Wednesday, 6 March 2013

Pencerobohan Lahad Datu : Pasukan Keselamatan menemui kubur yang besar menempatkan mayat penceroboh


Pasukan keselamatan Malaysia membongkar sebuah kubur besar yang menempatkan sembilan mayat penceroboh di Kampung Tanduo. Gambar-gambar mayat dan operasi berterusan yang dikendalikan di tempat kejadian dipaparkan oleh Menteri Pertahanan pada Rabu. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pasukan bersenjata berjaya merampas senjata-senjata semasa operasi tersebut. “Ini membuktikan, mayat yang kami peroleh dikumpulkan, dan kami dalam proses untuk mengumpulkan lebih banyak mayat,” katanya pada sidang media secara langsung di TV3 di Felda Sahabat di di sini



Kementerian turut mengesahkan bahawa 13 mayat dijumpai semasa operasi itu. Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada anggota keselamatan Malaysia yang cedera dalam operasi berkenaan. “Kami menjalankan bedah siasat sepenuhnya terhadap mayat bagi mengenal pasti bagaimana mereka mati,” katanya. Kedua-dua menteri itu turut menunjukkan gambar-gambar senjata yang dirampas di tempat kejadian dan mayat seorang lelaki bersenjata yang ditembak dan mati pada pukul 6.45 pagi.

 SUMBER

5 comments :

  1. emm bagus la tu. jahat sangat depa ni. :(

    ReplyDelete
  2. Semoga semua nya cepat berakhir..dah tak sanggup nak hidup dlm ketakutan dan was-was dgn keselamatan diri & keluarga..
    sentiasa berdoa moga perwira2 negara selamat dan di Lindungi Allah S.W.T..amin!

    ReplyDelete
  3. NARDtheNERD.
    Diorg ni sgt jahat dan Allah akan membalas dg nbalasan yg setimpal nnt.

    ReplyDelete
  4. aTieYusof Family.
    Sama2lh kita doakan keselamtan warga LD n sabah keseluurhannya dan moga2 penganas2 ini dapat dihapuskan dlm masa terdekat.

    ReplyDelete
  5. moga segera ke arah penyelesaian yg damai.
    Ta ada pantun ttg lahad datu

    ReplyDelete