Saturday, 2 March 2013

PERINGATAN PENTING DARI PDRM



PERINGATAN PENTING : PDRM mengesahkan bahawa hebahan mengenai kod panggilan telefon antarabangsa tertentu, yang berupaya menyalin maklumat dan mengenakan cas yang tinggi kepada pemanggil adalah sahih. 

Orang ramai diingatkan agar tidak membuat panggilan kembali terhadap nombor luar negara +375602605281, 37127913091 atau mana-mana nombor yang bermula dari +375, +371 atau 081 (missed call/panggilan yang tidak dikenali). Panggilan tersebut boleh membuatkan pemanggil dikenakan caj yang tinggi (premium rates). 

Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak menerima dan mengikut mana-mana arahan hyperlink yang diterima dari sumber yang tidak pasti atau diragui. Sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah siber.

 SUMBER : FB PDRM

No comments :

Post a Comment