Thursday, 12 April 2012

Bekas Polisterin Punca Kanser.



Tidak sekadar memakan masa yang lama(ratusan tahun) untuk reput, bekas polisterin juga turut mengancam nyawa.

Hari-hari kita tapaw makanan dengan menggunakan bekas polisterin dan tanpa kita sedari, tindakan kita itu umpama membunuh diri secara perlahan. Oleh sebab itulah ia sinonim dengan istilah 'white coffin'.



Polisterin dihasilkan daripada petroleum, dan ia mengandungi Styrene dan Benzene. Kedua-dua unsur ini merupakan punca barah dan neurotoxic yang berbahaya kepada saraf dan otak manusia.


Artikel sebelumnya: Berjalan Baik Untuk Kesihatan

Wednesday, 11 April 2012

Adik Wani EROTİK Perosak Dikir Barat

awal kemunculannya, wani ni agak sopan


Adik Wani(Azmahirwani Nordin, 21) adalah nama yang tidak lagi asing kepada pemina dikir barat moden. Sebenarnya, ia tidak layak dinamakan dikir barat tapi ia sekadar lagu berloghat kelantan




dikir barat moden tidak direstui oleh aktivis dikir barat Kelantan


Adik Wani Erotik dan beberapa artis seangkatan seperti Rosalinda seringkali menyanyi dengan aksi penari tiang. Perbuatan menjijikan Adik Wani Erotik dan artis-artis dikir barat seangkatan dengannya ini seringkali menimbulkan kemarahan dan kutukan dari orang ramai. Anda boleh lihat sendiri kutukan dan cemuhan yang dilontarkan di laman youtube. Tapi seperti biasa geng-geng erotik ini telah buta mata dan tuli telinga hingga tidak ada sekelumit pun rasa malu dan bersalah.

Lihatlah sebahagian aksi erotik Adik Wani(walaupun lagu ini hanyalah untuk mengambarkan nikmatnya merokok)





Entry sebelumnya Zed Zaidi : Patriotik atau Dengki

Gempa Bumi Di Aceh:Tiga gegaran susulan berlaku




Tiga gegaran susulan berlaku selepas gempa bumi berukuran 8.7 magntiud melanda utara Sumatera petang tadi dengan bacaan tertinggi ialah 8.2 magnitud pada skala Richter, kata Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGC), Pusat Maklumat Gempa Bumi Nasional (NEIC).




Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, bacaan paras laut menunjukkan bahawa tsunami berlaku dan mungkin sudah melanda beberapa kawasan pantai.
"Berdasarkan data ini, ancaman akan terus melanda semua kawasan pantai di Lautan Hindi. Bagi kawasan berkenaan apabila tiada ombak besar berlaku untuk sekurang-kurangnya dua jam selepas jangkaan tsunami atau ombak tidak berlaku dalam tempoh dua jam, barulah pihak berkuasa tempatan boleh mengandaikan ancaman itu sudah berlaku," katanya.

Sumber :Berita Harian

Video Gempa Bumi Di Aceh 11 April 2012


Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud dicatatkan pada jarak 465 kilometer barat daya Bandar Aceh

Sementara itu, di Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengarahkan semua pusat operasinya terutama di negeri-negeri di utara supaya diletakkan dalam tahap berjaga-jaga tertinggi bagi menghadapi `sebarang kemungkinan' berikutan gempa bumi di utara Sumatera, petang tadi.

Arahan itu dikeluarkan pada kira-kira jam 5.30 petang selepas jabatan itu menerima maklumat mengenai gempa bumi 8.9 magnitud di Aceh yang mungkin menyebabkan tsunami di kawasan pantai di utara Semenanjung Malaysia.

Tuesday, 10 April 2012

ZED ZAIDI: PATRIOTIK ATAU DENGKI.



Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah motifnya, Zed Zaidi mengeluarkan kenyataan keji terhadap Aaron Aziz lantaran kejayaan artis kelahiran Singapura tersebut merangkul Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular dan Bintang Paling Popular ABP2011.




Yang pasti, ada tiga kemungkinan di sebalik tindakan keji dan tidak bermaruah Zed Zaidi itu:
.
  • Zed Zaidi seorang yang berjiwa patriotik,dan pada pandangannya Aaron Aziz itu seorang penjajah(ada segerombolan penjajah sebenarnya) yang sedang menjajah industri hiburan di Malaysia..
  • Zed Zaidi cemburukan populariti yang sedang dikecapi oleh Aaron Aziz.
  • Zed Zaidi sengaja mencetuskan kontroversi untuk mengharumkan dan sekali gus melonjakkan kembali namanya yang kian dilupakan oleh peminat.

Agak-agaknya, mana satu puncanya?



Artikel sebelumnya: Penari Tiang vs Pemakai Serban

"Bersainglah Secara Sihat" – Pesan Aaron Aziz Kepada Zed Zaidi

(kenyataan Zed Zaidi menerusi akaun Twitter miliknya)




Ekoran kemenangannya merangkul Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular dan Bintang Paling Popular ABP2011, ramai cakap-cakap belakang yang sepertinya kurang puas hati di atas kemenangan itu.

Baik di kalangan peminat mahupun rakan artis masih ada yang kurang berpuas hati terhadap keputusan malam anugerah tersebut.

Susulan kenyataan aktor Zed Zaidi yang disiarkan di MH Online sebentar tadi, kami mendapatkan reaksi balas daripada Aaron Aziz sendiri.

"Biasalah, ini sesuatu yang normal dalam setiap pertandingan. Hendak buat macam mana, kalau tidak menang sekali pun pasti ada yang berkata juga. Jujurnya, saya tidak memandang serius perkara ini sebagai satu masalah besar buat saya.

"Setiap peminat ada artis yang mereka suka dan sokong. Jadi, saya tidak salahkan mereka untuk berkata sedemikian," ujar Aaron yang dihubungi MH Online.

Soal dipertikai oleh rakan artis sendiri, jawab Aaron;

"Jika ada tidak puas hati, itu di luar kawalan saya sebagai seorang manusia. Pada saya apa pun keputusan, janganlah ada rasa iri hati. Biarlah setiap pertandingan itu berlangsung secara sihat. Jika menang itu rezeki, jika kalah anggaplah nasib tidak berpihak kepada kita."

Sumber : Media Hiburan


Info Tambahan:
Syabas Aaron, kamu memang layak jadi pemenang kerna kamu matang dan professional.

Monday, 9 April 2012

DAYANGKU INTAN SERTAI PKR.




Penyanyi Dayangku Intan, yang popular dengan lagu ‘Semakin Rindu Semakin Sayang’ mengesahkan menyertai KEADILAN pada majlis Makan Malam WANITA KEADILAN hujung minggu lalu.

Beliau menyifatkan penyertaannya ke dalam KEADILAN sebagai satu perjuangan yang perlu dilaksanakan sebagai seorang rakyat Malaysia.

“Saya rasa ini perjuangan yang harus kita buat. Pada rakan-rakan kita yang lain perjuangan saya ini rasa kurang pintar, mereka salah,” katanya.

Beliau juga tidak risau tentang tanggapan bahawa penyanyi dan pelakon akan sukar mendapat peluang berlakon dan menyanyi apabila orang ramai melihat mereka aktif dengan parti politik selain daripada Umno.

“(senyum) Rezeki Allah yang bagi. Pada artis-artis, mungkin mereka takut tapi dalamilah perkara yang sebenar.

“Kawan-kawan saya, ada banyak kekecewaan (tentang sistem pentadbiran negara) yang tak boleh diluahkan. Jangan takut kita menegakkan kebenaran” katanya.
Beliau turut menyeru rakan-rakan seniman yang lain untuk terlibat secara lebih aktif dalam usaha membaiki negara melalui landasan politik.

“Saya mohon kita semua perjuangkan keadilan dan kita semua inginkan pembaharuan untuk semua, untuk anak-anak untuk ibu, untuk negara,” katanya.


Sumber : Keadilandaily


INFO TAMBAHAN:

Malaysia Negara demokrasi, jadi keputusan dan tindakan Dayangku Intan perlu direstui. Malaysia ni masih ramai yang sakit jiwa dan rosak mental, bila seseorang menyokong parti pembakang, terus dilabel anti-Kerajaan.

Entah apa silapnya, hinggakan ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu membezakan antara parti dengan politik. Lagi banggang, dalam surat khabar pun terdapat artikel bertajuk Kerajaan Pembakang(merujuk kepada kerajaan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor).

Malang sungguh, sebab Malaysia yang agak maju dalam aspek pembangunan tapi dalam aspek pemikiran ternyata masih ortodoks dan primitif, malah setaraf masyarakat Paleolitik