Pada 30 hb Julai 2011 lepas saya menghadiri satu lagi jemputan satu program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertajuk ‘Bicara Selebriti’. Ya, sudah beberapa kali saya dijemput ke Balai Islam, Kelantan untuk pelbagai wacana. Namun kali ini agak lain sedikit. Biasanya di pentas Balai Islam itu saya akan berbicara dan berdiskusi dengan tokoh-tokoh politik atau pemikir. Selalunya ‘panas’ dan banyak emosi akan ‘bangkit’.
Namun kali ini agak santai dengan tajuk dan panel yang demikian rupa. Turut diundang selebriti Wardina Safiyyah dan guitaris terbilang saudara Sham Kamikaze. Turut menjadi panel tokoh dakwah yang dikenali ramai, sahabat baik saya yang lama tidak bertemu al-Fadhil Ustaz Hasrizal Jamil dan juga sahabat baik saya Amin Idris sebagai moderator.
Saya bukan tidak pernah sepentas dengan Wardina, hanya seminggu lepas saya dan beliau berforum di KUIS, Selangor yang turut dihadiri oleh Dato Sri Shahrizat Jalil. Beliau juga sahabat saya. Demikian Saudara Sham Kamikaze yang selalu juga ke rumah saya di Bukit Mertajam. Namun, untuk sepentas atas nama selebriti agak berat bagi saya. Saya bukanlah terkenal seperti mereka. Mereka selebriti, saya rakyat marhaen.
Ya, saya seorang rakyat biasa, yang kadang-kala terlibat mengulas isu-isu yang menjadi hak rakyat muslim merdeka untuk memperkatakannya. Cuma, saya juga mengulas banyak isu seni di sudut agama dan pemikiran serta menulis puisi dan lirik. Mungkin yang lebih ‘sikit’ pernah jadi Mufti Perlis. Ramai juga artis-artis glamour merupakan sahabat baik saya. Namun, agak ‘segan’ untuk duduk atas pentas atas nama selebriti. Apapun, saya kagum dengan kepimpinan Kerajaan Kelantan yang menampilkan kematangan mereka dalam mengadunkan isu-isu hiburan ini di negeri yang terkenal dengan banyak pusat pengajian agama.
(Dr Asri membaca puisi sambil
diiringi petikan gitar dari Sham Kamikaze)
Dalam majlis itu, saya mengambil peranan membahaskan pandangan sarjana tentang nyanyian dan muzik. Saya tahu, bukan senang bagi pihak kerajaan negeri untuk membolehkan lahirnya sikap terbuka dalam kalangan mereka yang ‘kuat agama’ mengenai isu ini. Apatah lagi di Kelantan yang banyak pondok-pondok tradisionalnya. Dalam masa yang sama, generasi muda inginkan hiburan dan mereka perlukan bimbingan.
Dalam majlis itu, saya jelaskan bahawa ada perbezaan pendapat dalam kalangan sarjana fekah mengenai persoalan nyanyian dan muzik. Dalam persoalan khilaf yang muktabar seperti ini, seseorang berhak memilih pandangan dia yakini dan tidak boleh memaksa orang lain meyakini apa yang dia yakini. Ertinya, setiap muslim berhak berpegang dengan pandangan yang dia rasa lebih rajih atau kukuh. Dia tidak boleh mewajibkan pandangan tersebut ke atas orang lain, jika mereka mentarjihkan pandangan yang berbeza. Ini khilaf yang diiktiraf atau khilaf mu’tabar. Tiada siapa yang berhak memaksa pilihannya ke atas orang lain. Maksudnya, jika ada yang mengharamkan muzik, maka tidak boleh dia memaksa pandangan yang sama ke atas mereka yang mengharuskannya. Demikian sebaliknya.
Bagi saya, saya selalu teringat Nabi s.a.w ketika membenarkan pertunjukkan permaianan perisai dan lembing dalam masjid, sehingga ramai yang menonton termasuk kaum wanita dan isteri Nabi s.a.w sendiri iaitu Aishah, baginda bersabda:
“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).
Bahkan baginda s.a.w apabila hadir ke perkahwinan Ansar, baginda bersabda:
“Wahai ‘Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”(Riwayat al-Bukhari).
Lebih dari itu, kadang-kala baginda terlibat dalam membetulkan lirik, agar lebih bertepatan dengan ajaran Islam. Al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa:
“RasululLah s.a.w datang ke majlis perkahwinanku, lalu baginda duduk di tempat dudukku. Beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa peperangan Badar sehingga salah seorang mereka berkata: “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu” (Riwayat al-Bukhari).
Demikian, Nabi s.a.w tidak melarang nyanyian gadis-gadis tersebut sekalipun lagu-lagu berlirik sedih yang dinyanyikan mengenai mereka yang terkorban. Cumanya apabila mereka menyebut lirik yang bercanggahan dengan kebenaran maka Nabi s.a.w. menegurnya. Dalam hadis ini Nabi s.a.w menegur ungkapan yang menyatakan baginda tahu apa yang akan terjadi pada esok hari. Hal ini tidak benar. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara yang bakal berlaku.
Kelantan Contoh
Sebagai sebuah kerajaan, kepimpinan Kelantan telah mengambil jalan yang yang sederhana. Kelantan –melalui program seperti ini- memberikan pendidikan secara langsung dan tidak langsung untuk activist muslim berinteraksi dengan dunia hiburan. Sekaligus mendekati anak-anak muda. Jalannya bukan memerangi hiburan, sebaliknya mencari ruang untuk dimanfaatkan; maka rakyat dapat berhibur secara terarah dan tidak melampai batas.
Dengan itu Kelantan tidak menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab yang membiarkan rakyat bebas lepas dengan hiburan tanpa bimbingan, tidak juga menjadi jumud sehingga mengharamkan segala bentuk hiburan; nyanyian, muzik dan filem.
Demikianlah, apabila sesebuah kepimpinan itu ada wawasan yang jelas dan nurani yang inginkan rakyat berada dalam bimbingan yang betul. Segala gerakerja diselaraskan antara kehendak rakyat dan peraturan agama. Sikap yang matang lagi sederhana diperlukan oleh rakyat dan umat pada setiap ketika.
Bukan masanya untuk mengharamkan itu dan ini tanpa memberikan alternative yang dapat membimbing rakyat yang pelbagai ragam dan kehendak. Janganlah pula jadi seperti kepimpinan yang hanya hendak ‘memberikan keseronokan’ kerana inginkan sokongan mereka rakyat tanpa memikirkan kesan dan masa depan.
Cumanya, masih banyak perkara yang perlu dibuat. Kita perlukan pembikinan karya-karya seni dalam pelbagai bidang yang berkualiti dan mendidik. Ada gabungan antara unsuran hiburan dan bimbingan secara terancang. Ada ikatan antara seni dan kehidupan insani secara berkesan. Ini memerlukan satu perancangan jangka panjang dan pendek. Semoga Kelantan mampu melangkah lebih jauh.
Tahniah YB Baihaki Atiqullah
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada sahabat yang saya kasihi YB Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut. Beliau anak tuan guru pondok Pasir Tumbuh, Tuan Guru Haji Atiqullah Yaakob. Latar belakang agamanya dan sikapnya yang terbuka patut menjadi contoh kepada banyak pihak. Beliau adalah salah satu bukti bahawa kepimpinan agama di Kelantan bersikap rasional dan meraikan perbezaan latar belakang rakyat.
Sangkaan bahawa kepimpinan agama akan mengharamkan hiburan dan seni ke atas rakyat adalah tidak benar jika dikaitkan dengan kepimpinan Kelantan. YB Ahmad Baihaqi masih muda. Beliau dua tahun lebih muda dari saya. Sama-sama belajar di Jordan dahulu. Hari ini menjadi pemimpin yang makin matang. Apa yang masih perlu untuk semua insan, termasuk beliau adalah terus mendedahkan diri kepada maklumat yang pelbagai, aliran fikir yang semakin rencam dan mencari kesederhanaan di sebalik itu semua. Tahniah YB Baihaqi atas usaha membuka minda dan mencari alternative. Tahniah Kelantan!
Sumber : DR MAZA

tahniah, suatu pendekatan dakwah bil hal yang lunak untuk generasi muda
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteKelantan memang kedepan dalam banyak perkara...
Negaraku... ikutlah, contohilah...
tiada apa yang rugi...
tak pernah lagi nengok penampilan terbaru sham kamikaze..
ReplyDeleteassalam
ReplyDeletemashaAllah
usaha yang menarik
teruskan
Islam itu sebuah agama yg tidak membebankan...ia tidak mengharamkan hiburan cuma ada peraturan didalam berhibur itu yg wajib kita patuhi...
ReplyDeletetahniah!!
ReplyDeletebest nye kalo ade sama dlm dewan masa ni
Mati2 saya ingatkan shameel, rupanya dr asri.. he he;)
ReplyDeletealhamdulillah..bangga jadi anak klate..^^!
ReplyDeletehiburan asal tidak melalikan dan sederhana dibolehkan kan?
islam itu bukan agama yang menyusahkan..tapi satu cara hidup yang sempurna..tinggal saja kita.. nak ikut atau tidak.
ReplyDeleteassalamualaikum wbt..
ReplyDeletesaya mengikuti setiap tulisan dr MAZA kerana saya mengagumi hujah2 yg beliau sampaikan..mudah difahami dan mengesankan..
jujurnya, hati saya selalu berbisik.."Tolong jangan diganggu pemerintahan Tok Guru.. tolong lahh.."
cemomoi.
ReplyDeletebenar sekali cemomoi. Gol muda perlu didekati dgn penuh hikmah dan bertolak ansurlh selagi tidak menyalahi agama.Pendekatan kerajaan Kelantan mmg mengagumkan.
NaeBlog.
ReplyDeletesaya pun sependapat dgn awk. perkara yg baik perlu dicontohi walau siapapun yg memulakan
Anaa.
ReplyDeletePerubahan yg dialami sham kamikaze sungguh mnarik. Brmula apbila dia di sapa dan dihulur salam utk imam sudais
ummu.
ReplyDeletemmg menarik sbb ia dpt merungkai salah faham trhadap islam dan trhadap hiburan
Eye_nee,
ReplyDeleteya, islam x prnh mengharamkan hiburan asalkan ia tidak terbabas dari landasan agama.
Titisan Hujan.
ReplyDeletesaya pin teringin nk ikut serta tapi apakan daya xde cuti, tapi vcd rakamannya akan ada nnt.
Afida Anuar .
ReplyDeletehahaha, hebat betul saya kalau daapt jadi ahli panel tu.
mantap bila dengar petikan gitar dari saudara sham kamikaze...
ReplyDeleteYoww... sham kamikaze da beszz.....
ReplyDeletesenyumSOYA.
ReplyDeletesaya pun bangga jugak jd ank kelate. hehehe. Benar tu asalkan tidak melalaikan maka diharuskn. ttg alat muzik brtali dan ditiup ia maslah khilaf dan perlu bertolak ansur.
si para para .
ReplyDeleteya islam satu cara hidup yg lengkap dan ia mencakupi semua rusan trmasuk aspek hiburan, cuma kita yg kekadang tidak menjadikan islam sebagai kayu ukur dlm urusan kehidupan trmasuklh hiburn
a.samad jaafar.
ReplyDeleteBagus sekali bila selalu berkunjung ke laman web DR MAZA. Byk ilmu dpt dikutip dri situ.
ttg Tok Guru Nik Aziz, saya dan majoriti rakyat kelantan amat berharap agar Tok Guru menerajui kelatan hingga ke akhir hayat. Saya dan majoriti rakyat kelantan bahagia di bawah kepimpinan Tok Guru.
eelobor .
ReplyDeleteDan skrg ni petikan gitar itu akn bersama gerakan dakwah.
blogermanz.
ReplyDeleteNi mesti peminat kamikaze ni. hahaha.Terima kasih ats kunjungan dan komentar.
Alhamdulillah terbukti bahawa pendekatan Islam itu sangat terbuka. Dr.Asri bukanlah orang kelantan dan bukan seorang Ahli PAS namun Dr.Asri sedar itu yang terbaik buat Kelantan yakni dibawah Pentadbiran seorang Ulama'.
ReplyDeletebenarlah negeri kelantan itu negeri serambi mekah.
ReplyDeletemasyaAllah harap terus kekal di bawah kepimpinan Tok Guru. Ameen ya Allah.
alhamdulillah, pendekatan dan usaha yang baik.
ReplyDeleteterasa rugi juga sebab tak dapat hadirkan dir,
Mudah-mudahan kelantan menjadi contoh terbaik untuk rakyat malaysia menilai kepimpinan kerajaannya.
ReplyDeletesalam kenal
ReplyDeleteNa'im Nikmat .
ReplyDeleteBetul tu sahabat, Dr Asri dapat menilai keberkesanan kepimpinan ulama di Kelantan. Dan saya yakin tulisan dari Dr Asri ini adalah jujur dan ikhaks sbb dia bukan org Kelantan dan tidak juga ahli PAS
PENCONTENG.
ReplyDeleteSaya dan majoriti rakyat kelsntan pun berharap begitu, moga2 Tok Guru kekal memimpin Kelantan.
Mutiara Bernilai .
ReplyDeleteSaya pun rasa rugi sbb tak dpt hadirkn diri, tapi saya vcd rakamannya akan dijuak nanti dan boleh di dapati di Kota Bharu.
Cikgu ahmad humairi.
ReplyDeleteApa sahaja yg baik dan dari mana sahaja datangnya, maka wajar utk dicontohi
abu muaz .
ReplyDeleteTrima kasih ats kunjungan. Salam ukhwah fillah dan salam ramadhan kareem.
Tahniah kpd kerajaan Kelantan kerana memahami kehendak anak-anak muda tapi dlm masa yg sama tidak meminggirkan agama.
ReplyDeletemoga2 kelantan sentia dirahmati dan diberkati
ReplyDeletesayang kelate sokmo2