serta majlis-majlis ilmu ramai juga para penceramah agama yang tidak cermat dalam memetik ayat-ayat Al-Quran dan Hadis. Banyak kisah Israiliyat dijadikan bahan ceramah. Banyak hadis palsu dijadikan hujah. Kadang-kadang penggunaan teks tidak menepati konteks gara-gara tidak memahami Asbabul Nuzul dan Asbabul Wurud.
  • Masih ada penceramah agama yang berkuliah di surau dan masjid dengan membawa kisah yang tidak benar tentang sahabat Nabi Muhammad S.A.W, iaitu Tsalabah. Beliau sering dikaitkan sebagai manusia yang enggan membayar zakat setelah dianugerahkan kekayaan dan kejayaan oleh Allah. Hakikat sebenar Tsalabah adalah seorang sahabat yang banyak berjasa kepada islam dan merupakan salah seorang ahli badar.
  • Mufti tertentu amat gemar menjaja Hadis berbunyi “ Raja itu bayangan Allah di bumi.....” ketika Hassan Ali menubuhkan JATI yang memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja(IMR). Hadis ini adalah hadis palsu di sisi majoriti ulama Hadis. Tapi, Mufti tersebut telah mempolitikkan hadis tersebut gara-gara ia menjadi visi dan misi NGO yang sedang dirasmikan olehnya pada ketika itu, lebih lanjut tentang ini, lihat --> SINI. Dan,baru-baru ini, terdapat seorang Ustaz TV yang menjadikan hadis ini sebagai hujah dalam sebuah program forum agama. 
  • Antara hadis yang sering disalah tafsirkan oleh segelintir penceramah, iaitu hadis yang bermaksud “Tiada lagi hijrah selepas pembukaan kota Mekah, sebaliknya jihad dan niat. Apabila kamu diminta keluar berjihad maka keluarlah”. (Riwayat al-Bukhari). Teksnya adalah benar dan ia diriwayatkan oleh seorang ‘jaguh’ dalam ilmu hadis iaitu Imam Bukhari, tapi ia perlu digunakan dalam konteks yang tepat agar tidak terseleweng makna dan tersasar maksud. Sekali pandang seolah-olah hadis ini telah menasakhkan ( memansuhkan ) hukum berhijrah. Tapi pengertian sebenar hadis ini bukanlah begitu. Ramai penceramah tidak teliti dalam soal ini dengan tidak mempedulikan Sabab al-Wurud( iaitu sebab sesebuah hadis didatangkan atau diucapkan oleh Nabi S.A.W). Dalam isu ini, baginda mengucapkan demikian kerana Mekah telah bertukar dari tanahair kufur kepada tanahair Islam. Maka tidak perlu lagi orang Mekah berhijrah ke Madinah seperti yang menjadi tuntutan sebelum itu. Jadi, ia bukan bermaksud tuntutan hijrah dibatalkan terus untuk setiap masa, ketika dan lokasi. Sebab itulah al-Imam al-Nawawi mengatakan, para ulama telah berkata “ Hijrah daripada Dar al-Harb kepada Dar al-Islam kekal sehingga hari kiamat.” 

Demikian pandangan peribadi dan contoh yang dapat saya paparkan dalam ruangan yang terhad dan terbatas ini. Sekali lagi saya tegaskan, saya menyokong penuh teguran dan nasihat dari Mufti Kelantan, Cuma saya fikir ‘larangan’ tersebut perlu diperluas dan diperlebarkan lagi. Iaitu, tidak hanya di media social, tapi di mana-mana sahaja termasuklah di dalam surau dan masjid, ceramah motivasi dan majlis-majlis ilmu.

9 comments :

  1. terima kasih di atas informasi ini..

    ReplyDelete
  2. Hee,In tak de laman sosial macam tu dah tpi masih berblogging... same je kan.. ok,In akan beringat-ingat ^^,

    ReplyDelete
  3. Hee,In tak de laman sosial macam tu dah tpi masih berblogging... same je kan.. ok,In akan beringat-ingat ^^,

    ReplyDelete
  4. Mizz Aiza .
    Sama2 Aiza, sekadar berkongsi utk manfaat bersama.

    ReplyDelete
  5. Nurul Syawani .
    Terima kasih juga atas kunjungan.

    ReplyDelete
  6. Nazmin Nazifa εїз.
    Laman sosial yg paling polular skrg ni FB n twitter. Blog pun termasuk laman sosial jugak. Yg ptg kita gunakannya utk perkara2 yg baik.

    ReplyDelete
  7. dalam fb byklah..hope xde yg bercanggah...kena take note lah pd semua ea

    ReplyDelete
  8. Takut jugakkan nak share sewenang-wenangnya kecuali betul betul sahih

    ReplyDelete