Monday, 22 August 2011

Ada Apa Dengan Puasa

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas dirimu

sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu,

mudah-mudahan dengan puasa itu kamu bertaqwa”

(surah Al-Baqarah, ayat 183)









Enry ini sebenarnya lebih kepada Nota Buat Diri Sendiri dan sekali gus untuk berkongsi kepada sesiapa sahaja yang sudi. Sekadar untuk merenung ke dalam lubuk hati, lantas menginsafi kekurangan diri. Anggaplah ini episod kedua daripada entry bertajuk Apabila Puasa Dimusuhi



Sebelum Ramadhan melabuhkan tirainya, elok juga kita bertanya sama diri sendiri. ADA APA DENGAN RAMADHAN? Adakah sekadar untuk berlapar dan berdahaga. Atau sekadar untuk memeriahkan Bazar Ramadhan yang menyajikan makanan dan minuman yang beraneka rasa, warna dan harga. Adakah hanya untuk berpusu-pusu ke shopping kompleks sempena jualan murah menjelang aidilfitri. Atau hanya untuk mengudungkan jari dengan bermain mercun, termasuklah buatan sendiri.



Jika kita hayati kembali firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 183, seperti yang dipaparkan di atas, jelas sekali matlamat berpuasa ialah taqwa. Apa itu taqwa. Di dalam kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran( ia merupakan kitab terjemahan al-Quran sekaligus merupakan kitab tafsir al-Quran yang telah dihasilkan oleh Sheikh Abdullah Basmeih), Taqwa ialah memelihara atau melindungi diri dari sesuatu yang ditakuti atau yang dibimbangkan. Bertaqwa kepada Allah ialah memelihara diri dari sesuatu yang membawa kepada seksa dan kemurkaan Allah. Dengan istilah mudah ialah dengan mematuhi perintah-perintah Allah dan menjauhi larangaNya. Dan inilah yang diharapkan daripada ibadat puasa yang kita jalani.



Taqwa adalah matlamat sebenar kita berpuasa. Ia digapai menerusi pelbagai amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan, seperti amalan berpuasa di siang hari, bertarawikh pada malam hari, memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran, bersedekah dan lain-lain amalan.



Ramadhan sebenarnya adalah sebuah Fakulti Kerohanian untuk mendidik diri agar semakin akrab dan mesra dengan-Nya. Sebagai lulusan Fakulti Rohani, kita sewajarnya mampu menghadapi hari-hari yang lain dan bulan-bulan yang berbaki dengan baik, iaitu sejajar dengan firman-Nya dan sabda Rasul-Nya.



Ramadhan sungguh bermakna dan hendaklah dipergunakan setiap detik di dalamnya untuk memaknakan hidup demi kehidupan yang bermakna. Syukur sangat-sangat, kerana kita msih diberi ruang dan peluang. Ruang untuk membetulkan segala kesilapan dan peluang untuk memperbaiki segala kekurangan. Terutamanya kesilapan dan kesalahan terhadap-NYA. Dan ‘kekurangan’ mengatur langkah dalam menghampiri-NYA. Kesilapan dalam menanam noda dan menuai dosa. Dan kekurangan dalam meraih pahala.









Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah. [Hadith riwayat al-Nasaai]









Berdasarkan hadis di atas, taqwa sepatutnya mudah diraih apabila kita berada di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan di mana. Apa tidaknya, ini kerana para syaitan telah dirantai. Memang terdapat beberapa pandangan ulama terhadap maksud hadis ini, dan ia telah saya bicarakan dalam entry lepas, lihat … SINI..



Cuma saya tertarik dengan tazkirah yang disampaikan oleh Imam, ketika saya bersolat tarawikh beberapa hari yang lepas. Katanya, ibarat air yang baru mendidih dan pasti sahaja memerlukan masa yang agak lama untuk menjadi suam, apatah lagi untuk menjadi sejuk. Begitulah dengan sifat dan sikap manusia, disebabkan bulan-bulan yang lain hidup dipenuhi noda dan dosa, maka tentu sekali sukar untuk berubah secara tiba-tiba apabila ramadhan menjelma.



Benar sekali, kebanyakkan orang yang membuat perkara-perkara mungkar di bulan ramadhan adalah golongan yang sudah sebati dengan kemungkaran sebelum ini. Kemungkaran sudah berdarah daging bersama denyut nadi dan degup jantungnya. Jadi tidak hairanlah, jika masih ramai umat islam yang tidak berpuasa. Lagi gila, sengaja ditonjolkan dirinya tidak berpuasa dengan merokok di khalayak umum. Baginya, itu satu kebanggaan. Bangga sebab dapat menentang Tuhan.



Bukan itu sahaja, terdapat juga umat islam yang terlibat dengan perkara maksiat termasuklah penzinaan di bulan yang mulia ini. Tidak cukupkah dengan aktiviti sundal ini di bulan-bulan yang lain hinggakan terpaksa berjihad untuk berzina di bulan puasa. Lagi menghairankan, ada yang sanggup berbohong dengan mengistiharkankan dirinya bukan beragama islam semata-mata hendak menyelamatkan diri apabila ditangkap oleh pihak berkuasa. Apa tidaknya, kalau ditangkap akan didenda kerana tidak berpuasa dan didenda kerana berkhalwat.



Sekadar mengingatkan diri sendiri yang sering lupa dan mengejutkan diri sendiri yang selalu lena. Moga-moga kita semua tidak lagi lupa dan lena untuk mendekati-Nya. Yang penting, jangan sesekali kita jadi kecundang di bulan yang mulia ini. Kecundang meraih redha dan keampunan-Nya. Redha dan keampunan untuk mencairkan antartika dosa dan kejahilan selama ini.

20 comments :

  1. Semoga bulan Ramadhan menjadi bulan kita menghadiri kursus dan selepas Ramadhan kita terus memperaktikkan apa yang telah dilatih kepada ketika dalam kursus tersebut.

    ReplyDelete
  2. A'aa, tertanya2 juga...bagaimana dengan ramadhan saya tahun ni, bertambah baik kah? menyusut kah?

    ReplyDelete
  3. dah nk grad dari fakulti kerohanian nanti....semoga kita semua x lupa pada kuliah2 displin yg telah kita ikuti..

    ReplyDelete
  4. Kunang-Kunang .
    itulh yg diharapkan dan itulah yg sepatutnya kak.

    ReplyDelete
  5. Afida Anuar.
    saya pun tertanya2 juga. harap2 lebih kudus dan lebih baik

    ReplyDelete
  6. KELI OH KELI.
    Yer betul tu sahabat. Hnaya bbrapa hari jer lagi, harap dpt praktik ilmu yg ditimba spnjng berada di fakulti rohani.

    ReplyDelete
  7. like this quote

    ---> Begitulah dengan sifat dan sikap manusia, disebabkan bulan-bulan yang lain hidup dipenuhi noda dan dosa, maka tentu sekali sukar untuk berubah secara tiba-tiba apabila ramadhan menjelma.

    mmg sukar nak jadi baik 100% masa bulan ramdhan. tapi kalau dorang cuba, insyaallah tak kan teruk macam yg awk ckp tu,,tnpa segan tunjuk kat khalayak yang dia tak puasa..

    ReplyDelete
  8. bila manusia lupa asal usul kejadian
    lupalah juga kepada keperluan

    moga2 puasa kita diterima

    ReplyDelete
  9. Takut menyaksikan insan2 yg menentang Hukum Allah ini..tanpa segan silu merokok...mkn di khalayak ramai...sesungguh nya mereka itu tergolong dlm golongan org yg rugi...balasan Allah itu amat lah perit...

    ReplyDelete
  10. terima kasih berkongsi.
    taqwa itu seperti org yg berhati2 berjalan di lorong yg penuh berduri.takut2 tertusuk,tercedera diri.

    ReplyDelete
  11. Semoga amal ibadah kita di bulan yang penuh berkat ini diterima oleh Nya.. Insyaallah

    ReplyDelete
  12. Ia juga nota buat diri saya...

    Moga saya tidak leka... lalai mendekati, dan berusaha mendapat keredhaanNya.

    Terima Kasih!

    ReplyDelete
  13. hmm.. rasa macam sama jer ramadhan ni ngan yang dulu... takde peningkatan, kalau ada pun, sikit sangat kot.. huhu.

    ReplyDelete
  14. nadia fatihah.
    itulh sbbnya kita digalakkan mempersiapkan diir utk mengahdapi ramadhan sejak bulan Rejab lagi.

    ReplyDelete
  15. tehr
    kita mohon da kita harap. moga2 puasa kita diterima

    ReplyDelete
  16. Eye_nee .
    gol yg tak berpuasa dan dgn bangga merokok dpn khalayak ramai ni mmg gol yg terlalu angkuh. angkuh dgn Tuhan dan tunggullah pembalasan

    ReplyDelete
  17. PENCONTENG.
    Trima kasih ats tambahan info. dlm zaman serba mencabar taqwa dlm konteks melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya sungguh mmg memerlukan mujahadah yg tinggi utk dilaksanakan

    ReplyDelete
  18. Misz Nuriz.
    mudah2an begitulah, Amin

    ReplyDelete
  19. NaeBlog.
    moga kita tidak lalai dan alpa terhadap segala tuntutan-Nya.

    ReplyDelete
  20. Anaa .
    Peningkatan walaupun sedikit sudah cukup bermakna dari langsung tidak ada apa2 peningkatan. lagi malang andainya kualitinya merudum berbanding tahun2 sudah.

    ReplyDelete