Saturday, 2 July 2011

KEISTIMEWAAN BULAN REJAB




Bulan rejab. adalah bulan yang termasuk antara empat bulan yang dilarang berperang,selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. BULAN REJAB juga merupakan antara bulan-bulan yang dinantikan oleh segelintir umat islam, termasuklah di Malaysia. Ia dianggap sebagai bulan yang penuh kesitimewaan dan keberkatan.

Sebenarnya, dalam berbicara persoalan keistimewaan bulan Rejab ini, kita tidak sewajarnya berbicara mengikut nafsu apatah lagi secara membuta tuli tanpa menilai kesahihan fakta. Dalam persoalan ini, Ibn Hajar al-Asqalani telah mengumpul hadis-hadis tentang kelebihan bulan Rejab dalam kitabnya yang berjudul Tabyyin al-ajab bima warada fi fadl rajab. Kata Ibn Hajar ” Tiada satupun hadis sahih yang diketemui, sama ada mengenai kelebihannya(kelebihan bulan rejab) dan fadilat puasa padanya. Menurut Dr Abdul Abdul Sukor, dalam bukunya Islam & Manusia, 1001 Kemusykilan, halaman 246: semuanya ( hadis tentang kelebihan bulan Rejab dan fadilat puasanya) adalah bertaraf daif atau palsu (Maudhu’). Sila lihat juga kuliah yang disampaikan oleh Maulana Asri Yusoff tentang kepalsuan hadis tentang bulan Rejab . Jadi, kesimpulannya, hukum berpuasa sunat pada bulan rejab sama sahaja dengan berpuasa pada bulan-bulan yang lain, seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis.

Antara ciri-ciri hadis palsu(Maudhu’) ialah ganjaran pahala yang terlalu besar terhadap amalan-amalan yang dilakukan. Dan ciri-ciri ini jelas kelihatan pada hadis-hadis tentang fadhilat berpuasa sunat di bulan rejab. Lihat SINI untuk melihat ganjaran pahala yang dijanjikan itu. Lihat juga, kilp video tentang tanda-tanda hadis palsu(ganjaran pahala yang berlebihan yang tak tertanggung oleh amalan), yang disampaikan oleh Ustaz Zaharudin Abdul Rahman (UZAR)

Antara hadis yang paling popular yang dikaitkan dengan kelebihan bulan Rejab ialah “Rejab bulan Allah, Sya’aban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku”.(Hadis ini dikatakan mun’kar. Malah sesetngah ulama mengangapnya sebagai hadis palsu(maudhu’) dan tiada nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan pada hadis ini). Malah hadis ini dikatakan direka oleh Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173,Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Seperkara lagi , ialah tentang peristiwa Israk dan Mikraj yang dikatakan berlaku pada 27 Rejab. Saya masih ingat kuliah agama yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, beberapa tahun yang lepas di Dewan Zulkifli Muhammad Kota Bharu Kelantan. Kata Tuan Guru Nik Aziz, sebenanrya ulama khilaf 9berbeza pendapat) tentang tarikh sebenar peristiwa Israk dan Mikraj. Beberapa pendapat ulama telah dinyatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz, dan yang pasti tarikh 27 Rejab bukanlah tetap dan tepat sebagaimana tetap dan tepatnya tiga, sebagai jawapan kepada satu tambah dua (1+2=3).

Seorang ulama yang terkenal, iaitu Imam Ibn Kathir dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah telah menjelaskan secara terperinci pendapat ulama-ulama tentang tarikh persitiwa Israk dan Mikraj. Kata Imam Ibn Kathir “ Ahli sejarah tidak sepakat menyebutkan tahun berlakunya kejadian itu. Ada sumber menyatakan, ia berlaku berpuluh tahun selepas kebangkitan baginda menjadi Nabi, atau tiga tahun sebelum Hijrah.”

Dr Abdul Hayie Sukor juga dalam buku yang sama telah memetik pandangan Dr. Yusuf al-Qradawi tentang tarikh peristiwa Israk dan Mikraj. Dr. Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya tentang tarikh Israk dan Mikraj, mengatakan Imam Nawawi yang berpendapat sebegitu dalam Fatwanya . Dan sememangnya Imam Nawawi merupakan seoramg tokoh yang diterima pendapatnya. Lihat juga kuliah MAZA , untuk memantapkan kefahaman tentang Israk dan Mikraj.

Mudah-mudahan entry ringkas saya ini mampu merungkaikan salah faham terhadap bulan rejab. Andainya, sahabat tidak bersetuju dengan entry ini, itu hak sahabat dan saya hormati. Cuma, ingin saya tegaskan, dalam hal ini saya hanya melanjutkan bicara para tokoh-tokoh ulama yang sememangnya berwibawa, iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dr Abdul Hayie Abdul Sukor, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, Dr Asri Zainul Abidin dan Maulana Asri Yusoff.



Thursday, 30 June 2011

TAKUT! AKU TAKUT.

(Bukan Pocong Yang Aku Takuti)




Seminggu dua ni rasa takut semakin menjadi-jadi. Rasa takut yang mula merajai hati sejak beberapa minggu yang lepas, dan kini menjalar ke seluruh jasad. Takut bah! Sebab blog saya berwarna kuning. Dahlah berwarna kuning, blog saya ni BERSIH sekali. Bapak Polisi jangan tangkap aku. HUHUHU


Kajol berhati kering.



KOTA BHARU: “Saya tidak kisah semua itu,” kata penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol, 25, yang akhirnya bersuara selepas usaha menemubualnya sebelum ini menemui jalan buntu.
Kajol berkata demikian ketika diminta mengulas kontroversi terbaru membabitkan dirinya yang disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu dan digam stesen radio swasta terkenal Kelantan, Manisfm.
Bagaikan ‘berhati kering’ Kajol selamba memberitahu tidak ambil kisah sebarang berita yang disiarkan mengenai dirinya.

Bagaimanapun, kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri yang terkenal dengan lagu irama Bollywood itu enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi membabitkan dirinyinya.
DOSA Kajol bukan setakat menjadi Mak Nyah, tapiu lebih teruk dari itu kerana mengisitharkan dirinya sebagai bukan islam.

HUKUM LELAKI MENYERUPAI WANITA DAN WANITA MENYERUPAI LELAKI.
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti keterangan, hujah-hujah pandangan yang dikemukakan bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid,aitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (maknyah/ pondan) samada dari segi pakaian ,penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam. Jawatankuasa Fatwa juga menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.


Keterangan/Hujah:

Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama" bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. Sabda Rasulullah SAW : Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. (LAMPIRAN 1) 2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud) :

Rujukan : E-Fatwa

Info Tambahan:
Lagu-lagu Kajol , lihat SINI dan SINI







Sunday, 26 June 2011

Allah Tidak Pernah Penat



Kategori : IBADAH Akidah

Tajuk :
Allah Tidak Pernah Penat

Hadith :
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a :” Ketika saya sedang duduk dengan seorang perempuan, datang rasulullah SAW dan bertanya kepada ku :”Siapa dia?” Aku menjawab :” Si fulanah” dan aku ceritakan kepada nabi SAW bahawa dia beribadah dengan berlebihan. Nabi SAW bersabda dengan memperlihatkan tanda tidak bersetujunya. “Perbuatan baik yang dilakukan secara berlebihan tidak akan membuat Allah letih (untuk memberi pahala) namun engkaulah yang akan letih dan ad-din (perbuatan baik-ibadah yang paling dicintai Allah SWT) adalah yang dikerjakan secara tetap.”

(al-Bukhari)



Huraian
Wasatiyyah atau sikap bersederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang diterapkan kepada umat Islam seluruhnya yang merangkumi segenap aspek kehidupan. Tidak terlalu melampau dan tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan. Oleh itu Islam merupakan satu agama yang sederhana dan memerintahkan agar umat Islam juga turut bersederhana dalam kehidupan seharian mereka termasuk hal-hal ibadat. Ini bersesuaian dengan maksud firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah 185 yang berbunyi : “Allah menghendaki untuk kamu kemudahan dan tidak menginginkan kesukaran…“ Melakukan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan Rasul-Nya secara melampaui batas akan melahirkan satu ibadah yang boleh memberatkan seseorang individu hingga menjadi satu bid’ah manakala terlalu meringankannya pula akan menjerumuskan kepada meninggalkan terus ibadah tersebut. Yakinlah dengan ganjaran dan janji Allah yang tidak pernah memungkiri janji-Nya.


Rujukan ; E-Hadith JAKIM





p/s= Jutaan maaf, streamyx saya buat hal sejak semalam,Jadi saya tidak dapat BW. Sekarang ni saya buat kunjungan dari dari kedai mamak.

Jom Terjah Blogger Terbaik Bersama Sharifdez



Wah! Sungguh tak dsangka, saya turut tersenarai dalam bloglist Sharifdez ni. Sebenanrya ada 20 blogger yg tersenarai, termasuk saya. Blogger tu sebagaimana yang tersenarai di bawah ni.

1. http://mssurayah16.blogspot.com/
2. http://norhafeezah.blogspot.com/
3. http://sempoi-zone.blogspot.com/
4. http://amayacrew.blogspot.com/
5. http://bibie-mumui.blogspot.com/
6. http://myazreenshafila.blogspot.com/
7. http://www.bicaradariaku.com/
8. http://platunkhaz.blogspot.com/
9. http://www.silampuneon.com/
10. http://duniakushida.blogspot.com/
11. http://tinta-sinarislam.blogspot.com/
12. http://sometimeshepisometimessad.blogspot.com/
13. http://wanitagirlz.blogspot.com/
14. http://ceritasana-sini.blogspot.com/
15. http://papamacho.blogspot.com/
16. http://farah-duta.blogspot.com/
17. http://ebeesabirah.blogspot.com/
18. http://mohamadnizammat.blogspot.com/
19. http://sayanakcerita.blogspot.com/
20. http://nurdalila-abdullah.blogspot.com/

Blogger2 yang dapat masuk bloglist blog sharifdez ni sebab memfollow blognya.Bagi saya blog sharifdez ni menarik dan mengundang pesona untuk menghayatinya. Serius bah.

Friday, 24 June 2011

Kenali Ulama Pewaris Nabi.

(Dr. Yusof al-Qaradawi)

Islam yang sampai kepada kita umpama air yang telah mengalir selama 1400 tahun. Jika air yang asalnya jernih, mengalir begitu lama sudah pasti dicemari dengan kelodak dan sebagainya, dan untuk membersihkannya semula memerlukan penapis.

( Dr. Wahbah Zuhaili)


Demikian juga Islam, untuk memahami Islam sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW memerlukan penapis yang bersih.


( Tok Kenali)

Penapis itulah para ulama yang ikhlas mengajarkan ilmu. Semoga Allah SWT mengekalkan di bumi ini para ulama yang ikhlas membantu menegakkan agamaNya, insya-allah.