SHAH ALAM 8 OGOS : Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan keengganan pendakwah bebas Dr. Muhammad Uthman El Muhammady untuk menerima pelawaan dialog berhubung isu Wahabi sebagai reaksi tidak profesional dan "kurang intelek" pemimpin itu.
Bercakap kepada Tv Selangor, Dr Asri berkata, seorang pemimpin Islam seharusnya mencerminkan sikap cendekiawan dan bukannya membiarkan sesuatu perkara yang dibangkitkannya menjadi pertikaian awam dan dibiarkan begitu sahaja.
"Dukacita sekiranya kita menuduh orang lain, di mana orang yang dituduh itu menjemput untuk mendengar alasan dan hujah tuduhan tetapi kita enggan.
" Ini bukan reaksi interlek dan sikap cendiakawan yang sepatutnya ditonjolkan dalam dunia Islam. Sekiranya kita telah menuduh sesorang dengan tuduhan yang berat dan diminta untuk berbincang eloklah kita berbincang," kata Dr Asri.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan yang diambil penceramah popular, Dr Uthman yang sebelum ini mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme.
Uthman sebelum ini menolak jemputan rasmi dialog oleh jawatankuasa fatwa Perlis setelah penceramah itu mengaitkan beberapa tokoh agama di negara ini dengan fahaman Wahabi.
Antaranya Mufti Perlis sekarang, Dr Juanda Jaya dan mantan jawatan itu, Dr Asri sendiri.
Dr Juanda sebelum ini menyatakan kekecewaannya di atas penolakan Uthman untuk mengadakan satu dialog harmoni mengenai 'kesesatan' dan 'keganasan' Arab Saudi yang dibangkitkan Uthman.
“Bagaimana mungkin seorang yang merupakan 'ahli akademik' takut untuk berhujah secara akademik dan terbuka bagi mempertahankan pandangan dan ideanya yang telah menghuru-harakan negara dan menjejaskan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi akibat tuduhannya yang dibuat secara membabi-buta,” kata Dr Juanda dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Mengulas senario itu, Dr Asri menambah, Dr Juanda mahupun jawatankuasa fatwa Perlis mempunyai sebab kukuh menjemput Uthman menghadiri dialog berkenaan.
" (Oleh) kerana ini membabitkan satu tuduhan ke atas sebuah kerajaan sebagai pengganas dan sesat ke atas Arab Saudi, ini adalah satu tuduhan yang besar sedangkan Malaysia ada hubungan rapat dengan mereka (Arab Saudi) dan hubungan ini adalah satu hubungan yang baik (antara negara Islam),"kata beliua.
Ujarnya lagi, insiden ini merupakan sesuatu yang serius dan mendesak ia diselesaikan segera memandangkan umat Islam di Malaysia mempunyai kepentingan yang amat banyak dengan pihak Arab Saudi khususnya dalam hubungan keagamaan, politik, ekonomi dan sosial.
"Pihak saya difahamkan, kerajaan Arab Saudi memandang serius perkara ini, kerana tuduhan berat ke atas negaranya sebagai pengganas dan ini saya lihat ia adalah satu kelemahan yang hadir dari kerajaan pemerintah yang ada.
"Saya tidak katakan perkara ini terbit dari pimpinan kerajaan pusat, namun ia adalah sebagai tanda bahawa kerajaan pemerintah yang sedia ada ini lemah sehingga gagal mengawal organisasi-organisasi yang ada sehingga mereka mampu bertindak sendiri tanpa sebarang halangan,"katanya lagi.
Sebelum ini, Uthman yang dipanggil Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memberi taklimat mengenai Wahabi.
Selain itu, Uthman juga dilaporkan turut mengaitkan Dr Asri dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.
Bagaimanapun setelah itu, Uthman berkata, beliau sedia menerima pelawaan berdialog dengan Dr Juanda dengan syarat ia diadakan secara tertutup membabitkan pakar-pakar bagi menjelaskan hal itu.
Bagaimanapun, Uthman yang juga merupakan Tokoh Maal Hijrah kemudiannya mengambil pendirian menolak jemputan rasmi itu, Jumaat lalu.
sumber:TVS NEWS
Info Tambahan:
Dr. Muhammad Uthman El Muhammady wajar dianggap "kurang intelek" kerana takut untuk menyahut pelawaan dialog. Belaiau sepatutnya membuktikan kelelakiannya dengan berhujah secara bijaksana dan bukannya hentam sembrono. Dr Uthman telah menghuru-harakan negara dengan menuduh Dr Asri dan ulama Muda umno, Dr Juanda Jaya, mufti Perlis sebagai pengganas. Tak cukup denagn itu, Dr Uthman turut menuduh Arab Saudi sebagai penaja keganasan.
ruginya dialog ni tak jadi
ReplyDeletesaya sendiri sangat ingin mendengar penjelasan lebih lanjut mengenai perkara ini
bila orang agama berjuang sendiri-sendiri
ReplyDeleteKalau benar, kenapa menolak iyer dak?
ReplyDeletesampai menuduh ulamak lain pengganas..isk...
tehr.
ReplyDeleteramai sbnrya yg nak tahu prkra ini dgn lebih lanjut. Bila dr Asri dan juanda jaya serta 4o ulama umno disesatkan dan arab saudi dilabel penganas, ustaz uthman sepatutnya bersedia berhujah. buktikan apa yg sesat dan apa yg ganas. Tindakan usatz uthman yg tak sahut cabaran ni akn menyebabkan org hilang kepercayaan terhadapnya.
Cikli .
ReplyDeleteSebagaimana kambing mudah dimakan serigala bila bersendirian
Afida Anuar .
ReplyDeleteinilah yg menjadi teka- teki. dia dah jatuhkan hukuman moral kt org lain, tapi bila org yg dituudh inginkn pembelaan dia pula buat hal
cakap serupa bikin!
ReplyDeletedia ada sbb tertentu kot...
ReplyDeleteCg.Shameel,
ReplyDeleteSesetengah ulama Malaysia mengamalkan 'Bersuara terpilih'
Ada isu tertentu yang mereka beriya2 menyuarakan pendapat malah menuduh, menjatuh hukum (tanpa mengkaji situasi isu tersebut pun), tetapi ada isu yang jelas menyalahi hukum pencipta, mereka diam membisu... takut bersuara
Sop suka beliau khutbah dan menjadi imam. selalu semayang jumaat di INSTEC dan harap dapat di jd imam :)
ReplyDeleteapa yg beliau utarakan mesti ada sebab tertentu dan begitu juga tolakan dialog.
sy rasa ada sbb tertentu mengapa beliau tolak dialog...
ReplyDeleteghaziabad escorts ###
ReplyDeletegurgaon escorts ###
noida escorts ###
greater noida escorts ###
chanakyapuri escorts ###
defence colony escorts ###
dhaula kuan escorts ###