Jama Masjid Delhi |
Ini adalah sambungan dari tajuk lepas, lihat SINI
Entry ini selayaknya saya istilahkan sebagai entry yang tertangguh, Ini kerana kunjungan saya ke India, iaitu ke Agra, Delhi dan Jaipur adalah pada 16 hingga 19 November 2012. Delhi, Agra dan Jaipur dikenali juga sebagai Golden Triangle. Ketiga-tiga destinasi ini merupakan antara lokasi ‘ wajib kunjung’ andainya melancong ke India. Ini kerana Golden Triangle menyajikan keunikkannya yang tersendiri.
Jama Masjid Delhi |
Sebelum melanjutkan bicara, saya paparkan sedikit info penting:
- Penerbangan dari KLIA ke Indira Gandhi International Airport, Delhi mengambil masa lebih kurang 5 jam 30 minit. Setakat ini, Air Asia belum lagi memulakan destinasi penerbangan ke Delhi, jadi terpaksa menggunakan pesawat MAS.
- Beza waktu antara Malaysia dan India ialah dua jam tiga puluh minit. Jika di Malaysia 10.00 AM, maknanya di India baru pukul 7.30 AM
- Kadar tukaran asing ketika kunjungan saya tempoh hari pula ialah, 1.00 MYR=17.3376INR
Mengabadikan kenangan di Jama Masjid. Aku- dua dari kiri |
Delhi merupakan lokasi pertama yang saya dan rakan-rakan kunjungi. Bandaraya ini dianggap sebagai Jantung India (Heart Of India), bersesuaian dengan statusnya sebagai ibu negara India. Ia dihuni oleh 6.5 juta orang dan sekali gus menjadi antara lokasi terpadat di India. Terdapat beberapa destinasi menarik di Delhi, antaranyanya Jama Masjid, Red Fort, Qutb Minar dan India Gate. Namun, sepanjang di Delhi, saya hanya mengunjungi Jama Masjid dan India Gate.
Jama Masjid Delhi |
Jama Masjid meruapakan antara masjid terbesar dan paling mempersona di India. Ia dibina oleh Shah Jahan pada tahun 1656M. Baginda merupakan Maharaja Mughal yang kelima, yang memerintah empayar Mughal dari tahun 1628M hingga 1658M.
Shah Jahan jualah yang membina monumen cinta yang terkenal, Taj Mahal. Jama Masjid memang besar dan luas hingga ia mampu memuatkan 20 ribu jemaah dalam satu-satu masa. Untuk merakam gambar atau membawa masuk kamera, para pengunjung dikenakan bayaran atau tiket. Maaf, saya terlupa jumlah bayarannya.
India Gate pula merupakan sebuah binaan atau lebih tepat lagi gerbang yang dibina bagi memperingati 90 ribu orang tentera India yang terkorban dan hilang semasa Perang Dunia 1( World War I)

Abadikan Kenangan di Taj Mahal, Agra |
Agra pula terletak di Uttar Pradesh. Kota Agra dianggap sebagai Heart of Mughal Empire. Gelaran ini mungkin kerana Kota Agra menjadi pusat pentadbiran Maharaja-Maharaja Mughal, dan hingga ke hari ini sisa-sisa peninggalan empayar Mughal masih lagi utuh di Agra. Antara peninggalan atau warisan empayar Mughal yang terdapat di Agra ialah Taj Mahal, Agra Fort dan Fatehpur Sikri.
Taj Mahal: Bersama rakan-rakan.Aku: Dua dari kiri |
Umum mengetahui akan Taj Mahal. Selain monumen cinta, ia juga salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Taj Mahal dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai tanda ingatan terhadap isterinya, Mumtaz Mahal yang meninggal semasa melahirkan anaknya yang terakhir. Proses pembinaan Taj Mahal mengambil masa selama 22 tahun dan melibatkan 20 ribu orang tenaga pekerja. Bayangkanlah, mereka menggunakan jari- jemari tertentu(berdasarkan penerangan yang disampaikan kepada saya) selama 22 tahun.
Kubur/Makam Akbar |
Taj Mahal sememangnya menjadi lokasi kunjungan yang amat popular, baik dalam kalangan pelancong asing mahupun tempatan. Dikatakan lebih 650 ribu pengunjung yang menziarahi Taj Mahal saban tahun.
Untuk memasuki perkarangan Taj Mahal, para pengunjung diwajibkan memakai atau mengenakan sarung kaki pada kasutnya. Ini bertujuan memelihara kebersihan Taj Mahal. Namun kebanyakkan pelancong tempatan lebih selesa berkaki ayam dan menanggalkan kasut atau sandalnya di kawasan yang dikhaskan.
Di sini juga aktiviti fotografi ada had dan batasannya. Sebabnya di sudut-sudut tertentu, terutamanya di makam Shah Jahan dan Mumtaz Mahal, segala aktiviti fotografi dilarang sama sekali.

Agra Fort |
Agra Fort pula merupakan sebuah kota yang digunakan oleh para pemerintah empayar Mughal.Ia didiami dan seterusnya dijadikan sebagai pusat pentadbiran oleh beberapa orang Maharaja Mughal, antaranya ialah Babur, Humayun, Akbar, Jehangir, Shah Jahan dan Aurangzeb . Kini ia merupakan sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia, UNESCO. Kota ini terlalu besar dan luas, lantas menatijahkan kegagalan untuk saya menyelongkar dan menerokainya. Hanya sudut dan perkarangan tertentu sahaja yang sempat saya dan rakan-rakan kunjungi.
Agra Fort |
Lokasi terakhir yang saya kunjungi di Agra ialah Fatehpur Sikri. Tapi sayang, kunjungan dilakukan pada waktu malam, jadi tiada gambar yang sempat saya rakam.
Sebenarnya Fatehpur Sikri ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan seorang tokoh sufi, iaitu Sheikh Salim Chistie. Beliau dianggap sebagai Holly Man atau istilah mudahnya keramat. Beliau dikunjungi Maharaja Mughal yang ketiga, iaitu Akbar yang memerintah sekitar 1556M hingga 1605M. Mungkin ramai yang tahu tentang Akbar gara-gara filem Jodha Akbar lakonan Hrithik Roshan and Aishwarya Rai. Malah, ramai juga yang menyanjung usaha-usaha Akbar lantaran terpengaruh dengan filem tersebut, padahal Akbar adalah seorang manusia yang telah menodai kesucian agama islam demi kelangsungan pemerintahannya.

Akbar mempunyai tiga orang isteri atau permaisuri. Permasuri pertamanya beragama islam yang dikatakan berasal dari Istanbul Turki. Permaisuri kedua pula beragama Kristian dan berketurunan Portugis dari Goa India, manakala permaisuri ketiganya pula beragama Hindu, puteri Raja Rajput. Malangnya Akbar tidak memperolehi sebarang zuriat walaupun memiliki tiga orang permaisuri.
Jalan terakhir, Akbar menemui Sheikh Salim Chistie dan memohon agar tokoh Sufi itu mendoakan agar beliau diangerahkan zuriat. Dengan izin Allah, doa Sheikh Salim Chistie dimakbulkan dan Akbar beroleh zuriat dari isteri atau permaisuri yang beragama Hindu.

Agra Fort : Bersama seorang pelancong Malaysia. Aku : Kiri |
Sejak detik itu, Akbar mulai rapat dan akrab dengan Sheikh Salim Chistie. Malah, setelah kematian Sheikh Salim Chistie, kuburnya dipuja dan dikeramatkan oleh segelintir umat islam di India.
Ketika berkunjung ke Fatehpur Sikri, saya sempat menziarahi makam atau kuburnya, dan amat menyedihkan kerana ramai umat islam di sini yang rosak akidahnya kerana terlibat dengan amalan ‘penyembahan’ kubur. Apa tidaknya, sesiapa yang berhajatkan sesuatu diminta menulis hajatnya pada sehelai kertas dan kertas itu akan diberikan kepada penjaga makam Sheikh Salim Chistie untuk didoakan. Bukan itu sahaja, malah air hujan dan embun yang menitis di atas bumbung makam Sheikh Salim Chistie akan dianggap sebagai Holly Water dan begitu juga dengan air mengalir dari bumbung makam tersebut ke sebuah kolam berhampiran. Amalan syirik ini amat menyakitkan hati tapi sayang ia begitu menebal di kalangan seglintir umat islam di India.

Amer Fort, Jaipur |
Kembali kepada tajuk, destinasi terakhir yang saya dan rakan-rakan kunjungi ketika di India ialah Jaipur. Ia merupakan ibu negeri Rajasthan, sebuah wilayah yang terletak di Utara India. Kota Jaipur juga dikenali sebagai The Pink City, ini memandangkan kebanyakkan bangunan di sini berwarna pink. Terdapat beberapa lokasi menarik di Jaipur, antaranya ialah Hawa Mahal(Palace Of Winds)dan Amer Fort. Menariknya perjalanan di Amer Fort persis mendaki Tembok Besar China walaupun tidak sepanjang itu jarak atau panjangnya. Menarik juga, kerana perjalanan untuk meneroka Amer fort adalah dengan menggunakan gajah.
India mmg menarik. Tapi kalau bab kebersihannya....ok tak?
ReplyDeleteYana Halim.
ReplyDeleteBab kebersihan mmg India fail. Terlampau kotor.
hohoho.... waaa menjelajah dunia ni XD hehee...bestnya ^^,
ReplyDeleteNazmin Nazifa εїз .
ReplyDeletesekadar jln2 ke India jer. hehehe.
bestnya kalau dapat jalan2 mcm ni..
ReplyDeleteHiDa.
ReplyDeleteBest jugak utk tgk dan memerhati budaya dan sejarah tempat org.
nampak sempit je laluan kat amer fort tu
ReplyDeletedapat pula gajah berselisih
Wah Shameel.... asyik berjalan aje eh heheh... nak ikut!!haha
ReplyDeleteYang sorang tu mcm Karam Singh Walia je?...ye ke?
Mana gambar awak naik gajah?
tehr .
ReplyDeleteLaluan tu agak ok jugak cuma kt bahagian tertentu jer sempit. Tp gajah tetap boleh jalan
hainom OKje.
ReplyDeleteHehehe yg mcm karam Singh Walia tu org sana(pemandu pelancong). Sy dok atas gajah jgk masa tu, jd x dpt nk suruh member2 snap gmbr naik gajah.
Seronoknya ke India..
ReplyDeletebyk sgt tempat menarik kan?
teringin nak ke Taj Mahal..bila ntah! :)
aTieYusof Family.
ReplyDeleteSeronaklh jugak tgk2 budaya dan sejarah tempat org.
wah.. best nyer
ReplyDeletebila boleh pergi juga ni :)
Sop.
ReplyDeleteBest jugak Sop. Tapi mshlnya air asia tak pergi Delhi, so kena ambil MAS. Mahal sikit.
Hampir semua bangunan yang shameel pergi nie semua menarik perhatian.. seni bina dia unik lah.. ada unsur semulajadi.. best jugak eh kalau dapat berjalan2 di India nie.. Suka tengok taj mahal dengan masjid jama tu.. :)
ReplyDeletememang menarik bila dapat melawat ke negara orang..selain dapat melihat bangunan-bangunan yang unik, dapat juga melihat gaya hidup masyarakat yang berbeza :)
ReplyDeleteDiari Si Froggie.
ReplyDeleteBangunan2 bersejarah kt India tu tinggalan sejarah silam, kebanyakkannya zmn Moghul. Senibinanya ada campura dri arab, parsi n india.
puteri kasih.
ReplyDeleteBenar tu Puteri. Cuma satu lagi dapat meningkatkan tahap kesyukuran kita sebagai warga Malaysia sbb kt tempat org jauh lebih teruk berbanding tmpt kita.
banyak btol tpt yang menarik leh gi nih...teringin nak tgk taj mahal tuh..antara tpt yg ada dlm senarai melancong, hahha
ReplyDeleteCintaZulaikha.
ReplyDeleteInsha- Allah Zulaikha dpt pergi jugak nnt tu.. Taj Mahal mmg cantik, unik dan menarik.
CintaZulaikha.
ReplyDeleteInsha- Allah Zulaikha dpt pergi jugak nnt tu.. Taj Mahal mmg cantik, unik dan menarik.
sebab tu biarpun hujan emas di negera orang...lebih baik di negera sendiri kan bro :)
ReplyDeleteputeri kasih.
ReplyDeleteYup, benar skali Puteri.
Teringin nak ke sini tapi tripnya asik postpone ke postpone...sampai ke sudah tak pegi-pegi :-)
ReplyDelete