Saya benar-benar hairan dengan tindakan segelintir manusia yang mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu(MPKB), menukar nama Jalan Pengkalan Chepa kepada Jalan Tok Guru. Macam-macam alasan yang diberi.
Ada yang mempertikaikan dengan penuh emosi. Katanya, apa relevennya MB Kelantan diabadikan kepada nama jalan. Masya-Allah, kemajuan teknologi maklumat semakin menyerlahkan kemandulan akal bangsa Melayu yang majoritinya beragama islam. Tok Guru bukanlah merujuk kepada Tok Guru Nik Aziz, tapi ia merujuk kepada para ulama dan institusi pengajian agama islam di Kelantan. Dengan kata lain, ia turut merangkumi Tok Kenali, Tok Bachok ,Tok Selehor, Tuan Tabal dan ribuan ulama-ulama yang pernah lahir dan menyumbang bakti di bumi Kelantan.
Istilah Tok guru adalah satu gelaran untuk ulama di Kelantan, Kedah, Terengganu dan Selatan Thailand( terutamanya wilayahPattani). Kalau di Indonesia, para ulama biasanya dipanggil Kiai. Di Afghanistan, Pakistan dan juga Iran para ulama di gelar sebagai Mullah. Jadi Tok Guru itu bukan bermaksud MB Kelantan, Cuma MB Kelantan itu adalah sebahagian daripada Tok Guru- Tok Guru yang wujud di Kelantan.
Yang menghairankan saya, kenapa harus melenting dan melatah bila institusi ulama dimuliakan dengan diabadikan kepada jalan. Tapi dalam masa yang sama, kenapa tidak melatah apabila nama-nama artis –artis diabadikan pada jalan seperti Jalan P Ramlee.
Tok Kenali, salah seorang Tok Guru di Kelantan)
Ada juga yang mempertikaikan penamaan Jalan Tok Guru pada lokasi tersebut kerana di sepanjang jalan tersebut tidak pernah mencatatkan kemunculan institusi pondok. Ini kerana di institusi pondoklahlah gelaran Tok Guru digunakan bagi merujuk kepada tenaga pengajar utama di situ. Jadi, saya juga ingin bertanya, kenapa pula Jalan P Ramlee di abadikan di Kuala Lumpur, sedangkan semua tahu P. Ramlee dilahirkan di Pulau Pinang dan terlebih dahulu mencipta nama dengan syarikat rakaman di Singapore. Kenapa ?
Bagi saya, tindakan menukar nama jalan pengkalan Chepa kepada Jalan Tok Guru adalah satu langkah yang terbaik untuk mengembalikan jati diri anak-anak Kelantan. Anak-anak Kelantan perlu tahu, suatu ketika dahulu Kelantan dikenali sebagai negeri Serambi Makkah dan Negeri Tadahan Wahyu. Dari mana datangnya gelaran yang sebegitu hebat. Hanya tiga buah lokasi sahaja di Asia Tenggara yang mendapat gelaran yang sebegitu hebat, iaitu Acheh di Indoensia, Pattani di Thailand dan Kelantan di Malaysia. Gelaran ini bukan diberi oleh Sultan selaku pemerintah wilayah-wilayah ini tapi oleh orang ramai kerana lokasi-lokasi ini terkenal sebagai pusat pengajian islam yang terulung.
Di Kelantan, ribuan ulama dilahirkan dan puluhan institusi pondok didirikan untuk mentarbiyah penduduk agar mengenali Pencipta. Sampai hari ini boleh dikatakan hampir setiap daerah masih lagi mempunyai institusi pondok, malah daerah saya iaitu Bachok, memiliki dua institusi pondok, iaitu Pusat Pengajian Pondok yang lebih dikenali sebagai Pondok Moden Kandis (kelolaan YIK) dan pondok Kuin Pasir Jelawat. Cuma, yang terkenal ialah Pondok Pasir Tumboh, Pondok Lubuk Tapah dan Pondok Sungai Durian. Info lebih lanjut tentang institusi pondok, sila lihat SINI .
Satu lagi perkara penting yang perlu diketahui, daripada melatah kerana isu pertukaran nama jalan, lebih baik kita fokuskan kepada isu zakat berbaki kerana masalah pengagihan. Di Selangor sahaja, jumlah zakat yang tidak diagihkan( atau zakat berbaki) ialah sebanyak RM20.5 juta setahun. Malah dari tahun 2005 hingga 2010, terdapat hampir mencecah RM123.3 juta wang zakat yang tidak diagihkan. Tapi dalam masa yang sama berlambak golongan miskin di negara kita, lagi teruk hingga terpaksa mengemis simpati gereja. Dan,dalam masa yang sama, wang zakat yang berbaki itu digunapakai untuk membeli dan membina bangunan supaya lebih gah dan hebat.

Ya Allah...sape yang melatah tu, meh sini nak ketuk-ketuk ramadhan sikit.. he he..
ReplyDeletekalau nama yang menghala ke arah itu sikit cepat je melatah, tp kalau nama yang entah apa-apa tu, relek je..
terbalik dah kita ni kan?
Assalamualaikum,
ReplyDeleteRasanya ini semua lahir dari perasaan hasad dengki.
kalau diletakkan nama jalan itu sebagai jalan tok guru nik aziz pun, apa salahnya?.. beliau MB kelantan yang banyak berjasa. kalau nama beliau tak boleh.. sepatutnya semua nama jalan yg menggunakan nama individu hendaklah turut dilarang..atau mereka mahu jalan itu diberi nama 'Jalan Rosmah' kot..
ReplyDeletebiase la org.. rambut je same hitam, hati lain2.. hmmm..
ReplyDeletenama artis boleh letak je, nama tok guru tak boleh? dengki lah tu..huhu
ReplyDeleteAfida Anuar,
ReplyDeleteitulh mshlnya Afida ramai yg melatah x bertempat. elok benar kalau ketuk2 ckit. hahaa
Kunang-Kunang .
ReplyDeleteSy pun fikir begitu juga kak
a.samad jaafar.
ReplyDeletesy bersetuju skali dgn sahabat. Dan yg palig perlu utk dipertikaikan ialah kenapa Rasmah Mansor boleh jalan rata riti keliling dunia sdgkn dia bkn menteri. Lagi teruk perjalanannya itu menggunakan wang rakyat yg dikutip ats nama cukai dan mcm2.
Asyila Zainuddin .
ReplyDeletesetuju skali dgn saudari
::Mastura Zakaria::.
ReplyDeleteHahah, terukkn, nama artis boleh pulak dan tak bising2 plak. tapi nama tok guru kecoh plak.
klau setakat tukar nama jalan x perlu laa jadi isu..
ReplyDeletetapi kutipan zakat yg x diagihkan tu, agak melampau jumlahnya.. apa yg berlaku ni adalah bukti tanggungjawab agihan zakat terletak di tangan org yg x amanah...
tetiba rasa nak melatah
ReplyDelete"dorang leh melatah kan.nak melatah jugak la.....
amanah tidak dipikul dengan baik ini la yang jadi.kesian rakyat kt negara ni yang tidak terbela sedangkan tulang belakang'kunun' PM seronok je jenjalan.
pihak sana tu dah kehabisan modal berkualiti nak dibangkitkan. selalu bende2 remeh camni nak dijadikan isu.
ReplyDeletedulu masa duduk terengganu, ada sekolah ni pakaian rasmi cikgu-cikgu sekolah kebetulan warna hijau. Dapat perintah kena tukar warna. Last-last dapat warna merah. Sikit punya bodoh tu.
byk isu laen yg lebih patut di kesahkan drpd isu kecik2 yg diambik perhatian sgt =.='
ReplyDeleteitu pun nak dipertikaikan
ReplyDeletecaliph shuriken .
ReplyDeleteBetul tu caliph, isu kecil cuba dibesarkan, inilah yg dikatakan setitik cuba dilautkan dan sektul cuba digunungkan.
ttg pengagihan zakat tu amat mendukacitakan. kt melaka sebanyak rm13.5 juta wang zakat yg tidak diagihkan dan last sekli ia digunakan utk memperbesarkan bangunan MAIM. Sepatutnya habiskan utk bantu org miskin trmasuk warga setinggan.
Titisan Hujan ,
ReplyDeleteBenar seklai sepatutnya rakyat Malaysia melatah dgn cara yg wajar dan waras. Rasmah Mansur habiskan berjuta wang rakyat utk mengadakan lawatan ke serata dunia. Padahal dia hanyalah isteri PM dan bukannya memegang apa2 jawatan dlm kerajaan. Isteri bekas2 PM yg dulu takde sorg pun yang mempunyai hobi seaneh Rasmah Mansor. Hobi menghabiskan wang negara.
cik ungu.
ReplyDeleteBila baca komen cik unggu sy kembali teringat kisah logo petronas yg cuba ditukar bentuk kdan warna krn berwarna hijau.
Inilh mentaliti org mandul akal. Perkara kecik cuba disensasikan,
anamizu.
ReplyDeletesengaja disensasikan utk kepentingan politik
org mmg cm2..jgn pk sgt
ReplyDeleteCikgu .
ReplyDeleteByk lagi isu yg boleh dipertikaikan. Betul tak cikgu.
diba.
ReplyDeleteTrima kasih diba atas kunjungan dan komen. Manusia mmg Macam2 dan aneh2
ada yang tahu komplen je hari2
ReplyDeleterasanya memang sesuai sangat dah jalan tu ditukar nama 'jalan tok guru'
jalan tu kan pintu masuk ke kelantan melalui udara
Assalamualaikum Yob Shameel, ajerneye deme ni dengki dan hasad, benda yg remeh ni pun deme nak besor2kan. Nak alihkan isu besor! Selamat berpuasa dan selamat menyambut Idulfitri!
ReplyDeletetehr .
ReplyDeleteYer kn sbb jalan tu trus ke airport.
MOH KEMBARA.
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Saya pun beranggapan begitu, diorg sengaja membesarkan isu kecil utk menguburkan isu besar. Yg pasti bangkai gajah takkan dapat ditutup dgn sehelai daun.
Selamat berpuasa dan selamat menyambut Idulfitri juga dari saya.
Salam Cg.Shameel,
ReplyDeletememang ini mentaliti 'orang kita'
Isu yang tidak sepatutnya dipertikaikan, diperbesar-besarkan.
Cth: kes orang bukan Islam masuk masjid, baca tafsir al-Quran...
Tapi isu yang memerlukan kesedaran dan perhatian semua diabaikan
Sedihnya, ia menggambarkan kedangkalan 'orang kita' berfikir
Apa salahnya Ulama diagungkan. Kalau artis pasti tiada masalah kan...
sah le dorang ni buta sejarah kalo pon payah dan tebal sentimen politiknya. biasanya nama yang diabadikan pada jalan, taman atau tempat dan bandar mestilah untuk tokoh tertentu yang menyumbang jasa kapada masyrakat dan rakyat
ReplyDeletekebodohan itu sengaja dipakai oleh golongan yang bernafsu meneruskan kuasa sekular.
ReplyDeletesemoga Allah bukakan hati mereka.
NaeBlog.
ReplyDeleteMentaliti lapuk org kita perlu diubah, jika tidak bangsa kita akan aib sepanjang masa.
Amat dikesali apabila setitis juga dilautkan tapi dlm masa yg sama bangkai gajah cuba diselindungkan dgn sehelai daun
cemomoi .
ReplyDeletesaya kira sentimen politik yg menebal mybbkn mereka jadi mcm tu
Cikli.
ReplyDeleteSekular pasti lebur dan berkubur dan islam akan mengambil alihnya.