Masalah kebanjiran warga asing di sekitar kawasan Lahad Datu bukan sesuatu perkara yang baru. Bagi penduduk di daerah itu, kisah warga asing yang menjadi ‘raja’ tepi jalan dan kaki lima adalah fenomena biasa yang dapat dilihat sejak sekian lama. Tinjauan di sekitar kawasan Pekan Lahad Datu semalam mendapati tidak kurang 200 penjaja tanpa lesen mendominasi kawasan kaki lima sekitar Pasar Rakyat Lahad Datu. Kebanyakan mereka menjual sayur-sayuran, barangan kering malah ada juga yang menjual rokok dan barangan keperluan harian yang lain.
Selanjutnya, langsung sahaja ke -->Sinar Harian
Info Tambahan.
Saya pernah mendiami Lahad Datu selama enam tahun, kerana berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu. Warga asing atau lebih tepat lagi Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI) sememangnya membanjiri Lahad Datu. Tidak keterlaluan andainya saya katakan, Lahad Datu(sebenarnya di kebanyakan tempat di negeri Sabah) adalah ‘daerah tiga negara’. Ini kerana di Lahad Datu sangat ramai warga asing dari Indonesia, Filipina dan Timur Laste.
Harap-harap permasalahan ini dapat ditangani sesegera mungkin dan sebijaksana yang mampu.
secara tidak langsung kehadiran mereka diterima baik jika masyarakat setempat masih membeli barangan yang dijual oleh mereka..
ReplyDeleteHarap2 begitulah hendaknya. Jangan tunggu cacing naik ke mata baru nak bertindak.
ReplyDeleteMizz Aiza.
ReplyDeleteItulah masalahnya Aiza. Lagi parah, dlm sesetengah kes mereka ni menumpang berteduh di rumah sanak saudara mereka yg telah mendapat taraf kerakratan di Sabah.
Mak Long a.k.a Kunang-kunang.
ReplyDeleteSepatutnya pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu baru2 ni telah membuka mata hati pihak berkuasa.
biasalah kalau dok kat sempadan
ReplyDeleteHmph,iye lah. Makin ramai pendatang asing ni kan,buat org takut nak keluar rumah selalu terutama perempuan ni...
ReplyDeleteCikgu,
ReplyDeletekami yg duk LD ni dah biasa dgn pemandangan sebegitu...cuma kekadang kehadiran mrk terlalu berleluasa..merisaukan penduduk tempatan...
oic, cmtu rupanya area LD...
ReplyDelete