Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa. "Satu mayat itu macam rupa Komander Musa," kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan. Beliau berkata mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang. Musa, yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 pengganas Sulu maut.
sumber:Sinar Harian
Dah di sahkan mmg sah Komander Hj Musa cikgu. Ada lagi jenazah depa di hospital LD ni.. tgh buat post mortem. Semua jenazah tu akan disembahyang kan jg demi menghormati sesama Islam:)
ReplyDeleteYa Allah.. sedihnyaa .. Innalillah..... :'(
ReplyDeleteMereka memlih cara begitu untuk mati..mempertahankan sesuatu yg bukan hak kepada mereka lagi biar pun suatu masa dahulu mendakwa keturunannya pernah mendiami Sabah...
ReplyDelete