Thursday, 6 May 2010

AWARD LAGI








Saya dapat award lagi. Kali ni daripada rakan blogger,
Yuni Aisyah (
http://unniesya.blogspot.com/)
.Award ni diamanahkan agar dikongsi sesame rakan2 blogger


( Kat bawah ni senarai rakan2 blogger yang terpilih )

1. Ar! Eyko San ~(http://arieymariah.blogspot.com/)
3. Madihah Mustafa http://madihah87.blogspot.com/



Di bawah adalah senarai syarat-syarat penerima award ;

1 ) Buat Entry ttg Award Ini

2) Copy badge "Beautiful Blogger Award" ini

3) Ucapan Terima kasih kepada Pemberi Award

4) Senaraikan 15 Blogger yang akan menerima Award.

Semua syarat telah saya jawap...

.....Tamat.....




.

Tuesday, 4 May 2010

selamat PENDEK UMUR

(gambar dari Google)


Selamat pendek umur. Mungkin biadap andainya itu yang diucapkan pada seseorang pada hari lahirnya( birthday wish). Namun itulah hakikat sebenarnya. Detik berlari, bermakna kematian semakin menghampiri. Masa berlalu, bermakna ajal semakin hampir bertamu.

(Gambar dari Google)

Mati! Ia sungguh aneh. Adakalanya ia hadir tanpa sebab dan alasan yang wajar( maksud saya secara mengejut dan tanpa sebarang petunjuk). Meskipun cukup sihat dan bertenaga namun nadi tiba-tiba berhenti berdenyut. Walaupun usia belum lagi senja namun jantung tiba-tiba berhenti berdegup.

“Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un,”

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf, ayat 34, perlu direnungi.

“Tiap-tiap umat mempunyai tempoh waktu. Maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaat dan tidak pula dapat memajukannya.”


(Gambar dari Google)

Mati itu pasti. Ia adalah ketentuan dan ketetapan yang tidak dapat dielakkan lagi. Walaupun bersembunyi, ia tetap akan menemui kita bila tiba saatnya nanti. Meskipun menjauh, ia pasti menghampiri kita bila tiba masanya nanti.

Hidup memang untuk dinikmati, tapi kematian haruslah direnungi. Bukan untuk menganggu tenang hidup, tapi untuk menjadikan hidup lebih bererti. Kalau tidak, kita akan menyesal kemudian nanti. Pastikan mati sentiasa di hati dan jangan pernah membiarkannya berlalu dari ingatan.
Sentiasalah mengingati kematian supaya kita tidak terbabas dan tersasar dalam mengemudi bahtera kehidupan.


(gambar dari Google)


Cuba kita renungkan bagaimanakah keadaannya bila riwayat hidup kita berakhir nanti. Rasa ngeri menyelinap ke dalam hati tatkala membayangkan saat-saat sakratul maut. Tentu sahaja, sakitnya tidak terperi tika roh ingin dipisahkan dari jasad. Bagaimana pula dengan godaan syaitan kala kita lesu dan tidak terdaya nanti. Sesungguhnya syaitan terlalu hampir dengan manusia sewaktu manusia diambang kematian. Ia akan memujuk diri dengan helah yang sungguh luar biasa. Kiri, kanan, depan dan belakang, ia akan merayu dengan pelbagai cara dan tanpa mengenal putus asa. Tanpa iman yang kukuh, pasti ranaplah akidah dipenghujung nyawa. Oh! Tuhan yang membalikkan segala hati, tetapkanlahlah hatiku terhadap agama-Mu.

(Gambar dari Google)


Cuba bayangkan pula jasad kita yang kaku, lalu dibalut dengan kafan yang putih. Ditimbus ke dalam tanah dan beransur-ansur jasad akan mula mereput. Sedikit demi sedikit, daging-daging kita akan dinikmati oleh ulat-ulat yang rakus dan gelojoh. “Oh! Tuhan, Aku belum bersedia untuk mati.”

Cuba renungi sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi,“ Kubur itu satu taman dari taman-taman syurga atau salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.”

Bagaimanakah keadaan kita di dalam kubur nanti? Taman syurga atau lubang nerakakah ia. Adakah ia akan diluaskan seluas mata memandang atau akan disempitkan hingga berselisih segala tulang. Bagaimana pula dengan azab dan seksa yang terbentang dan terhidang di sana nanti. Mampukah kita menghindarinya? Azab kubur tidak hanya untuk pelaku dosa-dosa besar. Ia juga untuk dosa-dosa kecil yang sering kali kita buat tidak kisah dan tidak peduli. Nyata benar dalam Sahih Bukhari dan Muslim, tentang dua orang penghuni kubur yang disiksa lantaran tidak beristinjak dengan baik dan kerana suka mengadu domba.



( Gambar dari Google)



Bagaimana pula saat mulut membisu tanpa sebarang kata. Tangan dan kaki pula akan diminta berbicara tentang dosa-dosa yang dilakukan. Seluruh anggota badan juga akan membongkar segala rahsia yang selama ini terpelihara. Ia akan menjadi saksi yang jujur dan tidak akan sesekalipun berdusta.

Oh! Malunya tika dan saat itu berlaku. Tika segala dosa ‘dibogelkan’. Saat setiap noda ‘ditelanjangkan’. Cuba pejamkan mata rapat-rapat. Dalam fikiran, mari kita mencongak dosa- dosa yang berkaitan dengan kaki, tangan dan seluruh anggota badan yang pernah kita lakukan. Oh! Jumlahnya tidak terkira dan banyaknya tidak terhitung. Sentiasa bertambah dan berganda sejajar dengan peningkatan usia. Ya Allah! Ampunilah aku. Aku memohon redha-Mu dan syurga-Mu.

Betapa kerdilnya diri untuk berhadapan dengan azab Tuhan yang maha dahsyat. Tidak boleh lagi kita menuli dan buat tidak reti terhadap dosa-dosa yang dilakukan. Sekecil mana sekalipun, ia tetap memberi saham yang boleh menyebabkan kita merana di dalam kubur dan di akhirat nanti. Kita harus bijak ‘membelanjakan’ usia yang masih berbaki. Kerana mati tidak akan mengenal usia. Ia boleh datang tanpa diduga. Juga, tanpa sebab dan alasan yang logik pada akal manusia.

Mengingati mati benar-benar bererti dan bermakna kepada kita. Ia memahamkan kita seribu erti dan sejuta makna. Erti hidup dan makna mati.


“Maka ziarahilah perkuburan, kerana perbuatan yang sedemikian akan mengingatkan kamu kepada kematian.” Hadis riwayat Imam Muslim.














wasiat PENTING


Hari ni saya dapat wasiat. Wasiat yang sangat penting dan mesti dilunaskan. Wasiat agar menternak seekor lembu( sapi) yang sedang melepakkan dirinya.

ini Mr. Cow, wasiat nih dari IBUHAKIMHAIKAL
(p/s: sila kopi/ nescafe pun boleh gambar ini untuk wasiat anda)


[1.] Thank & link the person that gave you the cow
Saya dapat wasiat ni daripada princess Aida.
http://princesseaida.blogspot.com/ Terima kasih seadanya kerana mewasiatkan lembu yang seksi ni untuk saya. Saya hargai wasiat yang diberi.



[2.] Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau 7 paling tak active
Dengan ini diumumkan penerima wasiat seterusnya. Anda adalah insan / blogger bertuah dan jagalah lembu ini sebaik-baiknya. Sayangilah ia seperti mana anda menyanyangi diri sendiri.
antara yang bertuah ialah:

1. http://www.nardieya.blogspot.com/
2.
http://azienaturestories.blogspot.com/
3.
http://caramel-cheese.blogspot.com/
4.
http://adahairuni.blogspot.com/
5.
http://khairun85.blogspot.com/
6.
http://zafiranabilah.blogspot.com/

7. Sesiapa sahaja yg berminat untuk menternak lembu




[3.] Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat...
kepada blogger yang ditag. Ini pengumuman penting: "wasiat nih dari orang kaya Kg Sepening Lalat ye."

[4.] Cerita 3 perkara apa yang anda selalu buat sambil menonton televisyen

Berbaring, minum dan dengar radio.

[5.] Bagitau 3 makanan pelik yg pernah
anda makan
Rasanya takde makanan pelik yang pernah saya makan

[6.] Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
Agak ramai tapi tak sampai sejuta. hehehe

[7.] Favourite soalan ni..... macamane korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...kat mana???
Biarlah rahsia.


Wednesday, 28 April 2010

bumi KENYALANG

( Sarawak Cultural Village)
.
Tentang Sarawak, sudah beberapa kali saya ke sana. Namun, sebelum ini saya lebih mesra dengan Lawas(yg bersempadan dgn Sabah), Limbang dan Miri (Yg bersempadan dgn Brunei Darussalam). Ke Kuching, sebenarnya baru dua kali sahaja.


Laut China Selatan
Laut Sulu
Selamat Datang diucapkan
Kepada Para Tetamu




(Bersama Member kat Patung Kucing. Aku Yang Kanan tu )
Sana Perigi
Sini Timba
Akanku Datang Lagi
Bila Rindu Menjelma







(Makhluk Tuhan Paling Seksi yang Kutemui kat Waterfront Kuching)

Lelaki ni memainkan muzik Tradisonal Sarawak kat waterfront.









( Kat Sarawak Cultural Village)



Biarlah penat badan
Janganlah ada rasa bosan
Jagalah seni warisan
Agar kekal sepanjang zaman







(Dewan Undangan Negeri Sarawak)





Sini Barisan
Sana Pakatan
Hari ini kita berlawan

Esok pula kita berkawan











(Gunung Santubong. )
Pada mulanya ingin kudaki gunung ni.
Taklah tinggi, tapi atas sebab tertentu
memberku mencadangkan agar dibatalkan sahaja







( Astana, lambang cinta Charles Brooke terhadap Isterinya Ranee Margaret)



Di kiri jalan di kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Dikirim jangan dipesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu.
Andainya Charles Brroke pandai berpantun.
Mungkin pantun ini
akan ditujukan kepada isterinya dahulu

































































AWARD

Award Dari Qellissa







Seorang rakan blogger saya,Qelissa (http://qellissabb.blogspot.com/) telah berbesar hati menganugerahkan award kepada saya. Saya namakannya sebagai award persahabatan.

Terima kasih atas award tersebut. Kecil tapak tangan, tapi stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu dan Stadium Indera Mulia di Ipoh saya tadahkan. Hehehe.

Soalan asal yang dikemukakan telah dilakukan sedikit pengubahsuaian setelah ahli panel penggubal soalan berbincang. Soalannya agak susah juga, setaraf dengan soalan exam kat Kolej Matrikulasi. Malah ada juga yang persis soalan PTK, yang kakitangan awam sering gagal tika mendudukinya. Ini soalannya.


1. 3 Nama Samaran Kamu
a.
Shameel Iskandar ( sebagai blogger)
b. Tn. Iskandar Ismail (sebagai cerpenis)
c. 21_Iskq ( digunakan secara meluas ketika menetap di Sabah)


2. 5 Tarikh Penting Dalam Hidup Anda.
a. 28. Jun ( My Birthday)
b. 1 Syawal ( Eidul Fitri )
c. 1 Ramadhan ( Puasa ler)

3. 5 Perkara Yang Anda Buat Semalam.
a. Kerja
b. Drive
c. Makan
d. Blogwalking
e. Biarlah Rahsia

4. 5 Perkara Membuat Anda Gembira.
- Biarlah Rahsia -


5. Filem / Drama Kegemaran Anda.
Selain dari filem dan drama Korea. Saya lebih gemar menonton channel 555 ( History)


6. 5 Hobi Kamu
- Biarlah Rahsia -

7. 5 Tempat Percutian Idaman Anda.
- Ke mana sahaja kecuali Israil -


8. 5 Sebab Kamu Jawab Soalan Ini.
a. Hehehe
b. Huhuhu
c. Sudah Gaharu Cendana Pula
d. Sudah Tahu Bertanya Pula
e. Sebab Kena Tag Ler Jawabnya
.


9. Orang Yang Anda Nak Tag.

1. Zella (http://zellastory.blogspot.com/

2. Mieran (http://www.mieran87.co.cc/)

3. Macy (http://cahaya-humaira.blogspot.com/)

4. Afida Anuar (http://afidaanuar.blogspot.com/)

5. Hani (http://hanilentik.blogspot.com/







Tuesday, 27 April 2010

Tag daripada SAHABAT untuk SAHABAT

Terima kasih keapada sahabat Blogger, Fatin Filzah.
(
http://filzfa.blogspot.com/ ) Kerana telah meng'TAG'kan saya .



Dengan sopan santunnya saya menjawab setiap soalan yang dikemukakan.


1.APA YANG ANDA AKAN BUAT BILA ANDA TAHU MEMBER ANDA TIKAM BELAKANG ANDA?



Saya akan menjauh dari member yang sebegini. Sejauh langit dari bumi dan sejauh timur dari barat . Jujur! saya pernah dan sedang mengalami situasi sebegini.Menjauh bukan untuk bermusuh, tapi supaya member itu dapat muhasabah diri dan memahami erti persahabatan dan makna persaudaraan.



2. 6 ORANG DI HATI ANDA?





Pasti sahaja keluarga saya, Kawan-kawan saya( ramai tau lebih dari 6)


3. ANDA RASA ANDA COMEL?





Kalau kita comel, pasti lebih ramai yang comel dari kita.Dan pasti juga ramai yang kurang comel dari kita. Jadi janganlah mengeluh hanya kerana ketiadaan sepatu sebelum melihat mereka yang tidak mempunyai kaki. Dulu saya minat lagu Paling Comel , Nana & Achik ,Spin( Yang baru pulang ke Rahmatullah, Al-Fatihah buatnya)



4. SINGLE OR TAKEN?

Biarlah Rahsia?


5. BLOG YANG ANDA SUKA?




Banyak sebenanrya. Kalau disenaraikan, nanti apa pula kata blogger yang blognya tak disenaraikan. Jadi biarlah rahsia.


6. ADAKAH BILIK ANDA KEMAS SETIAP HARI?


Hehehe! Biarlah Rahsia. Tapi saya sukakan bilik saya.


7. LAGU TERAKHIR YANG ANDA DENGAR?





Saya sebenarnya sukakan lagu-lagu puisi. Tapi lagu terakhir tu baru kejap tadi saya dengar iaitu lagu AKU DAN KENANGAN, BRAIN CONNECTION(sebenanrya lagu ni mmg saya save kat lat top saya). Ia membuai rasa apatah lagi bila ada kaitan dengan kita.


8. LAST TEXT MESSAGE





"Jom Taiping, petang esok ?"
SMS daripada Ramzi, sahabatku kat Kuala Kangsar.



9. LAST PHONE CALL





Dari Amir, bertanyakan jadi ke nak ke Medan cuti hujung bulan Mei ni. Saya kata tangguh dulu, mungkin bulan 11 nanti.


10. HARI TERAKHIR ANDA MENANGIS

Biarlah Rahsia! Saya lelaki dan amat susah untuk menitiskan air mata.


11. 5 LIST WARNA KEGEMARAN ANDA


Hijau, Kuning, Putih, Hitam dan Biru. Tapi saya gemar memakai baju warna hitam dan jeans warna biru..





*DENGAN BANGGANYA SAYA IJAZAHKAN ( macam belajar tarikat pulak) TAG INI KEPADA SAHABAT DI BAWAH( mcm belajar secara bersanad pulak)*


Qelissa (
http://qellissabb.blogspot.com/)

Atikah Mustapa (
http://varietyofhumans.blogspot.com/)

Yuni Aishah (
http://unniesya.blogspot.com/)

EskremGoreng
http://buttermilk-pancake.blogspot.com/

Husaini Nazari (
http://husaininazari.blogspot.com/)

DIEABELLA (
http://sweetwin.blogspot.com/)

Hiro (
http://akaltunjang.blogspot.com/)

Khairun Nisa (
http://khairun85.blogspot.com/)

BlueCITY (
http://bluevirgolady.blogspot.com/)



LEBARKAN WILAYAH PERSAHABATAN. LUASKAN EMPAYAR PERSAUDARAAN. PERSAHABATAN DAN PERSAUDARAAN SESAMA INSAN TETAPI KERANA TUHAN.

Sunday, 25 April 2010

dadah dan DEDAH





Dadah
Lelakiku kehilangan arah
Melangkah lemah
Menunggu rebah

Dedah
Gadisku hilang maruah
Harga dirinya begitu murah
Boleh dijamah
Boleh diratah
Dengan begitu mudah.

Dadah dan dedah
Menular bagaikan barah
Dan bangsaku kini kian parah
Menunggu pupus di bumi yang bertuah.